Perniagaan Konvensional + Perniagaan Internet

Assalamu’alaikum,

Banjir yang berlaku di beberapa buah negeri membuatkan kita terfikir, apakah ini semua? 🙂 Bagi seorang Islam, jadikanlah ia satu pelajaran yang terbaik untuk diri sendiri. Jika anda melihat berita di TV atau membaca di akhbar, tidak semua berita sebenar disiarkan. Jika mendengar daripada mulut atau cerita si mangsa, anda akan lebih rasa gerun. 🙂 Begitu dahsyatnya banjir kali ini yang tidak dijangka. Air naik dengan begitu pantas, bumbung rumah tenggelam, bandar jadi macam tasik, air setinggi pokok kelapa sawit, terperangkap dalam rumah sendiri, panjat pokok kelapa pun ada! Walaupun saya di JB, tapi kawasan saya tidak kena dan semuanya baik sahaja. Lagipun, saya jarang keluar dan kerja saya tidak terganggu! Janji ada internet, boleh buat kerja biz online saya.

Tidak cukup banjir, berlaku pula gempa bumi yang kuat di Taiwan. Ia menyebabkan komunikasi internet dan talian telefon terjejas dan terputus. Sebagai usahawan internet, talian telefon dan juga saluran komunikasi sebegini amat-amat penting atau merupakan nadi utama perniagaan internet yang dijalankan. Tiada internet, ‘tiada’ bisnes internet. 🙂

Maka, sebagai seorang usahawan yang bijak, kita perlulah ada strategi sendiri dalam bidang keusahawanan ini. Kita jangan hanya fokus 100% kepada ebiz sahaja untuk income kita, sebaliknya cuba pelbagaikan (multiple sources of income) termasuk bisnes konvensional samada secara besar ataupun kecil seperti home based business yang lain.

Contoh terbaik adalah team saifulsham, yang mana pendapatan mereka bukan sahaja daripada perniagaan internet, tetapi daripada pelaburan hartanah, saham dan juga penulisan buku. Dr Irfan pula contoh yang terbaik juga. Dengan hasil perniagaan internetnya, beliau juga bergiat dalam usaha perniagaan konvensional dan juga hartanah. Sham RajaAdsense katanya, membantu ayah beliau dalam usaha penternakan dan pertanian, serta beberapa bisnes offline lain. Tak gitu Sham? 😉 Saya? Saya juga ada perancangan sendiri untuk biz offline saya. Anda pula bagaimana? Rata-rata kita lihat usahawan internet yang berjaya, mereka bukan hanya melibatkan diri dengan perniagaan internet semata-mata.. Inilah sifat usahawan yang sebenar-benarnya.

Anda perlu tahu, ‘kesusahan’ di dalam perniagaan internet hanyalah di peringkat permulaan sahaja. Bila anda sudah dapat rentak, maka anda begitu mudah untuk membuka satu demi satu perniagaan internet dan duit tak berhenti-henti masuk. Jika anda sudah stabil dan kukuh dalam perniagaan internet, maka anda hanya memerlukan beberapa jam sahaja sehari, lebih-lebih lagi jika anda mengautomasikan perniagaan internet anda.. Maka, manfaatkan juga peluang perniagaan dalam dunia konvensional untuk menambahkan lagi punca pendapatan anda.

Apa sahaja peluang yang ada, manfaatkan sebaik mungkin. Sumber rezeki di dunia ini bukan sahaja daripada internet, malah dari dunia offline. Sebagai usahawan yang sudah ‘mantap’ perniagaan internetnya, maka amat digalakkan mempunyai perniagaan konvensional yang lain samada perniagaan itu besar, atau berbentuk kecil-kecilan (Penjaja? Oh, teringat pula Dr. Rusly! ;)). Bagi saya, bidang yang lebih diminati adalah perniagaan berasaskan di rumah. Perniagaan internet adalah salah satu home based business, dan banyak lagi bisnes-bisnes offline lain yang memerlukan modal kecil sahaja.

Kesimpulan di sini, pentingnya ada punca pendapatan yang pelbagai dalam usaha hidup kita ini + pentingnya wang dalam hidup. Dah banjir macam ni, barulah kita terfikir, pentingnya wang! Semuanya perlukan wang. Jadi, bersiap-sedialah dari sekarang agar anda dan keluarga serta mereka yang terdekat, dapat menarik nafas lega dengan adanya sedikit pendapatan yang boleh menampung hidup jika berlaku sesuatu di luar jangkaan. Ya, wang bukan segalanya, tapi ia diperlukan untuk kehidupan di dunia ini..

Akhir kata, semoga kita mengambil pelajaran atas setiap apa yang berlaku. Jadilah usahawan yang sejati, insyaAllah.

Semoga anda bahagia dan ceria selalu.

– SmartZuL

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

8 thoughts on “Perniagaan Konvensional + Perniagaan Internet

  1. Saya bukan tolong ayah je..time raya haji je saya tolong ayah..Ayah meniaga lembu.tinggal 2 hari sebelum raya..sibuk la lepas ni..Kalo nak tempah lembu boleh la contact saya..Nak daging siap lapah & potong boleh..Insyaallah ada 2 ekor akan dikorbankan pada hari raya nanti.Ada lagi 2 bahagian yang kosong..Harga just rm220 satu bahagian..Ni untuk mereka yang kat kuala terengganu jela..

    Saya wat biz lain kat rumah..saya jual sejenis teh herba. Alhamdulillah sangat mengalakkan sebab ia mujarab.Ianya untuk mengurskan badan,penyakit darah tinggi,sakit urat dan sebagainya.Ramai yang berpuas hati,jadi saya akan mendapat pelanggan yang berterusan…Saya untung 3 kali ganda menjual teh ni.

    Saya dalam proses jadikanya perniagaan internet sedikit masa lagi.Saya sedang mengumpul testimonial dari pelanggan sedia ada.

  2. Sesuai lar dgn kata.. “walaupun datang yang baru, yang lama tidak dilupakan”..

    Semangat berniaga ini datang masa kecik2 lagi. Tolong jual durian, air, berger dan mcm2 lagi..Dan ebiz ini pula adalah kesinambungan dari perniagaan sebelum ini, so skang kena belajar dan sesuaikan diri dengan teknik ebiz ni..

    Hope mendapat tunjuk ajar dari smartzul dan rakan2 sekalian

  3. Zul ajarla saya camne nak buat online biz??
    Saya nak buat parttime luar banyak sgt halangannya
    yela pompuan kan apa pula dikata kalau balik tgh2 malam…
    so kalau megadap internet ni kat umah pun bole…
    bole ye email saya…

  4. pelbagai rekabentuk perniagaan? sudah tentunya kena ada perancangan untuk membuat kepelbagaian sumber pendapatan untuk menanpung keperluan mendesak seperti mana masa-masa kecemasan yang tidak terduga seperti banjir bermusim atau banjir segera yang tetiba datang menjengah…

    kalo sekdar bergantung kepada satu-satu perniagaan sahaja maka akan terjadi kesesakan matawang yang diperlukan tatkala kecemasan. mana nak cari modal bina semula bisness yang hanya satu itu sahaja yang ada…???

    sekian terima kasih… 😎

  5. multiple income adalah diperlukan untuk perniaga…
    kalau satu rugi, mungkin satu lagi untung…
    kalau dua2 untung, tu lagi bagus…
    jangan sampai dua2 rugi…hehe…

    han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *