Produk Digital: Mengapa Ebook Lebih Diminati?

Setelah saya menghasilkan sebuah produk yang berbentuk sistem (skrip PHP), barulah saya faham, mengapa kebanyakan usahawan internet amat suka dan lebih selesa menghasilkan ebook berbanding jenis produk yang lain seperti video dan audio.

Sistem EZSurvey yang dihasilkan oleh saya itu walaupun simple dan mudah, tapi untuk menyiapkannya mengambil masa sekitar 3 bulan. Untuk menghasilkan skrip PHP atau sistem, ia tidak semudah yang disangka kerana kita perlu mengambil kira pelbagai faktor yang berkaitan.

Tidak seperti ebook, tulis sahaja guna Microsoft Word dan compile kepada format pdf. Tak kisah orang yang beli itu guna komputer platform apa pun, mereka tetap dapat membuka file pdf.

Untuk sistem seperti skrip PHP, salah satu faktor yang perlu diambil kira ialah coding tersebut perlulah dapat diterima oleh mana-mana versi PHP. Selain itu, coding juga perlulah dihasilkan dengan menitik-beratkan soal security dan pelbagai lagi isu seperti error dan sebagainya.

Dan faktor paling kritikal di dalam pembangunan sesebuah sistem ialah testing. Siapa yang belajar programming dia tahulah. Testing perlu dibuat beberapa kali. Bukan sekali atau dua kali. Salah satu cara testing ialah, kita perlu test sistem tersebut di beberapa keadaan yang berbeza dan juga perlu masukkan nilai yang betul dan salah untuk mengetahui tahap ‘kekebalan’ sistem tersebut.

Berbalik kepada ebook pula, jika ada kesalahan typo, buka sahaja Microsoft Word dan edit. Kemudian compile semula kepada format PDF. Amat mudah dan cepat. Berbeza pula dengan produk jenis audio dan video, jika ada kesilapan, anda perlu mulakan balik bahagian yang salah itu (buat rakaman semula).

Ini terbukti apabila salah satu produk video saya masih terbengkalai tak siap-siap. Dan ia membuatkan saya terfikir-fikir, perlukah meneruskan projek video tersebut? Untuk menghasilkan video, ia tak semudah yang kita baca dan dengar seperti orang lain katakan. Tak semudah itu. Lagi-lagi video berkaitan teknikal, salah satu faktor yang perlu difikirkan ialah kemaskini sebab kebanyakan perkara teknikal sentiasa berubah-berubah.

Soal diri anda, “jika aku mahu buat produk audio/video ni, adakah aku akan mengemaskininya kelak?”. Jika tidak, mungkin anda boleh lupakan projek berbentuk video/audio atau mungkin boleh hasilkan projek yang jika dikemaskini, ia tidak mengambil masa dan tenaga yang banyak.

Itulah beberapa pro dan kontra produk digital selain ebook. Hmm, adakah saya sudah berputus-asa dengan projek selain ebook? Mungkin ya, mungkin tidak. InsyaAllah, dalam minggu ini ada satu lagi projek cuba disiapkan. Simple system juga (skrip PHP) dan mungkin ia projek terakhir saya yang berkaitan sistem. 🙂

Pesanan saya di sini, jika anda ingin melaksanakan sesuatu idea projek, tanya dulu diri sendiri. Adakah anda mampu melakukannya? Atau, selain projek itu, ada tak projek lain yang lebih mudah dan cepat untuk dihasilkan? Ini amat penting agar anda tidak fokus kepada projek yang mengambil masa yang lama. Ia amat merugikan.

Lakukanlah projek yang mudah untuk disiapkan dan tidak bersaiz besar. Ingat, apabila kita bekerja seorang diri, masa adalah aspek yang paling perlu dititik-beratkan. Jangan main-main dengan masa, nanti masa akan mempermainkan anda. Salah satunya ialah, utamakan projek yang mudah untuk disiapkan.

Tip Ebiz: Adakah Ilmu Amat Berkuasa?

Untuk pengetahuan anda, saya bukanlah pakar PHP, tapi saya dapat hasilkan Sistem EZSurvey. Saya suka mengamalkan sedikit ilmu yang ada untuk menghasilkan sesuatu produk. Begitu juga dengan WordPress, saya bukan pakar, tapi saya hasilkan Ebook Panduan WordPress.

Saya harap anda pun begitu juga. Gunakanlah secetek ilmu yang ada pada diri anda untuk apa-apa tujuan yang bermanfaat seperti menjana pendapatan. Ketahuilah, yang berkuasanya bukan ilmu, tapi yang lebih berkuasa ialah TINDAKAN.

Jika anda mahu tahu pentingnya tindakan, ia umpama anda mempunyai ilmu Agama yang tinggi. Tahu halal dan haram, tahu ibadat-ibadat yang khusus (zikir, solat, baca Al-Qur’an, puasa…). Tapi semua itu tidak berguna jika anda tidak mengamalkanya. Anda tahu solat boleh meningkatkan ketakwaan anda kepada Allah, tapi anda tidak solat dengan sempurna dan lebih teruk anda tidak menunaikan solat.

Begitulah juga dengan apa-apa ilmu. Ia hanya akan berguna apabila anda menggunakannya. Bertindaklah. Tindakan andalah yang akan mengatasi segala-galanya. Tak guna memegang senjata yang hebat tapi tidak menggunakannya untuk menembak musuh. Akhirnya anda akan kecundang.

Sekian.

ps. Peluang untuk mendapat Sistem EZSurvey dengan harga RM20.00 masih ada lagi (termasuk hak jualan semula). Terbuka kepada 72 orang lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut. Harga akan dinaikkan kepada RM30.00 pada bila-bila masa sahaja.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

20 thoughts on “Produk Digital: Mengapa Ebook Lebih Diminati?

  1. Saya sudah membeli Sistem EZSurvey ini memang mudah. Kita tak payah bersusah payah untuk memasang secara teknikal. Mudah terutama bagi orang yang newbiz dalam internet ini.

  2. Salam zul,

    Yup, saya setuju. Untuk hasilkan satu sistem, kita perlu fikirkan pelbagai sudut. Testing sistem, check error dan sebagainya.

    Amat leceh juga sebenarnya. Saya punya pengalaman yang banyak bagaimana bekerja sebagai programmer. Ada beberapa projek yang memakan masa satu tahun untuk memuaskan hati pengguna.

    Tapi untuk satu simple sistem, saya rasa tiada masalah 🙂

  3. Ebook kadang kadang susah jugak..orang malaysia ingat ebook hanya ebook cara buat duit je…

    kena ubah persepsi orang tentang benda tu..

    1. saya tak pasti ketepatan andaian en sham tu..

      tapi dari segi pasaran, memang berlambak ebook kat malaysia yang fokusnya cara nak buat duit kat internet je..so..hoho..itu sebab mentaliti masih kecik

      1. Betul tu Naem. Jadi tanggungjawab kita lah perlu mempelbagaikan topik ebook agar mentaliti menjadi lebih besar. 😀

        Saya rasa banyak lagi niche yg kita tak terokai atau ambil peluang di pasaran Malaysia ni. Buat masa sekarang masa saya tulis komen ni, saya tak ada lagi tulis dan jual ebook cara buat duit. Kalau ada pun, maybe ebook orang lain.

        Antara niche yang telah saya buat:

        1. WordPress
        2. FTP / internet/ hosting
        3. Sistem Survey

        Ebook cara buat duit akan tetap saya hasilkan. On the way. Niat saya yg utama buat ebook pasal ebiz adalah:

        1. Nak lawan ebook scam dan ubah mentaliti rakyat Malaysia.
        2. Bantu mereka yang berminat.

        InsyaAllah, kalau niat kita betul, Allah akan bantu.

  4. Saya juga berpengalaman dalam bidang programmer ini. Kalau tiada asas, memang susah untuk melakukannya.. kalau yang dah tahu pun, bukan senang untuk menyediakan sistem yang benar-benar user friendly.. memang makan bertahun-tahun..

    Setiap kali try & error, ada jer yang tak kena.. sampai kadang-kadang boleh jadi fedup nak teruskan..

    Ebook memang mudah.. saya suka buat ebook.. 🙂

    1. Betul. Saya pernah gagal dalam banyak projek. Kebanyakannya projek besar. Akibatnya, saya lebih suka memegang konsep “yang kecil itu lebih bagus dari yang besar”. Bermaksud, saya lebih suka sistem yang simple dan berskala kecil. Yang besar2, serah kepada programmer yang serius lah. 🙂

  5. Ebook adalah yang terbaik ketika ini walaupun ianya bukan terbaik antara yang terbaik……..video/audio memang mudah kepada pendengar/pembeli tapi tidak kepada pemiliknya sebab ianya tidak user friendly….banyak yang akan tertinggal dan banyak masa terbuang dek hanya nak edit atau update…

    Ebook memang kaedah yang baik tapi kebanyakkan ebook hanya berkisar bagaimana nak buat duit di Internet. Bila di semak dan diteliti, tidak banyak tip dan kaedah terbaru….kebanyakannya sudah ada dipasaran sedia ada…..(ex..SEO, Pemasaran email,viral marketing) kebanyakkan sudah ada tapi diulang-ulang saja isinya…nak mencari yang betul2 berkualiti kelihatan sukar masa ini…….eeem

  6. Prinsip saya, kita kena berfikir lagi jauh ke hadapan. Pelbagai ‘peluang’ belum diterokai lagi untuk menjana wang di internet, yang membezakannya ialah adakah kita nampak ‘peluang’ tersebut.

    Saya tidak sama sekali akan menghasilkan panduan bagaimana buat duit di internet, saya hanya akan hasilkan apa yang dapat memberi manfaat orang di luar sana.1-3 servis dalam perancangan dan beberapa ebook tutorial dan sistem seperti zul 🙂

    Kena kreatif sikitla dalam mencari idea perniagaan

      1. SOKONG…saya pun mula ragu2 jugak nak menjual…Akhirnya terjual gak produk ppcpercuma…

        Banyak jugak masalah..at least saya dapat belajar sesuatu dan saya boleh perbaiki mutunya untuk projek yang lebih baik utk masa depan..

        Macam slogan nike ” Just Do It”…

  7. Setuju…!

    TINDAKAN mengatasi segala-galanya..

    ILMU tanpa tindakan umpama memiliki wang tetapi hanya disimpan dibawah Bantal! 😉

    Tak ambil apa-apa tindakan untuk mengembangkan jumlahnya 🙂

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  8. betul laa… selama ini saya selalu fikirkan adakah saya layak untuk berkata, menulis, mempromosi perkara yang saya sendiri tidak ada ilmu yang cukup tentangnya sehinggakan ebook yang saya tulis 5 bulan lepas masih belum dilancarkan sehingga sekarang.

    oleh itu mulai sekarang saya akan teruskan projek ebook saya itu sehingga berjaya. yang penting adalah TINDAKAN!

    1. Ya, teruskan! 🙂

      Yang penting teruskan belajar. Dan belajar ni salah satunya adalah daripada pengalaman. Lancarkan saja ebook tu dan saudara akan belajar banyak perkara baru.

  9. Buat video dan audio sememangnya sangat sukar..Saya sendiri,ebook tentang produk akan datang saya dah siap lama dan toolsnya pun dah siap lama tapi videonya tak siap-siap lagi..

    Sebab kekurangan dalam sesaat dua boleh menyebabkan kerosakan pada keseluruhan video tu.. Rasa macam malas nak sambung tapi oleh kerana video tersebut adalah tutorial mengenai teknikal dan praktikal ebook tersebut, survey mengatakan yang video juga perlu untuk pemahaman yang lebih..

    Saya memang tak akan buat sistem rasanya sebab masa untuk membuatnya memang sangat panjang dan market belum mahukan sistem dalam pemerhatian saya..

    Terima kasih atas perkongsian artikel ini Zul

  10. Zul…

    Simpan Wang bawah bantal tu..SIMBOLIK je…

    tapi orang dulu-dulu (warga tua ke Warga Emas?)

    Warga emas lah yang banyak duit nih…(sebab tu EMAS 🙂

    masih mengamalkan sistem simpanan sebegini…;)

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  11. Saya sokong segala pandangan positif di atas, dunia kini penuh digital, siapa yang tidak pedulikannya tanpa berusaha untuk belajar dan mengenalnya tentulah tergolong di dalam kerugian. Gunakan manfaat ilmu yang ada untuk ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Amin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *