Produk Perniagaan Internet: Harga Bukan Soal Utama

Pertama sekali, saya mohon maaf sebab beberapa hari lepas tidak menulis di blog ini. Mungkin pemberi komen yang teraktif terpaksa memberikan komen kepada artikel-artikel yang lepas. Dan, kita tengok nanti, siapakah pemberi komen yang ‘top 3’ bila tamat tempoh pertandingan yang sedang berlangsung.

Baik, kali ini saya hanya mahu menulis sedikit sahaja tip. Pendek sahaja. Ia adalah mengenai harga produk. Dahulu, saya sudah ada sentuh mengenai hal ini dan mendapat respons yang amat memberangsangkan daripada pembaca.

Harga adalah salah satu aspek penting di dalam menentukan keuntungan sesebuah produk yang diniagakan. Malah terkadang, aspek inilah yang memeningkan para usahawan Internet. Di artikel yang seterusnya nanti, saya akan utarakan beberapa cara untuk meletakkan harga untuk sesebuah produk (terutama produk digital seperti Ebook).

Ramai yang menyoalkan, harga rendah atau tinggi? Kalau letak murah, bagaimana nak cepat kaya! Kalau letak tinggi, tak ada orang beli pulak… Itulah ayat biasa yang mungkin selalu didengari. Inilah dilema kebanyakan usahawan Internet.

Sebenarnya, jika kita memahami konsep asas perniagaan, soal harga tinggi atau rendah, itu bukan menjadi masalah yang besar pun.

Asas perniagaan adalah:

1. Menyediakan penyelesaian kepada masalah atau memenuhi kehendak orang ramai. Utamakan produk atau servis yang amat-amat diperlukan oleh ramai orang.

2. Produk tersebut berkualiti dan betul-betul membantu pembeli menyelesaikan masalah mereka.

3. Sokongan (bantuan) yang baik. Sebarang masalah yang berkaitan, anda akan cuba membantu mereka sebaik yang mungkin. Jangan hanya setelah dapat bayaran daripada mereka, anda terus senyap tanpa melayan persoalan yang mereka kemukakan.

Pendek kata, pembeli rela membayar apa sahaja jumlah harga dengan syarat masalah mereka selesai, anda memberikan ‘support’ selepas jualan dan anda jujur dalam berniaga.

Maka, tidak usah takut untuk meletakkan harga yang tinggi dengan pelbagai alasan yang mana ia mungkin pada andaian anda sahaja. Padahal pada pihak pembeli, itu bukan satu masalah pun kerana mereka sentiasa akan mahu membeli dengan anda. Jangan sesekali menganggap yang bukan-bukan seperti mampu tau tidak mereka membeli produk anda. Jika mereka ‘desperate’ (mahu sangat-sangat) atau berminat, mereka akan membelinya.

Tip kali ini amat ringkas, dan insyaAllah, nantikan artikel lain yang lebih detail mengenai harga ini. Sekian.

ps. Jika anda belum pernah menggunakan harga yang tinggi untuk produk anda, apa kata lakukannya sekurang-kurangnya sekali. Anda pasti berpuas hati. Inilah jalan untuk benar-benar menjadi ‘kaya’ dengan bisnes. Saya pernah lakukannya dan hasilnya amat lumayan. Ingat, ada golongan pembeli yang tiada masalah dengan harga yang tinggi dan itulah target anda!

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

21 thoughts on “Produk Perniagaan Internet: Harga Bukan Soal Utama

  1. thanks, zul πŸ™‚

    tips yang menarik walaupun ringkas..saya pun selalu jugak mengalami “dilemma” dalam menetapkan harga sesuatu produk.

    p.s: Terpikir jugak kenapa ramai usahawan internet yang menjual produk mereka dengan harga hampir $500 πŸ™„

    1. em…
      kalau di fikirkan…
      macam mana mereka boleh jual produk yang begitu mahal…
      ada orang beli ke?
      mungkin hanya untuk mereka yang berkemampuan je…

      han

      1. selagi menda tu berkualiti harganya bukan lagi menjadi halangan untuk membeli. kalo zul letak harga tinggi dan ditambah dengan kepercayaan ramai terhadap keberbaloi-an produk yang bakal dimiliki… harga apapun mereka sanggup membelinya…

        cuma lambat atau cepat aje laa tindakan yanga akan diberikan untuk melihat pembelian dari orang ramai…

        1. kalau benda tu berkualiti dan mahal memang berbaloi…
          tapi masih ramai yang berkemampuan untuk membeli benda yang mahal di malaysia ni…
          kalau global tak pe sebab pasaran luas…
          kalau dia taknak ada orang lain nak…
          kalau di malaysia ni, sempit pasaran nya…
          gi mari orang yang sama…
          jadi peratus untuk orang malaysia membeli benda mahal agak kurang…

          han

  2. slmt malam zul,
    kalau nek letak harga ni memang susah zul…
    kalau tinggi takut mereka tak berkemampuan…
    kalau rendah jadi takde nilai…
    memang susah…

    kena cuba dua2…
    baru dapat tahu kesannya…

    han

    1. kalo gitu kena cuba juga untuk pelbagai jenis produk yang berkaitan. yang mampu dan boleh dibeli oleh mereka yang berminat…

      kalo takder duit takleh beli laa…

      kalo ada duit dah tentu boleh beli…

      hohohooo…..

      1. kalau nak tahu income seseorang tu, saya ada satu cadangan…
        cuba buat survey untuk income pengguna internet ni…
        boleh lah tahu mereka boleh membeli tak produk mahal tu…

        han

  3. betul tu zul, kalau harga rendah pun produknya ok mesti lebih untung kan? satu lagi, kalau harga rendah pun kalau marketing power, mesti power jadinya.

    1. kalau produknya ok, mesti tak rendah harganya…
      jarang sangat nak jumpa produk ok dan harga rendah smartbisnes…
      kalau ada memang ok sangat…

      han

  4. emm, atau ada teknik khas bagaimana nak menilai harga sesuatu produk tu kot? tapi, dlm aper2 pun bisnes , teknik marketing jugak yang banyak memainkan peranan untuk dapatkan sales yang banyak atau sikit…

    en.zul…apa komen anda? :mrgreen:

    1. kena tengok sambutan jugak. ada sambutan dan produk berkualiti, orang akan beli walau tak banyak promosi. namun promosi tetap memainkan peranan untuk menghasilkan jualan dari produk okeh atau tidak berapa okeh servisnya…

      1. takde promosi mana lah nak dapat jualan…
        kalau kita jual produk tapi simpan je…
        orang pun tak tahu…
        macam mana nak dapat jualan walau baik sekali mana pun…

        han

    1. harga biarlah berpatutan dgn sambutan yang menggalakkan dan mendapat viral marketing dari ramai orang ditambah pomosi percuma dari mereka yang telah membeli produk kita bersekali dengan testimonial ikhlas pengguna…

    2. susah susah nak letak harga, buat je pakej…
      pakej murah barang sikit dan pakej mahal barang banyak dan support yang special…
      biar mereka pilih…
      kalau nak murah, ambil yang murah…
      kalau nak yang banyak barang beli yang mahal…

      han

  5. Saya ada tips untuk yang serba salah untuk tentukan harga iaitu letak banyak harga…

    Apa yang saya maksudkan ialah membuatnya secara berpakej..jadi pembeli boleh pilih pakej apa yang mereka akan beli..kalo ikut pengalaman saya,pakej paling mahal paling laku..

    Jadi jangan takut untuk letak harga tinggi..

  6. erm..bagus info ni..saya pun nak start launch produk saya november nanti..hope dapat selesaikan masalah segelintir golongan..coz masalah ni saya dh tgk lama kat beberapa forum..dan satu peluang perniagaaan menarik akan diberikan..:)

  7. Biasanya apa yang kita dapat lihat ialah ada produk berbaloi diperolehi dengan harga yang ditawarkan. Ada juga produk yang berkualiti dan banyak manfaatnya tetapi harganya cukup rendah. Ada juga yang jual produk “sampah” tetapi mahal harganya..

    Sebab itu, pentingnya supply & demand. Jika demand tinggi, for sure harga yang ditawarkan tinggi juga… πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *