Erti SEBENAR sebuah perniagaan yang kukuh

Biasanya yang kita dengar, baca dan lihat, salah satu aspek kekuatan dan kemajuan bisnes yang sering disebut-sebut adalah jumlah pendapatan sesebuah perniagaan atau seseorang usahawan.

Pada satu ketika dahulu, saya juga melihat usahawan yang berjaya adalah usahawan yang banyak duit dan mendapat hasil jualan yang besar.

Namun sedikit demi sedikit, saya pelajari satu perkara…

Kekuatan sesebuah bisnes tidak terletak berapa banyak yang kita dapat, sebaliknya:

  • Berapa lama bisnes kita dapat bertahan dalam pasaran
  • Berapa lama kita dapat menjadi usahawan yang baik pekerti

Ada usahawan yang mendapat puluhan ribu pada tahun ini, tetapi kemudian ‘bungkus’ pada tahun hadapan. Ada usahawan yang gagal berkali-kali pada tahun ini, tetapi pada tahun hadapan mempunyai sebuah empayar bisnes yang hebat.

Kata orang bijak pandai, hidup dunia ini seperti roda. Pada masa kita berada di atas, kita gembira, seronok dan ramai kawan. Sebaliknya pada masa kita di bawah, kawan yang ramai itu mula menjauh, kita mungkin mula tertekan dan ditekan.

Tidak kisah semasa kita berada di atas mahupun di bawah, jika bisnes kita dan juga diri kita sendiri kuat dan kukuh, kita akan ‘kebal’ daripada apa jua cubaan dan ujian. Wang yang hilang boleh dicari kembali, tetapi semangat yang hilang amat sukar untuk dibina semula.

“Binalah bisnes yang kukuh tiang-tiangnya.” 

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Erti SEBENAR sebuah perniagaan yang kukuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *