Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Perniagaan Internet Vs Daftar Perniagaan

Ini adalah artikel ketiga mengenai perniagaan internet dan pendaftaran perniagaan, susulan daripada berita yang ‘tergempar’ beberapa hari yang lepas.

Entri ini adalah untuk menjelaskan lagi bahawa perniagaan internet atau apa jua istilah, adalah juga sama seperti perniagaan yang lain. Ia adalah PERNIAGAAN. Tidak kisah apa yang anda lakukan sama ada menjual produk informasi, pengiklanan, produk fizikal dan perkhidmatan.

SSM

Semasa pendaftaran di SSM, kita sama sekali tidak perlu memberitahu bahawa kita melakukan perniagaan melalui internet. Sebaliknya, kita hanya perlu mendaftar perniagaan sahaja. Seperti yang dinyatakan, internet hanyalah salah satu medium perniagaan dan tidak bermaksud kita langsung tidak melibatkan diri dengan dunia ‘offline’.

Pihak SSM tidak perlu tahu atau mereka tidak mahu tahu cara apa yang akan anda gunakan sama ada online ataupun offline. Sebaliknya mereka perlu tahu apakah jenis atau aktiviti perniagaan yang dilakukan. Pada borang pendaftaran perniagaan, ada satu ‘page’ yang khas untuk diisi aktiviti atau jenis perniagaan yang dilakukan.

Aktiviti, jenis atau bentuk itu maksudnya adalah apa yang dilakukan, atau apakah produk yang dijual-beli? Contohnya:

  • Menjual pakaian
  • Menjual barangan komputer
  • Menjual cenderamata
  • Menganjurkan seminar dan bengkel
  • Perkhidmatan laman web
  • Pengiklanan di internet
  • Perkhidmatan grafik
  • dan apa sahaja yang dilakukan.

Jumlah bidang itu boleh dimasukkan sebanyak mana yang anda mahukan. Tiada had. Anda mungkin bertanya, apa yang Zul daftarkan? Ini yang saya daftarkan:

  • Membekal dan menjual barangan komputer
  • Menjual cenderamata
  • Menganjurkan seminar dan bengkel
  • Perkhidmatan laman web
  • Penerbitan dan penjualan produk informasi
  • Perkhidmatan pengurusan.

Pendek katanya, jangan pula pada borang pendaftaran itu ditulis “perniagaan internet”. Itu nama industri, bukan produk atau aktiviti yang dilakukan. Pada tahun 2006, saya hampir ‘berdebat’ dengan staf SSM di kaunter gara-gara saya mahu memasukkan ‘perniagaan internet’ pada sijil perniagaan. Al-maklum, masa itu masih muda. :D Jadi saya nyatakan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Bagi mereka yang menulis dan menjual ebook, boleh tulis ‘penerbitan dan penjualan produk informasi’. Atau boleh juga terus spesifik seperti ‘menjual ebuku di Internet’ (cubalah, ini cadangan saya sahaja). Tapi rugi jika terlalu spesifik sebab kita sukar untuk buat kaedah lain seperti cara ‘offline’ iaitu bercetak atau membuat format produk yang lain.

Bagi mereka yang membuat konsultasi atau khidmat nasihat perniagaan, gunakan ‘perkhidmatan pengurusan’. Boleh juga guna perkataan khidmat nasihat perniagaan’, tapi perlu ada sijil akuan kelayakan untuk bidang itu.

Manakala untuk ‘perkhidmatan laman web’, ia termasuklah perkhidmatan membina laman web, servis berkaitan laman web, rekabentuk grafik dan sebagainya.

Untuk menerbitkan produk informasi sama ada untuk offline atau Online, tidak perlu mendapatkan permit atau lesen atau sebarang kelulusan daripada mana-mana pihak. Melainkan produk itu berbentuk terbitan berkala seperti majalah dan akhbar, maka itu perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Jadi kalau staf di SSM kata perlu dapatkan kelulusan, beritahu mereka bahawa tidak wajib mendaftar kerana anda hanya menerbitkan produk bukan berbentuk terbitan berkala. Dan ini dinyatakan sendiri di laman web KDN.

Contoh produk informasi: Buku bercetak, ebook, video, audio, maklumat.

Jika ditanya, bolehkah mencampurkan pelbagai jenis perniagaan dalam satu perniagaan? Boleh sahaja. Saya pernah melihat satu sijil perniagaan di mana pemiliknya melakukan pelbagai jenis bisnes seperti kontraktor binaan, membekal bahan-bahan binaan, alat keselamatan, peralatan komunikasi, pakaian, alat elektrik, cenderamata dan banyak lagi.

Cuma yang saya tahu, nama perniagaan itu perlulah ‘umum’ dan sesuai. Kalau guna ‘Beauty Shop’ tapi tulis semua seperti di atas, kurang sesuailah kan? Sebaliknya jika guna nama ‘Teguh Padu Enterprise’, maka ia sesuai.

Caj-caj berkaitan:

  • Pendaftaran baru: RM70.00 untuk setahun. Boleh daftar untuk beberapa tahun terus. Saya lupa berapakah maksimumnya (jumlah tahun). Boleh tanya pihak SSM.
  • Pembaharuan sijil perniagaan: RM60.00
  • Denda lewat pembaharuan (renew): RM10 sebulan. (Perniagaan akan automatik lupus (terminated) jika tidak diperbaharui selepas cukup tempoh setahun dari tamat tarikh sijil. Bermaksud, sudah tidak boleh diperbaharui lagi. Perlu daftar yang baru.)
  • Perubahan maklumat perniagaan (alamat utama, daftar bidang/jenis perniagaan baru): RM30.00
  • Perubahan maklumat pemilik (alamat tempat tinggal dan lain-lain): RM30.00
  • Penamatan perniagaan (termination): PERCUMA.

Tip: Urusan perubahan maklumat perniagaan dan pemilik boleh dilakukan serentak dengan caj RM30 sahaja.

Tip Tambahan:

Tip 1: Jika anda mahu menggunakan perkataan “Consultation” atau “khidmat nasihat” pada nama perniagaan, anda perlu ada sijil atau suatu ‘akuan’ bahawa anda ada kelulusan dalam bidang tertentu.

Tip 2: Tidak semua perkataan boleh digunakan pada nama perniagaan. Contohnya nama jenama yang popular, nama yang dekat-dekat sama bunyinya dengan perniagaan sedia ada, nama trademark dan nama khas seperti ‘sultan’, ‘raja’, ‘Malaysia’, ‘Cyber’ dan banyak lagi.

Tip 3: Selepas memasukkan semua jenis perniagaan yang dilakukan pada borang, dan kemudian ia berjaya didaftarkan (akan dicetak pada sijil perniagaan), anda boleh menambah lagi di lain hari. Tetapi cajnya adalah RM30 (juga boleh daftar tanpa had).

Tip 4: Hanya nama perniagaan yang sepenuhnya dalam satu bahasa sahaja diterima. Tidak boleh campur-campur. Contoh yang tidak boleh: Smart Perniagaan Enterprise. Contoh yang boleh: Perniagaan Bijak Bestari, SmartBiz Resources.

Tip 5: Pada nama perniagaan, boleh gunakan pengakhiran seperti Enterprise, Trading atau Resources jika mahu. Tidak letak pun tidak mengapa.

Tip 6: Sediakan sekurang-kurangnya TIGA NAMA CADANGAN untuk diisi pada borang pendaftaran.

Tip 7: Jenis perniagaan yang dimasukkan mestilah di dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. Contoh: Perkataan ‘servis’ perlu guna perkataan ‘perkhidmatan’.

Tip 8: Sijil perniagaan SSM berbeza dengan permit perniagaan. Permit hanya diperlukan jika anda mahu membuka kedai di mana-mana premis bangunan. Permit diurus oleh Majlis Daerah tempat perniagaan.

Tetapi bagi kes tertentu, ada perniagaan yang tidak perlukan permit seperti perniagaan dari rumah. Contohnya perkhidmatan konsultasi, perniagaan melalui internet (jual ebook, perkhidmatan…) dan banyak lagi.

Tip 9: Denda boleh dikenakan terhadap pemilik perniagaan jika tidak mengemaskini maklumat sama ada maklumat pemilik atau perniagaan. Jika perniagaan sudah tidak aktif (tidak mahu diteruskan), maka ia perlu ditamatkan dengan segera. Jika tidak, boleh juga bakal dikenakan tindakan denda.

Tip 10: Sijil perniagaan yang telah tamat tempoh perlu diperbaharui secepat mungkin, seeloknya sebelum tarikh tamat. Ia boleh dilakukan dua bulan sebelum tarikh tamat (60 hari). Meneruskan perniagaan setelah tamat tempoh sah laku sijil perniagaan boleh dikenakan denda.

Perniagaan akan automatik lupus (terminated) jika tidak diperbaharui selepas cukup tempoh setahun dari tamat tarikh sijil. Bermaksud, sudah tidak boleh diperbaharui lagi. Perlu daftar yang baru.

Tip 11: Elakkan memberi maklumat palsu semasa pendaftaran. Ia salah di sisi undang-undang.

Tip 12: Contoh-contoh borang yang lengkap diisi ada diletak pada ‘dinding’ di semua cawangan SSM.

Tip 13: Jika anda tinggal di Kuala Lumpur (KL), saya cadangkan pergi ke SSM di KL Sentral, iaitu ibu pejabat mereka. Tidak terlalu sibuk dan ramai orang di sana. Semua urusan berkaitan boleh dilakukan di ibu pejabat di sana. Atau boleh pergi ke SSM di The Mall, Jalan Putra, KL, tingkat 16.

Tip 14: Borang apa yang diperlukan? Mudah sahaja. Pergi ke kaunter dan nyatakan urusan yang mahu dilakukan. Contohnya, nyatakan staf di kaunter layanan pelanggan, “Mahu daftar perniagaan perseorangan/perkongsian.” Mereka akan berikan borang berkaitan.

Tip 15: Bawa satu salinan kad pengenalan bagi urusan pendaftaran perniagaan.

Tip 16: Pada borang pendaftaran, boleh gunakan alamat rumah sebagai alamat premis perniagaan termasuklah untuk perniagaan selain perniagaan internet, kecuali bagi perniagaan yang jelas tidak sesuai. Isi sahaja dan bawa ke kaunter. Jika kerani yang bertugas tidak cakap apa-apa, maka ertinya semua lulus. Kita tidak perlu bercakap apa-apa selagi mereka tidak bertanya atau beritahu sesuatu.

Tip 17: Selepas selesai urusan pendaftaran di kaunter, mereka akan berikan satu resit bayaran. Tunggu semaksima satu jam bagi mendapatkan sijil pendaftaran. Boleh pergi makan dan minum dahulu. ;)

Tip 18: Dalam tempoh satu jam, pergi ke kaunter berkaitan dan minta sijil pendaftaran rasmi perniagaan. Pastikan anda mengambil resit bayaran daripada mereka. Ini penting sebagai rujukan kos perniagaan.

Tip 19: Sebarang pertanyaan, boleh hubungi mereka terus melalui emel atau telefon 03-22995500.

Rujukan dan contoh borang:

 

Semoga bermanfaat. Jika ada sebarang persoalan, boleh tanya pada bahagian komen di bawah. Saya akan kongsikan apa yang saya tahu. Macam kaunter pertanyaan SSM pula. :D

-

//Hakcipta Terpelihara. Tidak boleh menggunakan artikel ini untuk sebarang tujuan tanpa izin pihak SmartUsaha.com terlebih dahulu. Boleh kongsikan artikel ini dengan membuat “backlink” menggunakan URL artikel ini.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • SSM PENANG
  • daftar perniagaan ssm
  • daftar perniagaan online
  • daftar perniagaan
  • pendaftaran perniagaan online
  • akta perniagaan
  • pendaftaran syarikat online
  • daftar syarikat ssm
  • daftar niaga
  • akta perniagaan 1956

130 Responses to “Perniagaan Internet Vs Daftar Perniagaan”

  1. Man Kuchai says:

    Salam,

    Info yang berguna…ari tu terbaca dalam metro..kena daftar perniagaan di internet.

    t.kasih.

  2. Tips-tips yg amat berguna.

    Sy baru je selesaikan pendaftaran di SSM Penang semalam.

    tup..tup keluar news pasal 400 org usahawan internet kene tindakan tu, esoknya (semalam) sy terus ke SSM…kalut gile..hoho

    Sy ambik nama Info Wealth Enterprise (PG0268326-H)

    Since mmg sy lebih nak memfokuskan perniagaan produk digital informasi & mmg utk plan jangka masa panjang, sy nak penetrate market English, sbb tu guna nama BI.

    Dlm bahagian jenis perniagaan pun sy ada masukkan makanan & minuman, pertanian, penternakan..huhu..mana tahu in future nk masuk bidang tu :-)

    • saharol says:

      hehe..saya pula pada hari yang sama tahu pasal 400 usahawan internet dihadapkan ke mahkamah terus buang page jual produk digital di laman web saya.. hehe..
      Gelabah siut…XD

      P/s: Tq bro smartzul atas penerangan di atas.. Bolehlah dijadikan rujukan peribadi sebagai persediaan sebelum pergi mendaftar perniagaan nanti..XD

  3. Zairi Zaidi says:

    Saya daftar online jer. Tapi pilihan jenis perniagaan adalah objektif

  4. omecool20 says:

    Syukur.. terima kasih pada bro Zul kerana bagi informasi yg tepat dan padat ini .. memang tidak ada alasan lagi untuk tidak mendaftar :)

  5. Dhairaz says:

    Ada info untuk register sdn bhd? Saya rasa pendaftaran sdn bhd lebih kearah profesionalisme. Sebab dengan sdn bhd, ade “separate entiti” dan jika berlaku apa-apa hanya syarikat saje yang kena. Walaubagaimanapun terima kasih sebab share pengalaman daftar perniagaan.

    • smartzul says:

      ‘Sole proprietorship’ dan Sdn. Bhd masing-masing ada pro dan kontra. Tidak boleh kata salah satunya tidak pro atau sebaliknya. Bergantung pada keperluan masing-masing.

      Untuk daftar Sdn. Bhd, mudah sahaja. Perlu guna khidmat ‘setiausaha syarikat’. Kalau malas jumpa mereka, di internet pun banyak yang tawarkan perkhidmatan tersebut. Mereka akan uruskan A-Z. Kita hanya sediakan maklumat dan bayaran.

  6. mhnizam says:

    satu perkongsian menarik. Sudah masanya untuk mula serius berniaga di internet

  7. sufian says:

    oo..ingatkan jual ebook tak perlu daftar syarikat.. thanks

  8. hafiz-ahmad says:

    Jika diperhatikan kos nya hampir sama dengan nak beli satu laman web berbayar sahaja.OK lah tu.

  9. ferdy says:

    Terima kasih, saya pun dah mendaftar :)

  10. Karen says:

    saya menjalankan perniagaan online (menjual pakaian) di facebook. Saya hanya perlu mendaftar di SSM sahaja? kena daftar di MCMC tak?

  11. salam tuan
    soalan saya, bagaimana utk mendaftar secara online? thanks :)

  12. Fai says:

    Salam Zul..

    Lama tak dgr cerita.. Nak tanya sikit pasal pejabat SSM kat Tip 13.. Kat SSM KL Sentral tu boleh daftar & renew lesen perniagaan ke?

    Thanks

  13. wilsonkuyah says:

    salam tuan,

    web yg baik.. tq for the info..

  14. hatta says:

    Terima kasih tuan Zul. Artikel yang sangat berinformasi. Jika tiada
    aral melintang saya akan daftar perniagaan Jumaat ni. Cuma saya ada
    satu masalah. Bagaimana dengan penjawat awam? Macam mana prosedur?
    Adakah boleh mendaftar perniagaan atau tidak?

    • smartzul says:

      Yang itu saya tidak pasti. Mungkin tuan boleh semak balik ‘perjanjian’ masa tuan tandatangan dahulu. Atau rujuk terus pihak atasan. Biasanya, yang bekerja penjawat awam akan gunakan nama orang lain seperti isteri, kawan atau adik-beradik. Dan setahu saya, kerajaan telah benarkan penjawat awam buat bisnes sampingan. Tapi itu kena rujuk dululah untuk tahu bagaimana prosedurnya.

      Cadangan: Cuba tanya penjawat awam yang ada buat bisnes.

  15. munir says:

    salam bro..if nak daftar utk perkhidmatan reka grafik..perlu ader sijil kelayakan dlm bidang t jgk?..sayer mule2 buat design ni suker2..tapi lamer2 dh boleh buat bsness..sy terpikir nk daftar legally..or ader cara lain?

  16. nurul says:

    sy nk buka consultant agencies in management, dia nk sijil pe ek

    • smartzul says:

      Saudari ada sijil, diploma atau degree berkaitan? Untuk mudah, hubungi sahaja SSM untuk jawapan yang lebih tepat.

      Setahu saya, at least kita ada apa-apa sijil berkaitan, boleh gunakannya.

  17. sofeaml says:

    zul,
    Kalau kita nak daftar syarikat melalui online ok x? atau agak payah?

    -mana lagi mudah? online atau offline(pergi ke kaunter)?

    - Nama perniagaan Zul ape..? saya tak berapa jelas tentang nama.

    • smartzul says:

      1. Boleh daftar Syarikat melalui Online. Cuba hubungi mana-mana syarikat yang ada offer servis melalui Online. Boleh cari melalui Google.com. Salah satunya yang terkenal juga adalah readycompanies.com. Buatlah survey terlebih dahulu.

      *Sofea mahu daftar syarikat sdn. bhd. atau perniagaan? Syarikat dan perniagaan adalah lain. Syarikat = ROC. Perniagaan = ROB. Kalau ROB, boleh daftar online sendiri.

      2. Nak lagi mudah, pergi ke kaunter terus. Tapi itu kalau perniagaan (ROB). Kalau Sdn. Bhd., perlu pakai setiausaha (pihak yang akan tolong daftarkan tersebut).

      3. Nama perniagaan saya Inspirasi Maya Enterprise.

  18. sofeaml says:

    Tambahan soalan: boleh x say gunakan P.O.Bob utk alamat utama perniagaan?

    • smartzul says:

      Itu saya tidak pasti boleh atau tidak. Cuba hubungi SSM melalui telefon atau emel.

      Cadangan saya, daftar saja dengan alamat rumah dan kemudian daftar P.O. Box untuk urusan bisnes.

  19. Cik Su says:

    Saya merupakan pembeli barang internet yg agak aktif terutama pakaian. Asik beli,terfikir nk cuba berniaga online scra kecil2an dahulu.test market aje.cari tentang daftar perniagaan,jumpa web ni.btul2 berguna.cuma nk tahu, contoh saya nk letak nama “Butik harmoni” (bukan nama sebenar),tanpa ada enterprise, sdn.bhd,dll, ok ke?sy menggunakan blog dahulu untuk mulakan perniagaan. tapi bagaimana nak bagi user search dan kita punya blog ada dlm senarai sbb kdg2 try search balik blog tu,xtersenarai pn blog sy.adakah lepas daftar,user lebih mudah jmpa blog sy..tq.

  20. saya dah daftar perniagaan.
    thanks..

  21. sofeaml says:

    sedang mengusahakannya..
    Hope that semua berjalan lancar.

  22. wan says:

    salam,
    setelah membaca petikan saudara, saya agak keliru.
    jika saya hanya menjurus pada pembinaan website untuk google adsense, perlukah saya mendaftar dgn SSM?

  23. fikry Awang says:

    berapakah kos keseluruhan untuk mendaftar perniagaan baru ye?

    • smartzul says:

      Nama sendiri (mengikut IC) = RM30

      Nama ciptaan sendiri = RM70

      • amir says:

        dalam dunia yg semakin canggih, manusia pn begitu. sebarang masalah mudah di bawa ke mahkamah sekarang
        pendaftaran menggunakan sdn bhd lebih memberi jaminan jika menawarkan khidmat perkhidmatan
        maaf bertanya, adakah saudara smartzul tahu kos maintainance (secretary fees+kos pembaharuan tahunan) jika mendaftarkan sdn bhd?

        • smartzul says:

          Tahu secara asasnya. Tapi perlu rujuk ‘secretary’ masing-masing. Mungkin ada perbezaan. Hubungi mana-mana pihak yang menawarkan khidmat ini dan mereka boleh berikan ‘nasihat’ percuma.

  24. wan says:

    salam,
    saya mencari maklumat berkenaan cukai yang perlu dibayar jika saya memperoleh pendapatan hanya dari google adsense dan amazon (affiliates) sahaja. adakah saya dikenakan cukai jika melebihi pendapatan yang layak dikenakan cukai?

  25. yoyoyhs says:

    Saya mahu tahu jika nama bisnes yang daftar kat SSM tu ABC Enterprise, perlukah domain yang saya guna utk bisnes tu ABC.com? atau boleh saya guna apa-apa domain saje? Macam mana pula dengan tajuk website saya?

  26. imah says:

    salam saudara,
    soalan sy:
    1)adakah perlu daftarkan pernigaan sebelum kt meletakkan label pd produk (label tersebut hny mpnyai nama produk, alamat n no tel shj)

  27. muhd khair says:

    salam?bolehkah kita menggunakan lambang SSM pada sijil kita tanda kita berdaftar dibawahnya,atau ckup sekadar kita menyatakan no lesen kita.

  28. maz says:

    sy chek nama Inpirasi Maya Enterprise, tp xder pun dlm SSM.

  29. Ianya info yang sangat berguna…

  30. Nor says:

    salam mintak beri cadangan

    sy nk daftar dgn ssm tp xpasti mau letak ape sbg perniagaan ni atas kertas…

    * affliate program/reseller bg pihak company(dropshipping)
    * jual produk mlm mcm cosway dll secara online
    * memasarkan,jual ebook

    Sy nk letak peniagaan sebagai ape ye agak mengelirukan

    terima kasih

    • Nor says:

      tertinggal agen pendaftaran bg sesuatu perkhidmatan, produk spt internet provider dan talian

      segala yg berkaitan mkn komisyen mcm tlg jual kete(agen)

      agak xpasti word nk letak

      • smartzul says:

        Salam,

        Ini saranan saya:

        1. Perkhidmatan pengurusan —> untuk agen pendaftaran. Kita guna perhidmatan pengurusan.
        2. Menjual produk kesihatan
        3. Menjual produk digital

        Mudah sahaja sebenarnya, iaitu menyatakan NAMA PRODUK yang kita jual. Menjual pakaian, kasut, buku dan sebagainya.

        Apa pun, isi sahaja. Nanti di kaunter dia akan tanya kita kalau ada apa-apa, dan mereka biasanya akan berikan cadangan.

  31. Farid says:

    Kalo affiliate marketer nk letak jenis perniagaan ape ye? “Ejen syarikat”?

    • Farid says:

      Contoh nye affiliate jual ebook dan forex broker affiliate/agent

    • smartzul says:

      Kalau ikut pendapat saya, mereka yang promosikan produk affiliate tak perlu daftar di SSM. Tapi kalau untuk langkah berhati-hati, letak sahaja seperti menjual produk informasi, agen komisen, perkhidmatan promosi perniagaan dan sebagainya. Sebenarnya nak tulis tu, ikut kreativiti kita pun boleh. Di kaunter nanti staf akan tanya kita kalau dia tak faham. Discus di situ terus sampai selesai. Tak perlu takut sebab mereka akan bantu kita sampai selesai.

      ps. Forex broker saya tak tahu. Saudara boleh tanya SSM terus (tel atau emel). Lagipun Forex ni ada kaitan dengan Bank Negara. Jadi saya tak dapat berikan saranan.

  32. jihalee says:

    sya nk tnya,kalau tempat saya tiada cawangan ssm cmne nk daftar?

  33. kspt7878 says:

    Terima kasih. Post anda banyak membantu.

  34. Noor says:

    Assalamualaikum en zul, terima kasih atas semua info yg amat berguna ni. nak tanya, bagaimana dpt sy hubungi en zul?

  35. ZiaHisham says:

    Salam Tuan..
    Nak bertanya sedikit..
    Lesen perniagaan saya telah lama tamat tempoh (Julai 2010)..Masih bolehkah saya membaharuinya..dan jika boleh, adakah saya dikenakan sebarang bayaran denda..dan boleh tuan beritahu berapa yg harus saya bayar untuk memperbaharui lesen dan juga kos keseluruhan proses sehingga saya mendapat lesen yg baru..
    Terima kasih.

    • smartzul says:

      Salam,

      Masih boleh perbaharui lesen tersebut. Lesen hanya akan tamat secara automatik selepas cukup setahun. Maksudnya, lesen perniagaan (SSM) tuan yang tamat Julai 2010 belum cukup setahun lagi cukup tempoh setahunnya (sekarang adalah April 2011).

      Saya lupa berapa caj denda untuk sebulan. Mungkin dalam sekitar RM5 rasanya; dan ia didarabkan dengan jumlah bulan dari bulan tamat sijil tersebut. Contohnya Julai 2010 hingga April 2011 bermaksud 10 bulan. Jadi 10 bulan x RM5 = RM50. Kemudian tambah dengan kos renew untuk setahun ke hadapan iaitu RM60, maka jumlah keseluruhan adalah RM120. Ini kiraan secara anggaran sahaja. Saya tidak pasti berapa caj denda untuk sebulan.

      Selepas renew pada hari tersebut, RM60 itu adalah kos untuk renew dari hari itu sehingga tempoh setahun lagi (katakan renew April 2011, maka tarikh expired baru adalah April 2012. Kiranya kita tidak bayar kos renew yang sepatutnya dilakukan pada Julai 2010.

      Saya cadangkan tuan terus ke kaunter SSM atau hubungi mereka melalui emel/telefon untuk cara kiraan terkini kerana mungkin kaedahnya telah berubah.

      • ZiaHisham says:

        Salam..
        Terima kasih banyak tuan atas info..dan pantas menjawab persoalan saya..(“,)insyaAllah pagi ni saya ke SSM…kos denda tu, nanti saya update disini ye, agar dapat memberi informasi juga pada yg lain..
        Terima kasih.

  36. ZiaHisham says:

    Salam Tuan..
    Pagi tadi saya baru renew lesen perniagaan(SSM) syarikat saya..
    Jadi secara keseluruhan saya perlu membayar denda sebanyak RM100 (1 bulan pertama-RM30) dan seterusnya RM10 untuk kelewatan memperbaharui lesen..jadi kos keseluruhan adalah RM160..(RM100-denda + RM60-kadar renew utk setahun)..
    So, nasihat saya..jika lesen perniagaan (SSM) dh hampir nk tamat (2bulan sebelum) cepat2 la renew lesen tu(“,) agak rugi jgk jika lambat byr mcm saya ni..hehe.., tapi apa blh bt, lesen kena sentiasa aktif untuk trus berniaga, so bayar je la..nasib baik masih blh renew, klau tak kena la daftar baru dan nama company yg lama pun lesap..(“,)
    Apa pun terima kasih tuan..
    Salam..

  37. syamimi says:

    salam, sy ingin brtanya 1 soalan,jika sy ingin memulakan online businees dan produk sy adalah makanan such as kek/pastri,so ape yg ptut sy plih smasa mengisi form utk dftr SSM?THANKS….

    • smartzul says:

      Salam Syamimi,

      Nyatakan sahaja bentuk produk yang dijual. Contohnya “Menjual kek dan pastri”. Tidak perlu nyatakan ia dijual secara online kerana online/internet hanyalah medium promosi sahaja. Apa lagi yang Syamimi buat? Jika mahukan senarai cadangan, hubungi saya melalui contact form di atas atau nyatakan di sini.

      Semasa isi form, tiada pilihan pada borang, tapi ruangan kosong untuk kita isi senarai produk yang kita jual. Senaraikan sebanyak mana yang kita mahu, tetapi ia perlu bersesuaian dengan nama perniagaan yang dipilih.

  38. Pening says:

    Zul,saya keliru dgn hasrat fmly saya ni. Masing2 nk saya bkerja sbgai pnjawat awam.adik beradik 11 org tp yg bkerja ngn gov cuma 2 org.tp yg dua ni bnyk kuarkan duit utk kami semua. Saya kesian… Bukn ap.mereka yg keje kerajaan pon masih tak ckup pkai.memndgkn saya baru hbis blaja.minta keje mne2 je msti nk ada experience,abis tu mne nk cmpk yang fresh graduate mcm kami ni…? Jd,bila dh bce blog smartzul,saya takut nk hadapi perniagaan.boleh ke saya bergntung hidup pada perniagaan saya sendiri…? Atau bekerja ngn kerajaan…? Halangan bnyk tapi saya dah nampak jauh bentuk perniagaan yg saya nak jlnkan. nk minta pendapat zul…. Mne yang terbaik? Mungkin zul juga pernah mengalaminya seperti saya dulu2. Sy lihat adly mukhtar- muda2 lgi sudah memiliki bisnes sendiri. Usaha kena smart,fokus kena ada.kena kuat semangat.

    • smartzul says:

      Salam sofea,

      Kerja makan gaji dengan berniaga sama sahaja sebenarnya. Kena ada disiplin, ilmu, kemahiran dan kerajinan. Kalau performance masa kita kerja makan gaji tak bagus, kita tak akan ke mana-mana juga. Macam tu juga dengan bisnes.

      Saranan saya, buat mana yang terbaik dahulu walaupun kita tak suka. Contohnya, masuk kerja govermant dahulu. Kelebihan kerja dengan orang adalah:

      1. Dapat gaji tetap tiap2 bulan. Ambil sebahagian dan simpan buat bekalan untuk berniaga nanti.
      2. Pelbagai training percuma.
      3. Peluang untuk mengumpul kenalan yang berpotensi.

      Cadangan:
      1. Plan bisnes dari sekarang. Tetapkan impian bisnes macam mana yang dimahukan.
      2. Buat kecil-kecil secara part time dan improve (pertingkatkan) dari masa ke semasa sehinggalah bisnes itu dapat hasil yang stabil.
      3. Tentukan bila tempoh untuk keluar dari makan gaji (letak jawatan). Contohnya: 2 tahun selepas kerja makan gaji. Jadi dalam masa 2 tahun itu, buat bisnes sampai dapat hasil yang baik. Seeloknya sama dengan gaji kerja makan gaji atau lebih daripada itu.
      4. Banyakkan membaca buku, ikut training dan kursus usahawan, pengurusan, pemasaran & perniagaan.
      5. Sampai masa yang ditetapkan, letak jawatan dan mula buat secara full time. Masa ini, pastikan kita sudah ada hasil, simpanan dan produk. Memulakan bisnes full time dari zero lebih mencabar daripada melakukan setelah segalanya telah tersedia. Jika bisnes yang dibuat belum ada hasil, teruskan dulu kerja makan gaji. Usahakan sampai bisnes stabil.

      Dalam bisnes, ada beberapa aspek penting iaitu:

      1. Prospek & komuniti. Dalam bisnes, kita perlu ada pengikut. Gunakan Facebook untuk bina pengikut tersendiri.
      2. Kenalan usahawan (network). Berkenalanlah dengan para usahawan lain. Kadang-kadang peluang bisnes datang melalui mereka di mana mencadangkan kita/bisnes kita kepada orang lain.

      Dalam dunia internet sekarang, gunakan Facebook, forum online dan blog untuk membina kenalan. Simpan maklumat kenalan dengan terurus agar kita dapat merujuk atau bekerjasama dengan mereka.

      Saya ada kenalan di mana beliau berminat buat bisnes full time, tetapi disebabkan beliau terus terjun tanpa persediaan, kini beliau dalam keadaan tertekan kerana bisnes tidak menjadi. Simpanan tunai (cash) adalah nyawa bagi hidup kita dan juga bisnes. Tanpa duit tunai, sukar untuk kita hidup dan menjalankan bisnes. Jadi kadang-kadang kita perlu letak ego dan kemahuan kita di belakang dahulu sehinggalah sampai masanya.

      Akhir kata, lakukan sesuatu dengan mengutamakan mana yang lebih mudah untuk dilakukan. Membina bisnes umpama membina bangunan yang tinggi. Ada stepnya, tempoh dan aspek-aspek yang perlu mengambil masa untuk dimiliki.

      Hanya ini yang dapat saya sarankan berdasarkan situasi semasa saudari, di mana apa yang saya faham, saudari masih di peringkat awal bisnes yang memerlukan kemahiran tertentu sebelum memulakan perniagaan. Jadi dengan bekerja terlebih dahulu, saudari boleh membina platform bisnes dengan mudah dan tanpa risiko yang besar.

      • smartzul says:

        Tetapi jika saudari sukar mendapat pekerjaan walaupun telah cuba mencarinya, maka melakukan perniagaan adalah pilihan yang terbaik untuk dilakukan. Jika mahu berniaga, mulakan dengan apa yang kita mampu buat sama ada dari segi minat, bakat, modal dan kemahiran yang ada.

        Hubungi saya melalui contact form di atas jika memerlukan apa-apa nasihat berkaitan memulakan perniagaan terutama perniagaan secara online. Buat masa ini nasihat saya adalah percuma sahaja, sekadar memberi gambaran secara umum.

  39. jeff says:

    saya sudah register ssm pada sept 2010
    tetapi actual perniagan saya ialah march 2009.
    apa yang saya perlu buat jika saya ingin tukar balik tarikh perniaga saya kepada 2009

    • smartzul says:

      Tidak perlu buat apa-apa dan tidak boleh tukar tarikh itu. Tarikh rasmi pendaftaran perniagaan adalah pada hari kita mendaftar, walaupun kita telah buat bisnes lama sebelum itu. Cuma sahaja simpan segala resit, rekod dan dokumen bisnes berkaitan yang digunakan sebelum pendaftaran, untuk rujukan pada masa-masa hadapan.

  40. Jace Thomas says:

    Saudara Zul,

    Thank you for the information given. Saya memang mencari maklumat tentang bagaimana nak set up perniagaan internet. Just to clarify things, saya nak tanya bbrp soalan:
    1. Saya nak wujudkan website untuk promote/introduce premis2 entertainment di sekitar bandar bagi tujuan entertainment and events. Lebih kurang sebagai promoterlah gitu, cuma melalui online. Saya nak letak perniagaan ini under apa Saudara Zul?

    2. Bagaimana dengan legal documents? Saya rasa memang perlu setiap perniagaan ada legal documents spt business contract dengan pelanggan dsb. Saya ni tak arif dalam terma2 perniagaan dan law, so macam mana saya nak wujudkan semua docs tu?

    Harap saudara boleh tolong bagi idea utk saya. Thanks!

    • smartzul says:

      Terima kasih Jace kerana membaca artikel ini.

      Menjawab soalan di atas:

      1. Mungkin boleh tulis perniagaan ini sebagai “perkhidmatan perniagaan” ataupun “ejen pengiklanan online”. Mahu lebih sebab, boleh tulis “perkhidmatan pengiklanan online.” Tulis sahaja pada borang. Kalau perlu diubah atau diperbetulkan, staf di situ akan terus cadangkan.

      2. Legal documents. Saya tidak arif mengenai hal ini. Cuma untuk bisnes internet, buat satu bahagian bertajuk Terma & Syarat perkhidmatan. Ataupun diberikan kepada pelanggan sahaja melalui emel untuk mereka baca sebelum mereka bersetuju dan melakukan bayaran. Untuk lebih serius mengenai legal documents, perlu rujuk kepada pihak yang ada kepakaran dalam undang-undang. Tapi sebab baru hendak mula, lakukan cara biasa dahulu iaitu senaraikan terma & syarat bisnes kita seperti apa yang akan kita berikan, hak kita dan apa hak pelanggan. Jawapan “setuju” dalam emel mereka boleh mewakili tandatangan mereka.

      -
      http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

      • Jace Thomas says:

        Saudara Zul,

        Thank you for your reply.

        Saya lupa nak inform saudara yang saya ni orang Kuching, so hari ni saya pegi kat SSM cawangan Kuching dan diberitahu bahawa SSM Kuching/Sarawak tidak mngendalikan pendaftaran perniagaan yang lain selain syarikat Berhad dan Sendirian Berhad. So saya telah dinasihatkan untuk pergi ke LHDN untuk urusan pendaftaran. Nampak gayanya saya melalui masalah untuk mendaftarkan ‘perkhidmatan perniagaan online’ saya. Saya dah maklumkan mereka bahawa saya membuat website dan tidak mempunyai sebarang premis atau ofis. Saya telah diberitahu perniagaan saya tidak akan dapat diwujudkan sekiranya tidak mempunyai tapak/tempat perniagaan. Macam mana ni Saudara Zul?? Saya sungguh keliru dan juga kecewa sebab dari apa yang saya baca dari artikel saudara dan juga komen2 yang lain, untuk mendaftar perniagaan online ni sangat mudah. Sesungguh nya saya sungguh kecewa. Saya amat berharap untuk mewujudkan website saya secara official secepat mungkin kerana sudah ada beberapa fedback yang baik daripada possible clients saya. Takkan saya nak buat business illegal la pulak? Harap saudara boleh beri sedikit idea tentang cara nak selesaikan masalah saya. :(

        • smartzul says:

          Jace,

          Memang di Kuching tiada perkhidmatan pendaftaran perniagaan. Rakan-rakan saya di sana juga ada beritahu sebelum ini. Sebagai cara lain, gunakan pendaftaran secara Online. Saya belum lakukan cara ini sebab saya lebih selesa terus ke kaunter. Tapi berikut adalah blog yang berkongsi cara pendaftaran secara Online:

          http://wanitaniaga.com/tips/2008/01/25/daftar-perniagaan-secara-online-segalanya-dihujung-jari/

          Saya tidak pasti sama ada artikel itu masih relevan ataupun tidak.

          Ada rakan saya yang tinggal di Sarawak mendaftarkan perniagaan mereka secara Online.

          Tidak perlu ada pejabat/premis untuk buat bisnes secara Online, termasuklah bisnes perkhidmatan website.

          Sebagai langkah pertama, hubungi pusat utama SSM. Telefon mereka untuk tanya kaedah pendaftaran perniagaan untuk kes saudara yang tinggal di Kuching.

          http://www.ssm.com.my/hubungikami.php

  41. mitacorp says:

    terima kasih Smartzul atas panduan yang diberikan. Alhamdulillah hari ini saya dah daftarkan perniagaan (milikan tunggal) secara online dengan SSM. Tak perlu hadir ke sana untuk daftar, semuanya secara online dan servis diterima memang pantas.

    untuk pengetahuan semua semasa isi Borang A pendaftaran tersebut ada 2 kategori bila kita letak katakunci ‘internet’ iaitu – jualan sebarang bentuk produk di internet dan lelongan di internet…. apabila mendaftar ada 10 bidang yg boleh kita pilih…tambahan selepas tu dikenakan caj lain… juga bayaran boleh dibuat sama ada untuk setahun hingga ke 5 tahun kalau tak silap saya….TQ

  42. Noor Reyza says:

    asslm, saya br dlm prncangan nk buat bisnes hamper @ gift (di rumah).
    1. saya perlu daftar trlbh dulu @ slpas saya dh mula bisnes(secara online)
    2. adakah sekali shj saya kena daftar kalau bisnes serentak buka kedai biasa dan kedai online?

    • smartzul says:

      Assalam. Maaf baru balas komen di sini.

      1. Sebaiknya daftar dahulu sebelum berniaga.

      2. Sekali sahaja daftar untuk apa-apa sahaja bentuk niaga sama ada ada kedai biasa dan kedai online. Cuma kedai biasa perlu daftar dengan Majlis Daerah. Kedai online perlu daftar SSM sahaja termasuk bisnes yang dilakukan hanya dari rumah (tidak perlu daftar dengan pihak Majlis).

      • smartzul says:

        Saya ingin menambah jawapan kepada soalan pertama. Bisnes boleh didaftarkan TIDAK LEBIH daripada 30 hari selepas perniagaan dimulakan.

        Mengikut seksyen 5A(1) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 – Orang yang bertanggungjawab bagi suatu perniagaan hendaklah, tidak lewat dari tiga puluh hari dari tarikh permulaan perniagaan itu, memohon kepada Pendaftar bagi pendaftaran perniagaan itu.

  43. sriayu says:

    terima kasih..betul2 berguna pada saya… TQ.

  44. anntailor says:

    as salam…sy nk tnye ttg daftar perniagaan ni kalau kta sebagai penjawat awam bole ke?sy ade dgr2 la…penjawat awam x bole terlibat ngn aktiviti niaga…..tp ari 2 sy ade bce paper kakitangan sokongan di benarkn buat pnjaman TEKUN…untuk berniaga…kemusykilan….

    • smartzul says:

      Assalam.

      1. Cuba rujuk atau dapatkan kepastian daripada pihak atasan ataupun mana-mana bahagian kerajaan yang uruskan perkara ini. Dapatkan maklumat yang jelas daripada mereka.

      2. Jika tidak boleh, gunakan nama orang lain yang tidak kerja kerajaan. Mereka juga boleh jadi rakan kongsi kita. Ada mereka yang gunakan nama isteri/suami untuk daftar perniagaan.

  45. Rara says:

    Askum,

    Saya nak tanya:
    1) Perniagaan internet secara kecil-kecilan dan dilakukan sekali sekala pun perlu didaftarkan ke?
    2) Apa saya perlu buat sebab saya dah 5 tahun (on n off) buat bisnes kat internet tu tapi tak daftar sebab xtau…? Adakah saya akan kena denda?

    Terima kasih.

    • smartzul says:

      Salam,

      Sebaiknya daftar untuk kebaikan, sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Pihak berwajib sentiasa memantau. Lebih baik daftar daripada membayar denda yang lebih tinggi.

      Yang lepas abaikan saja.

      • Rara says:

        Askum,

        Huh? Adoi, lecehnya… Tapi takpe la…
        Besok saya cuba daftar online…
        Terima kasih banyak2 utk info berguna ni…

        Salam!

  46. Azlan says:

    Salam,

    Saya ada sedikit kemusykilan, katakan produk saya berjenama Chocolate Factory dan menjual produk coklat, adakah saya perlu mendaftarkan nama tersebut sebagai nama perniagaan ataupun memilih nama lain yg lebih umum bagi memudahkan saya mendaftarkan lebih banyak jenis perniagaan selain menjual produk coklat?

    Apakah caranya pula untuk saya mendaftarkan jenama produk seperti di atas jika saya memilih nama perniagaan yg lain?

    Terima Kasih.

    • smartzul says:

      Salam,

      Saya cadangkan daftar nama yang umum selain nama produk tersebut. Ini agar apabila ada produk lain kelak, kita boleh guna nama perniagaan untuk produk itu juga.

      Setelah kita daftar satu nama bisnes di SSM dan dalam borang kita tulis menjual coklat, nanti apabila kita keluarkan pelbagai jenis coklat, kita tidak perlu lagi ke SSM untuk isi nama-nama (jenama) produk itu.

      Untuk soalan kedua, saya kurang jelas… Boleh terangkan sedikit?

      -
      SmartZul
      http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

  47. david says:

    salam bro..

    boleh tak alamat kediaman sama dengan alamat tempat utama perniagaan?

  48. azwanfadzli says:

    thanks abg zul. great info. sampai hari ni pn ada org rujuk lagi.

  49. Terima kasih atas perkongsian yang menarik ni! :)

  50. aizat says:

    As salam, sy ade buat bisnes internet pasal agen topup, sy dftrkn org yg ingin jd agen topup.perlu ke sy mendaftar lesen perniagaan?kalau perlu, di ruang jenis perniagaan apa yg harus sy tulis??

    • smartzul says:

      Salam.. Agen topup? Adakah agen itu termasuk saudara adalah agen kepada sebuah syarikat? Jika ya, maka tidak perlu berdaftar selagi mana melakukan bisnes itu atas nama syarikat tersebut. Sudah cukup syarikat itu yang mendaftar.

      Sama seperti ahli MLM, mereka tidak perlu daftar di SSM kalau semua urusan bisnes dilakukan atas atau melibatkan nama syarikat.

  51. aizat says:

    As salam,
    satu lg, boleh ke dftr secara online??
    boleh bg link x??

  52. aizat says:

    owh..ok2..tapi mngkin sy akan buat affliate pasal agen topup, sesiapa yg cari agen kt sy, sy akan bg komisyen.

    Soalan sy,
    adakah sy perlu ada lesen perniagaan jika ingin buat affliate??
    Sy pn agen kepada sebuah syarikat.

    • smartzul says:

      Saya kurang pasti bagaimana. Saya cadangkan daftar sahaja sebab bila kita buat sendiri-sendiri melibatkan wang, ia sudah tidak melibatkan syarikat. Jadi baik daftar sebagai jalan tengah.

  53. aizat says:

    ok2.kalau perlu daftar, di ruang jenis perniagaan apa yg harus sy tulis??

    maaf banyk bertanya, huhu

    • smartzul says:

      Tak apa. Pada borang, ada satu ruangan dan beberapa baris. Isi bentuk perniagaan yang kita lakukan. Mungkin boleh tulis ‘perniagaan tambah nilai telefon’ dan seumpamanya. Saya tidak tahu perkataan-perkataan atau aktiviti berkaitan. Nyatakan apa yang kita niagakan sudah cukup. Ia secara tak langsung sudah mencakupi apa sahaja yang akan kita buat seperti bayar komisen kepada orang lain.

  54. aizat says:

    owh..ok2..Terima Kasih Tuan Zul..

  55. wawa says:

    As salam,
    1)Adakah nama perniagaan & jenis perniagaan sama makna? Boleh bg cth?

    2)Adakah semua perniagaan internet di kenakan cukai selepas daftar di SSM?(Cth:baju, perfume, produk kesihatan)

    T.Kasih

    • smartzul says:

      1. Nama perniagaan adalah nama yang ingin kita daftarkan. Contohnya: ABC Enterprise

      Jenis perniagaan pula adalah aktiviti perniagaan kita iaitu kita jual apa. Contoh: Menjual pakaian

      2. Cukai untuk perniagaan jenis pemilikan perseorangan dikenakan ke atas individu (pemilik bisnes itu), iaitu cukai pendapatan. Apa jua sumber pendapatan jika cukup syaratnya, akan dikenakan cukai, tidak kisah jenis perniagaan.

  56. wawa says:

    1)Dari mana sy blh dptkn info ttg cukai?

    2)Borang A(SSM) m/surat 4/4,apa mksd ‘NO. KOD JENIS PERNIAGAAN’? ‘PERIHAL’ perlu letak ape?

    3)Daftar di SSM & mendapatkn lesen. Adakh ianya berbeza? Perlu ke dptkn lesen lps daftar SSM?

    T.Kasih bnyk2 krn membantu. Moga anda di murahkn rezeki.

    • smartzul says:

      1. Info cukai boleh didapatkan di sini : http://www.hasil.org.my/

      *Orang yang berniaga sendiri + bisnes berdaftar dengan SSM, cukai yang dikenakan sama sahaja seperti orang yang bekerja (makan gaji). Dan kalau orang yang bekerja itu mempunyai bisnes (sumber pendapatan sampingan), mereka perlu jumlahkan semua pendapatan mereka (gaji + bisnes) untuk dikenakan cukai.

      2. Kod jenis perniagaan itu, abaikan. Isi jenis perniagaan sahaja. Perihalnya pula adalah aktiviti perniagaan seperti yang saya nyatakan sebelum ini.

      3. SSM hanya untuk daftar bisnes (perniagaan) yang kita buat sahaja. Lesen pula kalau kita buka kedai (premis) di satu-satu tempat. Lesen atau dipanggil sebagai permit perlu didapatkan di pihak majlis yang berkuasa di kawasan itu.

      Kalau bisnes kita hanya dari rumah seperti perniagaan secara online, dan bisnes itu tidak mengganggu jiran atau bersaiz besar, kita tidak perlu dapatkan lesen. Bisnes di rumah yang perlu dapatkan permit adalah seperti tuisyen di rumah dan pusat asuhan kanak-kanak.

      SmartZul
      http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

      .

      • wawa says:

        1)Sy msh x faham ttg ‘PERIHAL’. Jika jenis perniagaan menjual baju, perihalnya ape?

        2)Apakh hukum dr segi islam sekiranya x daftr perniagaan?

        T.Kasih

        • smartzul says:

          Maafkan saya… Begini yang betul:

          1. Abaikan bahagian kod jenis perniagaan. Isi bahagian perihal sahaja, iaitu aktiviti bisnes seperti menjual baju.

          2. Hukum dari segi Islam, tidak ada apa-apa. Cuma pada pandangan saya, apabila pemerintah mewajibkan kita lakukan sesuatu untuk kebaikan, kita digalakkan melakukannya.

          Lebih baik daftar sebab banyak manfaatnya. Kelak andaikata bisnes telah maju dan kita dikesan tidak berdaftar, lagi tinggi risikonya.

          Jika kita baru memulakan sesuatu bisnes, catat tarikh mula. Kita boleh daftar dalam tempoh 30 hari dari tarikh memulakan bisnes. Tip: Pastikan ada dokumen seperti resit, invois, emel urus niaga yang bertarikh sebagai bukti kita memulakan transaksi bisnes pada tarikh itu.

  57. yati says:

    Salam,

    Saya baru sahaja nak mulakan perniagaan, sy cuma nak tanya, berapakah jumlah bayaran untuk mendaftar perniagaan ni?selain dari yg encik tuliskan tu, ada lagi tak charge lain?

    Terima kasih,hara dapat membantu..

  58. fatin says:

    nk tnye,kalau sy daftr ats nme sndri tp kt papan tnda kedai @ facebook berbeza,boleh ke?

    • smartzul says:

      Saya tidak pasti pula hal tersebut. Cik puan boleh hubungi SSM atau majlis daerah berdekatan untuk persoalan ini. Namun secara asasnya, di papan tanda perlu letak nama perniagaan yang didaftarkan dan juga no pendaftarannya. Manakala jenama perniagaan itu boleh diletak di papan tanda kedai tersebut. Contoh mudah: Pizza Hut. Nama perniagaan mereka panjang, tetapi mereka hanya letak Pizza Hut sahaja di papan tanda. Boleh hubungi pihak SSM atau majlis daerah terdekat untuk ketahui info dan prosedur berkaitan.

  59. ANN says:

    Saya memang tercari-cari maklumat tentang perniagaan spt ini. Saya cadang nak buka satu bisnes aksesori dan alat ganti telefon bimbit secara online, tapi bila tengok syarat permohonan lesen kat dewan bandaraya perlu premis dan surat perjanjian sewa-beli premis saya terus blurr.. Nasib baik terjumpa artikel ni yang sgt2 membantu.. TERIMA KASIH BANYAK2..

  60. Aubrey Alam says:

    Salam Abg Zul. Terima kasih kerana publish info yg sebegini berguna walaupun pada tahun 2011 saya baca entri ini. Saya nk menceburkan diri dlm perniagaan online (jual product pelancongan – focus hanya di sarawak).Soalan saya, perlukah saya apply permit dr SSM dan perlu atau tidak saya apply permit lain (travel agency). Saya berharap abg zul dpt bg komen ttg hal ini direct ke email saya aubrey_alam91@yahoo.com kerana saya merancang utk buat perniagaan ini dlm pertengahan bulan disember 2011.. terima kasih.

    • smartzul says:

      Salam Aubrey,

      Jika produk itu tidak sampai mengganggu jiran kediaman dan tidak mengganggu kesesakan jalan, maka tidak perlu minta permit dari pihak berkuasa (majlis daerah). SSM hanya tempat mendaftar perniagaan, manakala permit dipohon melalui pihak berkuasa daerah tempat tinggal kita. Dalam situasi saudara, tidak perlu mohon permit. Cukup daftar dengan SSM sahaja.

      Tapi untuk Sabah dan Sarawak, pendaftaran perniagaan persendirian tidak diterima. Sebaliknya perlu mendaftar di pihak berkuasa daerah dan mereka mensyaratkan ada premis (kedai) yang digunakan untuk berniaga. Saudara boleh membaca perkongsian artikel di sini: http://ronaldmohoni.com/342/ssm-tidak-mendaftarkan-perniagaan-dari-sabah-dan-sarawak/

      • Aubrey Alam says:

        Trima kasih abg zul kerana share link utk artikel ttg perniagaan d sabah dan sarawak. saya akan cuba utk bertanya ttg hal ini dri pihak berkuasa daerah sendiri utk melihat samada perniagaan online dpt dijalankan @ tidak. Selain drpd hal berkenaan, saya juga ingin bertanya, utk situasi saya, adakah saya perlu meletakkan perniagaan sebagai sdn. bhd @ enterprise @ tidak perlu langsung??

        • smartzul says:

          Sdn Bhd adalah syarikat. Kosnya dalam RM2000. Prosedurnya sedikit rumit, perlu ada paling kurang seorang rakan kongsi, ada premis perniagaan dan sesuai untuk mereka yang serius mahu membina bisnes jangka panjang.

          Perkataan ‘Enterprise’ biasanya digunakan untuk perniagaan kecil. Boleh meletaknya ataupun tidak. Ikut pada kemahuan diri kita, tetapi lihat juga pada kelulusan pihak pendaftar.

  61. Lazim says:

    kat Selangor, dimana cawangan SSM yer? Saya ingat 1Feb (hari wilayah) saya nak gi daftar SSM..

  62. eelin says:

    hi, blog yang amat berguna sekali. sesuai untuk apa yang saya sedang mencari…
    tapi, saya ada soalan…macam mana saya boleh buat Permohonan Ekstrak Nama-nama Perniagaan? saya nak mula blog dulu tentang handmade craft saya sendiri.test market dulu…lepas tu baru mula jual hasil handmade saya…
    tapi, saya perlu pastikan nama yang saya guna tu adalah akan diguna oleh saya sendiri sahaja. kawan saya pernah beritahu saya boleh register dengan RM1 atau RM2 untuk reserve nama tu…maksudnya, lain kali orang lain tak boleh guna nama tu lagi and kalau ada orang lain yang guna tu, saya boleh sue dia…
    bolehkah saya tahu mana boleh buat itu Permohonan Ekstrak Nama-nama Perniagaan?
    Terima kasih banyak banyak…

    • smartzul says:

      Hi, terima kasih sebab lawat dan baca blog ini.

      Berkenaan soalan di atas, adakah yang dimaksudkan adalah Trademark? Setahu saya, hanya Tradermark yang didaftarkan sahaja yang boleh halang orang lain guna nama bisnes kita. Saya tidak pasti kosnya, tetapi dalam sekitar RM1000 (satu ribu). Dengan trademark yang berdaftar, kita boleh saman pihak yang menggunakan nama tersebut untuk mengaut keuntungan.

      Saya tidak pasti ada cara lain selain Trademark. Boleh hubungi mana-mana syarikat yang ada sediakan khidmat pendaftaran Trademark. Salah seorang yang saya kenal adalah seperti berikut:

      Azizi Zulkifli
      azizizulkefli@gmail.com
      019-3781629

Trackbacks/Pingbacks

  1. Usahawan Internet pun kena daftarkan perniagaan | Keratan Akhbar | Wanita Melayu Boleh Blog | Surirumah Buat Duit di Internet
  2. Gadis dan Perniagaan Online | Gadis & Wanita
  3. Apakah beza Majlis Daerah dan SSM? | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)