Pilih Satu, Kaji & Buat

Apa khabar semua, moga sihat hendaknya.

Post kali ini saya akan menyentuh mengenai memulakan perniagaan internet. Ramai orang berprinsip, ingin memulakan tindakan sebaik sahaja bermula tahun 2007 yang mana tindakan ini bermaksud, mengkaji dan seterusnya memulakannya. Pendapat saya, perancangan begini hanya membazir masa anda sahaja, kerana sebenarnya masa yang sesuai untuk mengkaji bidang perniagaan internet adalah pada waktu sekarang. Jadi, sebaik sahaja bermula tahun 2007, anda sudah bersedia melakukan pra-pelancaran atau terus melancarkan perniagaan anda.

Baik, melalui internet, terdapat banyak model atau cara yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan. Dari menjual produk digital seperti ebook, software, audio, video dan kemudian produk fizikal seperti buku bercetak, kraftangan, atau apa sahaja, dan kemudian ada juga cara lain seperti google adsense dan program affiliate. Malah, kepada yang mempunyai kepakaran atau sumber, boleh melakukan perkhidmatan tertentu seperti servis membina laman web, design, pembangunan sistem, penterjemahan dan lain-lain lagi.

Pendek kata di sini adalah, kaji sekarang sebelum berakhirnya tahun 2006 ini. Kaji di sini bermaksud, buat ‘homework’ terhadap model-model perniagaan internet dan pilih satu model. Contohnya, anda melihat model program affiliate sesuai untuk anda, maka kaji perkara yang berkaitan. Atau mungkin anda ingin bergiat dalam bidang penerbitan ebook, maka kaji apa yang perlu diketahui bagi bidang itu. Jadi, pilih satu model dan kemudian tentukan apakah produk yang sesuai. Penentuan produk ini mestilah melalui kajian pasaran yang megambil kira terhadap permintaan dan juga persaingan.

Dah baca buku, tapi masih tidak faham? Dah rujuk ebook, tapi masih keliru? Maka, seminar atau bengkel adalah jawapan atau solusi yang seterusnya. Ramai yang berfikiran pendek atau negatif terhadap program bengkel atau kursus yang ditawarkan oleh beberapa pihak kini. Kononnya membazir duit, tak perlu dan sebagainya. Padahalnya, cara sebeginilah anda dapat mendengar sendiri daripada yang tahu bagaimana melakukan sesuatu seperti cara mendapatkan idea dan menentukan produk yang menguntungkan.

Melalui bengkel atau seminarlah persoalan-persoalan kita akan lebih mudah terjawab kerana kita “face to face” dengan yang tahu itu. Ia lebih berkesan dan praktikal daripada membaca sendiri dan ia lebih cepat memberikan kefahaman kepada anda terhadap sesuatu persoalan. Lebih-lebih lagi jika anda sangat-sangat newbie serta kekurangan masa untuk mengkaji sendiri, maka jalan terbaik adlaah mengikuti kursus. Inilah tujuan bengkel atau seminar, bukan saja-saja diadakan untuk mengaut keuntungan bagi pihak penganjur.

Kesimpulan, mulakan kajian sekarang terhadap topik atau model yang anda mahu lakukan, tentukan produk dan rancangkan perkara yang berkaitan pada bulan Disember ini juga. Tidak perlu kertas kerja yang complete, hanya cukup sekadar 2 muka surat buku catatan sahaja. Ya, ebook saya yang lepas saya rancang dalam 2 muka-surat sahaja. 🙂 Tidak perlu kertas kerja yang panjang berjela dan penuh dengan teori serta angka-angka yang memeningkan. Be flexible and practical.

Rancangkan sekarang dan sebaik bermula tahun 2007, tentukan bila anda ingin melancarkan perniagaan internet anda itu. Kini, saya sedang membantu beberapa orang untuk membina perniagaan internet mereka sendiri dan mereka tidak sabar-sabar untuk memulakannya. 🙂 Saya juga, sedang dalam proses merangka dan melancarkan satu perniagaan terbaru dan menggunakan konsep “profit sharing”, serta akan fokus kepada luar negara. Jika tidak dalam minggu ini, selewat-lewatnya kami akan bermula awal tahun depan.

InsyaAllah, saya dalam proses untuk menyiapkan satu laporan percuma yang bertajuk xxxx. 🙂 Kepada anda yang belum mendaftar newsletter smartusaha.com, daftar sekarang di http://smartusaha.com/news hari ini juga. Yang pasti, laporan ini akan dapat membantu anda membina atau memulakan perniagaan internet dengan jelas dan ada target.

Jumpa lagi.

Wassalam.

SmartZuL

PS. Ikuti Seminar kami untuk hilangkan kekeliruan mengenai perniagaan internet. Klik di sini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

7 thoughts on “Pilih Satu, Kaji & Buat

  1. zul,

    “if u fail to plan, u are fail”

    plan saya 2007, bulan januari pi bengkel perniagaan internet.
    betul apa yg zul tulis, walaupun saya dah beli, baca & praktikkan ilmu yg zul berikan (panduan wordpress), irfan(langkah 123), saifulsham(RBDDI), sham(panduan adsense),
    tapi saya wajib hadir bengkel perniagaan internet juga, demi menjawab segala/pelbagai pertanyaan diri saya mengenai ebiz ni.
    lagipun saya bekerja sebagai pengurus kolej sahaja, bidang ebiz adalah sesuatu yg baru/jangkal bagi diri saya. alhamdulilah, skrg saya sangat2 meminati ilmu ebiz ini.

    kata mahatma gandhi

    “kepuasan itu terletak kpd usaha, bukan kpd pencapaian,
    usaha sempurna adalah pencapaian sempurna”

    1. betul tu hapisol,
      kalau gagal untuk merancang maknanya gagal lah hidup tu…
      langkah pertama yang perlu ada pada kita…

      han

    1. memang la…
      buat keputusan senang…
      tapi nak bertindak tu agak sukar…
      sebab tu ramai yang hanya tahu buat keputusan dan tidak bertindak…

      han

  2. sudah semestinya kalo dah ada pilihan hati yang terpilih dan kemudian membuat kajian terperinci terhadap produk tersebut, maka laksanakanlah tugasana anda untuk memulakan ebiz idaman hati anda itu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *