Perniagaan Internet Yang Menguntungkan

Jika ditanya pada saya, apakah perniagaan yang menguntungkan di Internet, sudah pasti jawapan saya adalah menjual produk digital seperti ebook dan video.

Ini kerana, ia memerlukan kos permulaan yang amat minima (rendah), tetapi mampu memberikan keuntungan yang besar dan berterusan.

Selain daripada itu, ia memerlukan kita menyiapkan laman web, produk dan ‘sistem jualan’ pada pertama kali sahaja. Kemudian kita boleh fokus kepada proses promosi dan pemasaran sahaja. Produk digital seperti ebook hanya perlu dihasilkan sekali dan tidak memerlukan ruang simpanan stok, serta kos penghasilan semula.

Baru-baru ini, saya menggunakan Facebook untuk menjual satu produk digital saya. Kosnya hanya ‘masa’ dan tenaga sahaja untuk menulis. Kemudian saya menjual produk digital itu sepenuhnya di Facebook. Ya, tiada kos domain, hosting dan laman web. 100% di Facebook. Penghantaran pula adalah melalui Inbox Facebook dan emel sahaja, tiada melibatkan pengeposan.

Jadi, berapakah kadar peratus keuntungan yang saya perolehi? Tepat, 100%. 🙂

Hubungi saya jika anda inginkan bimbingan peribadi untuk menghasilkan produk digital sendiri.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *