Perniagaan tanpa keluar modal yang besar

Saya teringat prinsip memulakan bisnes dengan apa yang ada di tangan yang sering diingatkan oleh beberapa orang mentor seperti Tuan Shamsuddin Kadir, sebaik sahaja melihat seorang lelaki berniaga air minuman di sebuah pasar Ramadan. Beliau berniaga dengan berbekalkan sebuah meja, pengisar (blender), sedikit stok buah-buahan, air dan ais. Ringkas, tetapi mendapat sambutan.

jus buahMulakan bisnes dengan apa yang kita ada dahulu, kemudian setelah mendapat hasil, kita gunakan hasil itu untuk mengembangkan lagi bisnes. Mungkin dengan menambah peralatan, saiz perniagaan dan sebagainya.

Saya masih ingat pesanan Puan Ainon Mohd., elakkan membuat pinjaman terutama daripada pihak bank di awal perniagaan. Pinjaman hanya dilakukan apabila perniagaan telah mula berkembang dan maju.

Prinsip memulakan bisnes dengan apa yang kita ada juga ditekankan oleh Datuk Dr. Rusly (Chef Li), di mana katanya, orang-orang Cina banyak mempraktikkan hal sebegini. Apa yang ada di dapur, itu yang mereka gunakan. Pesan beliau juga, untuk bermula dengan mudah, elakkan meletak pelbagai syarat untuk berjaya.

Dari sudut konsep perniagaan internet pula, prinsip di atas amat mudah untuk diterapkan. Gunakan ‘alatan-alatan’, perisian atau laman web/blog percuma untuk bermula. Salah satu contohnya adalah berniaga dengan menggunakan Facebook dan juga menggunakan blogspot.com.

Setelah mendapat hasil, boleh usahakan untuk dapatkan nama domain dan hosting, bagi membina jenama dengan lebih baik dan membina sebuah kedai online yang lebih sempurna.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Perniagaan tanpa keluar modal yang besar

  1. Ilmu saya belum cukup. Mahu cukup setinggi mana? Modal tidak cukup. Mahu cukup sebanyak mana? Mungkin itu antara banyak syarat yang kita letak pada diri sebelum memulakan bisnes.

    Prinsip jangan letakkan syarat untuk berjaya adalah prinsip yang membelenggu saya selama ini. Banyak yang perlu dibetulkan.

    1. Ada orang hanya ada sehelai sepinggan sahaja sebagai modal permulaan. Ada orang, dia memiliki berpuluh-puluh ribu wang tunai yang boleh dijadikan modal.

      Setiap orang adalah berbeza. Untuk mudah bergerak, kita perlu fokus pada pembinaan dan pembangunan diri, tanpa membanding-banding dengan orang lain.

  2. Kata kunci yang semat di mida saya ialah
    1) lakkan membuat pinjaman terutama daripada pihak bank di awal perniagaan.
    2) memulakan bisnes dengan apa yang kita ada
    30 sudut konsep perniagaan internet berniaga dengan menggunakan Facebook dan juga menggunakan blogspot.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *