Tip Persaingan Sihat + Harga + 1 Perkataan

 

Tip kali ini adalah mengenai persaingan. Apa yang saya perhatikan trend di Malaysia, apabila sesuatu produk itu telah dikeluarkan contohnya seperti ebook topik tertentu, maka mulalah yang lain tak akan mengeluarkannya lagi. Saya terasa amat pelik.. Ya, seolah-olah HANYA seorang yang berhak mengeluarkannya dan yang lain tidak perlu lagi menjual benda yang sama di internet. Bagi saya, ‘sikap’ ini tidak betul.

Ya, jika kita benar-benar usahawan, pemikiran yang kreatif, berani bersaing, mesti ada dalam diri. Kalau orang keluarkan produk jenis A, kita boleh mengeluarkannya juga seperti produk itu, TETAPI mestilah ada perbezaan dan lebih berkualiti. Inilah salah satu kunci untuk bersaing dengan mereka yang lain.

Contohnya, jika ebook A tidak menerangkan sesuatu, maka kita masukkan dalam ebook kita. Jika penjual ebook A itu ada kelemahan-kelemahan tertentu, kita ‘manipulasi’ kelemahan mereka itu. Jika mereka tidak tawarkan itu dan ini, kita tawarkan sebagai ‘bonus’ kepada pembeli. Dan yang pasti, cara kita, style kita, mesti ada beza dan ada kualiti. Letaklah harga berapa pun, orang akan sanggup beli.

Seperkara lagi adalah mengenai harga. Ramai yang takut untuk meletakkan harga pada produk keluaran mereka atau servis mereka. Ketahuilah, anda mesti BERANI meletakkan harga yang sepatutnya! Pengalaman saya membuatkan saya banyak belajar dalam soal meletakkan harga.

Anda boleh letakkan harga yang tinggi kerana di sana tetap ada mereka yang akan membeli JIKA produk anda benar-benar diperlukan dan lebih berkualiti daripada orang lain. Jangan letak terlalu murah!! Ya, saya ulang sekali lagi, jangan terlampau murah!! Tidak ada sebab untuk orang tidak membeli jika produk anda betul-betul diperlukan oleh mereka.

Tip Perkataan “Killer”:

Jika selama ini anda gunakan perkataan BELI di laman web anda. Maka, cepat-cepatlah tukar perkatan tersebut kepada perkataan lain yang lebih berkuasa dan “killer”, yang dapat meningkatkan jualan anda. Apa tu? Ya, jika anda guna perkataan BELI, orang akan cepat-cepat lari dari laman web anda sebab perkataan beli terus-menerus seperti memaksa mereka mengeluarkan duit.

Sebaliknya, gunakan perkatan seperti DAPATKANREBUT PELUANG INIGET IT NOWGRAB THIS OPPORTUNITYDOWNLOAD NOW dan lain-lain lagi. Perkataan ‘ajaib’ ini seolah-olah memukau pemikiran bakal pembeli (pelawat) produk anda untuk membelinya.

Oklah, sehingga berjumpa lagi di masa-masa yang mendatang. Semoga smartusaha terus kekal di persada internet. 🙂

Wassalam.

– 18 OKTOBER 2006 – by smartzul

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *