Perniagaan Produk Informasi Digital

Menjual produk informasi terutama berformat digital di Internet mempunyai banyak kelebihan tersendiri. Pengalaman saya selama hampir 4 tahun melakukan bisnes ini sendiri telah merasai kelebihan-kelebihan tersebut. Apakah contoh produk informasi digital?

  1. Ebook
  2. Video
  3. Audio

Di antara kelebihan melakukan bisnes produk digital adalah:

  • Kos penghasilan produk yang amat minima atau rendah.
  • Mudah dan cepat dihasilkan.
  • Tidak perlu menyimpan stok atau gudang simpanan yang besar.
  • Margin keuntungan yang besar.
  • Boleh melakukan perniagaan di mana-mana sahaja!
  • Mudah diuruskan.
  • Rendah risiko. Peratus kerugian yang amat kecil.
  • Mudah dikemaskini tanpa kos tambahan.
  • Tidak perlukan kos penghantaran. Hanya download melalui Internet sahaja.
  • Boleh diautomasikan sepenuhnya.

Perniagaan produk informasi digital telah memberikan saya kebebasan untuk bergerak. Sebagai contoh, walaupun saya balik ke kampung, saya masih boleh melakukan bisnes saya. Walaupun saya ke luar daerah (outstation), saya masih boleh berniaga. Ini kerana, ‘kedai’ saya adalah laman web di Internet dan proses perniagaan juga hanya berlaku di Internet.

Walaupun penerimaan orang ramai terutama di Malaysia masih rendah terhadap produk digital seperti ebook, namun peningkatan terus berlaku. Malah setiap kali saya memberi ceramah, saya pasti akan menerangkan model dan konsep perniagaan produk informasi digital ini kepada peserta. Dengan harapan, walau mereka tidak mahu berniaga cara ini, mereka positif dan dapat menerimanya atau menjadi pembeli.

Peredaran masa dan zaman juga semakin ke arah dunia maya untuk sesetengah perkara. Sebagai contoh, album seseorang artis di Malaysia sudah mula dipasarkan secara digital. Pendengar hanya perlu memilih lagu yang diminati dan mereka perlu membayar untuk lagu itu sahaja, kemudian download terus ke komputer mereka. Jika dahulu zaman kaset dan CD, kini ia mula merudum.

Manakala kebanyakan peralatan gajet, menyokong file-file digital seperti audio, video dan juga dokumen seperti PDF. Ini sudah pasti membuatkan sambutan terhadap produk-produk digital terus meningkat.

Model Terbaik?

Bisnes Produk Digital adalah bisnes yang terbaik pernah saya lakukan dan saya tidak akan sama sekali meninggalkannya. Walaupun ada sesetengah usahawan Internet atau Internet Marketer bersara dari bidang ini, namun bagi saya, kita perlu melihatnya dari sudut bisnes dan bukan dari suka atau tidak. Bagi saya, bidang produk digital ini akan terus meningkat grafnya.

Sedikit tip di sini, jika mahu mudah, hasilkan produk digital yang tidak perlu dikemaskini selalu. Hasilkan produk yang ‘evergreen’ iaitu topik yang umum dan diperlukan sepanjang masa (tidak mudah lapuk). Sebagai contoh, ebook Pakej Kit Blogger saya perlu dikemaskini setiap kali ada versi terbaru oleh pihak WordPress.org. Ia amat meletihkan dan memakan masa yang banyak setiap kali dikemaskini.

Contoh ebook yang evergreen adalah seperti motivasi, agama, pengurusan diri, komunikasi perhubungan dan perkara-perkara yang tidak kerap berubah.

Menjual Produk Digital Menggunakan Online Store

Saya dalam usaha untuk membangunkan sebuah laman web jualan berbentuk Online Store dengan menggunakan Sistem NiagaKit. Saya akan umumkan nanti apabila ia telah siap. Salah satu sebab saya mahu menggunakan Online Store adalah kerana ia memudahkan kerja saya memasukkan produk baru, tanpa membina laman web dari scratch. Lagi pun, tidak semua orang membaca salesletter yang panjang lebar.

Keduanya, saya menggunakan Sistem NiagaKit kerana yakin dan berpuas hati dengan sistem ini yang amat simple, kemas dan mudah digunakan berbanding sistem lain. Jika dibandingkan dengan sistem berbayar yang lain, NiagaKit tiada had atau limit tertentu. Nantikan ulasan saya mengenai sistem ini yang mana ia adalah sistem yang dibangunkan oleh anak-anak muda kita sendiri.

Kesimpulan

Seperti yang saya katakan di atas, menjual produk digital di Internet adalah salah satu model bisnes terbaik bagi saya. Saya pernah menjual produk fizikal, namun ia memerlukan kaki dan tangan yang lebih. Tidak cukup seorang diri melakukannya. Lagi-lagi saya yang tidak duduk diam di rumah (kerap outstation).

Saya juga pernah melakukan bisnes perkhidmatan melalui Internet. Ia memerlukan masa yang banyak dan perlu melayan pelbagai karenah pelanggan. Akhirnya, saya melakukan bisnes produk digital yang mana ia amat sesuai dengan diri saya. Bak kata pepatah, “sudah bertemu cinta yang sejati, dari mata jatuh ke hati.”

Saya tidak mengatakan model bisnes ini adalah yang terbaik untuk semua. Masing-masing mempunyai kemampuan dan keselesaan tersendiri. Pilih bentuk perniagaan yang serasi dan sesuai, kemudian lakukan sahaja. Bagi diri saya buat masa ini, model bisnes informasi digital ini akan terus saya lakukan selain sumber-sumber pendapatan yang lain dan juga bidang-bidang lain yang akan saya terokai.

smartzul

Mohd Zulfadli (SmartZul)
Usahawan Internet.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

11 thoughts on “Perniagaan Produk Informasi Digital

  1. Salam En SmartZul.
    Produk informasi digital adalah produk yang begitu mudah berkembang di internet. Ini akan terus bertambah seiring dengan kepesatan dan kemajuan internet di negara ini.
    Bagi pendapat saya produk informasi adalah bidang kepakaran seseorang penulis dalam mengeluarkan produknya bagi menyelesaikan masalah orang ramai di internet.
    Malahan pengguna internet di luar sana mestilah bijak memilih dan membeli produk yang sesuai dengan mereka.

  2. Memang sy tersangatlah setuju dgn Zul. Benar..

    Bisnes produk digital adalah model terbaik utk perniagaan internet masa kini.

    Sy turut bersetuju dgn pendapat Zul utk menghsilkan produk digital evergreen. Itulah projek yg sedang sy jalankan sekarang. Sy dalam proses menerbitkan produk digital yg bukan berniche make money/IM sahaja yg sememangnya niche-niche begini perlu sentiasa di kemaskini.

    Sy sedang menulis ebook dlm niche kesihatan dan projek seterusnya utk involve kan diri pula dlm niche relationship.

  3. Zaman sekarang, segalanya hanyalah di hujung jari. Pengguna Internet di Malaysia makin meningkat, jadi seharusnya kita mengambil peluang ini untuk menjana pendapatan 🙂

  4. Salam EN Zul.
    Terima kasih atas perkongsian ilmu ni.saya cukup tertarik dengan satu tips yg diberikan iaitu tips memilih produk yang tak perlu dikemaskini selalu.Ia nya info baru bagi saya.terima kasih En zul..

  5. Guna Niagakit sebagai sistem untuk kedai online memang satu pilihan yang terbaik!
    Lagi-lagi, Niagakit ini buatan anak muda kita sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *