Pertandingan SEO WangCyber.Com : Melayu Boleh

Mungkin belum terlambat untuk saya menyatakan hal ini. Bermula 1 Januari hingga 30 Januari 2007 ini, pihak wangcyber telah membuka satu cabaran SEO kepada sesiapa sahaja yang berminat.

Cabaran ini akan menilai blog/website yang paling tinggi kedudukannya di enjin carian google.com dan juga yahoo.com.

Untuk itu, keyword yang digunakan untuk cabaran ini adalah: melayu boleh

Untuk bulan November 2006, carian yang dilakukan untuk keyword melayu boleh adalah sebanyak 14,220 mengikut tools overture.com dan ini biasanya sekitar itu juga bagi setiap bulan (tinggi carian):

melayu boleh

Daripada sedikit kajian saya, didapati ramai pengguna internet menggunakan kata-kunci ini untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan sesuatu yang kurang baik seperti gambar porno, seks dan juga skim cepat kaya. Mengapa digunakan kata kunci melayu boleh yang baik ini untuk perkara yang negatif? Saya tiada jawapannya.

Maka, disebabkan oleh hal itu juga, pertandingan ini selain mahu mengasah kemahiran SEO peserta pertandingan, ia juga bertujuan untuk ‘compete’ dengan blog atau website yang tidak baik itu yang menggunakan keyword melayu boleh.

Saya juga turut serta di dalam pertandingan ini dan tidak kisah kalah atau menang, tetapi apa yang saya mahu ialah:

1. Mengaplikasikan pengetahuan SEO yang ada

2. Membina sebuah blog yang membincangkan mengenai bangsa melayu dan menggunakan keyword melayu boleh sebagai intisari utama blog. Saya mahu blog yang dibina itu dapat compete dengan blog atau website lain yang menyalah-gunakan keyword melayu boleh.

3. Berkongsi dengan orang lain mengenai teknik dan taktik SEO yang saya gunakan

Blog Melayu Boleh Saya: http://101melayuboleh.blogspot.com

Saya tidak akan menggunakan blog smartusaha.com ini untuk pertandingan SEO ini kerana:

1. Matlamat saya mahu membina satu blog khusus mengenai “melayu boleh”

2. Ingin mempraktikkan teknik SEO dari scracth (zero) untuk blog baru. Dan dari situ, saya dapat berkongsi dengan orang lain apakah langkah demi langkah yang dilakukan

3. Tidak mahu blog smartusaha.com ini hilang fokus. Blog ini adalah mengenai ebiz dan tidak mahu berlebih-lebih membincangkan perkara lain seperti ‘isu’ melayu boleh

4. Blog ini mempunyai PR5, selalu di-index oleh google dan yahoo dan mudah mendapat kedudukan tinggi atau dalam maksud lain, sudah memiliki ciri-ciri SEO yang membolehkan saya mudah untuk mendapat ranking. 🙂 Maka, dengan menggunakan blog baru, bukan sahaja dapat mengasah dan mengulangkaji kembali teknik-teknik SEO yang digunakan sebelum ini, malah saya dapat berkongsi dengan orang lain apa yang saya lakukan untuk blog yang baru.

Harapan saya pertandingan ini memberikan manfaat dari segi ilmu SEO itu sendiri dan matlamat utamanya iaitu berkongsi ilmu dengan semua peserta dan orang lain mengenai teknik yang telah digunapakai.

Anda? Apa kata gunakan ilmu SEO yang ada di dada anda itu untuk menyahut cabaran ini. 😉

Sumber: SEO Contest WangCyber.Com

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

13 thoughts on “Pertandingan SEO WangCyber.Com : Melayu Boleh

  1. zul, tq for info.

    buat masa terdekat ini, saya kesuntukan masa untuk menyahut cabaran di wangcyber tersebut. tapi, saya doakan zul berjaya.

    sebelum 28/2/07, saya kena agihkan masa seharian untuk menulis di blog pertama saya, menyiapkan beberapa kertas kerja utk pembangunan pelajar di sini dan “study” utk exam ptk(maklumlah saya staf kerajaan), jika saya lulus dgn cemerlang, maka naiklah gaji dan pangkat.

  2. tumpang lalu..
    Walaupun semua otai-otai dah masuk saingan tersebut.. maka saya jugak tidak teragak -agak untuk meyahut cabaran itu.. (walau baru nak berjinak dgn blog)
    otai-otai ni pun dulu-dulu cam saya gaks. tak retti.. (jangan mara ye otai smartzul)

  3. salam
    menarik pertandingan ni..welll saya kena amik masa gak..nak kena belajar lagi dan server kat tpt saya ni slowwww..nak buat keje pun x bersemangat.kalau ade pertandingan lain kali,insyaAllah saya akan join…pye

    syah
    http://www.pil-fiber.com

  4. Bagus jugak Shuth buat pertandingan ni. Makin kerap la yang membuat komen di blog orang lain untuk mengharapkan secebis backlink. Jangan SPAM sudah.. Kalaun tak, ramai yang sekadar melawat saja..

  5. Zul…good luck…Nanti buat ebook ttg SEO pulak ya…ha..ha…ha…Satu hari nanti saya pasti akan jejaki jejak Zul ini..insyallah…Tapi nak tanya satu ler…apasal bila bagi komen kat blog tu tak boleh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *