Pindah Rumah Sewa Baru + The Death of Internet Marketing
Huuh, letih. Satu kerja yang saya kurang suka dan mungkin juga anda. Malam tadi saya dan kawan-kawan serumah angkut barang ke rumah baru. Tak jauh dari rumah sekarang tetapi dekat sahaja, dalam 3 hingga 5 minit perjalanan.
Rumah sewa (bukan beli, ala time-time bujang ni dok ramai-ramai lagi best) baru lebih besar, 2 tingkat dan 4 bilik. Memang selesa berbanding rumah sewa sekarang. Satu sebab nak pindah ke rumah sewa baru kerana ada member-member lain yang ingin tinggal sama-sama, jadi pindahlah ke rumah yang lebih besar. Dari 5 orang, kini isi rumah sudah 9 orang.
Orang kata, zaman bujang hanya sekali, dah kahwin susah nak ’seronok-seronok’ macam ni. hehe.. Tinggal ramai-ramai ada seronoknya, anda tahu sebab anda mungkin pernah melaluinya bukan?
Baik, sedikit perkembangan terkini aktiviti saya, saya sedang menyiapkan satu ebook. Hakikatnya saya sudah lama menyatakan hal ini, namun kita hanya merancang, maka insyaAllah saya akan siapkan ebook tersebut secepat yang mungkin. Apa? Ops, ia ebook BUKAN percuma.
Apa tajuknya? Nantikan pra-pelancarannya nanti. Sebagai klu-nya, di dalam ebook tersebut saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri dan juga kajian yang saya lakukan. Apa topiknya, anda akan tahu nanti. Just take alert ok. Sebagai tip awal, sila daftar newsletter smartusaha kerana subcriber saya sahaja yang akan tahu dulu.
=====================
The Death of Internet Marketing
=====================

Dua hari lepas, kotak emel saya penuh dengan emel dari ramai internet marketer seluruh dunia mengenai satu laporan khas (special report) mengenai “The Death of Internet Marketing”. Laporan itu mengandungi beberapa perkara penting yang perlu anda tahu jika anda ingin berjaya di dalam perniagaan internet terutama tahun depan dan seterusnya.
Penulis report tersebut adalah Mike Filsaime, seorang usahawan internet yang amat berjaya pada masa sekarang. Jika anda ingin tahu lebih lanjut apa yang diperbincangkan di dalam report tersebut, sila download melalui link berikut dan baca sendiri.
http://thedeathofinternetmarketing.com
Ada masa nanti saya akan buat review penuh mengenai report ini. Nota: Mungkin akses ke laman web tersebut perlahan kerana ribuan orang terus menerus men-download report tersebut.
Akhir kata, ingin saya nyatakan mungkin saya akan jarang online dalam beberapa hari kerana talian internet di rumah sekarang akan dialihkan ke rumah baru, jadi ia mungkin akan mengambil masa beberapa hari. Namun saya akan cuba online dengan menggunakan alternatif lain namun tidak secara kerap.
Wassalam, salam maju jaya.
PS. Pelajari langkah demi langkah membina perniagaan internet. Klik di sini.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!







Seronok tu memang seronok…tapi bab bayar $ sewa tu memang tak seronok sebab nak kutip $ ni memang susah la… macam-macam alasan orang bagi… itu je la yang tak best dok ramai-ramai ni..
Wah…kali ni Zul tak nak bagi free dah… so kalau masih ada ebook Zul yang free tu baik download cepat sebelum kena charge…hehehe…gurau je..
selamat masuk ke rumah sewa baru…
pindah rumah sewa baru? so, banyak la semangat & idea baru akan muncul nanti. nampaknya, kena buat kenduri kesyukuran tu(baca yasin ramai2).dpt la berkat sikit dan ebiz zul pun semakin maju nanti, ok tak zul?
alhamdullilah, saya baru jer beli rumah baru kat changlun ni. tapi baru 65% pembinaannya.(duit tu hasil kerja kat uum). lepas ni, sebelum umur 35thn, nak beli bungalow pulak, (duit hasil ebiz), ok tak? tapi, saya perlukan ilmu drpd zul dan rakan2 ebiz lain utk jayakan. help me?
http://thedeathofinternetmarketing.com
tq for info. rasanya kat blog alang, bitol dan sham pun ada gak, betul ka zul?
ya betul, benda ni satu dunia dah heboh.
Saya dah lebih 7 kali pindah rumah sewa sejak 2003. Sumer pasal housemate pindah, dapat keje lain, tak cukup orang, housemate kawin. Terpaksa cari housemate baru. Sewa mahal sangat, cari rumah murah sikit. Lepas ni nak pindah lagi hujung bulan ni. Dah 8 kali..