Ebook Teori vs Ebook Praktikal : Salah Anggapan
24 12 2006Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Assalamu’alaikum / Salam Sejahtera,
Apa khabar anda semua? Moga sihat hendaknya.
Kali ini, saya ingin memberikan satu pandangan yang mungkin ada sesetengah orang tidak mempersetujuinya, atau mungkin selepas membaca tulisan ini, mereka akan berfikir sejenak. :)
Apa yang saya ingin perkatakan di sini adalah, ramai yang memandang serong kepada ebook (atau buku) yang berbentuk teori. Apabila mereka membeli dan mendapati ebook tersebut tidak membantu mereka, lantas dikatakan, “ebook ni hampeh, kosong! Teori jer lebih. Kat internet berlambak!”. Katanya itu betul dan juga salah. Betulnya adalah kerana kebanyakan isi kandungan ebook tersebut dia sudah ketahui, maka sebab itulah dimaki-hamun ebook dan juga penulis ebook tersebut. Namun kata-kata itu salah kerana kepada orang lain ebook tersebut bermanfaat dan no problem, cuma bagi dia sahaja yang tidak berkenan. :)
Ebook praktikal? Ebook jenis ini lebih membantu pembaca kerana ia lebih kepada bentuk “how to”. Yang tak tahu buat, jadi tahu buat. Yang tak jelas, semakin jelas dengan penerangan langkah demi langkah seperti ada rajah dan bergambar. Contoh ebook “how to” adalah Ebook Panduan Membina Blog Wordpress yang dihasilkan oleh saya. Ebook ini mengajar pembaca membina blog sendiri menggunakan sistem blog wordpress dan tidak seperti ebook teori yang hanya mengatakan, “anda perlu membina blog untuk melakukan marketing” tanpa mengajar bagaimana cara bina blog. Namun, kedua-duanya ada pro dan kontra serta bergantung kepada keadaan.
Kesimpulan di sini adalah, kita perlu memahami konsep ilmu pengetahuan. Jika kita beli dan kemudian maki hamun, sudah nampak benar kita tidak memahami konsep menimba ilmu pengetahuan daripada ebook atau buku. Lainlah jika ebook tersebut indah khabar dari rupa, atau mengajar pembaca melakukan sesuatu yang salah dari segi etika, maka anda berhak untuk tidak puas hati. :) Ebook adalah salah satu medium perkongsian ilmu selain daripada blog atau laman web, maka tidak wajar sama-sekali kita mengatakan tidak perlu membeli ebook kerana ebook itu sendiri adalah medium pembelajaran di internet selain daripada laman web. Ramai yang tidak faham asas ebook ini lantas menimbulkan fitnah yang tidak sepatutnya dan juga menjadi tukang membuat keputusan kepada orang lain.
Asas ebook adalah AMAT berbeza dengan mencari sendiri di internet. Melalui ebook, semuanya telah disusun rapi, kemas, mengikut turutan, ada support daripada penulis, dan sudah semestinya tidak bercelaru. Dengan mencari sendiri di internet, kebanyakan orang akan dibelenggu oleh PENYAKIT LIMPAHAN MAKLUMAT (information overload) akibat ilmu yang dijumpai tidak tersusun, bertentangan di antara satu sama lain, tidak dikemas-kini dan lain-lain lagi. Lainlah jika anda mempunyai kemahiran mencari maklumat, ada disiplin diri, pengurusan masa (serta masa yang banyak!), maka silalah mencari sendiri tanpa perlu membeli ebook.
Sebagai contoh, ebook panduan wordpress yang saya hasilkan menunjukkan langkah awal sampai akhir bagaimana untuk membina blog. Namun, di internet juga ada, saya tidak nafikan kerana saya juga belajar di sana dan mencari sendiri. Tapi tahukah anda, saya mengambil masa berbulan-bulan lamanya bahkan hampir setahun dengan trial and error untuk menguasai blog wordpress. Tapi dengan ebook tersebut, pembeli (pembaca) akan tahu dan boleh membina serta menggunakan blog wordpress hanya dalam satu malam! Maka anda lihat di sini, ebook TIDAK SAMA dengan mencari sendiri di internet, masa adalah WANG (bukan emas, sebab tak semua orang ada emas, hehe). Atau lebih mudah, TIME = MONEY.
Berbalik kepada topik, janganlah memaki-hamun sesuatu buku atau ebook yang di dalamnya ada ilmu yang bermanfaat. Teori atau praktikal, kedua-duanya memberikan manfaat jika kita pandai mengadaptasikan pelajaran yang terkandung di dalamnya. Tidak semua orang seperti anda kerana ada yang sukakan ebook teori (no problem!) dan ada juga yang anti (kat internet banyak, itu kata mereka!). Sekali lagi, tak semua orang sama. Lain orang lain ragam, cara dan prinsip. Pendapat kita kadang-kadang hanya sesuai untuk kita. Begitu juga dengan tulisan saya ini, ia pendapat saya sahaja, tetapi mungkin ia sesuai juga untuk anda.
Ambillah jalan tengah iaitu, jika anda merasakan ebook yang dijual oleh seseorang diperlukan oleh anda, maka belilah. Tanya penulis ebook itu adakah ebook tersebut begini dan begini dan adakah ia sesuai untuk anda dengan tahap semasa anda sekarang. Kaji dan tanya pendapat orang lain adakah ebook tersebut bagus dan bermanfaat. JANGAN BERKONGSI EBOOK sudah lah yer. Ia salah di sisi etika dan hakcipta. Ebook tak sama macam buku fizikal yang boleh dipinjam-pinjam. Maksudnya, ebook tersebut hanya untuk anda sahaja atau boleh dibaca oleh orang lain di komputer anda sahaja. Tidak boleh di-transfer atau di-copy ke dalam komputer orang lain yang mana bukan untuk kegunaan anda. Hormatilah hasil penat-lelah orang lain. ;)
Sebagai penutup, kita sebagai orang Islam atau sebagai seorang manusia yang berfikiran baik, maka jalan terbaik adalah jalan tengah (ajaran Islam). Ebook teori atau ebook praktikal, semuanya ada kebaikan masing-masing. Cuma, anda yang tentukan ia diperlukan ataupun tidak. Jangan memaki-hamun atau marah tak tentu pasal, kerana yang dimaki itu adalah ilmu walaupun ia secebis file di dalam komputer. Jadilah manusia yang bersikap rasional. Mana-mana ebook semuanya bagus walaupun isi kandungannya banyak di internet atau sudah ada diterbitkan. Kita tidak boleh menghukum bahawa ebook ini tidak payah dibeli sebab ada banyak di internet. Kita tak berhak memutuskan sebegitu kerana seperti yang saya katakan, lain orang lain kehendak dan keperluan. Jika ia tidak sesuai untuk anda, maka berdiam diri adalah jalan terbaik, melainkan bersuara untuk kebaikan bersama.
Wassalam.
PS. Industri ebook JANGAN dibanding dengan industri buku fizikal, ia adalah industri yang
‘berbeza’. Saya akan menulis hal ini nanti.
PPS. Psst, dah dapatkan ebook praktikal saya? Klik di sini. ;)
PPPS. Dapatkan ebook percuma Panduan PayPal versi 2 (kemaskini) sekarang! kepada subscriber, sila semak emel anda.. Klik pada imej ebook untuk dapatkan ebook panduan paypal ini:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:


















Betul tu semua ilmu bermanafaat… sekiranya ilmu itu telah di ketahui jangan pulak di maki.
zul,
terima kasih di atas ilmu hari ni.
dlm hidup saya, amalan berdoa pada mlm dan awal pagi, utk memohon memaafkan semua org yg buat salah kpd saya, menjadikan saya seorang yg penyabar dan selalu menganggap mereka yg membuat silap itu, kemungkinan besar akibat kecuaian kecil drpd pemikiran/keputusan mereka sahaja.
bagi diri saya yg baru dlm dunia ebiz, perkongsian ilmu yg hebat2 drpd pakar2 ebiz kat blog zul, irfan, alang, shuth, saifulsham, sham, tuahemas dan forum wangcyber, banyak membantu saya mendalami ilmu ini. sekalung jutaan terima kasih saya ucapkan, diharap ALLAH memberkati ilmu mereka semua.
Assalamualaikum / Salam Sejahtera
Ebook Praktikal memberi kepuasan kepada saya sebab saya dapat praktikkan ilmu dan panduan yang ada di dalam ebook itu. Ebook Praktikal Zul yang saya beli dan dah pun saya praktikkan serba sedikit dan hasilnya saya puas hati.
Ebook “Panduan Membina Blog Wordpress” tulisan Zul..telah membantu saya menghasilkan sebuah blog yang baik (tapi tak dapat lawan blog Zul…heheheh).
Jemputlah ke blog saya.. hasil dari Ebook Praktikal Zul
http:www.BijakBisnes.com/blog
TQ
huhu
siap promot kat sini. :mrgreen:
Ebook Panduan PayPal Zul antara yang praktikal. Saya baru je wat verify PayPal dengan panduan yang Zul bagi. Tu pun pasal nak claim komisyen Mike Filsaime tu. Kalu tak sampai sudah la tak verify. Hehe
heheheh…ni la masalah yang sering dihadapi oleh penulis ebook..kdg² expetation orang sangat tinggi..dengan beli satu ebook dia akan paham semuanya…Kadang² adalah lebih baik tak didedahkan semuanya..Jadikan ebook yang dibeli tu sebagai pemankin untuk dapatkan ilmu lain seperti marketing, teknik² dan sebagainya…
Memang susah nak puaskan hati semua orang.Tapi biarlah 98% dari mereka berpuas hati.
mungkin salah satu solusi yang boleh dibuat, mention level ebook tersebut. Contohnya ebook tersebut sesuai untuk siapa? newbie? atau mereka yang berada di tahap mid newbie or etc. So that, pembeli takde la kecewa sangat if ebook yang diorang beli rasa tak berbaloi…
Yup aida, satu idea yang bagus tu.. :) Kalau kita perasan, cara tu ada digunakan pada penerbitan buku..
Bukan senang nak tulis e-book ni.
Ia memakan masa untuk research bahan - samaada online atau offline (dengan membeli buku2 rujukan, majalah, manual, newspaper berkaitan topik).
Kadang2 ia seperti nak menulis thesis pula, sebab adakalanya bab-bab mencecah lebih 15 chapters, mukasurat pun lebih 100… tak termasuk nak kena cari gambar, lukis gambarajah, tambah screenshots dan sebagainya. Selepas tu kena cari orang untuk proof-read dan edit kandungan.
Kalau ebook tentang penggunaan sesuatu software pula, dah lah kena tulis cara penggunaan, kita pun kena buat screenshots, edit screenshots… dan memang betul2 guna software tersebut supaya setiap benda yang penting tak tertinggal.
Saya respect pada mereka yang menulis ebook - tak kiralah report 10 mukasurat atau manual sampai 500 pages - yang penting, hasil karya adalah penulisan mereka sendiri, bukan copy-paste hasil kerja orang lain…
Betul tu, tapi sayang nya orang tak menghargai ebook ni.
mereka ingatkan ia tidak berkualiti berbanding dengan video. Padahal ebook lagi susah hendak menghasilkannya.
memang betul sangat apa kak G kata kan tu…
ebook bukan senang nak buat…
kena buat banyak benda…
utk hamid, kadang2 mereka ni tak suka membaca…
sebab tu mereka tak hargai ebook…
padahal ebook lebih banyak benda yang boleh dibelajarkan…
han
Tul tu han,
disebabkan sikap mereka tapi produk kita yang jadi mangsa.
ni tak boleh salah kan mereka juga…
kita juga ada kelemahan kita…
kalau dikirakan, membaca baik untuk otak…
entah kenapa mereka tak suka membaca…
kadang2 mereka lebih suka membaca buku hiburan dari buku yang berfaedah…
ni lah sikap manusia…
han
Biasa la Han
Masing² mempunyai minat sendiri.
Cuma kita perlu pandai memilih :wink: antara hiburan dan Ilmu :wink:
Cam ner nak blajar teknik pingback ni ye?
ada sapa² tahu? leh kongsi bersama :wink:
ni kena tanya zul la…
nanti zul balik, boleh lah tanya di forum pakej kit blogger tu…
mungkin situ ramai yang tahu kot…
kalau tak pun, cuba tanya kat wangcyber…
otai2 situ mungkin dapat tolong…
han
Ok Han
InsyaAllah nanti cuba tanya kat wangcyber.
kalau tanya kat forum pakej kit blogger tak leh sebab ia khas untuk pembeli sahaja :lol:
hahaaa… maki hamun ebook. mereka sebenarnya tak reti nak guna, kalo dah berlambak kat internet baik tak payah dapatkan ebook tersebut. cari dan cuba buat sendiri dan tahulah macam mana hampeh atau tidak ebook yang kita hasilkan nanti… nak tahu kena belajar laa cara nak buat ebook denga raja adsense ( peomote laa pulok?)
abdfatah
Betul tu, sebelum nak maki hamun,
cuba buat ebook dulu baru hang tahu.