Pilih Mana Yang Sesuai Dengan Diri Sendiri

Di dalam bidang perniagaan Internet, atau buat duit di Internet, terlalu banyak cabang, cara, strategi, kaedah dan teknik. Terkadang dalam satu masa, ada orang memperlekehkan sesuatu kaedah dan mengangkat kaedah yang dilakukannya. Ini adalah tidak adil.

Jika anda membaca banyak artikel, ebook dan sebagainya, terlalu banyak cara yang disarankan. Sebagai contoh, cara buat duit cepat, cara buat duit secara serius, buat duit berdasarkan minat, buat duit tanpa modal, buat duit dengan modal kecil dan 1001 satu kaedah lagi.

Apa yang saya ingin nyatakan di sini adalah, jangan begitu pening kepala dan mengusut-masaikan keadaan sedia ada. Cukup hanya anda pilih apa yang anda mahu dan apa yang anda perlu. Sudah semestinya juga ia sesuai dengan anda.

Sebagai contoh di sini, jika anda mahukan duit dalam masa 1 minggu, maka kaedah Survey yang saya sarankan tidak sesuai digunakan. Malah, model menulis ebook sendiri pun juga tidak sesuai untuk keperluan anda. Sebaliknya, anda boleh gunakan teknik lain yang lebih cepat ( blackhat? πŸ™‚ ).

Contoh lain lagi ialah, jika anda sekadar mahu buat duit tambahan, maka cukuplah sekadar buat duit dan tidak perlu bersusah payah membina perniagaan sendiri. Sebab, anda bukan nak berhenti kerja pun. Sebaliknya, anda hanya mahu buat duit tambahan sahaja.

Saya bagi contoh lagi. Jika anda minat dengan sesuatu bidang dan anda mempunyai masa yang banyak untuk memikirkan idea perniagaan berdasarkan minat tadi, maka anda boleh melakukan apa yang anda minat sebab anda ada banyak masa dan tidak memerlukan wang dengan cepat.

Begitu juga dengan model-model buat duit di Internet. Ada buat duit dengan blog, ada jual ebook, ada resale rights, ada program pengiklanan, menulis ebook sendiri, lelongan, menjual produk fizikal, servis, konsultansi dan banyak lagi. Anda pilih apa yang anda sesuai dengan anda dan sesuai dengan keperluan anda.

Tidak ada satu formula atau tidak ada satu titik noktah di dalam sesuatu perkara. Anda pilih dan buat. Jika saya kata buatlah Survey, tidak bermakna anda perlu buat survey sebab ia mungkin tak sesuai dengan keperluan anda. Jika saya kata buatlah perkara yang anda minat, tak semestinya anda buat apa yang anda minat. Sebaliknya anda boleh buat sesuatu perkara yang lebih menguntungkan berbanding apa yang anda minat.

Kesimpulan di sini, ukurlah baju di badan sendiri. Tanya diri sendiri. Apa yang anda mahu buat? Apa yang anda perlu? Apa yang sesuai dengan perkara yang akan anda buat? Dan apa yang sesuai dengan anda? Sudah terjawab soalan-soalan itu, maka lakukan tindakan dan usaha bersungguh-sungguh sampai dapat hasil yang dimahukan.

Kata-Kata Hikmah: “Kegagalan yang sebenar ialah tidak bertindak”.

Sekian, wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

9 thoughts on “Pilih Mana Yang Sesuai Dengan Diri Sendiri

  1. Kesesuaian dan keselesaan yang kena pada diri sendiri amat penting dalam kita memulakan perniagaan Internet supaya memudahkan kita untuk membuat revision dan mempromosikannya kerana serba tahu tentang produk atau perkara yang hendak dikembangkan dalam sesuatu produk yang telah diceburi.

    ======================================
    Bisnes TDTone

    http://bisnesTdTone.com/khairul

    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”
    =======================================

  2. Memang betul kata Zul, ramai yang masih tercari-cari jenis perniagaan apa yang nk dibuat di internet terutamanya bagi newbies…bila tgk orang jual ebook laku, dia pun nk jual ebook jugak..pastu tgk org buat affiliate,dia pun nk buat jugak…

  3. Ya, betul, kekadang confius hilang FOKUS, sbb terlalu byk teknik/kaedah (jual ebook, affiliate,clickbank, MRR,adsense , etc) nak cuba dlm satu masa (ini mslah utama newbie) sblm jumpa yg NGAM dgn nya.

    Thanks for sharing Zul

    πŸ˜‰

  4. Bisnes ini tidak boleh lakukan dengan semberono aje. Hehe….Yela….sebelom nak start wa bisnes Internet, perlukan kajian tentang skop sesutu bisnes, kehendak pasaran tanpa mengabaikan kesesuaian dengan diri kita sendiri…..Baru datang feel n syok berbisnes.

    Btoi x????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *