Tidak Perlu Buat Sendiri

“Ingin buat bisnes atau belajar untuk buat perkhidmatan?”

Itulah salah satu pernyataan yang dinyatakan oleh saudara Adly Flarebiz semasa ditemubual oleh kami di konti FuhyooFM.com pada bulan April lepas. Maksud beliau adalah, adakah kita belajar sesuatu kemahiran teknikal seperti cara membina laman web adalah kerana untuk melakukan bisnes perkhidmatan membina laman web?

Kata beliau, jika mahu buat bisnes, tidak semestinya semua perkara perlu kita belajar dan buat sendiri. Betul katanya itu kerana jika kita lihat usahawan-usahawan yang berjaya, mereka tidak melakukan semua perkara sendiri-sendiri tetapi mereka gunakan kepakaran orang lain.

Contohnya, jika ingin merekabentuk grafik laman web, kita tidak perlu belajar sendiri semata-mata untuk hasilkan sebuah grafik laman web yang mudah. Itu pun belum tentu menjadi atau tidak. Masa? Sudah pasti ia mengambil masa yang lama untuk belajar dan buat sendiri.

Belajar Sendiri: 7 hari
Upah orang buatkan: Minima 24 jam

Upah sahaja orang lain buatkan untuk kita, bayar harganya dan kita fokus kepada perkara yang mampu kita lakukan. Inilah corak bisnes yang sebenar di mana seorang bos mempunyai para pekerja yang mempunyai kepakaran tersendiri.

Tanyalah mana-mana usahawan internet, mereka hanya perlu membayar paling rendah RM150 untuk satu-satu tugas dan kemudian setelah melancarkan produk, mereka mampu meraih bukan ratusan ringgit, tetapi puluhan atau ratusan ribu tidak sampai sebulan. Ia satu hasil yang lebih daripada berbaloi.

Di dalam dunia perniagaan, jika kita tidak mampu menggajikan seorang staf, namun kita tetap mampu mengupah orang lain melakukan sesuatu kerja untuk kita. Di dalam Perniagaan Internet, antara tugas yang boleh kita gunakan khidmat orang lain adalah seperti:

  1. Rekabentuk grafik.
  2. Surat jualan (copywriting).
  3. Pemasangan laman niaga seperti shopping cart.
  4. Pemasangan sistem affiliate.
  5. Pemasangan blog, forum, CMS dan lain-lain.
  6. Penulisan dan penterjemahan artikel.
  7. Pengaturcaraan Sistem.
  8. Pembungkusan (packaging) dan penghantaran produk.
  9. dan banyak lagi…

Mengupah orang lain melakukan sesuatu tugas atau kerja sama ada:

  1. Kerja itu kita tidak mampu buat sendiri sama ada dari segi masa dan kemahiran.
  2. Kita mampu buat tetapi ada orang lain yang lebih bagus.
  3. Kerja yang mampu kita buat sendiri.

Jika di pasaran Malaysia, anda boleh gunakan ruang Perkhidmatan Bebas di forum Wangcyber.com untuk membuka sebarang permintaan di sana. Jika pasaran luar, boleh gunakan forum Digital Point atau Elance. Namun hati-hati, elakkan penipu (scammer).

Menggunakan kepakaran orang lain adalah salah satu kemahiran yang perlu ada pada seorang usahawan. Walaupun ia hanya satu pilihan (bukan wajib), tetapi ia perlu dipraktikkan sedikit demi sedikit agar kita mudah melakukan anjakan bisnes pada masa hadapan.

Kelak jika mampu, bolehlah menggajikan sekurang-kurangnya seorang staf sama ada mereka perlu ke pejabat atau bebas bekerja dari rumah sahaja. Mahu tidak mahu, kita perlukan anjakan bisnes agar kita lebih banyak mencapai erti keusahawanan yang sebenarnya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

6 thoughts on “Tidak Perlu Buat Sendiri

  1. Ya betul tu, saya bersetuju dengan saudara Zulfadli, teknik ini juga di panggil “outsourcing”. Saya juga menggunakan khidmat orang lain dalam mereka bentuk minisite atau apa sahaja kerja teknikal yang saya tidak dapat lakukan dengan pantas.

    1. Bergantung pada tujuan. Jika tujuannya untuk dapatkan hasil jualan, maka perlu lantik penyedia servis yang berpengalaman. Satu, dari segi setting ads. Kedua, copywriting ads. Mereka wajib tahu kedua-dua perkara itu.

      Minta mereka berikan (tunjuk) beberapa hasil lepas yang mereka berjaya bantu klien.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *