Pindah rumah | Streamyx | Diri Saya.. :p
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,
Fuuh, rasa seperti tak lengkap hidup ini tanpa adanya internet, atau sekurang-kurangnya dapat melayari internet 2, 3 jam sehari. Ya lah, boleh dikatakan sebahagian wang poket saya selama ini adalah dari internet.. Umpama ikan yang kelemasan di darat, hehe.. Nak guna CC? Kalau sejam RM2, seminggu RM14, sebulan dah dalam RM56 gitu, baik apply streamyx, lagi selesa..
Apapun, maaf dipinta kepada pembaca semua kerana tidak meng-update blog saya ini atas sebab ’susah’nya untuk memasuki internet, tambahan sekarang baru pindah ke rumah baru. Semalam angkut barang dan terus berkemas sedikit.. Namun masih banyak lagi beberapa perkara yang perlu disettlekan dalam minggu ini.
Untuk streamyx, tadi dah ke Telekom Skudai, dan dah buat bayaran untuk talian trelefon, dan maybe esok akan daftar streamyx.. Ehem, saya akan daftar dengan diri saya sendiri, sebab saya ni agen streamyx… hehe.. Murah sikit untuk kali pertama ni.
Sekarang ni saya sedang berada di Dewan Komputer UTM. Dewan komputer terbesar di Malaysia..
Oklah, masa yang ditunggu oleh ramai orang. Ramai yang minta saya letak gambar saya di blog ini.. Ya, masa sudah tiba untuk saya dedahkan diri.. Kalau terserempak tu, tegurlah yer.. hehe.. Inilah diri saya yang tak seberapa..
Amacam?? Hensem tak? Boleh kalah shah rukh khan tau.. hahaha.. Gurau ajer.. Gambar tu gambar lama, 2 tahun lepas. Tapi jangan risau, tak banyak yang berubah. Janggut je kot yang bertambah.. hehe.. Apapun, semoga industri perniagaan internet terus meningkat maju di Malaysia!
Wassalam.
PS. Maaf jika ada ayat-ayat di atas yang tak begitu ’sedap’. Sekarang ni saya begitu kejarkan masa.. Minggu ni amat sibuk dengan beberapa perkara.
PPS. Kalau nak no tel saya, leh tanya member2 di wangcyber.com
PPPS. Maaf kepada yang hantar emel atau pertanyaan kepada saya. InsyaAllah, mana-mana persoalan yang belum terjawab akan saya jawab kemudian..
Â
yang benar,
mohd zulfadli.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!







Dah pindah dah? tahniah..sampai gak hajat..hehe..aritu saya ada datang UTM skudai, participate dalam pertandingan PSM ke apa ntah..tapi masa tu tak tau plak webmaster smartusaha ni kat situ..hehe..
Keep up the good work! and Good luck in ur online venture!
Walaupun takde streamyx di rumah tapi saudara mohd zulfadli mempunyai semangat yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan internet. saya berharap saya dapat timba segala ilmu yang dalam dalam blog ni.
macam selalu tengok kat drama… drama aper yer??
hehe, bukan drama lah hasrul. Filem.. Lupa ke filem tuu…. Saya berlakon dengan shah rukh khan.. hahaha…
tu larrr…. yang kisah berebut minachi tu.. heheh… anyway.. tahniah… rumah baru.. semangat baru..
Perghh….memang dah dekat nk sama dgn Shah Rukh Khan la….mesti Kajol/Aishwarya Rai/Preitty Zinta terpikat klu terjumpa ni…:)
Selamat berStreamyx…
Ada Aishwarya Rai sekali tak?
assalamualaikum…saudara zul…
saudara zul..pada pendapat saya mmg hebat.
Selamat tinggal di rumah baru…dan selamat berjaya…
p/s : boleh saudara zul komen tentang blog saya?? TQ
Terima kasih semua atas sokongan..
Antradun, Aishwarya Serai ada lah.. hahaha..
sapa yang berani cakap pasal my darling Aishwarya Rai hah…?
cheh.. macam le blog aku
akhirnya terpapar jugak gambar smartzul kat blog ni.. cam sharukh khan masa muda. hehe.. apa pun selamat pindah rumah baru. semoga lebih berjaya dgn semangat baru
gobala, nak ambiklah jelah Aishwarya Rai tu, hehe. Dia nak jadi milik orang dah.. :-p
azwan, shah rukh khan suruh saya ganti dia bila dia dah bersara nanti.. huhu..
p/s: Perasannya aku..
pss:
janggut berubah ? janggut usahawan laaa namanya. takpe … belum beruban lagi… hihiiii