Kurus, Gemuk, Tinggi, Rendah, Cacat, Pekak, Bisu – Salah Ke?

Tulisan hari ni lebih kepada motivasi dalaman dan menyentuh juga mengenai pemikiran klasik vs pemikiran tinggi. Selamat membaca.

Jika anda seorang yang gemuk, paling kurang ada seorang manusia akan mengatakan kepada anda, “gemuknya dia tu…”.

Jika anda kurus, maka ada insan akan berkata, “kurusnya..”.

Jika anda seorang yang teramat tinggi daripada biasa, ada yang akan berkata sambil tersenyum, “tengok tu, tinggi macam galah!”.

Jika anda amat rendah (kenit?), mereka si manusia akan berkata, “hehe, keciknya, rendahnya…”.

Jika anda tiada kaki, atau tiada tangan, atau cacat anggota, keadaan anda itu akan menarik perhatian orang dan mereka akan berkata, “orang cacat macam tu boleh berjaya ke?”.

Jika anda pekak dan bisu, orang akan kurang yakin dengan anda, “boleh ke berurusan dengan orang macam ni?”.

Jika anda ‘hitam’ dan gelap, mereka berkata, “hihihi, hitam macam arang”.

Jika anda…..

Ahh, tidak kisah siapa anda, kurus, gemuk, tinggi, rendah, cacat…

Manusia lain hanya tahu berkata dan mengata mengenai orang lain sahaja! Tetapi kekurangan mereka akan cuba dinafi-nafikan dan akan cuba ditutup dengan sejuta lapis penutup agar orang tidak nampak.

Mengapa mereka hanya tahu mengkritik dan memberi komen mengenai orang lain?

Adakah mereka sempurna? Lengkap? Hebat?

Wahai manusia, usahlah hanya melihat dan berkata mengenai orang lain sahaja. Kerana bila tiba satu masa, orang lain pula akan bercakap mengenai kekurangan kamu!

Hisablah diri sendiri dahulu sebelum menyibuk berkata mengenai orang lain.

Kepada anda yang sering menerima ‘tekanan’ daripada mana-mana manusia, usahlah mudah terpedaya dengan kata-kata mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Tidak kisah anda gemuk, tinggi menggalah, kurus macam lidi, pendek macam budak, bulat macam bola, kulit hitam macam arang…

Janji anda berjaya dan lebih berjaya daripada mereka!

Kepada anda yang mungkin lebih sempurna daripada orang lain, mengertilah hakikat hidup ini. Rupa paras dan bentuk fizikal itu BUKAN kayu ukur utama untuk berjaya! Nikmat mata adalah satu ujian. Siapa yang menggunakannya untuk mengata-ngata akan kekurangan orang lain, maka padah baginya. Sesiapa yang sentiasa ingat mata itu sebagai anugerah Ilahi yang perlu dijaga sebaiknya, maka mereka jarang melihat bentuk fizikal manusia lain sebagai kayu-ukur dan penilaian.

Jadilah seorang manusia yang baik hatinya. Pandangan mata terlalu tersasar. Namun pandangan hati yang bersih jua lebih selamat.

Saya menulis ‘luahan’ di atas kerana melihat, mindset (pemikiran) manusia kini masih lagi melihat kepada bentuk fizikal sebagai penilaian utama terhadap seseorang. Ketahuilah! Seseorang itu kurus, gemuk, pendek, tinggi atau cacat, mereka begitu bukan sebab mereka yang mahukan, tetapi ia adalah kehendak Allah lagi-lagi mereka telah berusaha untuk tidak menjadi begitu.

Jika anda mengata yang negatif mengenai bentuk fizikal mereka, secara tidak langsung anda tidak bersyukur dan redha dengan apa yang Allah berikan. Dan secara tidak langsung, anda boleh ‘membunuh’ motivasi mereka. Dan kalau mereka mengalami kesusahan kerana kata-kata anda, tidakkah ia satu ‘dosa’ yang tersembunyi??

Jika kita mengatakan, “Sabar je lah. Fikirkan positif”. Saudara, tak semua orang macam kita yang kuat hatinya. Mengapa kita hanya menasihati si mangsa, tetapi tidak menasihati mereka yang negatif?

Jika anda ada mengatakan mengenai bentuk fizikal seseorang kepada orang lain sebelum ini, maka berhentilah berkata begitu kerana ia tiada manfaatnya. Saya mempunyai seorang kawan yang cacat dan pada satu masa, ia seolah-olah sudah berputus-asa dengan hidup ini kerana kata-kata negatif manusia yang perasan sempurna. Sudahlah. Jangan menilai dan melihat pada fizikal manusia lain. Lihatlah pada kebaikannya dan sebut-sebutkanlah perkara yang baik sahaja mengenainya.

Ketahuilah, walau sepatah yang kita katakan, ia boleh mempengaruhi hidup seseorang. Maka jangan berkata yang negatif! Jika terjadi sesuatu yang buruk pada seseorang disebabkan kata-kata negatif kita walaupun berniat baik, namun kita PERLU bertanggungjawab atas kata-kata tersebut. Maka, eloklah diam daripada berkata yang tak perlu…

Mungkin mereka yang perasan sempurna itu sebenarnya buta. Buta kepada kehebatan yang kekurangan. Walaupun insan-insan yang ‘tak sempurna’ fizikalnya, namun mereka lebih hebat daripada seorang manusia yang lengkap fizikalnya, lebih berjaya dan lebih baik hatinya. Malah yang pelik, mereka mengata di belakang, tapi dalam masa yang sama meminta bantuan daripada mereka yang tak sempurna seperti mereka itu. Manusia, sungguh pelik.

Si A seorang yang gemuk. Si B seorang yang ideal badannya. Tapi Si A rajin, bijak dan berjaya dalam bisnesnya. Si B? Muka je hensem, body je ‘mantap’, tapi pemalas, penghabis duit mak bapak, tukang mengumpat & mengampu no. 1 dan bergaya je lebih, tapi poket selalu kering! Si A, walau badannya gemuk, tapi hidupnya bahagia, suka membantu orang lain agar sama-sama berjaya dan mempunyai pelbagai cabang bisnes! Pendek kata, rupa dan bentuk fizikal bukan ukuran untuk berjaya!!

Akhir kata, kepada si gemuk, si pendek, si tinggi menggalah, si kurus melidi, yang cacat dan sebagainya, yakinlah, apabila sekali mereka berkata negatif mengenai anda, sebenarnya mereka sudah kalah. Pertama, mereka kalah pada mata mereka. Kedua, mereka kalah kepada anda kerana anda relaks, tapi mereka jer yang kecoh. Anda begitu hebat! Anda tak perlu malu dengan mereka, tetapi sebaliknya mereka yang perlu malu kepada anda kerana anda seorang yang baik, cool dan tak kacau hidup orang.

Tumpu 100% pada usaha anda. Pedulikan komen negatif mereka. Walaupun komen itu benar, namun kadang-kadang kita perlu melihat kepada keadaan semasa. Merubah keadaan fizikal seperti yang mereka mahukan berbanding dengan berjaya dalam suatu usaha yang lebih banyak manfaatnya, mana yang lebih penting pada masa tersebut? Bagi saya, menumpu pada kerjaya atau kerja kita lebih penting daripada bersusah payah untuk ‘memuaskan’ hati orang lain!

Yang penting, anda perlu ada matlamat hidup, bekerja kuat dan terus-menerus berusaha sehingga berjaya. Bentuk fizikal bukan ukuran untuk berjaya! Tapi ia terletak pada semangat dalaman, matlamat, usaha, hati, ILMU dan taqwa. ‘Apa guna muka hensem dan cantik melecun tapi luka sikit pun menangis: manja’. Ya, hanya mereka yang ada sifat baik lebih dicintai oleh Allah berbanding mereka yang hanya suka bercakap mengenai kekurangan orang lain.

“Be yourself!”. Jumpa lagi.

Sekian.

Iklan: Tambah berat badan anda.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Hmm.. Kurus pun orang komplen? Apatah lagi kalau gemuk kan? Hahaha.. Biasalah manusia ni Zul, orang kata gajah depan mata tak nampak, kuman seberang lautan boleh nampak..

    Memang ada betulnya apa kata Zul tuh.. Orang sentiasa aje nak beritahu kita kekurangan kita.. Mungkin niat mereka baik, nak melihat kita menjadi lebih hensem, lebih cantik.. Tapi cara mereka sampaikan tuh, tanpa mereka sedari boleh menjadikan kita seperti kura-kura.. Semakin masuk ke dalam cangkerang sendiri.

    Pengalaman saya sendiri.. Masa saya kecil sampai habis sekolah, badan kurus melengking.. Bila jumpa, orang asik tanya jer macam Zul.. Kenapa kurus sangatlah.. Dok asrama tak cukup makan ke.. Banyak cacing dalam perut ker.. Sebab walaupun kurus, saya sangat suka makan 😈 .. Bila habis universiti, badan naik mencanak-canak.. hahaha.. Dah tukar tune pulak dorang ni.. Nape gemuk sangat? Makan banyak sangat ni? Kenapa tak exercise? Dan banyak lagi kenapalah..

    Pelik kan? Kurus komplen, gemuk pun komplen.. Lastnya saya selalu jawab, Macamana tak gemuk, jumpa asik cakap gemuk aje.. Cubalah cakap saya makin cun ke, makin lawa ke.. Hehehe.. Kata-kata tuh kan satu doa.. Kadang2 tuh saje je cakap, nasib baik ko tak jumpa aku minggu lepas, minggu lepas lagi gemuk.. nipun dah turun 5kg.. 😈

    Apapun, saya bersyukur sebab walaupun badan saya tak macam Miss Malaysia – apatah lagi Miss Universe, saya tidak menghadapi sebarang penyakit dan masih lagi aktif.. Yang pentingnya, otak saya bekerja dengan baik dan saya tahu menghormati orang lain..

    Kadang2 kita tak perasan bahawa bila kita menghina keadaan fizikal orang lain, kita menghina kejadian Allah. Tak siapapun yang meminta supaya dirinya dijadikan tidak sempurna. Tapi adakah sesiapa yang sempurna dalam dunia ni? Hmmm.. Artikel ni buatkan saya teringat2 perangai si Kiki dalam Manjalara. Menyampah!

    • biasalah nama lagi manusia, semuanya nak komplen kalo ada yang tak kena pada pandangan mereka lebih2 lagi mereka yang tak suka dengan penampilan kita… begitu begini pelbagai perkara yang hendak dikata…

      • alah biar je lah…
        buang masa je layan orang macam tu…
        kita buat kerja kita lagi baik…
        jangan ikut orang mengata orang…

        han

  2. :mrgreen: mungkin dia orang tu dah tak der keja kot..sebab tu dok komplen orang jer..

    bagi saya orang yang “sibuk dan positif ” takkan menyibukkan diri mereka dengan perkara-perkara remeh macam tu..

    btw, gud post today, Zul..thanks!

    p.s: Saya pun kurus jugak Smartzul tapi saya tetap bersyukur kpd Allah dengan apa yang ada pada diri saya.

    Lagipun ramai orang yang gemuk “berusaha” nak jadi kurus..betul tak? πŸ˜‰

    • yeaa… buang karan aje kalo asyik menyibukkan diri mepersoalkan apa yang ada pada diri orang lain terutamanya berkenaan fizikal atau mental mereka… namun kalo dah itu kerja mereka … apa nak dikata…?

  3. Pandangan mata selalu menipu
    Pandangan akal selalu tersalah
    Pandangan nafsu selalu melulu
    Pandangan hati itu yang hakiki
    Kalau hati itu bersih….
    Hati…
    kalau terlalu bersih
    Pandangannya akan menembusi hijab
    hati…Jika terlalu bersih
    Pandangannya tepat kehendak Allah
    tapi hati…jika dikotorii
    Bisikannya bukan lagi kebenaran…

    P/s-bila baca post ni teringat lak lagu nasyid masa zaman sekolah2 dulu πŸ˜†

  4. Hari ini anda hensem/jelita serta mempunyai rupa & bentuk tubuh yang sempurna??? Ingatlah suatu hari nanti segalanya akan berubah menjadi kecut & kedut, dan pengakhirannya cuma utk menjadi habuan cacing2 di dalam tanah. πŸ˜₯

    Moralnya, rupa paras fizikal tak menjanjikan apa2, yang penting akal dan minda yang sihat, yg boleh menyumbang sesuatu yg bermakna utk diri sendiri dan org lain. πŸ™‚

  5. Post anda ni buatkan abang teringat ‘perjuangan’ abg selama ni. Kata cikgu tu betul. Di mata manusia ni semuanya tak kena. Dah memang asal kejadian manusia itu tidak sempurna.

    So, orng yang asyik mengata akan kekuarangan orang lain tu sebenarnya ‘lupa’ dia sendiripun xsempurna. Klu dia sedar akan hakikat itu sudah pasti dia akan pikir banyak kali bila nak mengata orang…

    P/s: Rasanya SmartZul tahulah apa kekurangan abang … 😐

  6. Kita tak boleh melihat keadaan fizikal seseorang untuk menilai keupayaannya.
    Yang penting daya usaha,semangat,sikap,hati budi yang menentukan bahawa seseorang itu berjaya atau tidak.

  7. Adoi, ada jugak yg berfikiran mcm tu yer.. πŸ™„

    Bagi saya, kurus ke, gemuk ke, rendah ke, tu tak berapa penting pun.. Yang penting kita sihat, tak merokok dan buat kerja-kerja yang tidak sihat.. Tapi saya ada juga panas kadang-kadang sebab kalau orang lain menegur kaitkan dengan mak ayah..

    Bayangkanlah sesedap rasa jer diorg katakan “Kurusnya Kau Ni.. Apa mak ayah kau tak bagi makan ke?” Mau panas hati nak melawan balik.. Tapi sekarang dah tak ramai tegur saya kurus dah.. πŸ™‚

    PS: Err.. Saya lebih kurus dari Zul dan kawan2 saya yang lain malahan lebih rendah.. Tapi saya happy je.. Sebab manusia dilahirkan dengan keistimewaan tersendiri dan tidak sempurna.. Yang penting “Kita Enjoy”

  8. Sabda Rasulullah S.A.W : “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Hadith Riwayat Muslim)

    Barangkali yang gemuk, kurus, tinggi atau pendek ada hikmah kejadian disebaliknya. Tidak ALLAH jadikan makhluknya itu secara sia-sia. Kalau kita mengkritik, mencemuh atau menghina seseorang kerana fizikalnya. Ingatlah semua makhlukNya itu adalah merupakan hasil ciptaanNya.

  9. zul kawin cepat …lepas kawin mmg gerenti gemuk, pipi berisi…. serius ..saya pun kurus dulu, gi mana pun orang komen kurus sangat….tapi bila dah biasa, cam zul cakap tu kita dah tak amik port dah…lantaklah…

    saya anggap itu sebagai teguran dan pendorong supaya saya lebih gemuk..mungkin mereka rasa bimbang tentang diri kita dan mahu kita lebih gemuk dan sihat…

    tapi bila dah kawin, lain pulak lah ceritanya…kita serahkan pada bloggers dah kawin lain cerita pengalaman mereka..;)

  10. Saya suka dengan post ni… Sebab kena dengan diri saya sendiri πŸ™‚

    Saya senyum je bila orang kata saya berisi…

    Saya kata, dulu waktu berat saya masih 70+, diorang dah
    kata saya gemuk, saya gemuk. Padahal saya
    rasa saya kurus lagi.~Compare dengan saya skrg
    lah… πŸ˜‰

    Saya kata saya gemuk skrg kerana doa mereka la.
    Saya gemuk sekarang sebab
    dari dulu diorang asyik kata saya gemuk. Saya belum
    gemuk dah kata saya gemuk. Kan sekarang dah
    gemuk betul2.. :p
    (berapa banyak gemuk daa…)

    Apapun, kalau Afdlin Shauki dan Adibah Noor tidak
    malu mengaku mereka “berisi”, kenapa kita nak
    malu-malu plak. (Saya sebenarnya cukup tak
    suka kepada orang yang segan dirinya gemuk. Pada
    saya orang tu takde self confidence. Setiap orang
    ada keistimewaan masing2. Believe it)

    Asal gembira dan kita sihat sudahlah. πŸ™‚

  11. saya pun kurus gak zul..,umur pun sama tua dengan zul.
    bila telfon mak, mak selalu pesan dalam telpon, makan nasi banyak sikit biar gemuk..saya rasa,ini tandanya mak aku sayang kat aku, dia risau kat aku agaknye.. he,he

    kadangkala saya sendiri pun menerima kata-kata begitu dari kawan, tapi saya anggap biasa jer, dah jadi trade mark..nak buat lagu mano?

    kau tinggal serumah ngan sape?
    dengan lihin!
    lihin ? lihin mana?
    lihin bla bla bla
    oh lihin tu!

    macam saya sendiri gak, selalu gak tercelupar,maaf yer kawan-kawan!..
    orang tanya, kau tinggal mana, dengan sapa?
    dengan rizal
    rizal mana?
    emm, emm,emm..rizal gemuk!
    sebenarnya taknak sebut nama gemuk dia tu, tapi dah pengenalan diri dia, tak dapat dielakkan, kau elak menjadi lebih konfius lagi

    islam pun membenarkan kita menyebut gelaran-gelaran tertentu, dengan SEBAB-SEBAB tertentu.
    tak cayer tanyalah ustaz..

  12. sebeum kawin berat saya 64 kg,
    skrg dah 84kg.
    jadi skrg, tengah pulun senaman setiap hari sambil buat ebiz.

  13. Tak kisah la keadaan fizikal kita mcm mana.. dah Tuhan nak jadikan mcm tu.. Yg penting tubuh yg Tuhan bg tu amanah dan kita kena jaga ia dgn sebaik mungkin.. Kena jaga makan, senam selalu dan sebagainya..
    Just gunakan apa yg ada utk melakukan yg terbaik.. Kerana kejayaan adalah hak milik setiap insan! πŸ˜›

  14. Pingback: Unlimited Income : Apa Kata Anda? « Blog Personal Dik Mal

  15. Eermmm..
    Cian Zul ek, kene tegur pasal kurus…
    hehehe
    Kadang-kadang dah menjadi tabiat manusia bercerita kekurangan orang lain…
    Kalaupun ada 1000 kelebihan dan kebaikan orang, mata hanya nampak1 kekurangan gak…

    Ni la realiti kebobrokan pemikiran manusia yang senantiasa berfikiran sempit dan tak matang…
    sepatutnya kita lihat kebaikan dalam diri orang lain, bukan mencerca kekurangannye….

    Oleh, kita perlu tanamkan pemikiran yang positif dan sentiasa berbaik sangka (Su’u zhon)…
    InsyaAllah kehidupan akan sentiasa ceria tanpa perasaan negatif dalam diri kita..

  16. Mcmtulah adat manusia.. kurus salah, gemuk salah. Sama jugak mcm sy.. dulu mmg kurus. ingat lagi masa kecik dulu org panggil cicak kobeng. Mmg sampai bergaduh-gaduh..tp tu zaman budak2… Bila time remaja plak still kurus lagi… tp x selalu kena tegur ngn org. Sebab style sy kalau org tegur sampai sakitkan hati, sy lawan balik. Sampai bertumbuk pun xpe…baru jadi bleh anak jantan…

    Tp bila dah mula keja ni..problem kurus dah setel..timbul plak problem lain iaitu boroi plak(x la mcm pompuan ngandung, tp mmg nampak jelas kalau lepas makan). Badan pun dah naik berisi. ye la..time makan x jaga. sukan pun dah jarang main.. mmg ada gak org dok kata…”real sangat perut hang tu Mat, tu belum kawin lagi tu..” hehe..tp mmg sy aware jugak problem ni. takkan nak naik pelamin esok bini x boroi lagi, kita yg boroi dulu..huhu..

    Tapi apa-pun yg orang kata, kita amik yg positif, kita buang yang negatif..
    Kalau mindset sesetengah manusia yg kita dah tau tu TERUK.., pedulikan dia!! Buat keje kita dah…

    • pedulikan apa yang mereka nak kata. kita teruskan kehidupan kita untuk masa depan yang gemilang . mereka bukannya dibayar gaji untuk mengutuk itu ini kpd kita. rugi karan aje…

      bukannya mereka bayar bil elektrik kita sekalipun dalam kehidupan seharian kita nih…

  17. Asmkm Zul, apa khabar? Shueqry di sini.

    Agak terlewat saya masuk ke sini, biasanya tiap hari saya masuk..

    Saya seorang yang kurus, seringkali diperkecil sebab badan yang rendah, mata rabun, muka babyface dan kurus melidi.. ramai orang tak caya umur saya dah nak masuk 27.. diorang ingat baru 20 tahun!

    Walau apapun fizikal kita, harus bersyukur terlebih dahulu kerana masih sihat, ceria dan bisa bangun pagi menjalani kehidupan. Sekurus-kurus kita ada lagi yang lebih kurus dan ada yang sakit. Jadi, seharusnya kita bersyukur, sesyukur yang mungkin sebab kita masih sihat.

    Kita kurus tu sudah menjadi indetiti diri kita. Paling penting ialah pencapaian kita. Irfan Khairi pada masa awal kemunculannya juga kurus tapi seorang jutawan muda dan murah dengan ilmu bisnes..

    Good info from Zul. Thanks πŸ™‚

    – shueqry –

    • manusia dijadikan oleh Allah S.W.T dalam pelbagai bentuk dan saiz yang tersendiri… sekiranya anda membandingkan diri dengan orang lain dah tentunya anda akan asyik berfikir dan membuat perbandingan tanpa kesudahan yang pasti… sampai bila pun takkan selesai kalo nak buat apa-apa perbandingan antara stu sama lain…

    • manusia ada sifat sendiri…
      mereka yang mengutuk tu pun bukannya sempuna…
      orang yang agak diri nya sempuna tu adalah orang yang paling tak sempuna…

      han

  18. Thanks all!

    Semua pendapat2 anda amat bernas.

    Saya tak dapat reply bagi setiap pendapat di atas, cuma secara ringkas:

    1. Kurus atau gemuk, pendekke tinggi, anda adalah anda. Fokus pada keistimewaan dan kelebihan anda.

    2. Yup, orang yg menegur kita ada dua golongan, satu yg ikhlas dan satu lagi saja nak perlekeh. Namun bagi saya, ikhlas sahaja tak cukup! Ayat atau penyampaian teguran itu perlulah menjaga perasaan orang yg ditegur dan elakkan perkataan2 yg negatif. Juga mesti fikir dulu, adakah teguran itu ada kepentingan? Jika tidak penting sangat, better cakap benda lain. πŸ™‚

    3. Jika anda menerima teguran atau komen (negatif atau positif), jadikan ia sebagai satu semangat untuk anda terus berusaha menjadi yg terbaik di antara terbaik.

    Last but not least, apapun anda, “be yourself!”.

  19. sesiapa sahaja boleh berusaha asalkan ada kemahuan. gunakan kemudahan mana yang ada biar apapun situasi anggota badan anda. cukup atau tidak… apa yang penting adalah komitmen untuk berjaya… anda boleh dan anda mahu, anda dah tentu boleh berjaya…

  20. gemuk, kurus, pendek…
    semua tu sama je…
    tetap seoarang manusia yang di cipta oleh tuhan…

    jangan sesekali kita kutuk mereka yang kurang upaya…
    kan malu kalau mereka lebih berjaya dari kita…

    han

  21. xtau plak org kurus pon terase bile dikate kurus.. ingatkan itu satu pujian buat anda.. huhu.. maklumlah aku ni x pnah kurus so xde pengalaman.. =P

    well what can i say aku pon dah lali dgn kate2 org.. even org gemuk pon kate org gemuk gak.. i just don’t understand them.. ni sume bkn masalah physical kite pon.. sume ni masalah mentaliti dorg yg sentiase igt diri mereke tu lagi bagos dr org len.. igt dorg lebih byk pengalaman, lg byk pengetahuan, lebih perfect.. padahal nobody is perfect..

    yg sgt herannye.. certain org yg kurus ni bkn nye jenis bersenam pon dah tu sebok soh org gemuk ni kuruskan bdn katenye sebab kesihatan kononnye.. well tell me the truth.. dorg ni soh kuruskan badan sebab betul2 concern kat kesihatan ke or just sebab org gemuk ni x sedap mata dipandang? tepok dade tanyela hati..

    last but not least, yes I AM FAT, SO WHAT?? hahahaha