Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Menjual produk informasi: Bagaimana mendapat hasil jualan pertama dalam masa 30 hari? – Bahagian 1

Menjual produk informasi seperti ebook, audio dan video adalah perniagaan yang besar keuntungannya. Walaupun produk sebegini di-CD-kan atau di-DVD-kan, kita tetap boleh mendapat untung lebih berbanding produk lain.

Namun diakui, setiap jenis produk ada pro dan kontranya. Contohnya, produk informasi hanya dibeli sekali berbanding produk tertentu yang boleh dibeli berulang kali seperti makanan.

Baik, itu hanya mukadimah. Kita sentuh isi utama artikel kali ini iaitu bagaimana mendapat hasil pertama menjual produk informasi dalam masa 30 hari secara online. Produk informasi ini sama ada perlu dimuat turun (download), dibaca/ditonton secara online, dicetak, di-CD-kan atau mungkin pelbagai cara itu dalam satu masa.

Apabila kita menyebut 30 hari, ia nampak seperti agak lama. Iyalah, kalau ada orang boleh meraih hasil beribu-ribu ringgit dalam masa 2 hari, 24 jam, atau 1 jam, kita pun mahu juga bukan? Ketahuilah, sebelum mereka mendapat hasil dalam masa sebegitu, mereka telah bergelut tenaga, mengeluarkan kos dan menghabiskan banyak masa! Mungkin mereka mengambil 3 bulan, 6 bulan atau lebih sebelum meraih hasil dalam masa singkat itu.

Jadi pantang pertama untuk berjaya adalah, jangan percayakan promosi yang mengatakan kita boleh meraih hasil dalam masa singkat. Mereka itu telah lama bergelut untuk mendapat hasil pertama. Perlu buat website, jemput rakan kerjasama (JV), siapkan produk dan pelbagai lagi…………..

Pelan mendapat hasil dalam masa 30 hari

Bagi saya, tempoh 30 hari untuk mendapat hasil jualan adalah masa yang realistik untuk sesiapa sahaja, dengan syarat pandai guna komputer, perisian dan internet. Asas-asas teknikal seperti Domain, Hosting, Cpanel & FTP WAJIB dikuasai. Saya ulangi, ia wajib.

Asas-asas itu adalah umpama tiang utama sebuah rumah. Tanpanya, rumah boleh roboh. Atas dasar itulah saya telah hasilkan panduan asas lengkap mengenai domain, hosting, cpanel dan FTP, dalam bentuk video. Selebihnya, saya serahkan kepada mereka yang mahu belajar untuk mendapatkan pakej panduan itu. Tugas saya menyediakannya telah selesai.

Begitu juga dengan asas-asas komputer seperti mencipta folder, menamakan file, mengendalikan file Zip, menggunakan perisian Words dan paling penting adalah memasang (install) perisian, itu semua perlulah dikuasai.

Jika belum menguasai atau sekurang-kurangnya tahu asas-asas itu, pastikan belajar dahulu. Ini adalah nasihat ikhlas saya. Saya tidak mahu ramai yang tertipu dengan banyak janji manis pada ketika ini.

Setelah syarat-syarat asas tersebut dipenuhi, barulah kita boleh mula menjebakkan diri dalam soal strategi, produk, perancangan dan pemasaran.

Baik, jadi bagaimana langkah untuk mendapat hasil jualan dalam masa 30 hari? Berikut adalah langkah yang telah diringkaskan:

  1. Bina sebuah blog dot com. Elakkan blog percuma kerana ia berisiko, lagipun kita perlu membeli domain & hosting, jadi kita boleh gunakan subdomain untuk buat sebuah blog.
  2. Siapkan sebuah Squeeze Page untuk kumpul nama dan emel prospek (bakal pembeli). Nyatakan pada salah satu kelebihan menyertai mailing list adalah mendapat harga istimewa untuk produk yang bakal dilancarkan.
  3. Siapkan produk.
  4. Siapkan laman web jualan (surat jualan minisite).
  5. Dalam masa 30 hari sebelum pelancaran produk (contohnya: hari 1 hingga hari 25), lakukan kemaskini blog, update status di Facebook (termasuk tulis nota dan publish video di sana), bersosial di forum online dan follow up subscribers mailing list dengan perkembangan semasa produk termasuk tip percuma.
  6. Lancarkan jualan produk!

Dimudahkan ceritanya, sediakan jadual tindakan dari hari 1 sehingga ke hari 30.

Bersambung di bahagian kedua…

PS. Tawaran Terhad: Dapatkan Pakej Istimewa KuasaFTP yang mengandungi Pakej Kit Blogger dan Panduan Paypal dalam satu harga.

Kata-kata hikmah untuk hari ini: “Jangan didengki mereka yang berusaha kuat dan kemudian berjaya. Kejayaan di dunia dan di akhirat hanya milik orang yang berusaha dan kental kesabarannya.”

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

Incoming search terms:

  • informasi pada video jualan
  • Buat sebuah blog

3 Responses to “Menjual produk informasi: Bagaimana mendapat hasil jualan pertama dalam masa 30 hari? – Bahagian 1”

  1. ahmadyani says:

    Asas teknikal belum mahir tapi sudah tahu, bagaimana langkah seterusnya perlu belajar lagi…

    • smartzul says:

      Tahu sudah mencukupi. Sekurang-kurangnya bila kita mahu buat, kita tahu apa yang perlu dilakukan.

      Saya telah publish bahagian kedua artikel ini.

      Terima kasih tuan.

Trackbacks/Pingbacks

  1. Menjual produk informasi: Bagaimana mendapat hasil jualan pertama dalam masa 30 hari? – Bahagian 2 | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)