Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Penelitian Semula Produk Resell Rights

28 04 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Saya melihat, kebanyakan daripada kita mengikut bulat-bulat apa yang orang lain buat. Style dan corak di dalam idea perniagaan Internet seringkali ditiru bulat-bulat seolah-olah itulah standard atau syaratnya.

Di dalam dunia Resell Rights, saya dapati ada satu kesilapan besar yang dilakukan oleh semua orang, bahkan termasuk saya sendiri (sebelum ini).

Sebelum saya menulis lebih panjang, ingin saya nyatakan bahawa tulisan ini lebih mengaitkan produk yang berkualiti tinggi yang tidak sesuai diberi secara percuma atau dijadikan sebagai bonus kepada produk lain.

Kita sering melihat, begitu banyak produk yang bagus-bagus dijadikan bonus kepada produk lain, digabungkan dalam satu pakej, dijual dengan harga yang teramat rendah, bahkan yang lebih teruk diberikan secara percuma.

Kejadian-kejadian seperti ini sering melanda produk-produk versi Resell Rights (RR, MRR, PLR). Sehingga pada satu masa, saya kembali berfikir, apakah semua yang telah berlaku ini?

Akhirnya saya sedar dan dapati, kita telah terpengaruh dengan style dan kaedah perniagaan sedia-ada. Ia bukan tidak bagus, tapi lama-kelamaan akan memberikan kerugian yang besar. Persaingan sengit dan kotor, penyalahgunaan, reseller tidak mengikut syarat dan sebagainya.

Antara masalah dan kekurangan yang saya perhatikan ialah:

1. Perubahan Ecover, Sales Letter dan Design Website yang menyebabkan kekeliruan para pembeli. Malah akan merosakkan kualiti produk. Bayangkan daripada design yang bagus, kemudian ditukar oleh reseller menjadi design yang buruk.

2. Perletakan harga yang tidak selaras. Kesannya akan berlaku persaingan yang tidak sihat walaupun ia memberikan motivasi untuk bersaing.

3. Pengedaran produk yang berleluasa. Hal ini terjadi apabila produk resell rights itu diberi hak edaran percuma. Padahal dalam masa yang sama, ia boleh dijual. Pelik bukan?

4. Tiada kawalan daripada pihak pengeluar produk. Mereka ini biasanya goyang kaki dan tidak banyak membantu para reseller. Akibatnya, berlakulah pelbagai masalah yang tak terjangka.

Idea “Era Baru”

InsyaAllah, selepas ini (untuk produk yang akan datang) saya akan melaksanakan ’sistem’ atau teknik lain daripada cara biasa untuk apa-apa produk resell rights saya. Antaranya:

1. Harga perlu sama untuk semua reseller. Tidak boleh kurang atau lebih.

2. Tidak boleh ubah Ecover, design website dan sales letter. Namun boleh tambah bonus. Saya sama sekali tidak akan membenarkan reseller saya mengubah design produk dan laman web untuk produk saya. Segala aspek sebegini akan dilakukan oleh pihak saya atau perlu berbincang dengan saya dahulu.

3. Saya (pihak pemilik produk) juga perlu bertanggungjawab membantu reseller untuk apa-apa perkara yang perlu.

4. Tidak akan meletakkan kebolehan produk untuk diberi sebagai bonus. Saya melihat ini satu cara yang tidak adil kepada reseller lain yang menjualnya secara berasingan, padahal orang lain menjadikannya ia bonus. Pemberian kebenaran sebagai bonus ini bagi saya seperti “menikam diri sendiri”.

5. Tidak akan meletak kebenaran hak pengedaran percuma. Tak guna menjual produk yang mana ia boleh diberikan secara percuma. Ia satu keadaan yang begitu dan jelas kontra (bertentangan) dengan prinsip perniagaan.

Untuk memahami idea-idea ini, anda ambil contoh seperti syarikat TMNet atau company MLM. Ahli berdaftar dengan mereka tidak boleh menaikkan atau menurunkan harga sewenang-wenangnya. Malah, warna, bentuk atau design produk adalah 100% sama untuk semua agen atau reseller.

Kemudian, para pembeli produk tadi semuanya akan direkodkan di sistem syarikat selain direkod oleh agen atau reseller sendiri. Apa yang ingin saya katakan, sebahagian besar aspek penting tadi adalah secara berpusat.

Jika ada yang mengatakan kalau idea sebegini tidak sesuai dipraktikkan untuk dunia perniagaan Internet akan, saya nafikan tanggapan tersebut. Ini kerana pasaran Internet teramat luas dan setiap masa pasti ada orang baru di dalam pasaran.

Kesilapan dalam Pemahaman

Kebanyakan orang melihat bahawa apabila mereka membeli produk Resell Rights, maka itu adalah produk mereka. Padahal yang mereka beli adalah lesen atau hak menjual. Produk itu bukan milik mereka. Jadi di sini, mengapa perlu diubah design produk dan sebagainya?

Seperti yang saya katakan sebelum ini, tidak semua produk kita perlu melakukan cara baru yang saya cadangkan. Lihat dan bergantung kepada ’skala’ atau ’saiz’ produk tersebut. Kalau ia sesuai dibenarkan untuk dijadikan bonus, maka silakan. Jika ia sesuai untuk diubah designnya, maka lakukan.

Pakej Kit Blogger adalah satu-satunya produk saya yang amat komprehensif dan bernilai. Saya amat menjaga mutu produk ini sepanjang masa. Ia tidak boleh digabungkan dengan apa-apa produk atau servis dan tidak boleh dijadikan sebagai bonus untuk mana-mana produk. Apatah lagi diedar secara percuma.

Saya memang tegas dalam polisi bisnes saya. Telah ada beberapa reseller yang melanggar syarat telah ditegur oleh saya. Saya tidak memilih atau menganak-tirikan sesiapa apabila ia berkaitan dengan bisnes. Saya akan berterus-terang apa yang patut dan perlu.

Jika anda mempunyai produk yang teramat bagus, jagalah dan lindungilah baik-baik. Ia adalah aset anda.

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Video Panduan Upgrade Wordpress Versi Resell Rights
  • Baru Nak Bina Ebiz.. Langkah Terbaik?
  • Produk Terbaru SmartUsaha.com :)
  • SmartZul ‘Berehat’ Buat Sementara..
  • Sistem EZSurvey Telah Dilancarkan!
  • Ebook Vs Buku
  • Mitos Produk Master Resale Rights
  • Cara Cepat ‘Menghasilkan’ Produk untuk Perniagaan Internet
  • Perkembangan Terkini Produk SmartUsaha.com
  • Jual Ebook Cara Mudah!

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    9 Comments »

    Comment by titan
    2008-04-29 02:10:46

    no wonder benda tu berlaku. Kalau kat forum luar dan website juga blog luar. ramai yang jadikan produk MRR as bonus. Aku pun selalu buat macam tu. Tapi aku tak bagi free macam tu je. Mesti ada sebab dan usaha sebelum dapat bonus tu.

    Ianya terpulang dari cara kita bagi MRR sebagai bonus. Kalau just bagi je..aku sebagai yang bagi lesen MRR pun bengang..

     
    Comment by taukey
    2008-04-29 10:11:45

    hmmm…..rasanya mgkn ada yan tak faham dengan produk jenis jenis begini termasuklah saya sendiri….Hmm by the way thank for the info…

     
    Comment by firdaus
    2008-04-29 12:38:05

    sdr. zul, masalahnya macamana nak pantau produk tu…sedangkan masa amat berharga utk kerja-kerja lain yg sedang menunggu…lainlah klu ada pembantu…

     
    Comment by Raymond Chua Subscribed to comments via email
    2008-04-29 13:52:00

    Produk resell rights yang saya beli tu semuanya terikat dengan syarat-syarat yang dinyatakan di atas termasuk tidak boleh dibida dalam ebay dan sebagainya.

     
    Comment by Han
    2008-04-29 21:09:46

    hah…ni problem besar ni…hehe
    saya kalau nak beli RR, saya tgk dulu syarat dia…
    kalau boleh bagi percuma tu, saya memang tak beli lah…
    kalau dah boleh bagi percuma, macam mana kita nak jual lagi…

    han

     
    Comment by amirol
    2008-04-30 08:26:20

    Satu informasi yang cukup baik Zul. Saya pernah dulu beli satu produk RR dan habis dekat 100USD untuk produk tu… tapi last2 tengok produk tu orang bagi free jer sedangkan dalam syarat tak boleh bagi percuma.

    Pendek kata, memang kena berhati - hati juga nak pilih produk yang ada RR.

    Tapi itulah, kalau ikut US punya rules, pengusaha tak leh letak plak fix harga. Tapi kalau kat Msia ni, saya rasa tak ada masalah untuk kita fixkan harga min berapa untuk reseller jual. Macam Zul katakan, ikut konsep TMNet atau direct selling. Ada customer price yang telah disetkan.

     
    Comment by Azahari
    2008-04-30 11:57:51

    Apa yang saya tengok ramai anggap MRR ni macam takde pape nilai sampai boleh bagi percuma. Sepatutnya mereka ni hormat dan patuh kepada terma & syarat yang dinyatakan di dalam lesen tersebut.

    Pada pendapat saya produk RR ni perlu ada minimum price dan juga maximum price. Kalau tak salah saya, pernah satu ketika saya jumpa ebook Zul dijual dengan harga TERLALU tinggi. Tapi saya tak ingat di mana dan tak pasti masih ade lagi ke tidak website tu…

    Comment by Han
    2008-04-30 17:34:17

    bagi saya, harga tinggi takde masalah…
    tu takkan rosakkan pesaing…
    kalau orang tu dpt jual memang hebat lah dia…(super reseller)
    ni yang patut kita kagum…
    ini pendapat saya…

    han

     
     
    Comment by kasimo
    2008-05-03 15:02:12

    kalau nak buat ebook PLR/RR/MRR tu syarat kena ketat n kena pantau bagi menjaga kualiti….

    Tawaran untuk lesen tu kecilkan scope dia… barulah boleh jual… bukan penbuat ebook saja tapi semua pemegang lesen…..

    Orang buat pake jni selalunya sebab mengurangkan persaingan besar dan juga strategi perniagaan mereka macam saya la…

    Buat pakej tu pun sebab dalam terma dan syarat membenarkan…. saya pena juga kena tegur oleh saudara amirul masa mula-mula nak jual. Syarat dah lepas tapi sebab nak jaga reseller lain saudara amirul tegur… Saya pun tukarlah stategi lain..

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: