Menjual produk informasi: Bagaimana mendapat hasil jualan pertama dalam masa 30 hari? – Bahagian 2

Ini adalah sambungan daripada siri (bahagian) pertama artikel cara mendapatkan hasil jualan produk informasi dalam masa 30 hari. Baca bahagian 1 di sini jika belum.

Sebelum melaksanakan pelan 30 hari

Pastikan kita telah merancang produk apakah yang akan kita hasilkan. Beberapa perkara berikut perlu dipersoalkan:

  • Apakah pasaran (niche) yang kita mahu masuk.
  • Tajuk produk.
  • Siapakah sasaran kita (wanita, lelaki, umur, kerjaya…).
  • Format produk informasi sama ada (ebook, video, audio).
  • Kaedah penghantaran produk: Download, CD/DVD, Online Membership
  • Tarikh pelancaran produk.

Ya, tempoh 30 hari yang kita bincangkan sebenarnya adalah khas untuk:

  • Menyiapkan produk dan laman web jualan.
  • Menyiapkan laman download produk.
  • Pra pemasaran .
    • Setup Squeeze Page (SP) untuk List Building. Promosikan SP. Contoh SP: www.PerniagaanInternet.biz
    • Kemaskini blog, Facebook, email follow up dan forum online.
  • Menjemput rakan JV (jika perlu)
  • Pelancaran.

Jika ditelusuri kembali, ia seolah-olah mengambil masa 2-3 bulan (proses belajar, perancangan dan tindakan 30 hari). Bergantung kepada diri masing-masing, kecepatan masa bergantung kepada kemahiran dan modal yang dimiliki. Malah, tempoh 30 hari juga boleh dipendekkan jika kita telah cukup segala syarat. 🙂

Terlajak masa?

Tidak mengapa jika terlajak masa lebih daripada 30 hari. Sekurang-kurangnya kita telah merancang dan berusaha. Jika terlajak, maklumkan sesegera mungkin andaikata kita rasakan tidak sempat melancarkan jualan produk seperti pada tarikh dan masa yang dijanjikan.

Terlajak masa adalah normal. Saya sendiri berkali-kali terlajak masa di mana berlaku masalah teknikal dan lain-lain perkara yang tidak disangka.

Kemahiran-kemahiran yang perlu

Berikut adalah kemahiran yang perlu dikuasai untuk merealisasikan perkara ini (dapat hasil dalam masa 30 hari):

  • Tahu menggunakan komputer dan internet.
  • Boleh menaip.
  • Boleh mengendalikan domain name, hosting, Cpanel dan FTP. Dapatkan Pakej Video Panduan KuasaFTP untuk belajar.
  • Ada akaun emel. Daftar akaun Google di mana kita akan mendapat emel Gmail secara percuma.
  • Faham dan tahu menggunakan Autoresponder seperti Aweber ataupun Getresponse. Langgan salah satu daripada dua autoresponder tersebut yang dijamin terbaik.

Pendek kata, ada sesetengah perkara perlu dipelajari dahulu sebelum mula bertindak mengikut “Pelan 30 Hari” ini. Seperti mana seorang tentera yang perlu berlatih dahulu sebelum ke medan perang, begitu juga kita bakal usahawan informasi.

Perkara yang tidak perlu dipelajari atau boleh diabaikan:

  1. Minisite, design, banner promosi dan ecover. Serahkan kepada designer. Kos: Sekitar RM50-RM200Hubungi VirtualNiaga.com untuk maklumat lanjut.
  2. Sistem affiliate. Boleh upah pihak yang ada sediakan servis ini (hubungi saya). Kos: Sekitar RM50-RM100.
  3. Surat jualan. Upah copywriter untuk melakukannya. Kos: Sekitar RM200-RM300.
  4. Squeeze Page. Boleh juga upah designer ataupun mana-mana pihak/individu yang sediakan khidmat ini.
  5. Lain-lain perkara yang boleh gunakan khidmat orang lain. Namun bergantung kepada modal yang ada di tangan.

Jadi, jika kita belum memiliki kemahiran-kemahiran yang dinyatakan, maka seeloknya belajar dahulu. Tenangkan diri dan berikan masa untuk belajar. Masa pada zaman kini terlalu pantas, pejam celik sebulan sekejap sahaja. Jadi tumpu pada pelajaran. Tetapkan masa untuk belajar, contohnya 30 hari untuk belajar sepenuhnya. Kemudian selepas bersedia, barulah bertindak mengikut pelan 30 hari.

Bagi saya, untuk melakukan kesemua perkara seperti belajar dan bertindak dalam satu masa yang sama, ia agak mustahil dilakukan oleh semua orang, melainkan ada masa, asas kemahiran dan mudah cepat belajar.

Saya suka nasihat ini: “Tenangkan diri dan berikan masa untuk diri sendiri. Tidak perlu terlalu mengejar waktu.”

Untuk dapatkan sesuatu, ada syarat-syaratnya seperti ada ilmu, kemahiran dan kesabaran.

Kita bukan pemilik sebuah syarikat bermodal besar untuk melantik staf yang boleh melakukan semua kerja untuk kita. Rata-rata daripada kita bermula dari kosong dan mempunyai modal yang terhad. Jadi inilah jalan kita iaitu ‘jalan yang mengambil masa’.

Tools (sistem dan perisian) & perkara yang diperlukan

  • Autoresponder: Aweber atau Getresponse – bayar setiap bulan
  • Sistem blog: WordPress (percuma) – dipasang pada domain name sendiri
  • Akaun Paypal (tidak wajib, tapi digalakkan)
  • Kad debit untuk pembelian autoresponder dan lain-lain perkara.

Dapatkan ebook Panduan Asas Paypal untuk maklumat mengenai kad debit dan cara membuka akaun Paypal.

Produk-produk yang boleh membantu

Untuk berniaga dan menjadi usahawan, kita perlu mengeluarkan modal. Mahu tidak mahu, ia adalah perlu. Elakkan pemahaman (mindset) tidak perlukan modal untuk berniaga. Masa yang diluangkan juga adalah modal. Masakan tidak masa sering diumpamakan seperti emas (pepatah: Masa itu adalah emas).

Andaikata modal menjadi kekangan, duduk dan fikirkan bagaimana kita boleh mendapatkan modal ataupun keluarkan modal untuk perkara yang perlu dan utama sahaja dahulu.

Daftar Newsletter Perniagaan Internet di www.PerniagaanInternet.biz untuk mendapat tip dan informasi terus di emel ana.

PSTawaran TerhadDapatkan Pakej Istimewa KuasaFTP yang mengandungi Pakej Kit Blogger, Panduan Paypal, Sistem DPP dalam satu harga.

Kata-kata hikmah untuk hari ini: “Biar lama mengambil masa kerana perjalanan yang jauh akhirnya akan berakhir jua setelah kita sampai di destinasinya. Perjalanan jauh itu memenatkan, tetapi pengakhiran itu satu kenikmatan. Hidup yang indah ini hanya untuk orang yang bersabar.”

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “Menjual produk informasi: Bagaimana mendapat hasil jualan pertama dalam masa 30 hari? – Bahagian 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *