Petua Mengambil Perhatian ‘Big IM’

‘Big IM’ yang saya maksudkan di sini ialah usahawan-usahawan Internet yang telah berjaya terutama yang mempunyai nama, kredibiliti dan ‘terkenal’ di dalam bidang perniagaan internet. Mereka ini amat-amat mahu dihubungi oleh sesiapa sahaja sama ada mahu mendapatkan ‘rahsia’, petua, formula dan juga kerjasama (JV) dengan mereka.

Namun, terlalu hampa bagi kebanyakan orang kerana GAGAL menghubungi big IM tersebut. Emel yang dihantar tidak terbalas walaupun sudah mencuba beberapa kali. Kecewa jua sehinggakan mereka menganggap big IM tersebut ego, sombong, bongkak dan tidak mahu membantu orang lain untuk turut sama berjaya.

Pada hari ini, saya ingin membongkarkan satu rahsia dan petua mudah bagaimana untuk menarik perhatian big IM walaupun anda tidak menghubungi mereka. Pelik, tapi benar. Mereka akan mencari anda jika anda memiliki sifat-sifat di bawah.

Petua: Kesungguhan, Profesional dan Bukti

Kesungguhan

Anda perlulah seorang usahawan yang bersungguh-sungguh di dalam melakukan sesuatu dan bukan hangat-hangat tahi ayam atau hanya minta sahaja lebih, tapi hasil mahu besar. Sifat kesungguhan ini juga akan terbukti jika anda tidak banyak meminta bantuan orang lain, sebaliknya berusaha bermati-matian untuk melakukan sesuatu. Sifat sebeginilah yang disukai oleh kebanyakan orang termasuk big IM. Mereka mahu anda yang berusaha sendiri, bukan mereka yang melakukan itu dan ini untuk anda.

Profesional

Di dalam perniagaan, ciri ini adalah amat penting. Komunikasi anda, cara anda bercakap, ayat-ayat yang digunakan, ketenangan diri anda, tidak cepat melenting, kuat sabar, lebih mendahulukan kepentingan mereka (rakan JV, big IM..) dan melakukan kerja dengan penuh terancang dan tersusun adalah di antara contoh sikap profesional.

Bukti

Bukti ini terbahagi kepada dua iaitu langsung dan bukti tidak langsung. Bukti yang langsung adalah seperti anda menunjukkan hasil-hasil usaha anda seperti pendapatan bulanan, testimoni para pelanggan, akuan big IM lain terhadap diri anda dan senarai pelanggan besar anda.

Manakala bukti secara tidak langsung ialah seperti yang dinyatakan sebelum ini iaitu anda perlu ada kesungguhan, kuat bekerja, bukan jenis berputus-asa dan tidak pentingkan diri sendiri. Sifat-sifat ini tidak perlu ditunjukkan, tetapi ia begitu mudah untuk dinilai oleh mata kasar berdasarkan gerak kerja yang anda lakukan. Jadi, pastikan anda bekerja sebaik yang mungkin. Big IM sentiasa memantau diri anda.

Tujuan ‘memberikan’ bukti ini adalah bertujuan agar segala kesungguhan dan sifat profesional anda dapat dilihat oleh big IM atau sesiapa sahaja. Tidak cukup hanya mengatakan anda profesional atau bersungguh, tetapi tiada bukti yang dapat menyandarkan kata-kata anda tadi.

Mengapa perlukan sifat-sifat di atas?

Alasannya mudah: Buat apa bekerjasama dengan orang yang tidak serius, pemalas, suka bergantung harap tanpa mahu berusaha sendiri dan tidak bersungguh dengan apa yang dilakukan? Tiada sesiapa yang mahu bekerjasama dengan mereka yang bersifat begitu bukan?

Di dalam perniagaan, anda tidak dapat pergi jauh jika anda melakukan secara main-main atau suka-suka. Usahawan yang benar-benar berjaya (yang bijak) awal-awal lagi dapat mengetahui anda serius atau tidak dan bersungguh atau tidak. Jadi, jika anda mahu diambil perhatian oleh mereka, bersungguhlah di dalam usaha anda dan buktikan ia.

Bukan Ego, Bukan Sombong

Amat silap jika anda katakan usahawan yang berjaya adalah orang yang ego dan sombong apabila tidak membalas emel anda. “Ya lah, orang yang dah berjaya, siapa lah kita ni!”. Lihat, ayat sebegitu pun sudah membuktikan anda sudah tidak tahu adab komunikasi terutama di dalam perniagaan.

Satu sebab mengapa orang-orang yang berjaya ini tidak melayan emel atau sebarang bentuk komunikasi yang lain daripada mana-mana pihak ialah kerana orang yang menghubungi mereka itu tidak pandai berkomunikasi.

Andaikata mereka melayan orang sebegitu, maka mereka sebenarnya akan membazir masa sahaja. Berkomunikasi dengan orang yang tidak tahu berhubungan secara efektif adalah suatu perkara yang amat merugikan mereka.

Maka, jika anda adalah seorang usahawan dan mahu memastikan bakal rakan JV anda terutama big IM membalas emel anda serta-merta, maka pandai-pandailah di dalam berkomunikasi. Jangan ambil remeh mengenai perkara ini jika anda serius.

Satu contoh yang mudah ialah komunikasi melalui emel. Dari subjek emel (tajuk) sehinggalah kepada isi kandungan emel, adakah anda percaya dan yakin yang emel itu benar-benar mampu meyakinkan ‘big IM’ tersebut? Elakkan emel satu baris atau emel yang bersubjekkan satu perkataan atau subjek yang kurang jelas. Tulislah ‘permintaan’ atau cadangan anda sejelas-jelasnya.

Pengalaman saya sendiri membuktikan, ramai yang meminta kerjasama daripada saya terutama melalui emel, mereka hanya tahu bercakap tanpa ada pelan tindakan, perancangan atau kertas-kerja untuk apa yang mereka cadangkan itu. Tidak perlu kertas kerja yang detail, tapi cukuplah penerangan yang mudah difahami dan jelas.

Big IM tiada masa untuk memikirkan idea untuk anda, tetapi andalah yang perlu agresif, tidak putus-asa, terus menerus ligat berfikir dan sentiasa memperbaiki kekurangan yang ada. Anda rasa susah? Cerewet? Inilah hakikat keusahawanan. Tidak semuanya indah-indah dan mudah-mudah belaka.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Em..saya asyik berfikir masalah ini..adakah sesiapa yg bergelar big IM yg dapat membantu saya apabila saya melancarkan produk saya kelak? Macam mana nak hubungi mereka? Adakah mereka akan memberikan tindak balas? Tp persoalan ini hanya saya simpan dalam hati jer..tak pernah tanya sesiapa pun. Nampaknya post yang Zul tulis ni dah pun menjawab persoalan saya itu! hehehe :mrgreen:

    Kadang2 kita ni banyak sangat bertanya, tak buat apa2 pun dah sibuk tanya itu ini. Jika saya sendiri pun akan merasa bosan dengan orang sebegini. Bukannya ape..banyk keje lagi la kena buat! Kalu sibuk melayan org yg tak nak buat keje, rosaklah perniagaan kita!

    Nak tanya sikit, apa lak pendapat big IM tentang saya ni? Ada tak 3 ciri yg termaktub di atas? hohohoh…. 😆

    • Pendapat saya, jangan tanya samada awk ada ciri2 tersebut @ tak…
      tapi tanyala samada awk boleh atau tak membina ciri2 yang zul sbutkan 2…
      itu lebih bermakna…:)
      Saya yakin awk ada ciri 2 dgn syarat awk meletakkan 3 ciri dalam minda, pemikiran n cara bekerja …
      🙂

  2. Apa yang Zu katakan menang betul.

    Satu lagi, jika nak minta orang promotkan produk anda, jangan pula kedekut untuk bagi produk anda secara percuma untuk tujuan review.

    Biasanya bila orang nak JV dengan saya, mereka akan berikan penerangan yang jelas, berikan produk percuma untuk tujuan review dan fleksibel dengan segala permintaan aku.

    Akhirnya, sales yang saya buat sudah lebih daripada mencukupi untuk menguntungkan mereka (dan juga saya)

  3. Camtu ker Raymond? Oooo..ok! Lagipun dengan beri percuma kat Big IM dapat gak kita tanya pendapat diorang tentang produk kita! Kalu ada apa2 yg perlu diperbaiki boleh diorang tegur dulu…saya setuju sangat dengan pendapat Raymond tu!!

  4. kalau JV boleh tambah market dan keuntungan.Pelanggan JV kita secara tidak langsung akan jadi pelanggan kita juga.Pasaran makin berkembang

  5. slmt mlm zul,
    rasa nak JV juga…
    tapi belum bersedia lagi…
    nanti nak buat JV, mesti kena cari big IM…

    thanks zul for the tips…

    han

  6. ye, kalu nak mintak idea daripada big IM mesti dia bagi. diaorang ramai gak yang nak bantu orang walaupun ada sesetengah darinya yang kedekut ilmu. ada jugak yang complaint kenapa big IM ni kadang-kadang mintak bayaran bila mana dia ingin mengeluarkan idea. kenapa ye??? sebabnya mereka ni nak suruh orang ni menghargai skit apa yang dia dapat. biasanya manusia ni hanya menghargai sesuatu tu bila dia dah korbankan sesuatu untuk dapatkan apa yang dia nak. kalu dapat free biasanya manusia tak menghargai.

  7. Betul cakap Zul,tak semua indah belaka.Apa yang kita nak kadang-kadang susah nak dapat.Sebab tu kena bijak ‘tackle’ hati big IM ni.Bagi mereka win-win situation,dua2 dapat faedah kalau JV.

    Kalau nak mintak pendapat jangan main tanya jer.Bagi la greeting dulu.Ucap selamat.Panggil nama dengan bahasa sopan dan ayat tu kena beretika baru la IM tu rasa dihargai sikit.Takkan masuk umah orang main masuk jer..nak kena pukul? :mrgreen:

    pandangan sahaja.

  8. Tak rugi kalau kita beri percuma.. yang penting, pikat hati BIG IM.. buat cara yang terbaik.. dan tonjolkan diri kita.. buat apa yang zul katakan.. insyaAllah.. hasilnya berbaloi.. 😀

  9. kalau kita nak jumpa PM banyak prosedure yang perlu dilalui. Begitu juga dgn im, walau mereka bukan PM mereka biasenya hanya memilih org yg betul2 mempunyai kredibiliti dan bukti untuk berurusan. Mereka tidak sombong, jika anda ditempat mereka, anda juga mungkin begitu. Apabila terlalu bnyk emel yg diterima sudah pasti yang mana yg penting sahaja akan diambil tindakan seterusnya 😉

  10. Pingback: Perniagaan Internet | Usahawan Internet Malaysia Berjaya | Motivasi » Tip Berkesan Joint Venture

  11. Pingback: JV: Bukan Hanya Untuk Pelancaran Produk Baru | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet