Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Kemahiran Penyelesaian Masalah

30 04 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Dah Berpindah…

Saya baru sahaja selesai berpindah rumah. Kerja-kerja pemindahan barang dilakukan pada waktu malam sampailah tengah malam. Rumah baru dekat sahaja dengan rumah lama, jadi tak lah rasa keletihan sangat perjalanan tu. Cuma, seperti biasa, badan sedikit letihlah.

Sekarang, saya hanya menggunakan Celcom 3G. Kira Ok lah coverage 3G di JB ni (dapat HSDPA). Alhamdulillah.

Kemahiran Kendiri

Baiklah, pada hari ini saya ingin menyatakan sedikit “masalah” yang dihadapi oleh kebanyakan orang terutama newbie. Tidak kisah siapa anda sebenarnya, anda perlu ada tiga sifat pada diri sendiri:

1) Belajar
2) Bertanya
3) Usaha/Ikhtiar

Katakan anda telah membeli Ebook dan kemudian tidak faham dengan beberapa langkah di dalam ebook tersebut. Kemudian, anda pun bertanya. Penulis ebook tersebut lantas menjawab persoalan anda dengan baiknya. Namun, anda tanya lagi dan tanya lagi tatkala ada persoalan dan masalah.

Bertanya boleh, tapi apabila sampai satu peringkat, sifat bertanya itu sudah tidak begitu sesuai untuk diutamakan. Jikalau anda memanjakan diri anda dengan hanya bergantung harap kepada orang lain, anda tidak mampu untuk ’survive’ dalam sesuatu usaha yang dilakukan.

Selain belajar dan bertanya, anda perlu mempunyai kemahiran penyelesaian masalah secara kendiri. Anda perlu tahu bagaimana untuk mencari sesuatu maklumat dengan pelbagai kaedah selain bertanya. Salah satunya ialah dengan menggunakan enjin carian seperti Google.com.

Ebook atau pembelajaran yang anda perolehi daripada seseorang hanyalah satu medium atau kaedah. Begitu juga dengan bertanya kepada mereka. Namun, anda juga perlu lengkapkan diri anda dengan kemahiran penyelesaian masalah.

Jika anda tidak mempunyai kemahiran ini, anda tidak akan bertahan lama di dalam sesuatu usaha. Ya lah, semuanya mahu disuap, dimanja-manja, dibelai-belai dan pelbagai sifat yang merugikan diri sendiri.

Anda mempunyai akal dan kemampuan untuk berfikir dan berusaha, tapi apakah guna semua itu jika anda tidak menggunakannya? Sia-sialah belaka.

Pengalaman saya dapati, ramai yang malas berusaha sendiri di dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Sebaliknya mereka mengarah atau menyuruh orang lain membantu mereka. Meminta bantuan boleh, tapi perlulah ada sedikit usaha dahulu.

Itu belum lagi dikira dengan mereka yang mengambil kesempatan ke atas individu yang ikhlas membantu. Selepas dijawab banyak soalan yang ditanya, mereka yang bertanya itu bertanya lagi dan lagi tanpa ada sedikit rasa segan dan silu. Apakah salahnya cuba mencari dahulu sebelum bertanya? Tidak berdayakah? Tidak mampukah?

Usaha dahulu dan jika sudah habis ikhtiar, barulah meminta bantuan orang lain. Di dalam persoalan, anda boleh nyatakan saya dah cuba beberapa cara ini dan itu, tapi tak dapat. Barulah orang lain mudah dan senang untuk membantu anda. Keadaan akan berbeza jika anda tanya terus kerana ia bukan setakat menyusahkan anda, malah orang lain juga.

Selain daripada mencari di Google, anda juga boleh melawati mana-mana laman web atau blog yang berkaitan dengan isi masalah anda. Sebagai contoh, anda mahu memulakan perniagaan Internet. Maka, layari blog saya ini untuk membaca artikel-artikel sedia ada. Ini lebih baik daripada bertanyakan kepada saya yang sudah pasti saya tidak akan melayan pertanyaan anda itu. Saya tidak akan menjawab soalan yang telah saya jawab atau tulis di blog saya ini.

Cara ketiga di dalam kemahiran kendiri ialah kaedah cuba dan jaya. Jika anda melakukan sesuatu dan tak dapat hasilnya, cubalah sesuatu jalan atau cara lain sehingga dapat. Biarlah mendapat kesalahan atau Error, sebab itu adalah pelajaran juga. Jangan takut gagal dan jangan malas untuk gagal. Ia adalah perjalanan ke arah kejayaan. Tapi hakikatnya, ramai yang malas melakukannya.

Kesimpulan

Belajar, bertanya, usaha kendiri, praktik, sabar dan istiqamah, merupakan jujukan sifat atau ciri yang perlu ada di dalam diri anda. Itu pun jika anda seorang yang rajin dan mahu menggunakan kemampuan yang Allah anugerahkan dengan sebaik-baiknya dan semaksima yang mungkin.

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Lubuk Emas $$$ dan Idea Produk - Wajib Baca ;)
  • Simple Survey: Perniagaan Internet
  • Kejap Itu Kejap Ini?
  • Chapter-M : Penyelesaian Paypal dan ClickBank
  • Produk Perniagaan Internet: Harga Bukan Soal Utama
  • ‘Rahsia’ Mencari Penyelesaian di Google | Adab Bertanya | Lagi Mengenai Ebook Berbayar
  • Di Sebalik Nama Perniagaan…
  • SmartUsaha.Com kena Hack!
  • Bagaimana Caranya Menghindar Dari JERAT Online SCAM
  • Gunakan FireFox! ;)

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    11 Comments »

    Comment by Han
    2008-04-30 17:38:12

    bagi saya,
    tak salah kalau org tanya…
    tu pendapat saya…
    sebab bila tanya, kita akan lebih mudah faham dari belajar sendiri…
    kalau bljr sorang2, salah2, jadi sesak…hehe
    kalau saya, saya akan jawap kalau saya rasa patut jawap…
    kalau tak, saya tak jawap…hehe Smile

    han

     
    Comment by Sabri
    2008-04-30 22:12:57

    Kemahiran menyelesaikan masalah ini satu lagi penting bukan setakat kepada pembaca ebook tetapi juga penjual ebook;

    1) Macam mana nak mengatasi masalah orang yang cakap ebooknya
    tidak boleh dibuka (sebab tiada WinZip)

    Kalau tanya direct, komputer dan ada WinZip ke tak, ada orang akan rasa terhina, saja nak lengah-lengahkan support dan diperbodohkan sebab pada orang2 yang dah biasa dengan komputer manusia yang tak tahu atau tak ada Win Zip kat dalam komputer memang tak wujud.

    Tetapi hakikatnya wujud je. Dalam 2-3 hari ini, tak kurang dari 4 orang yang ada masalah sebab komputernya tiada WinZip. (dan sudah tentu orang tersebut tidak tahu kewujudan Win Zip dan terpulang kepada kita untuk meneka bahawa masalah mereka berpunca dari WinZip yang tiada)

    Isy3…

    Banyak betul masalah yang perlu kemahiran penyelesaian nih…

    Sabri

    Comment by titan
    2008-05-01 02:22:23

    Betul tu sabri. Tak dinafikan dari 10 orang customer aku. At least 3 orang akan cakap. nape file tak leh baca dan tak leh bukak???

    BIla dah 2-3 kali berbalas email dan sms. Baru depa faham dan cari software winzip tu.

    Honestly. Memang ramai yang tak tahu dan betul. Diorang cukup malas nak cari. Nak disuap aje. Kalau 2,3,4 kali bolehla tahan. Tapi kalau dah sampai tahap berpuluh2 kali smpai keluar soalan paypal tu apa? Tang nih, aku dah tak tau nak kata apa. Sabar dan sabar ajela..

    Kalau diorang niat nak belajar. Bab terasa dan kecik ati tu. Dijauhkan la. Tak ke mana perginya kalau cepat kecik hati..

    Betul. Kita leh jawab. Jawab. Kalau tak nak jawab. Tak nak jawabla..

    Comment by zool
    2008-05-01 23:18:42

    Rasa kena beritau panduan dengan readme..
    Ala bukan semua orang tau pasal komputer nie…
    Takpe sabar je lah ek,,.

    ( Belum buat ebook lagi mungkin tak paham perasaan Sabri ngan Titan)

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by firdaus
    2008-05-01 09:49:30

    Ya…betul tu… sebaiknya masukkan Download link utk:
    1) download winzip atau winRAR
    2) download acrobat reader (pdf)

    Supaya mudah bagi cust. yg masih baru dan kurang ilmu IT.

    Saya lebih suka cari penyelesaian melalui forum-forum yg memang TERBUKTI berhasil. Cubalah…

     
    Comment by Norfazli
    2008-05-01 14:55:01

    Saudara Zul…
    Kalau saya jadi saudara zul,saya akan berpindah terus ke Kelantan kerana kat sana kebanyakan harga barangan dan makanan murah dan tak payah susah-susah pindah rumah lagi.

    Kat kelantan tu saudara zul bolehlah berjimat dan duit itu saudara zul bolehlah gunakan untuk memperkembangkan perniagaan saudara zul.

    Lagipun saudara zul masih bujang.Kalau nak kawin pun,saudara zul carilah orang kelantan juga.Nak balik raya pun senang.

    Itu hanya pendapat saya sahaja.Sori.Saya pun dah balik kelantan 2 bulan lepas Smile

     
    Comment by hafiz ahmad
    2008-05-01 19:49:43

    Blog Zul kalau di baca dari mula hingga sekarang saya rasa pasti seseorang newbie tu akan dipenuhi ilmu berniaga di internet.Percaya atau tidak,saya bermula dengan blog Zul bagi mendalami ilmu perniagaan internet.Barang free berlambak2.
    nak tahu pasal pay pal, ada free info,siap boleh download
    nak tahu pasal web hosting cun ada nasihatnya
    nak tahu cara nak download win zip ada dalam post beliau
    nak dapat ’semangat yang hilang’ layari blog smarusaha
    “Takkan Melayu Hilang Di Dunia”

     
    Comment by zool
    2008-05-01 23:15:23

    Betul tu Zul..
    Kena banyak bertanya bagi mengetahui sesuatu perkara..
    Kalau terlalu mengharapkan bantuan kita sukar untuk menjadi yang terbaik sebaliknya kalau kita mencari cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu lebih best.. Saya selalu mencari dulu sebelum bertanya kerana dapat selesaikan sendiri lebih terasa seronok dan akan lebih diingati dari tunjuk ajar orang..
    APa2 pun Zul banyak memberi tunjuk ajar dengan blog saya.,.

     
    Comment by zaidirazali
    2008-05-03 11:03:54

    ia terjadi(asyik bertanya sahaja) disebabkan tahap kebolehan memahami sesuatu bagi setiap orang adalah berlainan. macam saya pun, terpaksa menjawab persoalan balik persoalan yang benar-benar asas bagi beri kefahaman pada orang yang nak sertai bisnes yang saya buat.

    Yang bagusnya, ia beri kesan pada diri kita iaitu kita jadi lebih pakar dalam setiap apa yang ditanya oleh orang lain. dan bila dah pakar, meningkatlah kredibiliti kita dimata orang lain Smile

     
    Comment by NayanMohd
    2008-05-03 14:56:58

    Bertanya tu merupakan sikap yang baik..tapi biarlah berpada-pada.

    “Malu bertanya sesat jalan”

     
    Comment by kasimo
    2008-05-03 15:07:47

    kadang-kadang kalau kita bertanya tu dikatanya kita ni malas…. tak pun disurunay search guna google…. bayangkanlah kalau orang tu x tahu atau kurang faham bi macam mana dia nak dapat jwapan…..

    ya lah bagi orang yang terer atau expert soalan tu senang tapi bagi seorang newbie soalan yang senang bagi orang terrrer ni payah bagi mereka….

    tu yang kadang-kadang nak bertanya takut…..

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: