Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Mengapa Saya Masih Belum Berjaya? - Siri I

29 06 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Ini adalah siri pertama untuk tulisan “mengapa saya belum berjaya”.

Terdapat tiga siri kesemuanya. Setiap siri akan diterbitkan pada hari yang berbeza. Bermula hari ini (jumaat), esok dan lusa (ahad).

Ada yang bertanya, “Zul, saya dah lama bermula. Ebook dah banyak beli, itu belum lagi dengan Ebook percuma. Banyak tak terkata. Tapi Zul, saya pelik dan masih mempersoalkan, mengapa saya masih belum berjaya seperti saudara atau orang lain?”.

Saya yakin, ramai orang dan mungkin termasuk anda, masih lagi tertanya-tanya, ‘mengapa perniagaan Internet aku gagal?’. Padahal produk dah ada. Laman web dah ada. Promosi dah buat. Asas-asas komputer dan Internet dah tahu. Hmm, apa lagi yang tak kena nii??? Jiwa anda memberontak kerana terdapat satu persoalan yang penuh dengan ‘misteri’…

Sebelum itu, kita perlu FAHAM:

1. Jalur perjalanan dan rezeki bagi setiap insan adalah berbeza. Ini bukan alasan. Tetapi sebagai seorang insan yang lemah, kita mesti akur dengan kehendak-Nya. Dengan SYARAT, kita sudah berusaha dengan betul. Usaha dan terus berusaha sehingga mendapat hasil yang setimpal.

Ingat, jangan terlalu membandingkan diri anda dengan orang lain, sebaliknya teruslah berusaha dan yang penting, BELAJAR dan mengambil pelajaran daripada pengalaman sendiri dan orang lain. Kejayaan orang lain, adalah milik mereka. Jadi diri anda sendiri.

2. Kena redha akan takdir, namun mesti didahulukan dengan usaha yang Smart & BETUL. Anda perlu sedar, kalau tahun ini anda ‘tak berjaya’ atau pendapatan hanya sedikit, mungkin tahun depan anda lebih hebat atau amat berjaya berbanding tahun ini.

Sebagai seorang muslim, jauhkan sifat mengeluh dan sedih bila mendapat rezeki tak seberapa. “Hmm, aku dah usaha kuat, tapi hasil sikit…”. Sebaliknya, bersyukurlah apa yang anda dapat dan terus berusaha. Sekali lagi, kalau anda statik dengan ilmu yang sikit dan tidak terus belajar, selagi itulah anda berada di takuk yang lama.

“Zul! Saya dah baca puluhan Ebook. Jadi, saya bukan orang yang tak belajar ok!”.

Membaca Vs Belajar, amat berbeza. Kalau hanya membaca, anda hanya tahu. Tapi kalau anda lakukan (mengamalkan) berkali-kali apa yang anda baca, insyaAllah anda akan mendapat hasilnya.

Ramai orang nak hasil yang tinggi dengan hanya sekali usaha. Buat iklan sebulan sekali, tapi harapan menggunung. Buat promosi 2 kali sebulan, tapi nak ribu-ribu. Nak pakar dalam sesuatu teknik, tapi malas nak buat ‘testing & tracking’. Impian tinggi menggunung, tapi usaha tak begitu ‘banyak’.

Itulah penyakit “nak lebih, tapi usaha sikit”. Dah jadi fitrah alam atau hidup ini, kalau kita usaha sikit, sikitlah yang dapatnya. Analogi mudah, kita tengok formula ini:

1 darab X = X

1 darab 1 = 1

1 darab 2 = 2

1 darab 50 = 50

1 darab XXXX = XXXX

X itu adalah kekerapan aktiviti atau usaha yang anda lakukan ataupun jumlah jenis teknik pemasaran/promosi. Katakan X itu adalah bilangan kekerapan anda melakukan iklan di satu laman web. Iklan guna banner katakan.

Kalau sekali anda buat, hasilnya mungkin sikit. Tapi kalau banyak kali, hasil biasanya akan bertambah. Tapi anda perlulah melakukan ‘tracking’ terhadap usaha anda itu seperti iklan tadi. Buat dua tiga bentuk iklan dan track, mana satu yang lebih banyak klik? Inilah tracking. Iklan yang banyak diklik itulah biasanya yang ‘powerful’. Itu hanya satu contoh mudah. Macam mana nak buat tracking? Ada masa saya kongsi caranya…

Maksud di sini adalah, frekuensi atau kekerapan anda melakukan usaha promosi atau pemasaran perlulah konsisten. Ini tidak, bila buat iklan sekali tapi hasil tak dapat, terus kecewa. Itu bukan mentaliti usahawan yang sebenar!

Usahawan yang sebenar adalah, kalau mereka tak dapat hasil, mereka terus mengkaji, mana silapnya? Part mana yang perlu diubah? Ayat iklan macam mana yang ‘power’? Sales latter tak ‘membunuh’ ke? Maka wujudlah istilah ’split testing’. Tak dapat saya tulis pasal ni, sebab nanti panjang pula artikel ni. :)

Begitu juga dengan teknik promosi, pelbagaikan, tapi jangan banyak sangat. Jangan hanya fokus pada satu teknik sahaja.

Saya stop dulu tulisan ini. Kita sambung nanti. Di siri kedua lagi best, saya berikan contoh yang lebih praktikal agar anda jelas, bagaimana membina bisnes anda sendiri agar bertahan lama dan mendapat hasil menguntungkan.

Jumpa di siri kedua!

-SmartzuL

PS. Tawaran terhad telah ditutup. Terima kasih kepada yang mengambil bahagian dan jika anda mempunyai sebarang masalah, sila emel saya.

PPS. Bermula hari ini, saya akan tidak online secara kerap kerana saya balik kampung. Jika anda membuat sesuatu pesanan atau emel, berikan saya sekurang-kurangnya 48 jam untuk menjawab emel atau pesanan anda. Terima kasih.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Mencuba Lebih Baik Daripada Tak Buat Apa-Apa
  • Usahawan: Fokus Pada Usaha Anda!
  • Matlamat Blog SmartUsaha.com
  • Kriteria Usahawan Internet
  • Peluang Perniagaan Internet di Malaysia..
  • Majalah IM Edisi Ke-3 Telah Terbit!
  • Kenapa SAYA Tumpu Pasaran Malaysia.. SAYA, bukan ANDA :)
  • Bertemu Dengan Usahawan Internet Malaysia..
  • Hakikat Extra 1: Kenapa Tak Ramai Orang Malaysia Membeli Produk Anda?
  • Pasaran Tempatan Vs Pasaran Global

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    13 Comments »

    Comment by zool
    2007-06-29 10:06:45

    Bagus tip nie..
    Semoga memberi manfaat kepada semua..
    Teruskan usaha mu ZUl..

     
    Comment by cikgu azleen
    2007-06-29 10:19:23

    Promosi berterusan lah.. Betul tak? Bukan setakat test the water jer..

     
    Comment by hanrz
    2007-06-29 12:37:24

    zul,

    secara jujur saya cakap, post ni buat saya lemah semangat lah pada ayat yang awal-awal tu. kita dah usaha sepenuhnya tp rezeki takde. kadang rasa tak adil kalau macam tu…
    tp yang penting kita kena usaha keras lagi kalau rezeki masah takde supaya masa hadapan rezeki bercurah-curah…

     
    2007-06-29 15:47:20

    aaaaa…….. :lol: memang duit selalu kena kejar. tapi selalunya kita terkejar tatkala nak kejar duit. memang takkan terkejar sampai bila2 laaa

    baik tak payah kejar awal2 lagi. buat kerja ikut panduan yang sepatut…

    meh sini kita lumba kejar2 siapa yang dapat kejar duit???

     
    Comment by Galadriel
    2007-06-29 16:07:02

    :mrgreen: huhu … flight delay so sempat nak komen kat Blog Zul …

    Mengapa seseorang masih tak berjaya?

    1.) Malas.
    2.) Bertangguh-tangguh
    3.) Tidak yakin.
    4.) Buat kerja separuh jalan, tak habis.
    5.) Malas.

     
    Comment by zool
    2007-06-29 17:09:05

    Kalau nak kira putus asa memang mudah tapi kita mesti berusaha..
    kalau tak berjaya pun sekurang2nya kita akan merasai pengalaman yang berharga untuk dijadikan sesuatu dalam lipatan sejarah hidup kitakan..

     
    Comment by zool
    2007-06-29 21:41:39

    sori zul komen nie tak berkaita ngan tajuk atas…c
    cuma tgh2 xplore blog nie terperasan yang zul merupakan ahli seni silat cekak.. masih aktif ker???
    sori ye kalau silap tpt..

     
    2007-07-01 12:50:19

    malas? malas memang memang… betul2 malas punya laaa…

    alasan yang biasa didengar laaa… dengan kemalasan yang sedia ada. memang malas sungguh laaa. macam2 malas..

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-17 00:55:20

    kalo dah baca dah tentu kena belajar dan kalo nak belajar dah tentunya kena baca terlebih dahulu… barulah boleh melangkah gagah sebagai usahawan internet…

     
    Comment by Han
    2007-10-17 09:22:04

    mcm lagu ella pula abdfatah…
    nak berjaya kenalah
    belajar..belajar..belajar..
    baru boleh berjaya dengan cepat…

    han

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: