Perniagaan Online Pasaran Malaysia
Semakin hari semakin meningkat naik penglibatan rakyat Malaysia dalam bidang perniagaan online bagi pasaran Malaysia. Ia satu perkembangan yang baik.
Namun di satu sudut, ia bermaksud sesiapa sahaja yang melakukan perniagaan secara online ini perlu lebih kreatif, proaktif dan unik. Jika cara promosi adalah sama seperti perniagaan lain, maka peluang untuk berdaya maju adalah sedikit sukar.
Berniaga di dunia online walaupun rendah kosnya, tidak perlu sewa pejabat dan melantik staf, namun di satu sisi, kita akan melihat begitu ramainya orang melakukan perkara dan usaha yang sama. Puncanya hanya satu, ia mudah dilakukan.
Berbeza dengan perniagaan secara offline, disebabkan kosnya yang besar, maka tidak semua orang mampu melakukan perkara yang sama. Ini adalah salah satu kelebihan perniagaan konvensional berbanding perniagaan online.
Walaupun begitu, seperti yang dinyatakan, jika usahawan online mahu maju dan kekal maju, perancangan perniagaan perlulah bagus dan sentiasa fikirkan bagaimana perniagaan boleh dikembangkan. Elakkan bertahun-tahun lamanya sentiasa kekal dengan cara yang sama. Kelak perniagaan lain akan melintas kedudukan kita yang selesa itu dan akhirnya kita kecundang jauh.
Di dunia sekarang, kepantasan (speed) adalah segala-galanya, lagi-lagi dunia online. Jika lambat beberapa saat sahaja, tidak mustahil ia boleh memberi kesan merugikan bertahun-tahun lamanya. Ngeri bukan?
Kesimpulan: Pasaran internet Malaysia tidaklah terlalu besar. Jadi kita perlu proaktif dan bekerja lebih kuat daripada biasa.
Incoming search terms:
- perniagaan online 2011
- blog perniagaan online
- bisnes online malaysia
- kesimpulan perniagaan online
- blog bisnes online
- perniagaan online di malaysia
- bisnes online di malaysia
- perniagaan online malaysia
- pernigaan online malaysia
- rumusan perniagaan secara online












Bak kata Bill Gate, “dalam tempoh 5 tahun kalau perniagaan anda tidak memasuki internet maka anda akan ketinggalan”…Sudah tiba masanya kot…
Pasaran internet Malaysia adalah trend sekarang. tapi nak cari makan , pun tak senang. Kena usaha juga.
untuk bermula rasanya xsalah kalau kita bermula dalam Malaysia. Betul, pasaran Malaysia xbesar. Lepas berjaya untuk beberapa ketika, ceburi bidang luar seperti China yang ramai populasi dalam dunia. Kan lebih untung..