Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Plagiat a.k.a ‘Copy & Paste’ Artikel

Biasanya saya tulis panjang-panjang mengenai hal ini. Tapi pada kali ini, sedikit berbeza. Saya hanya mahu tanya satu soalan mudah sahaja untuk tuan/puan berikan pendapat:

Mengapa kebanyakan manusia suka mengambil jalan mudah dengan “copy & paste” artikel orang lain tanpa meminta izin, tidak meletak sumber asal dan jadikan ia seperti hak milik sendiri sesuka hati? Padahal, semua orang tahu, ia perbuatan yang salah di sisi undang-undang, Agama, mahupun etika perniagaan.

MENGAPA YA?

-

Polisi komen: Hanya komentar yang positif sahaja diluluskan.

-

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • kesan plagiat
  • Plagiat dalam penulisan
  • kesan plagiarisme
  • plagiat artikel di internet
  • kesan plagiat dalam
  • internet dan plagiarisme
  • faktor-faktor berlakunya plagiat
  • faktor plagiarisme
  • CopyPaste design plagiat
  • bisnes copy and paste


28 Responses to “Plagiat a.k.a ‘Copy & Paste’ Artikel”

  1. thinkthank says:

    Sebab mereka pemalas!

  2. edysyahrul says:

    yang terlarang itu godaan :-)

  3. Hanafi Wawi says:

    Sememangnya manusia itu ada sifat pemalas dan sifat ini dari syaitan yang sentiasa menghasut manusia jadi sebab itu ada manusia kaya dan miskin disebabkan sifat malas tadi

  4. sebab mudah kot…orang suka short cut je..

  5. khairole says:

    setuju dengan bro shamsuriyadi.maklumla semua orang mahu cepat tanpa memikirkan kesan daripada perbuatan mereka tu..

  6. mus99 says:

    Mungkin tak tahu peraturan, mungkin malas, mungkin juga degil…

    Sebenarnya nak menulis satu-satu artikel bukanlah mudah, jadi ambil jalan singkat copy & paste saja.

    • smartzul says:

      Tidak tahu peraturan boleh diterima, tetapi peratusannya tidak besar. Ada yang tahu ia salah, tapi masih buat.

      Susah itu hanya alasan. Menulis artikel boleh dipelajari. Mahu tidak mahu, rajin atau malas sahaja. Paling mudah, boleh upah orang lain dengan caj minima RM5.00.

      Yang melakukan kerja jenayah sebegini bukanlah tidak berduit (saya kata sebab saya tahu siapa mereka). Mereka bukan calang-calang orangnya.

  7. hairul azmi says:

    mungkin dah biasa dengan plagiat..kata orang alah bisa,tegal biasa..

  8. smartzul says:

    Apa jua alasan, ia tetap SALAH dan HARAM. Umpama duit riba walaupun 1 sen, ia tetap dipanggil riba.

    Yang menjadi mangsa plagiat lebih tahu rasanya berbanding yang tidak menjadi mangsa. Saya mengambil keputusan untuk tegas dengan perkara ini setelah berkali-kali menjadi mangsa termasuk oleh IM yang senior. Sangat mengecewakan.

    Disebabkan kebanyakan orang kata “tidak mengapalah”, “halalkan sajalah”, “biarlah”, maka sebab itulah perkara ini terus menerus berlaku. Dan sebab itulah orang-orang kita masih tidak berubah.

    Kalau tanya saya, apa pandangan saya kalau orang curi artikel saya dan menjadi seperti hak mereka sendiri? Jawab saya amat mudah: BIAR ALLAH YANG URUSKAN MEREKA.

  9. dAzz says:

    copy n paste sudah menjadi perkara lumrah. copy n paste + reference belum lagi menjadi satu budaya (masih lagi kurang kesedaran dikalangan pengguna internet). So, bila seorang penulis menulis artikel, mereka perlulah kreatif sikit supaya bila ada orang copy artikel mereka, pastikan nama penulis asal turut dicopy secara tak langsung.

    • smartzul says:

      Cadangan yang baik (kreatif itu). Tip itu boleh digunapakai. Saya pun ada lakukannya. Tapi tidak semua artikel boleh dilakukan begitu. Seperti yang saya katakan, walaupun ada satu artikel saya dibuat begitu, tapi ada orang ambil sebahagian sahaja.

      Pelaku plagiat pun kreatif juga. Mereka ambil ayat-ayat tertentu sahaja. Manusia memang bijak. :)

  10. hamirul says:

    Terdapat banyak sebab. Di antaranya mungkin sebab mereka malas nak berfikir, dah kering idea – takde idea baru atau tak tahu peraturan hehe :)

    • smartzul says:

      Malas, tiada idea, itu memang diakui. Tapi, mintalah izin atau paling kurang letakkan sumber asal. Kalau barang mereka diambil sesuka hati, tahu pula mereka marah. Kita dari kecil lagi diajar agar meminta izin.

  11. mhnizam says:

    apa yang berlaku sekarang ni ramai yang telah menjadikannya kebiasaan sejak zaman sekolah lagi..jadi ianya kemudian terjangkit ketika dewasa….apa yang penting sedarlah akibat mengambil hak orang lain

  12. Hadi says:

    pada pendapat saya:

    1- Mereka tidak mahu berusaha. Tidak rugi berusaha bahkan menguntungkan diri kerana dapat mempelajari sesuatu perkara baru.

    2- Mereka tidak memikirkan kesan jangka panjang. Dunia internet ini luas. Walaupun begitu, kadangkala ‘pi mai pi mai tang tu’. :?

  13. Hafizi says:

    Saya Sokong,mengapa kita perlu copy & paste artikel oran glain,fikirkannya sendiri…..Buat Blog dan luahkan apa yang bersarang….saya yakin,dengan itu sahaja kita akan maju…!!

  14. copy paste tapi olah balik itu lebih baik… :D

  15. Itu manusia yang tak ada maruah diri. Pakai ambil jalan mudah aje! Begitu juga dlm bidang penulisan skrip drama. Sinopsis atau jalan cerita orang lain diambil jadikan skrip kerana sendiri tak ada modal dan idea. Semua itu perbuatan terkutuk yang mereka harus terima akibatnya nanti.

    • smartzul says:

      Sudah semestinya. Orang yang tidak melaluinya memang boleh berkata sabar, tapi yang merasa dan menanggung lebih tahu pedih dan sakitnya. Bayangkan, hasil jerih perih penat lelah siang malam, perah otak, tapi mudah-mudah hasil kerja kita diguna sesuka hati.

  16. imran says:

    Kadang-kadang kawan-kawan sendiri yang plagiat hasil tulisan kita. Siap edit pulak tu. Konon-konon artikel tu dia yang buat. Sabar je lah.

    Isu plagiat ni berkait rapat dengan etika. Nak copy silakan, tapi berilah kredit pada penulis asal.

  17. sufian says:

    depa nampak otai2 punya artikel memang best..nak buat tak reti..so copy n paste..dgn harapan dapat hasil macam otai2 dapat..tapi sebenarnya menipu diri sendiri

  18. mohd khairy bin kahar says:

    copy and paste ni kene ada etika…kita tidak boleh tiru bulat…..kalo nak amik musti letakkan di penghujung ayat yg diambil atau sumber rujukan.kadang2 sumber yang kita rujuk itu sama jadi kita perlu olah ayat baru tapi maksu yang sama…

  19. su says:

    Kerana mereka adalah blog iklan!… Utk pengetahuan semua blog2 dipenuhi iklan ni kebanyakkannye mencari pendapatan dgn cara itu…
    They’ve to make about 50 blogs per-month utk
    mengeluarkan iklan yg banyak!… Mane nak dapat idea? CIPLAK LE! They’ve NO MORAL CODES…

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)