Home » Perniagaan Internet » “Aku dan Pos Ekspress…”

“Aku dan Pos Ekspress…”

Setiap kali saya menjual produk fizikal seperti dokumen atau CD-Rom, maka pilihan pertama saya sudah pasti Pos Ekspress. Memang memuaskan!

pos ekspress

Sekarang, saya sedang melakukan jualan terhad untuk Pakej Kit Blogger Edisi Terhad. Saya perlu menggunakan Pos Ekspress kerana untuk jualan terhad itu, saya memberikan pembeli dokumen cetakan termasuk CD-Rom.

Saiz sampul Pos Ekspress yang saya gunakan untuk jualan itu ialah yang berharga RM4.00 atau saiznya 353 mm x 250 mm. Kalau dalam imej di atas, ia berada di tengah-tengah, yang paling besar tu…

Jika anda menghantar menggunakan khidmat ini dan alamat penerima berada di dalam kawasan pilihan, maka biasanya ia akan terus sampai keesokannya. Tetapi jika tiada di dalam senarai, mungkin ia akan sampai dalam beberapa hari.

Sepanjang pengalaman saya menggunakan khidmat Pos Ekspress ini, tidak ada satu pun yang tidak sampai ke alamat pembeli. Bahkan yang paling menyeronokkan, apabila pelanggan membayar hari ini dan kita terus hantar dan proses pada hari yang sama, ia akan sampai esok. Pelanggan akan ‘terkejut’, tak sangka dan akan berpuas-hati dengan urusniaga kita…

Lihat contoh ‘tracking’ ini:

pos ekspress

Dari selatan (Johor) ke Kangar (Perlis), ia mengambil masa satu hari sahaja!

Lambat sampai?

Pada andaian saya, kita tidak boleh menyalahkan servis ini apabila berlaku kelambatan penghantarannya. Kerana pada saya, yang menentukan ia lambat atau cepat ialah, proses yang dilakukan di setiap point yang dilalui.

Sebagai contoh, saya telah menghantar satu dokumen ke kampung saya pada 25 Ogos lepas. Tetapi keluarga saya memberitahu ia belum sampai. Apabila dibuat tracking, sistem menyatakan ia sudah dihantar ke cawangan pos (point) destinasi. Maka andaian saya di sini adalah, pihak cawangan itu yang mungkin lambat memproses atau menghantarnya.

Tetapi dari segi khidmat utamanya, ia amat laju dan pantas…

Selain itu andaian saya itu, hakikatnya terdapat tiga zon yang terlibat:

1. Zon A (Serahan pada keesokan hari)

2. Zon B (Serahan dua hari bekerja berikut)

3. Zon C (Serahan tiga hari bekerja berikut)

Maka, jika kawasan (alamat) pembeli itu berada di zon C katakan, maka lambatlah sedikit untuk sampai. Tapi biasanya tak mencecah seminggu.

Anda tanyalah SaifulSham atau Fuad MyOrionet, mereka menggunakan khidmat Pos Ekspress ini untuk produk mereka. Malah, anda tanyalah mereka yang membuat bisnes mail order terutama produk informasi, pos ekspress adalah pilihan No. 1.

Bukan setakat cepat, malah mudah!

Ya, ia mudah digunakan. Katakan produk anda sudah siap. Anda hanya perlu mengisi ruang kosong pada sampul Pos Ekspress tersebut. Tanggalkan stikcer berwarna kuning dan tampalkan pada satu helaian kertas yang disediakan untuk tujuan semakan anda kelak. Masukkan produk anda dan tutup sampul. Siap…

Kalis Air dan kertas yang berkualiti

Sampul pos ekspress amat berkualiti dan padan dengan harganya. Jika terkena air, ia tidak mudah rosak sangat. Malah kertasnya yang tebal, akan ‘menyelamatkan’ produk seperti dokumen di dalamnya.

Boleh jejak (track) melalui Online

Ini kelebihan yang tiada taranya. Anda boleh semak status penghantaran anda sama ada sudah sampai atau belum. Contoh ‘tracking’ adalah seperti imej di atas…

Jejakan boleh dilakukan di http://www.pos.com.my.

Tak sesuai untuk semua produk

Walaupun begitu, Pos Ekspress hanya untuk penghantaran di dalam Malaysia sahaja. Malah, ia sebenarnya diwujudkan khas untuk penghantaran dokumen atau apa-apa item yang boleh dan muat diisi selagi tidak melebihi berat maksimum.

Jika daripada 10 mata, saya akan berikan 8/10! Saya amat berpuas-hati dengan perkhidmatan ini.

Terima kasih Pos Malaysia!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

commentscomments

  1. yatie says:

    assalammualikum
    saya setuju dngn awak…. pos malaysia adalah medium yg terbaik setakat ini dan banyak membantu dalam proses penghantaran produk…

  2. Raymond says:

    Saya setuju dengan kualiti perkhidmatannya.

    Irfan Khairi pun menggunakan perkhidmatan ini.

    Saya masih ingat lagi masa saya mula-mula berjinak dengan internet ini tahun lalu. Saya membeli salah satu produk Irfan Khairi dan ia sampai dalam masa kurang daripada sehari. :grin:

    Cukup puas hati saya.

  3. smartzul says:

    Bak kata Irfan, “cayalah!”. ;)

  4. Han says:

    slmt pagi zul,
    sebelum ni, saya beli buku dan CD dari DR irfan khairi. ia mengambil masa 4 hari sampai ke rumah.
    mula2 , saya sangat risau ia tak sampai ke rumah saya. beberapa kali saya SMS ke DR irfan. saya periksa tracking no pun tak dapat. tp selepas 4 hari ia sampai ke rumah saya…hehe :wink: igtkan dah tak sampai…
    kalau dikatakan, rumah saya adalah zon A tp lambat sampai…tak tahu lah tu…

    han

  5. Han says:

    zul, kenapa email blog ni banyak sangat masuk ke mail box saya? email yang sama je. macam autorespon tak ok je…

  6. smartzul says:

    Han, pada bahagian bawah kotak komen, ada satu box subscription. Kalau setiap kali ada orang komen, sistem blog akan send emel untuk maklumkan yg ada orang komen. :)

    Kalau tak nak terima emel, klik pada link kat bawah sekali pada emel yg diterima tu. :)

    - zul

  7. yatie says:

    harap dah ok…bukan ape bila nak komen je..dah tulis pastu x boleh send tak rasa frust ke..aduhh :mrgreen:

  8. BAGAK says:

    Tahniah Pos Malaysia!

    anda telah meningkatkan kualiti.

  9. sham says:

    Hmm..kalo benda kecil & nipis..saya akan guna pos ekspress..

    Produk seperti tehherba.com. saya gunakan pos biasa kalo belian kecil.kalo beli banyak, saya akan guna pos laju.

    Semua bergantung la..Kalo benda terlalu besar, saya akan guna kurier..

    Semua bergantung kepada keadaan barang la..

  10. *Zul, tolong delete komen saya sebelum ini. Tertekan enter sebelum habis taip :mrgreen:

    Kami menggunakan Pos Ekspres:

    Sebab ia paling senang. Masukkan saja dalam sampul (boleh beli awal2), dan drop dalam kotak pos.

    Tapi sebenarnya, saya tak suka. Saya lebih suka guna Pos Daftar atau Pos Laju.

    Kenapa, sebab Pos Ekspres ini bila sampai tiada orang Sign.

    Masalah paling ketara kalau penerima duduk di Flat atau Apartment.

    Selalunya ok, tetapi ada juga masa dia buat hal, boleh hilang dan sebagainya.

    Tapi untuk ratio price/features dan memandangkan dia takde alternatif lain yang dalam range mudah untuk digunakan (tak perlu pergi pejabat pos untuk pos), bolehlah.

    Paling tak best kalau pelanggan marah-marah sebab lewat dan sebagainya. Ya Allah. Hanya tuhan saja yang tahu, betapa hotnya saya ketika kejadian-kejadian ini berlaku.

    Mahu2 kalau produk itu sangkut di pejabat pos. Sudahlah penerima tidak diberitahu, pengirim pun tidak diberitahu. Penerima claim kita menipu pula. Isy3. Tak berbaloi nak tipu benda RM 30, ketika itulah rasa marah kita pun meningkat. Lagi-lagi kalau pembeli orang baru yang nak berjinak dalam perniagaan internet.

    Adehh… rasa macam saya nak hantar FREE sebiji buku lagi (yang memang beberapa kali saya buat) pada dia nak bagitau yang kami tak heran sangat dengan sebiji buku dan kami tidak kaya pun kalau setakat makan RM 30 tu.

    Nampak macam garang waktu tulis ni, tapi memang panas je saya dengan Pos Malaysia nih… hehe :) (panas…. panass…. kipas diri)

    Saya bagi 8/10 jugalah. (Sebab kurier2 lain sume 10/10, tiada reason untuk complain dan sangat reliable) :)

    Sabri

  11. smartzul says:

    Haha, Sabri, itulah satu kekurangan yg nyata. :)

    Nasihat saya, kalau barang yg nak dihantar tu bernilai tinggi atau amat amat penting, gunalah pos berdaftar + pos laju.

  12. Azahari says:

    Sepanjang saya guna Pos Ekspres, ada jugalah 2 kes yang tak sampai ke penerima. Antara sebabnya adalah:

    -Penerima bagi poskod yang salah
    -Penerima tidak menulis nombor jalan yang betul

    Ini beberapa pengalaman yang ingin saya kongsi :-

    Nasihat saya, periksa sekali lagi untuk pastikan apa yang kita tulis sama dengan apa yang kita dapt dari pembeli.Kalau poskod tak cukup digit, contoh 6800 je..padahal sepatutnya 68000, hubungi pembeli balik dan minta confirmation.Saya sendiri pernah terkena tapi saya akui saya pun silap juga. Saya dapat email dan dapati poskod tak cukup digit, saya pun tambah lagi satu lagi ’0′ kat belakang, rupanya memang silap besar sebab poskod sebenarnya bukan kosong di belakang tapi kosong di tengah. (Dah rugi)

    Pos Ekspres memang takde sign dan sebab itu juga saya sentiasa risau.Tapi oleh kerana kos tak mahal sangat, jadi tak perlulah saya risau lebih-lebih. Kalau nak pelanggan dapat cepat pesanan kita, hantar pesanan secepat mungkin selepas terima pesanan.Kadang-kadang posmen ni datang juga lewat petang untuk collect.Saya selalu juga perhatikan. Saya ingatkan nak hantar pagi-pagi buta esoknya, bila saya tengok lewat petang pun dia ambil, saya amalkan terus hantar secepat mungkin. Jadi, masalah lewat ni kurang la..

    Kalau pelanggan cakap tak sampai tapi dalam status dah delivered, tanya juga pelanggan kita samada dia dah check mailbox dia. Ada juga satu kes ni dia tanya saya kenapa tak sampai lagi, padahal dia yang tak check mailbox dia. (Orang camni pun ade ke? ehehehe).

    Kes lain pulak dah sampai tapi dia cakap tak sampai. Saya puas bertekak dengan telefonis Pos Ekspres sebab pelanggan cakap dia tak dapat.Tengok status dah sampai.Saya pun pejam mata dan hantar balik pesanan tu.Saya cakap kat customer, kalau sekali lagi ni tak sampai juga saya tak boleh beri jaminan pesanan ini akan sampai tambah pulak saya yang lembut hati nak cuba hantar lagi. Beberapa hari kemudian, dia hantar msg kat saya mohon maaf sebab sebenarnya anak dia dah ambil bungkusan tu dan dah buat main pun (sabar je la).. yang penting kita ikhlas dan jujur… yang dah terjadi kita halalkan je la.

    Kalau nak hantar tracking number tu, seeloknya apabila kita dah hantar ke pos Ekspres baru bagi.Kalau kita bagi awal pun, rekod masih takde lagi. Beritahu dalam email kalau takde lagi, maknanya belum masuk rekod tapi dalam proses penghantaran. Kadang-kadang dalam internet ni lambat sikit nak update.Kalau nak cepat, kita boleh telefon terus dan tanya status penghantaran.

    Ok lah tu je la kot..panjang lebar pulak rasanya…hehe… boleh buat satu artikel kat blog ni…kekeke

  13. abdfatah says:

    pengalaman yang cukup menarik berurusan dengan pos malaysia. pos laju pos ekspress. pos slow… wuahahahaaa…

  14. wani says:

    Nak tanya la,

    kalu nak pos barang yang mudah hancur, camner ek?

    Blh bagi suggestion. TQ

  15. flizzo says:

    Nk tny ni…kalau mailbox kecik dari sampul ekspress cmana pulak tu ye?biasnya rumah flat ni peti surat kecik2 je…

    • smartzul says:

      Dia ada banyak size. Kalau yang paling besar tu:

      1. Mungkin dia lipat (kalau dapat lipat) dan masukkan ke dalam peti surat.

      2. Ada juga yang akan letak sahaja di atas peti surat. Selit di mana-mana ruang..

      3. Ada juga cawangan yang akan tinggalkan notis suruh kita ambil di pejabat pos.

  16. beba says:

    saya baru jek pos barang pakai pos ekspress..tapi dah seminggu customer saya still tak dapat2 barang..hadoi..kena replace la nampaknya..

  17. danial says:

    nk tanye ..
    kalau kita hantar dvd mcm mana ? boleh kan ?

    • danial says:

      contohnya nak hantar 5 dvd sekali gus , dia kan tebal . so boleh pakai pos ekspress ke ? ke pakai pos laju ? ….. jawab .. :D

      • smartzul says:

        Boleh. Gunakan sampul pos ekspress yang paling tebal. Harganya dalam RM7.00. Buka lipatannya dan ia akan membentuk seperti kotak. Boleh lihat di sini:

        http://www.pos.com.my/pos/personal/special_mail/pos_express.aspx

        Sampul yang saya maksudkan adalah bersaiz 340 mm x 250 mm. Berat maksimum 1kg.

        Apa pun, saya tak pasti ketebalan DVD tersebut.

        ps. Pos Ekspress tiada jaminan. Untuk lebih selamat, digalakkan poslaju. Boleh buat bungkusan sendiri dan cajnya bergantung pada berat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.