Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Luangkan Masa Untuk Belajar, Mengkaji dan Merancang

11 10 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Antara faktor kejayaan seseorang di dalam perniagaan internet adalah sejauh mana dia meluangkan masa untuk belajar, mengkaji dan merancang terutama di peringkat permulaan.

Daripada pemerhatian saya terhadap para usahawan internet yang berjaya atau yang cepat berjaya (termasuk newbie) adalah kerana mereka meluangkan masa untuk betul-betul memahami mengenai perniagaan internet dan model yang sesuai dengan mereka.

Mereka mengkaji dan menentukan apakah model perniagaan internet yang sesuai untuk mereka, menyenaraikan apakah kekuatan dan kekurangan mereka (analisis SWOT) dan kemudian merancang apakah yang perlu mereka lakukan langkah demi langkah.

Dan untuk mudah merancang, sudah semestinya mereka mendalami dahulu model perniagaan yang mereka akan lakukan sama ada ebay, produk fizikal, produk digital atau program buat duit seperti affiliate.

Kemudian, mereka menyenaraikan apakah teknik-teknik yang terbukti menjadi dan berkesan. Caranya tidak lain adalah dengan belajar daripada kejayaan orang lain sama ada secara percuma atau secara berbayar.

Selepas memahami dan tahu teknik yang boleh dipakai, maka mereka akan merancang langkah dan strategi yang perlu dilakukan. Perancangan ini mungkin dalam bentuk jadual kerja, pelan tindakan, kertas kerja atau sebagainya..

Saya rasa, tidak ramai para pemula (newbie) melakukan perkara-perkara ini terutama kajian terhadap model perniagaan dan juga perancangan. Lantas kursus yang dihadiri dan ebook yang dibeli tidak memberi sebarang nilai dan hasil.

Belajarlah sehingga faham, kaji secara serius dan rancang strategi atau proses yang perlu anda lakukan. InsyaAllah, anda boleh berjaya seperti mana kejayaan orang lain. Dan sudah semestinya kesemua ini memerlukan disiplin dan fokus yang tinggi.

Jika anda mahu belajar beberapa teknik yang berkesan, anda boleh dapatkan Panduan Rahsia Newbie daripada Ammar Zahar. Anda boleh membaca dua ulasan terhadap produk ini yang saya tulis sebelum ini:

Ulasan Pertama

Ulasan kedua

Selamat berjaya.

ps. Ketahui di mana dan apa yang saya sedang buat: http://twitter.com/smartzul

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Serius dalam Perniagaan Internet
  • Sibuk atau Penyibuk?
  • Peluang Perniagaan dan Pendapatan Untuk Mahasiswa
  • Luasnya Ilmu Allah Ini & Tak Salah Berubah!
  • Apakah Kekuatan Pemasaran Internet Anda?
  • Usahawan Internet VS Usahawan Konvensional : Apa bezanya?
  • Hakikat 14: Perniagaan Internet, tak semudah disangka
  • Kisah Malang Si Pencari Peluang
  • Usahawan Internet Berjaya: Masa Kejayaan Anda Juga Akan Tiba…
  • Siapa Sahaja Boleh Tulis Ebook, TAPI…

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    13 Comments »

    Comment by rakanblogger
    2008-10-12 10:43:48

    Memang betul kata Zul, saya amat setuju. Belajar, mengkaji dan merancang memang aspek yang penting dalam perniagaan internet, lebih2 lagi kepada newbie. Jangan main hentam kromo je, silap2 kena hentam balik. Kalau tak tahu, belajar. Kalau tak faham, tanya. Malu bertanya sesat jalan Smile

    >>Follow saya di Twitter

     
    Comment by nick
    2008-10-12 12:59:03

    Benar Zul, Luangkan Masa Untuk Belajar, Mengkaji dan Merancang adalah salah satu kunci untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

     
    Comment by pakar clickbank
    2008-10-12 21:54:13

    ye memang betul tu bro ,saya sendiri sekarang pun luangkan banyak masa untuk kajian …thanks

     
    2008-10-12 22:05:52

    Mengkaji merupakan perkara pertama yang mesti dilakukan sebelum membuat sebarang keputusan,tanpa kajian atau pemahaman segala usaha yang bakal atau sedang diusahakan hanya akan menimbulkan masalah.

    Tetapi jika asik terlalu mengkaji dan mencari teori tanpa perlu bertindak segera hanya akan membenarkan diri berada di dalam angan-angan.

    Angan - angan yang disertakan kajian dan pemahaman ditambah dengan tindakan tepat merupakan matlamat yang bakal tercipta.

    Fikir-fikirkan yek!

     
    Comment by Haizal Ramdzan
    2008-10-12 23:47:52

    Assalamualaikum SmarZul,

    Saya akui ramai diantara newbie seperti saya hanya teruja untuk menjana pendapatan dari internet dengan segera tanpa perancangan yang betul, saya sendiri sangat tergesa-gesa tanpa perancangan dan menkaji ilmu secara mendalam. Lambakkan infomasi yg “tahyul” yang seolah-olah mengambil kesempatan dari newbie juga membuatkan para newbie semakin hanyut jauh dari landasan asal. Mujurlah Blog saudara ini memandu kami (newbie) kejalan yg benarr Smile. terima kasih atas info kali ini, akan saya jadualkan kembali masa untuk mengkaji,dan merancang dengan betul

    http://www.kisahjutawan.blogspot.com
    ~Jadikan mimpi satu realiti~

     
    Comment by En Dlie
    2008-10-13 12:12:56

    Saya sendiri banyak belajar dan mengkaji.. walaupun kadangkala apa yang saya kaji dan analisis “terpesong” - tiada permintaan atau bukan masa yang sesuai, saya tetap teruskan… menjadikan pengalaman ini satu pengajaran buat saya..

    Saya tetap tidak berputus asa, selagi mana ada peluang saya akan teruskan dengan dibimbing oleh ilmu-ilmu yang telah saya pelajari selama ini walaupun ianya hanya sekeliput jer.. Smile

     
    Comment by zool
    2008-10-14 23:56:02

    Lama sungguh tak singgah menjenguk sini..
    Memang belajar dan mengkaji penting..
    Tapi bertindak juga penting..
    Kalau tak sampai tu je la..

    eh ni cakap untuk diri sendirilah.. ha ha ha

     
    Comment by am
    2008-10-15 09:07:11

    Yup.. betullah tu.. saya pun mengaku.. selalu beli ebook panduan dsb.. tapi sering tak aplikasikan apa yang di ajar dalam panduan tu.. kadang2 naik blur pun ada.. patutnya kena fokus.. dan tumpukan satu-satu.. tak boleh nak kejar semua.. sebab selalunya jadi sekerat jalan jer..

     
    Comment by Muzri-Kamrie Corp.
    2008-10-16 00:21:07

    perancangan amat penting….

     
    Comment by auto parts
    2008-10-16 12:00:14

    bukan mudah untuk memulakan sesuatu …banyak masa yang diperlukan
    jadi para newby bersedialah untukk belajar..

     
    Comment by Robotys
    2008-10-16 16:55:14

    Yep, setuju samasekali. Smile

    The same reason kenapa kebanyakan graduan yang buat bisnes menjadi: Sebab mereka bekas pelajar, dan mereka biasanya mempunyai tabiat untuk belajar sesuatu sampai perfect then baru buat something.

    Sebab tuh jugak bisnes graduan banyak yang coming in late: Tunggu perfect. Smile

    Pro and Cons bro, pro and Cons!

    Ro.botys.com is back!

     
    Comment by AmmarZahar
    2008-10-17 10:24:22

    Belajar dan mengkaji adalah perkara wajib bagi seorang usahawan internet. Internet akan sentiasa berubah dan akan sentiasa ada penambahbaikan. Jadi, kita perlu terus update dengan semua maklumat yang ada di internet.

    Inilah kerja sebenar usahawan internet. Smile

     
    2008-10-17 21:21:40

    Kadang2 apa yang dirancangkan tidak menjadi sebaliknya yang tak terancang pulak datang tak diundang!

    Apa-apa pun kalau nak bisness internet kena berhati2 dalam merancang.

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: