Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Produk Informasi Dalam Bahasa Inggeris?

Sekadar pertanyaan ringkas di sini:

Adakah anda tidak kisah jika diberikan bahan pelajaran atau produk informasi di dalam Bahasa Inggeris, sama ada secara percuma atau berbayar?

Mengapa perlu menggunakan bahan pelajaran dalam Bahasa Inggeris?

1. Untuk menghasilkan sebuah produk di dalam Bahasa Melayu, ia sudah pasti mengambil masa.

2. Salah satu kelebihan menggunakan bahan pelajaran di dalam Bahasa Inggeris adalah, secara tidak langsung kita telah cuba menyesuaikan diri dalam pasaran bahasa Inggeris (lebih global).

3. Tidak semua produk informasi boleh dihasilkan di dalam bahasa Melayu, terutama bahan kandungan yang dihakmilik oleh pihak luar. Jadi mahu tidak mahu, kita perlu menggunakan bahan yang asal.

4. Begitu banyak produk berbahasa Inggeris yang telah diterbitkan. Tidak perlu menunggu keluar produk di dalam Bahasa Melayu untuk mempelajari sesuatu.

Namun begitu, ini tidak bermakna produk berbahasa Melayu akan dikemudiankan. Jika dilihat sekarang, sudah banyak ebook atau produk informasi yang berbahasa Melayu. Cuma sahaja sebagai nilai tambah, produk informasi berbahasa lain juga amat penting.

Mohon pendapat semua.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.



8 Responses to “Produk Informasi Dalam Bahasa Inggeris?”

  1. ZULAZIS says:

    Blog atau Internet boleh mengantarabangsakan Bahasa Melayu

  2. Juan says:

    Salam sejahtera.

    Suatu masa dahulu Bahasa Melayu menjadi bahasa utama dunia. Ia dapat dilihat semasa aktiviti perdagangan di Melaka. Pedagang2 dari luar menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan mereka.

    Tapi tidak salah jika kita menguasai bahasa inggeris kerana ia merupakan bahasa global masakini. Jika kita dapat menguasai bahasa inggeris itu merupakan satu bonus untuk diri kita. Ilmu2 juga senang diperolehi jika kita menguasai pelbagai bahasa terutama bahasa inggeris.

  3. Muhamad Nornizam says:

    tips yang bagus

  4. joegrimjow says:

    no 2 patut dijadikan no 1
    ;)

  5. Hanafi Wawi says:

    Pandangan saya kita perlu juga merancakkan pasaran dalam Bahasa Melayu ini kerana masih ramai lagi yang kurang memahami Bahasa Inggeris dan secara tak langsung menambahkan lagi pasaran dan pengetahuan di kalangan pengguna Bahasa Melayu

  6. khairole says:

    Pada pendapat saya, produk berbahasa Inggeris memang mempunyai pasaran yang sangat besar berbanding dengan Bahasa Melayu.Walau apapun saya amat berbesar hati kiranya lebih banyak produk dihasilkan dalam Bahasa Melayu.Situasi ini bagus untuk memartabatkan Bahasa dan dalam masa yang sama memenuhi pasaran pengguna Bahasa Melayu.Akhir kata, Pilihan adalah di tangan kita sendiri.

  7. sufian says:

    ramai orang dapat perbaiki bahasa inggeris dengan berjinak2 bisnes internet

  8. Ajoi says:

    Bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa ilmu.Sebab itu ia menjadi rujukan bagi sesetengah bidang ilmu.

    Orang barat belajar ilmu yang datangnya daripada Zaman Tamadun Islam dahulu lagi.Kemudian mereka kembangkan ilmu tersebut.Mereka pasti menguasai bahasa Arab untuk mempelajari ilmu2 tersebut terlebih dahulu dan menterjemahkan kepada bahasa Mereka

    Maksudnya disini,kita perlu banyakkan bahan ilmu dalam bahasa melayu supaya ilmu itu mudah dan dapat difahami serta boleh dikembangkan apabila dikuasai.(ini salah satu sebab kenapa TUN Dr M mahukan Sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris)

    Bagi saya,penguasaan bahasa Inggeris sudah menjadi keperluan.Nak atau tidak kena kuasai juga.Mulakan langkah pertama.Gunakan kemudahan google translate sebagai salah satu alat pembelajaran untuk menguasai bahasa Inggeris.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)