Tentukan Bidang Anda, Dan Buat Bisnes Internet.

Sekadar menulis kembali tip yang pernah ditulis dahulu. Namun saya rasa saya perlu tulis kembali sebab melihatkan ramai yang masih tercari-cari apa yang boleh diniagakan di Internet.

Pertama sekali, elakkan menjual sesuatu yang berkaitan dengan Internet Marketing atau perniagaan Internet atau produk cara buat duit. Ia boleh, tapi persaingannya tinggi dan kini orang ramai sudah bijak memilih produk dan mendapatkan rujukan di Internet. Malah, rata-rata orang sudah ada asas perkara tersebut.

Jika anda mahu berjaya di dalam perniagaan Internet, anda tentukan satu bidang yang anda minat. Saya tahu, apa yang kita minat tak semestinya orang lain juga minat. TAPI, bukan bermakna kita terus buat apa yang kita minat itu. Sebaliknya, tentukan pula apa ‘permintaan’ pasaran yang berkaitan dengan minat anda tersebut.

Contoh 1: Anda minat dengan bidang bina badan

Jadi, produk apakah yang boleh anda jual di Internet? Antaranya seperti buku panduan, ebook, konsultansi Online, VCD, makanan kesihatan dan produk bina badan.

Contoh 2: Anda minat bidang masakan

Produk yang boleh dijual melalui Internet ialah seperti buku resepi masakan, VCD masakan dan lain-lain lagi.

Contoh 3: Anda minat bidang elektronik dan komputer

Produk yang boleh dijual adalah pelbagai. Boleh ke lelong.com.my dan lihat di sana, pelbagai produk elektronik dan gajet dijual.

Contoh 4: Anda minat bidang kesihatan

Anda boleh jual pelbagai produk kesihatan. Dan jika anda mempunyai kelulusan tertentu, anda mungkin boleh lakukan konsultansi secara Online.

Mengapa Pilih Yang Anda Minat?

Jawapannya mudah, agar motivasi anda terus kekal dan tak hilang begitu sahaja di dalam melakukan bisnes. Tidak seperti melakukan sesuatu bidang atau perkara di luar minat anda, biasanya motivasi kerja sentiasa turun dan naik.

Namun, perlu diingatkan, di dalam bisnes, adalah amat bagus jika tidak hanya melibatkan sesuatu yang hanya anda minat. Sebaliknya, utamakan permintaan pasaran dan menjual sesuatu yang tidak wujudnya terlalu banyak pesaing.

Jadi sekarang, jika anda masih lagi tercari-cari apa yang boleh dijual di Internet, cuba analisis apa yang anda minat dan senaraikan apakah yang boleh anda penuhi permintaan pasaran yang berkaitan dengan minat anda tersebut. Mudah ceritanya, jual sesuatu yang berkaitan dengan minat anda untuk membantu orang ramai (yang orang perlu).

Sesungguhnya, begitu banyak lagi ruang dan peluang di pasaran Internet Malaysia ini yang belum dipenuhi. Malah, begitu ramai usahawan Internet lain sedang membuat keuntungan yang mana produk mereka langsung tidak berkaitan dengan Internet Marketing atau cara buat duit.

Salam maju jaya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

19 thoughts on “Tentukan Bidang Anda, Dan Buat Bisnes Internet.

  1. Nice tips bro..

    Kekadang kita terikut ‘trend’ yang membuat kita lupa apa yang kita minat.

    Untuk mencari apa minat kita dan permintaan pasaran itu perlukan sedikit kajian. So,mcm bro cakap.

    Kita perlu list down apa minat dan permintaan orang lain.

    Lama dah tak menulis nie,tentu ada projek mega nie erk.. 🙂

  2. assalamualaikum

    maaf mengganggu..

    saya akan fikir dulu mcmana..sebab saya dah kena tipu banyak kali dengan program yg serupa nie..

    tq yer

  3. (salam) buat smartzul dan komentars…

    satu perkongsian ilmu yang bagus bagi newbie. memang diakui, terlalu banyak produk digital yang banyak ke arah cari duit berbanding dengan produk digital yang berbentuk motivasi dan umum. kena pandai memilih agar tidak menyesal esok hari.

    idea dan minat memang memainkan peranan penting. setiap manusia dilahirkan unik dan ada potensi tersendiri. jika sanggup berusaha lebih, akan ditunjukkan-Nya potensi yang ada.
    Minat dan pengalaman akan melahirkan produk, produk akan melahirkan duit! Cepat atau lambat duit masuk, ia bergantung juga kepada kesungguhan dan semangat yang jitu

  4. Yup..betul kata smartzul. Dalam masa sekarang ni, kita kena tgk juga ‘permintaan’ pasaran.

    Biasanya, benda yang kita dok asik buat tiap2 hari tu secara tak langsung boleh menimbulkan minat.

    Saya ada satu jawapan yang amat bernas…

    Sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21 – 30 hari seterusnya, ianya akan menjadi tabiat dan kalau tidak, ilmu itu akan mati.
    – Rasullullah S.A.W

  5. Jadikan minat sebagai asas untuk mencapai kejayaan dalam satu-satu bidang. Kalau dah minat, mesti kita akan berusaha bersungguh-sungguh dan bekerja keras untuk berjaya.

  6. Saya sokong pendapat daripada artiel ini hasil pandangan saudara SmartZul. Sememangnya memulakan perniagaan Internet mestilah melalui perkara yang diminati tanpa mengabaikan kehendak terkini pasaran yang ada pada hari ini.

    ======================================
    Bisnes TDTone

    http://bisnesTdTone.com/khairul

    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”
    =======================================

  7. Betul tu tentukan bidang untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan internet.. Dan yang pastinya saya bukan dalam bidang IT walaupun ada ijazah dalam bidang tu,…
    Huhuhuhu

  8. salam,

    betul tu, tak semua yang kita minat boleh diketengahkan… tapi benda yang kita tak minat, boleh buat duit… kita kena pupuk minat tu perlahan-lahan.. supaya kita kenal jenis barang, material, function dsb… saya memang menceburi biz online / offline yg memang minatnya tumbuh kemudian…

    kalau tak, takkan ada nyonya jual tudung!

  9. Betol saya sokong pendapat ini. yela….apa benda yang kita cuba usahakan yang pentingnya minat. pe2 benda pun insyaallah jadik punya. kan…..

  10. saya kagum dengan website ni. bolehkan saudara admin ajar saya buat website yang baik serta tips yang berguna untuk jadi blogger yang baik.
    tunjuk ajar saya kerana saya masih baru baru dalam berblog ni…saya perlukan lebih banyak ilmu pengetahuan…

  11. ILMU adalah asas untyuk berjaya, tanpa ilmu kita hanya nampak pokok hanyalah pokok, tapi dengan ilmu kita akan nampak pokok dari puluhan sudut…

    Begitu jugak dalam bisnes. Tanpa ilmu kita hanya nampak 1 atau 2 jalan sahaja untuk kaya…

  12. Salam semua..
    Setuju dengan semua komentar..
    Minat dan kemahiran kalau kena pada caranya boleh menghasilkan keuntungan kepada kita. Jadikan minat tersebut sesuatu yang unik dan dalam kelasnya yang tersendiri..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *