Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Rakaman Audio Best 104 bersama Usahawan Internet

8 09 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Semoga pembaca semua di dalam rahmat perlindungan Ilahi.

Baiklah, di kali ini, seperti yang kebanyakan menunggu, berikut adalah petikan rakaman audio temuramah Radio Best 104 terhadap saya pada bulan Ogos lepas. Selain saya, terdapat lagi dua orang yang ditemuramah iaitu kawan saya, saudara Ahmad dan saudara Zamrin dari Jutacash.Com.

Seperti yang saya katakan, temuramah ini bukan temuramah untuk berkongsi kejayaan, tetapi lebih kepada memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai kerjaya usahawan internet dan perniagaan internet itu sendiri. Di dalam rakaman ini, bahagian saya hanya dalam sekitar 3 minit sahaja, tetapi jika ikut masa sebenar, hampir sejam saya ditemuramah.

Untuk makluman, mengapa bahagian saya sedikit sahaja, kerana versi audio ini adalah untuk siaran sempena hari merdeka dan versi penuh adalah untuk projek lain bagi pihak radio tersebut.

Di dalam tulisan ini, saya sertakan audio streaming yang boleh anda dengar terus di blog ini, tetapi hanya bahagian saya sahaja dan saya telah ‘cut’ versi mukaddimah yang mempunyai lagu, serta bahagian dua orang lagi. Untuk mendengar versi penuh, anda perlu download audio tersebut. Saya terpaksa meletakkan bahagian saya sahaja sebab nak jimat bandwidth server. ;)

PERHATIAN: Anda hanya dibenarkan mendownload dan mendengar untuk diri sendiri sahaja dan tidak dibenarkan untuk tujuan komersil dan diedarkan dalam apa jua cara sekalipun. Hakcipta audio rakaman ini adalah hak milik sepenuhnya Radio Best 104.

Oklah, klik butang Play untuk mendengar atau anda boleh download fail audio untuk mendengar vesi penuh di komputer anda.

smartusaha

[audio:smartusaha-104-s.mp3]

Versi Penuh: Klik di sini Untuk Download

** Link download ini akan diletakkan buat sementara waktu sahaja. Jika anda download tetapi tidak dapat, sila request kepada saya menggunakan contact form di atas.

PS. Abang DJ EmR kita kirim salam kepada anda semua. Kalau anda nak dengar suara dia, ikuti siaran rancangan melodi senja setiap jam 6 petang di radio Best 104. * Saya lupa shift bertugas dia.. ;)

PPS. Jangan dengar atau ambil kisah dengan ‘cerita-cerita peribadi’ saya, tapi hayati dan fahami, erti keusahawanan internet yang sebenar. Peluang dan cabaran.. Ambil yang baik. Salam sukses!

PPPS. Kepada radio best 104 dan abang DJ EmR, terima kasih dan teruskan usaha yang murni.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Lihat Saya Guna Teknik Audio..
  • Dr. Irfan Khairi @ TV3
  • SmartZul Sedang ‘Cuti Bekerja’
  • Mini Gathering WangCyber.Com JB + ‘Sesi Eksklusif’.. ;)
  • Produk Digital: Mengapa Ebook Lebih Diminati?
  • Percubaan File Audio Flash
  • Ke KL Selama 3 Hari + Bengkel Perniagaan Internet
  • Sekali melangkah, jangan toleh ke belakang lagi..
  • Majalah IM Edisi Ke-3 Telah Terbit!
  • Mengapa Kerjaya Usahawan Masih Diragui?

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    5 Comments »

    Comment by Azahari
    2006-09-08 08:16:11

    Tahniah kepada SmartUsaha.Dah setahun dan terus berkembang.Saya pun insyaAllah akan ikut jejak anda.:) Tapi tak best la tak boleh nak download.Kalau boleh nak dengar pc di rumah.Salam Usahawan

     
    Comment by anas
    2006-09-08 21:51:15

    Tahniah en Zul. Teruaskan usaha memartabatkan bidang keusahawanan internet di Malaysia.

     
    Comment by ramzwatcher
    2006-09-09 02:10:54

    ala…tak dapat dengarlah kat sini…dia cakap error..tapi maybe sbb kat sini block kot :(

     
    Comment by san
    2006-09-10 19:24:53

    Tahniah smartusaha,anda telah melakukannya dengan baik, dan itulah yang terbaik … Hehehe, memang bukan senang nak jadi usahahawan internet .Ha, Ha, barulah mereka tahu apa itu usahawan internet atau peniaga internet, hehehe,

     
    Comment by smartzul
    2007-04-18 21:21:51

    Terkini: 18/4/07

    Versi penuh interview bersama Best 104 sudah ada dalam simpanan saya. Audio yang anda dengar di atas hanya sedutan.

    Actually, itu 1st time saya ditemuramah. So maybe jawapan saya tu tunggang terbalik. Al-maklum, pertama kali. Layan jer lah yer. :)

    Versi pernuh tak dapat saya letak di blog sebab saiz besar. Namun saya ada rancangan tersendiri. Tunggu.

    Versi penuh:

    1. 3 Orang usahawan Internet ditemuramah termasuk saya
    2. Soalan mengenai kepercayaan jual-beli di Internet
    3. Dan lain-lain tips lagi.

    Saya harap pendedahan saya dalam media sebegini dipandang +ve. Nak menunjuk saya berjaya atau kaya jauh sekali. Saya nak bantu industri ebiz di Malaysia DIPANDANG TINGGI. Itu sahaja. Actually, saya belum berjaya sangat-sangat lagi. Saya hanya mahu membantu.

    Semoga kita semua berjaya.

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: