Terhad – PLR Panduan Bina Blog Sendiri (Kit Blogger)

[Terkini: Terbuka kepada 1 orang saja lagi]

“Hanya 12 orang sahaja yang segera bertindak, akan memiliki ebook PLR ini di mana tawarannya tidak akan dibuka kembali selama-lamanya…”

Setelah bertungkus lumus mengemaskini ebook Panduan Lengkap Membina Blog Sendiri, akhirnya ia siap jua. Versi WordPress yang digunakan adalah versi terkini iaitu WordPress 3.2.1.

Seperti yang dihebohkan sebelum ini, saya akan buka tawaran lesen Private Label Rights (PLR) kepada mereka yang berminat. Saya sering ditanya sama ada saya sediakan PLR atau tidak untuk produk ini.

Dan kini, saya telah membuka tawaran ini, tetapi terhad kepada 12 orang sahaja! [Terkini: Dibuka kepada 1 orang sahaja lagi]

Saya tidak akan buka kepada terlalu ramai orang kerana produk ini terlalu istimewa dan bernilai tinggi. Sejak diterbitkan pada tahun 2006, produk ini terus menerus mendapat pembelian sehingga ke hari ini. Bukti terkini panduan ini terus mendapat pembelian:

Pakej Kit Blogger Buat Blog

Tawaran PLR ini juga dibuka kerana saya tahu, ada sesetengah orang mahu nama mereka diletak pada ebook dan bebas melakukan beberapa perkara.

Harga yang diletak untuk lesen PLR ini terlampau rendah. Saya boleh mengenakan harga tiga kali ganda daripada itu. Anda tidak perlu menulis sendiri ebook dan bersusah payah membuat screenshot imej sistem WordPress. Saya telah lakukannya di mana mencecah lebih 200 imej yang telah diambil. Ia satu kerja yang memenatkan. Adakah anda sanggup melakukan kerja sebegini? Mungkin tidak.

Setelah kuota 12 orang dipenuhi, saya akan tutup tawaran ini selama-lamanya. Saya juga tidak akan terbitkan lagi produk informasi yang disertakan dengan lesen hak jualan termasuk PLR.

Lesen PLR yang saya tawarkan ini adalah Restricted PLR. Berikut adalah perkara yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dilakukan:

[BOLEH] diletak nama dan domain anda sendiri.
[BOLEH] ubah, perbaiki atau tambah kandungan ebook.
[BOLEH] guna program affiliate.
[BOLEH] buat design ecover sendiri.
[BOLEH] jual versi personal use sahaja.
[BOLEH] jual dengan harga paling rendah RM30.00.
[BOLEH] buat website (minisite) sendiri.
[BOLEH] buat surat jualan (salesletter) sendiri.
[BOLEH] tukar tajuk ebook.
[BOLEH] jadikan ebook ini sebagai BONUS untuk apa-apa produk.
[BOLEH] gabungkan (bundle) ebook ini dengan ebook atau produk lain.
[BOLEH] edit atau ubah kandungan laman web yang disertakan.

Secara mudahnya, anda boleh buat apa yang anda mahu, KECUALI perkara-perkara yang dinyatakan tidak boleh seperti berikut:

[TIDAK BOLEH] berikan file .doc (Word) kepada orang lain.
[TIDAK BOLEH] letak nama atau maklumat kami.
[TIDAK BOLEH] jadikan ebook ini sebagai ebook percuma.
[TIDAK BOLEH] jadikan kandungan ebook sebagai artikel atau bahan laman web.
[TIDAK BOLEH] menuntut hakcipta. Hakcipta asal milik SmartUsaha.com. Melainkan anda ubahsuai sebahagian besar (lebih 50%) kandungan ebook sehingga tidak nampak sama seperti yang asal.
[TIDAK BOLEH] buat versi cetakan. Melainkan anda ubahsuai sebahagian besar (lebih 50%) kandungan ebook sehingga tidak nampak sama seperti yang asal.
[TIDAK BOLEH] dijadikan sebagai modul pelajaran/bengkel, melainkan anda ubahsuai sebahagian besar (lebih 50%) kandungan ebook sehingga tidak nampak sama seperti yang asal.
[TIDAK BOLEH] diterjemahkan kepada bahasa lain, melainkan anda ubahsuai sebahagian besar (lebih 50%) kandungan ebook sehingga tidak nampak sama seperti yang asal.
[TIDAK BOLEH] jual ebook dengan lesen Resell Rights atau Master Resell Rights. Mengapa anda mahu wujudkan atau menambah pesaing (iaitu mewujudkan reseller), walhal anda boleh menguasai sebahagian pasaran bagi produk ini? Jual dan simpan 100% hasilnya.

Syarat-syarat tidak boleh itu ditetapkan agar produk ini tetap mempunyai pasaran yang baik untuk jangka masa panjang dan memberikan kesan yang baik kepada pemegang lesen ini.

Semua orang tahu, termasuk anda, produk PLR yang tidak dikawal, begitu mudah diedarkan secara percuma. Ia akan merosakkan pasaran, malah anda selaku salah seorang pemilik PLR produk itu, akan gagal menjualnya. Tetapi tidak untuk produk ini.

PENTING untuk anda maklumi: Dalam perlesenan PLR yang standard, pemilik lesen itu sendiri yang perlu mengubahsuai kandungan ebook apabila berlaku perubahan sistem sama ada interface bahagian admin sistem wordpress. Begitu juga dengan mana-mana perkara berkaitan.

Pihak saya tidak akan lakukan kemaskini produk ini untuk pihak tuan/puan.

BONUS: Jika anda mendapatkan lesen PLR produk ini, anda akan mendapat ebook PLR Panduan Mudah FTP, bernilai RM80.00 secara percuma! Saya jual ia di sini: http://bisnesebook.com/plr-ftp/

Anda beli satu ebook PLR (Panduan Blog) dan anda akan dapat satu yang lain secara percuma.

Apakah yang akan anda perolehi?

  • Ebook dalam format .doc (Word) : Panduan Bina Blog Sendiri (119 m/surat), Pelan Tindakan & Senarai Semak Tindakan.
  • Grafik & Minisite + Surat Jualan (Grafik hanya dalam format JPG sahaja. PSD tidak disediakan)
  • Order Form (siap dengan panduan).
  • 5 iklan banner promosi bersaiz 125×125, 160×600, 300×250, 468×60 dan 728×90.
  • 7 emel promosi bersiri (follow up email) + 2 emel promosi
  • Material-material penting untuk pembelajaran pembeli anda seperti Theme, Plugin, imej seperti yang digunakan dalam panduan. Rujukan tambahan juga dibekalkan agar pembeli anda mengetahui perkara berkaitan yang penting.
  • PERCUMA: PLR ‘Panduan Mudah FTP’ bernilai RM58.00!
  • Template emel link download (emel untuk menghantar link download).
  • Saya boleh bantu masukkan maklumat anda seperti nama dan nama domain ke dalam ebook dan convert kepada format PDF. Hubungi saya melalui emel untuk bantuan percuma ini.

Berapakah harga PLR Panduan Bina Blog Sendiri ini?

Sebelum ini saya menjual lesen Resell Rights (RR) produk ini dengan harga RM190. Jadi saya boleh letakkan harga tiga kali ganda daripada jumlah itu untuk PLR. Saya boleh letak RM400, RM500 atau RM600!

Namun khas untuk 12 orang, harga istimewa adalah RM390.00 sahaja! Bayar sekali dan anda akan mendapat hak untuk mengubahsuai ebook ini dan melakukan beberapa perkara yang anda mahu.

[Terkini: Dibuka kepada 1 orang sahaja lagi]

Nota 1: Bagi Reseller sedia ada, tiada diskaun dapat diberikan. Harga di atas sudah terlalu rendah. Perlu diketahui, setiap bentuk lesen (RR, MRR dan PLR), ada harganya tersendiri. Jadi tiada istilah upgrade.

Dapatkan sekarang dengan klik di sini!

Jualan akan ditutup serta merta sebaik jumlah 12 orang dipenuhi. [Terkini: Dibuka kepada 1 orang sahaja lagi]

PS. Mungkin ada yang bertanya, mengapa saya kerap menawarkan lesen PLR produk-produk saya? Jawapannya; satu: Ia adalah model bisnes saya. Kedua, selepas ini saya tidak akan lagi melakukannya. Saya akan fokus kepada satu model bisnes internet yang lain. Saya tidak akan terlibat dan melibatkan diri lagi dengan RR, MRR dan PLR.

PSS. Dahulu, panduan ini dinamakan sebagai Kit Blogger. Tapi saya telah ubah namanya kepada Panduan Lengkap Membina Blog Sendiri. Nama Kit Blogger hanya akan diguna oleh saya sahaja.

Dapatkan sekarang dengan klik di sini!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

20 thoughts on “Terhad – PLR Panduan Bina Blog Sendiri (Kit Blogger)

    1. Terima kasih kerana bertanya.

      Yang dipromosikan di atas adalah pakej PLR, iaitu bagi mereka yang mahu jual produk ini sahaja.

      Mungkin soalan tuan berkaitan dengan panduannya. Dalam panduan blog tersebut, tidak diajar SEO secara detail, tetapi secara permalink yang mesra SEO sahaja. Saya tidak ada janjikan apa-apa sama ada blog yang dibina akan dapat carian pertama ataupun tidak. Pemilik blog perlu belajar lebih lanjut mengenai SEO sama ada beli ebook, buku, kursus atau belajar melalui mana-mana individu. Panduan ini hanya mengenai cara bina blog dan proses promosi cara mudah sahaja. Tidak lebih daripada itu.

    1. Ada dua cara:

      1. Remove link itu di kod sidebar.php. Akses Appearances dan klik Editor.

      ATAU

      2. Gunakan widget. Seret widget ke bahagian sidebar. Masukkan widget yang perlu sahaja tanpa memasukkan widget Meta. Dalam ebook saya ada tunjukkan cara masukkan widget.

      *Widget Meta adalah widget yang ada link login.

  1. aslmkm. lambakan ebook di dunia alamaya dgr2 crite byk yg kena tipu. nevermind, soalan utama ialah, adkah pembeli akan diajar mmbina laman blog dari a-z? jika xder basic IT mcm mana yer?

    1. Salam,

      Syarat pertama sekali untuk buat blog adalah kemahuan yang tidak mengenal putus asa. Mana-mana ebook, syarat ini paling penting. Sebahagian yang mengatakan tipu itu, kerana mereka berputus asa lantas cuba menyalahkan orang lain.

      Dalam ebook di atas, ditunjukkaan langkah demi langkah. Pembeli yang biasa menggunakan internet, emel dan seumpamanya, boleh buat blog dot com sendiri seperti mana blog ini.

      Yang penting adalah kemahuan untuk belajar perkara baru. Setiap orang pasti ada perkara baru yang perlu dilalui, termasuk membina blog dot com yang mungkin tidak pernah dilakukan. Setiap sesuatu pasti ada pertama kalinya. 🙂

      Tuan mahu beli PLR (untuk dijual) atau mahu belajar buat blog?

  2. Tuan Zul,

    Membaca post ni mengingatkan saya dulu pernah beli pakej bloggingsteps tapi segala file yg yg saya simpan dah hilang. Saya cuba nak download semula tapi link yang diberikan dah tak boleh guna.

    Bagaimana saya nak dapat semula bahan2 tu semua ye?

    Terima kasih.

  3. assalamualaikum abg Zul,

    lama tak melawat ke blog smartusaha ni..patut ah rasa rindu aje! hihii. 😀

    sebenarnya saya nak tanya benda yang sama seperti bro Saharizam utarakan..saya merupakan pembeli kit blogger versi yg pertama dulu; kalau tak silap ebook yg warna biru,hitam tu..

    adakah saya layak untuk mendapatkan kit blogger versi terkini ya?
    dan berkenaan affiliate, adakah saya masih boleh mempromosikan ebook kit blogger menggunakan username yg telah didaftarkan di http://bloggingsteps.com/agen lagi?
    sebab saya agak keliru samaada saya masih boleh mempromosikan ebook di bloggingsteps.com/kit atau harus mempromosikan ebook versi terkini di smartusaha.com/buatblog…

    maaf kalau semua pertanyaan tu menyukarkan pihak abg Zul..
    apa pun saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat abg Zul sebab dengan ilmu yg dipelajari, sehingga hari ini saya masih mampu membina blog2 berdasarkan ingatan yg masih ada dari panduan yang di beli terdahulu! 😉

    Ikhlas dari saya;
    Nur Misuari Abd Rahim aka PrinceQ

    1. Wah, PrinceQ! Lamanya tidak dengar khabar berita. 🙂

      1. Sistem affiliate di bloggingsteps.com masih aktif, namun saya tidak buka pendaftaran baru sebab saya akan buat pakej baru nanti. Andaikata ada akaun sebelum ini, boleh saja promosikan. Cuma saja saya tidak menerima pendaftaran baru. Hal ini saya akan jelaskan lebih lanjut nanti.

      2. Setiap pembeli akan dapat versi baru. Saya akan emelkan nanti.

      Terima kasih! 😉

      1. Hehhee saya sihat alhamdulillah.. 🙂

        Di sini ingin saya mohon sekiranya diizinkan saya berharap abg Zul dapat emailkan ke alamat email yg saya gunakan pada komen ini..

        sebab email yg didaftarkan semasa pembelian kit blogger terdahulu masih wujud tetapi terlampau banyak ‘sampah2’ yg masuk setiap hari! so takut2 kalau link yang dihantar terdelete plak nanti…

        BTW thank you so much sebab respon komen saya dengan begitu pantas sekali!
        Semoga abg Zul akan terus maju & berjaya dalam bidang perniagaan yg diceburi sekarang.. 😉

  4. Saya dah terima link download tersebut..terima kasih ya abg Zul! 😀

    Sekarang saya bekerja dan pada masa menjalankan perniagaan di internet juga bersama rakan2. Buat masa ni saya belum mampu nak beri tumpuan penuh pada biz internet, insyaAllah jika diizikanNya tiba masanya saya pasti akan fokus pada bidang ini sepenuhnya.. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *