Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Portal SmartUsaha & Blog Versi 2

Setiap sesuatu mesti ada perubahan dan peningkatan, begitu juga dengan smartusaha.com. Kalau ikutkan, sudah nak genap setahun saya menulis blog, tetapi umur smartusaha.com baru jer 10 bulan.. haha… Masih budak kecik lagi tu.. Seperti yang saya ceritakan dulu, saya mula menulis blog pada bulan Julai 2005 lagi.

Baiklah, berbalik kepada versi 2 smartusaha.com, tunggukan (entah bila yer) kehadiran smartusaha.com versi kedua yang lebih bermanfaat untuk rakyat Malaysia semua. Ingat, smartusaha.com juga mempunyai visi yang sama dengan mereka yang lain (tak perlu sebut nama) di dalam penulisan blog. Ya, menyampaikan maklumat secara percuma mengenai perniagaan internet terutama kepada mereka yang baru ingin bermula. Itulah sasaran smartusaha. Penulisan saya insyaAllah akan saya cuba menulis dengan sebiak-baiknya, mudah difahami, tidak terlalu teknikal dan yang penting anda seronok membacanya.

Teringat di awal penulisan blog, setahu saya lah, pada waktu tersebut dunia perniagaan internet di malaysia teramat sunyi. Tidak segan dan riak dikatakan, smartusaha.com adalah antara perintis awal penulisan blog di dalam bahasa Melayu. Ya, saya begitu seronok pada peringkat awal sehinggakan blog pertama saya di tblog.com sentiasa di ranking top ten di enjin carian, kerana tiadanya blog atau portal yang membincangkan mengenai perniagaan internet di dalam bahasa Melayu.

Pejam celik, sudah hampir setahun rupanya diriku menulis.. Dan beberapa target dan objektif sudah tercapai, alhamdulillah… Dan insyaAllah, segala pengalaman saya di dalam penulisan, penyelidikan dan pemerhatian selama hampir setahun ini akan saya kongsi bersama kelak. Mungkin dalam penulisan buku? Ya, saya sedang memikirkan apakah jenis penulisan atau topik apa yang sedikit berbeza daripada penulis yang lain. :) Doakan agar harapan ini tercapai nanti.

Banyak yang hendak dicoretkan di sini dan beginilah perjalanan kehidupan seorang blogger, semasa idea datang melimpah, macam2 hendak dituliskan. Tapi apabila kekeringan idea, mulalah sakit kepala hendak memikirkan apakah yang hendak dituliskan.

Di kesempatan ini saya ingin nyatakan kepada anda semua, saya kini adalah usahawan internet sepenuh masa dan dalam waktu yang sama, penulis blog sepenuh masa, dan semestinya dalam bahasa melayu.

Tunggukan versi kedua smartusaha.com.Saya janjikan sesuatu yang memberi manfaat untuk semua. InsyaAllah..

Wassalam,

Mohd Zulfadli
Dari Meja SmartUsaha.Com

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.



13 Responses to “Portal SmartUsaha & Blog Versi 2”

  1. mypapit says:

    wahh, dah maju… :p

  2. robotys says:

    Wahh.. upgrade plak. Tak sabar2 nak tgk. :)

    BTW, thanks sebab drop by to my blog. Saya dah post kan entry pasal Tutorial Keyword Research . Thanks lagi skali atas cadangan yang bernas tuh. :)

    Chiao!

  3. cikguonline says:

    Sudah lama tu… saya hanya baru nak berjinak2 menulis mengenai pendapatan sampingan sahaja di internet… mugkin suatu hari nanti saudara Mohd Zulfadli boleh jadi seperti Dr Irfan Khairi saya pun harap dapat jadi cam tu.

  4. smartzul says:

    mypapit, skang keje apa? Full time blogger ke? :)

    roboyts, thanks…

    cikgu, ramai berjaya, lagi bagus.. Kalau kita peka keadaan ekonomi orang2 kita, begitu ‘ngeri’ sekali..

  5. KuyaBoiler says:

    Kita kena senantiasa berinovasi dalam apa jua bidang.Termasuk dalam mencari sumber pendapatan tambahan(yang halal).

  6. BAGAK says:

    TAHNIAH Mohd Zulfadli

    bertambah lagi blogger sepenuh masa di Malaysia ini

    nanti kita buat thread siapa yang buat sepenuh masa di Malaysia ini

  7. Tajul says:

    Mohd. Zulfadli……..
    Teruskan Usaha kamu, saya doakan semoga kamu berjaya dan dapat membimbing anak bumi berjaya dalam bidang internet marketing.

    Tajul

  8. mypapit says:

    smartzul,

    masih blajar kat uum dalam bidang Sains Komputer

  9. hasrul says:

    tahniah kepada semua.. perkembangan yang sihat… dan terima kasih smartusaha..

  10. congratz Zul… semoga Zul terus menulis.

    Kami akan sentiasa membaca…hehe… ;)

  11. FATAH says:

    camana nak dapat ebook blog percuma hang tblog?? takda ler… not found

  12. Hamid says:

    Teruskan usaha anda,
    semoga anda diberkati diatas sumbangan yang diberikan :wink:

  13. abdfatah says:

    yea… dah jadi internet marketer yang sepenuh masa nih kena bagi tumpuan yang sepenuh kepada perancangan dan stretegi meningkatkan kualiti dan menghasilkan produk2 terkini kepada mereka yang berminat mencari info yang berkaitan dengan perniagaan.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)