Perniagaan Internet | Usahawan Internet | SOHO

Apa khabar para pembaca blog smartusaha semua. Minta maaf jika setiap kali anda masuk tiada info, tips atau tulisan terbaru dari saya. Bukan ketiadaan idea, sebaliknya saya perlu menyelesaikan beberapa hal yang membuatkan pergerakan saya terhalang dan perlahan daripada meningkatkan usaha dan perhasilan di dalam perniagaan internet ini. InsyaAllah, saya akan cuba mengemaskini dan memasukkan tulisan dan perkembangan saya di blog ini.

Baiklah, cerita kali ini adalah mengenai perniagaan internet dan perniagaan konvensional. Di JB baru-baru, saya bertemu dengan seorang kawan dan telah melakukan bisnes offline dalam bidang ICT. Di kesempatan itu, saya berbincang dan bertanya mengenai modal untuk memulakan sebuah bisnes offline seperti kedai komputer, software developer, perkakasan komputer dan lain-lain. Pendek katalah, kalau setakat meminjam 30 hingga 50 ribu, itu sangat sikit. Maksudnya, sebahagian wang pinjaman itu habis untuk waktu permulaan sahaja, jadi pinjaman yang banyak amat diperlukan.

Baiklah, apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah, bukannya bermaksud untuk menidakkan mengenai perniagaan konvensional, tetapi sebaliknya selain memulakan sesuatu yang besar, di sana terdapat jalan yang mudah dan rendah risiko untuk anda. Apakah itu? Ya, tak salah dan tak lain adalah idea kecil yang menjadi. Sebagai contoh terbaik adalah perniagaan internet yang mana bukan setakat anda boleh memiliki satu perniagaan, malah lebih dari itu dan lebih bagus adalah, anda boleh menguruskannya seorang diri.

InsyaAllah, melalui blog ini saya akan menggunakan konsep idea kecil, membawa hasil besar, dan menjadi.. Sekali lagi, yang menjadi. 😉

SOHO

Anda boleh berniaga hanya di rumah dengan kelengkapan yang paling minima dengan sebuah laptop dan talian internet sahaja. Tidak perlu perabot yang mahal, pekerja yang ramai, ruang pejabat yang besar dan bayaran sewa yang mahal dan tak perlu pecah kepala! Sekali lagi, jika anda tidak mampu memulakan yang besar, bermulalah dari yang kecil. Lihatlah, orang yang berjaya sekarang semuanya bermula dari bawah. Ada yang bermula dari stor di belakang rumah, ada yang bermula di bilik tidur, bahkan ada yang bermula dari tepi kaki lima!!! Tapi, dengan kesabaran dan ‘berkat’ idea yang kecil, kini mereka sudah boleh menarik nafas lega dan memiliki aset yang besar. Namun di sebalik kejayaan itu, tersembunyi satu ‘rahsia’…. Tak lain dan tak bukan: MULAKAN DENGAN KECIL atau dalam bahasa inggerisnya, start small..

Ruang salah seorang krew TuahEmas.Com

Terserah kepada anda untuk memilih dan menentukan… 🙂

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

7 thoughts on “Perniagaan Internet | Usahawan Internet | SOHO

  1. saya sekarang sedang menjalankan perniagaan di rumah. pejabat saya di rumah berukuran 5 kaki x 7 kaki. Dan Alhamdulillah ianya telah membuahkan hasil. Apa yang penting usaha dan strategi untuk menjalankan bisnes

    Memang cita2 saya menjadi usahawan di rumah dengan menggunakan internet sebagai medium permulaan. Dan berjumpa dengan pelanggan yang telah menjadi pelanggan kita melalui internet

  2. aslm,buat member2 semua..saya ni baru ingin menceburi bidang usahawan internet..kepada sesiapa yg ada idea dan ingin berkongsi modal boleh lah sms ke saya di talian 012-7267647.Terima kasih

  3. yeaa… bermula dengan kecil dan kemudian meningkat dari semasa ke semasa. kalo bermula dengan ribu2 kemudian lingkup mana nak cari modal lagi… dah tentunya kena bermula semula secara kecil-kecilan…

    modal kecil, hasil yang maksima dengan cara yang betul dan berkualiti…

  4. mereka juga perlu bijak memperkembangkan perniagaan dengan lebih tersusun apabila dah benar-benar mantap dari segi kewangan. sekiranya bermula dengan modal (pinjaman?) belum tentu lagi berjaya dengan sakannya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *