Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Perniagaan Internet: Teknik Mudah Idea Produk

Salah satu cara yang mudah untuk menghasilkan produk ialah dengan memenuhi kekurangan produk-produk sedia-ada (pesaing). Atau dalam bahasa yang lain, kita panggil inovasi, iaitu tambah-baikkan lagi atau kita wujudkan produk yang boleh diguna bersama-sama dengan produk sedia-ada tersebut.

Berikut ialah dua contoh agar anda faham apa yang mahu saya sampaikan di sini:

Contoh 1: Produk 7DollarSecrets.com

Produk ini saya rasa anda tahu fungsi dan kegunaannya. Namun, untuk menggunakannya ia memerlukan kita melakukan konfigurasi secara manual dan memerlukan sedikit masa. Inilah ‘kekurangannya’.

‘Masalah’ lain pula ialah, jika ingin menggunakan tools 7dollar tersebut, kita perlu melakukan design web sendiri untuk produk yang mahu dijual. Ini sudah semestinya, sebab kita menjual produk kita sendiri.

Inovasi:

1. Desktop Installer:

Dengan adanya produk ini, ia telah memudahkan pemasangan skrip 7Dollar tanpa perlu usik sedikit pun kod. Hanya perlu masukkan input sahaja dan siap.

2. Grafik Minisite untuk produk 7 Secret:

Dengan adanya template laman web ini, maka tidak perlu lagi bersusah payah membina web sendiri untuk ‘produk 7 dollar’, tetapi hanya perlu gunakan template sahaja.

Contoh 2: Ebook Panduan Membina Laman Web

Sebagai contoh, usahawan A telah keluarkan Ebook tersebut. Perhatikan dan kaji, apakah kekurangan produk tersebut dan inovasikan sebuah idea yang lebih baik.

Sebagai contoh, mungkin kita boleh hasilkan produk video untuk panduan membina laman web. Tak semua orang suka membaca Ebook, sebaliknya ada yang suka belajar dengan melihat dan mendengar. Mungkin juga boleh kombinasikan dua kaedah ini, iaitu Ebook dan juga Video.

Di sini, jika anda keluarkan video katakan, anda boleh bekerjasama dengan penulis Ebook tadi untuk sama-sama saling mempromosikan produk masing-masing. Mereka promosikan produk anda, dan anda promosikan produk mereka.

Kesimpulan

Kelebihan teknik yang dibincangkan ini ialah anda mempunyai jalan pintas untuk menghasilkan produk anda sendiri. ‘Ucap’ terima kasih kepada pesaing anda kerana dengan usaha mereka, anda telah dapat menghasilkan produk yang sama ada bersaing secara terus dengan mereka atau menambah sesuatu yang tiada pada mereka.

Anda tidak semestinya perlu bersaing dengan mereka, tetapi anda boleh juga bekerjasama dengan mereka. Sebagai contoh, pemilik 7dollarsecrets bekerjasama dengan produk template laman web 7dollarsecrets. Mereka saling membantu dalam usaha promosi produk mereka. Pesaing anda, kadang-kadang juga adalah JV Partner anda kerana produk anda dan mereka masing-masing saling memerlukan dan saling memenuhi.

Maka selepas ini, bolehlah melawat-lawat ke laman web produk yang sedia-ada dan lihat (kaji), apakah yang boleh anda lakukan untuk memenuhi kekurangan produk tersebut. Atau mungkin boleh hasilkan sesuatu yang baru dan bekerjasama (JV) dengan mereka.

Mari kita ringkaskan kaedah ini:

1. Kaji kekurangan produk sedia-ada di Internet

2. Penuhi sesuatu yang kurang, yang tiada atau tambah-baikkan. Atau hasilkan produk yang boleh digunakan bersama-sama dengan produk sedia-ada. Contohnya seperti produk 7dollarsecrets dan juga desktop installer tersebut.

3. Hasilkan produk anda:

a. Jika produk anda kontra dengan produk sedia-ada, seperti contoh Ebook dan video di atas, maka anda boleh lakukan kerjasama dengan ‘pesaing’ anda.

b. Jika produk yang anda hasilkan lebih kurang sama dengan produk sedia-ada tetapi ada sesuatu yang lebih unik, maka elakkan bekerjasama dengan pemilik produk sedia-ada/pesaing (kurang sesuai).

Selamat maju jaya.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • swot untuk kraftangan
  • contoh saling membantu dan bekerjasama
  • idea sesuatu produkl
  • kelemahan swot teknikal
  • teknik rangkaian perniagaan dikembangkan
  • teknik yang boleh di inovasikan


49 Responses to “Perniagaan Internet: Teknik Mudah Idea Produk”

  1. abdfatah says:

    hahaaa… takkanlah nak JV guna produk yang sama. saya jual ebook cpanel anda jugak jual ebook cpanel? kalo cpanel punya ebook ada sesuatu yang perlu ditambah nilai. boleh laa cuba usahakan sesuatu akan menjdi nilai yang tinggi yang mmebolehkan cpanel dan anda bekerjasama dengan penuh jayanya…

    sekian terima kasih… :mrgreen:

  2. naz says:

    Wah…sekarang banyak projek JV. Kelebihannya pada yang dah ada produk sendiri lagi banyak saluran paip masuk dan saling popular mempopularkan. Bagi yang belum ada produk sendiri macam saya ni pun boleh jugak tumpang tuah dari affiliate program :lol:

  3. Han says:

    slmt pg zul,
    ni idea yang bagus…
    sebelum ni ada juga terbaca artikel tentang ni…
    cari atau intip pesaing kita untuk kita berjaya…
    kalau jual ebook buat web, kita kenalah perhatikan pesaing kita utk tahu rahsia dia…
    atau kita boleh beli produk dia untuk cari kelemahan dia dan wujub kan kekuatan kita…

    han

  4. Hamid says:

    Motivasi untuk membina produk.
    sedikit sebanyak leh tambah skill gak ni.

    abdfatah apa yang anda maksudkan? kureng paham sikit :mrgreen:

  5. Amer says:

    Tapi kalau lihat pada pasaran pada masa sekarang macam sudah kekurangan idea untuk menghasilkan produk baru yang mampu menjana kewangan. (Ni pendapat seorang newbie :-P ) Mungkin dengan cara sebegini kita dapat menghasilkan produk (walaupun bukan 100% produk baru).

    • smartzul says:

      Tidak sama sekali Amer, ini kerana:

      1. Akan sentiasa ada ‘pendatang baru’ di Internet

      2. Berubahnya waktu, maka akan wujudnya perubahan

      3. Banyak produk tak bermaksud mereka sudah menguasai pasaran. Siapa yg bagus marketingnya dan strateginya, mereka akan dapat untung besar

      4. Adanya banyak produk tidak bermaksud mereka sudah bagus. Sebab itu saya tulis artikel ni. Kita hasilkan sesuatu yg lebih baik.

      dan banyak lagilah fakta yg boleh menafikan akan sudah tiada idea.

      • abdfatah says:

        yeaa… idea sentiasa berkembang dan ebook jugak akan ada kemaskini sebagaimana blog perlukan kemaskini setiap masa…

        hanya statik tak ke mana… kalo takder kemas kini manakan ada yang nak datang ke blog smartzul ini… tak gitu?

  6. pyan says:

    :neutral: ini idea work smart, not work hard. :lol: Maknanya kita saling melengkapi antara satu sama lain. Yang penting pengguna puas dengan ilmu tu dan usahawan dapat duit dari hasil mereka. :lol:

    abdfatah ,
    hang pulun sakan no…… tak pa aku kejaq kot belakang. :grin:

  7. Han says:

    hamid,
    abdfatah maksud kan, kita boleh buat sesuatu yang hampir sama tapi ada kelebihannya tersendiri…

    pyan,
    rasa2nya kita ni boleh bersaing tak?
    hehe…

    han

  8. pyan says:

    :neutral:
    han ,
    entah le …. abdfatah tu terus memecut….., seronok plak bila compete cam ni, bukan sebab hadiah tu. Cuma seronok nak tulis je. Petang kalo free aku nak tulis lagi. kalo bleh online :lol:

    Satu hari 3 kali masuk blog ni. :lol: :lol: Boleh apply ke teori kat atas tu dalam competition ni. :wink:

  9. Han says:

    pyan,
    nanti kita sama2 kejar abdfatah tu…hehe..
    kita tumpas kan dia..hehe…

    sblm ni saya selalu masuk blog ni 2 kali sehari…
    sb zul kadang2 post 2 kali sehari…

    setiap kali post, saya mesti tinggal komen…
    pernah beberapa kali tempat 1…tp takde hadiah…hehe…
    suka2 je… kongsi pendapat…

    kali ni zul bagi hadiah jadi tak boleh lepaskan peluang…
    kita mesti dapatkan hadiah dari zul ni…

    han

  10. Tambah baik satu kekurangan produk atau perkhidmatan akan menghasilkan satu produk/perkhidmatan yang terbaik dari produk sebelumnya.Apabila produk itu terhasil dan di jual.Pesaing yang lain akan meneliti produk anda.Proses tambah baik akan berlaku lagi.Sehingga satu peringkat satu produk/perkhidmatan unggul akan terhasil.

  11. Hamid says:

    Wah semangat rakan² kita memberi komen ni :mrgreen:

    apa pun bersabar k..
    sebab aku da ketinggalan tu :mrgreen:

  12. NayanMohd says:

    Idea Produk?
    Memang agak sukar nak memikirkan produk untuk diniagakan di internet kalau tak kena dengan caranya. Apa yang Zul tulis hari ni satu idea yang bagus untuk mewujudkan produk sendiri untuk dijual di internet.

    Saya rasalah, selain membuat produk dari ‘kekurangan’ produk pesaing kita… produk kita sendiri tu mestilah UNIK. UNIK maksudnya produk kita tu mestilah satu produk yang berbeza dari produk pesaing dan juga mestilah menarik dan terbaik. Tapi agak sukar nak buat produk yang terbaik sebabnya pesaing kita yang lain akan cuba mencari kekurangan produk yg kita hasilkan….yg seterusnya pesaing tu akan hasilkan satu produk lain yang lebih baik.

    Apapun, carilah produk sendiri yang UNIK, menarik dan tertarik…

    That all for now…Thank you

    Wassalam…

  13. Han says:

    hah betul tu nayanmohd,
    produk mesti lah unik…
    berbeza dari produk pesaing…
    jangan sebiji dgn pesaing pl…
    nanti dicop cetak rompak…hehe

    han

    • smartzul says:

      Tak kisah sebenarnya kalau sama, tapi lebih baik kalau ada keunikan sebab kita nak bersaing dan nak wujudkan sebab agar pembeli lebih mahu membeli daripada kita.

      • Han says:

        zul,
        kalau susah2, beri je tawaran hebat kat siapa yang nak beli…
        confirm dia beli kalau tawaran kita lebih hebat dari pesaing…

        han

  14. ronald says:

    Saya sebenarnya bercadang memasarkan produk kraftangan ( saiz kecil ) dari sabah melalui internet, tapi masih dalam proses perancangan. masih banyak perkara yang ingin saya pelajari tentang perniagaan online. harap-harap tahun depan boleh on.

    • smartzul says:

      Boleh cuba pasarkan melalui Ebay, mudah sikit.

      • Han says:

        ebay ni mudah ke zul.??
        zul pernah buat ke?
        saya pernah join ebay… tapi tak tahu nak buat dengan produk yang belambak tu…hehe..

        next time boleh lah zul menulis artikel cerita pasal ebay pula di blog ni…
        boleh lah kita sama2 belajar…

        han

  15. abdfatah says:

    produk kraftangan ke? bagus jugak tu… boleh jenguk pasaran kraftangan dan juga permintaan dalam dan luar negara. pada saya kalo kraftangan tu rasanya khas untuk pelancong asing. mereka memang minat menda kraftangan nih…

    lebih2 lagi musim tahun melawat malaysia. sebagaimana yang telah dijelasklasifikasikan oleh dr irfan khairi berkenaan kraftangan untuk pelancong asing. namun beliau telah mengambil pilihan yang lebih mudah sedikit iaitu menjual peta malaysia di internet dengan jayanya…

    sekian terima kasih… :cool:

    p/s : kejor yop kejor….

  16. PakarHowTo says:

    Terima kasih atas input yang diberikan.
    Saya juga sekarang sedang membuat beberapa ‘research’ untuk menghasilkan produk sendiri.
    InsyaAllah, target saya, selewat-lewatnya hujung tahun ini, saya nak keluarkan satu produk.

    Apa2pun, terima kasih atas panduan dan tips yang selalu dikongsikan kepada kami.
    Semoaga Allah beri ganjaran atas segala usaha/khidmat yang saudara Zul berikan ini.

    • smartzul says:

      Terima kasih.

      ps. Erm, perlu dimaklumi bahawa saya lebih kepada produk digital. Jadi, apa2 tulisan saya biasanya 90% akan berkaitan dengan produk digitallah…

  17. Han says:

    perantis internet,
    SWOT la tu?

    ni dia SWOT utk sapa2 yang tak tahu
    S – strength (kekuatan)
    W- weakness (kelemahan)
    O – opportunity (peluang)
    T – threat (ancaman)

    han

  18. pyan says:

    Macam idea edward de bono je :lol:

    hans, Aku surrender la camni :razz:

  19. Anwar says:

    Menarik.Akhirnya saya jumpa panduan yang berguna.
    Bersaing dengan sihat adalah untuk kejayaan bukan untuk kepentingan diri sendiri. :cool: :grin:

  20. abdfatah says:

    idea banyak idea yang boleh dicari dan dibentuk menjadi peluang keemasan yang berguna untuk perniagaan anda.

    kita tengok pulak dari sudut pendidikan negara. negara manakah yang mahu JV dengan malaysia untuk menghasilkan produk inovasi pendidikan negara?

    sekian terima kasih… :shock:

  21. Dik Mal says:

    Salam,

    ABd Fatah, apa maksud negara manakah mahu JV dengan Malaysia untuk menghasilkan produk inovasi pendidikan negara? Tertarik pula. Saya memang mengikuti perbicangan berkaitan pendidikan [my course]

    p.s : ops, ter-off topic. Maaf ye Zul :)

    • abdfatah says:

      haaa…? pendidikan negara nih rasanya sebagaimana universiti berkembar agaknya… gitulah lebih kurangnya…

      oh.. dah apat balas komen reply untuk dikmal…

  22. pyan says:

    :?: JV pendidikan macam program universiti berkembar la tu. Cuma pendidikan kat negara ni agak kurang dinamik. telalu terkongkong dengan sukatan yang sedia ada. begitu juga dengan sikap guru-gurunya, cikgu cikgu apa komen :lol:

  23. Dik Mal says:

    No komen :D sat lagi off topic terus .. :)

  24. Shawal says:

    A’kum,

    Dapat menghasilkan produk sendiri memang amatlah baik tetapi utk menghasilkannya bagi saya amatlah memerlukan idea.

    Kat mana nak cari idea??

    • Han says:

      shawal,
      idea boleh datang dengan sendiri…
      yang penting selalu bawa buku nota kecik utk tulis idea yang datang tu..
      kalau tak tulis, idea tu akan hilang begitu saja…

      han

  25. Hamid says:

    kan banyak kat blog² IM kita..
    rajin² la singgah.

    pastu curi idea mereka, seperti yang dikatakan oleh Zul :wink:

    p:s jangan salah faham, baca artical yang ditulis oleh Zul mengenai curi aidea mereka.

  26. abdfatah says:

    mencuri memang salah dan anda akan dikenakan hukuman sebat tanpa belas kasihan… kalo mencuri idea orang lain dan mengaku hak sendiri memang tak digalakkan… hukumannya tetap mandatori…

    kena berusahalah menghasilkan produk anda sendiri yang niche…

    p/s : wohooo… threded komen dah disetup hari ini…

    • smartzul says:

      Saya dah lama pasang benda ni, cuma tak diguna sahaja. Namun, saya nak test dulu plugin thread ni ok atau tak sebab ramai yg kata ia ada masalah. Apapun, kita cuba dulu. Kalau ada masalah dengan bahagian komen ni, harap semua bagitahu ok. :)

      • Han says:

        sesuai sangat lah zul…
        plugin ni boleh dapat di mana?
        saya rasa nak pasang juga kat blog saya tu…
        buat masa ni saya tgk ok je plugin ni…

        han

  27. pyan says:

    :neutral: aik dah berubah wajah plak. :grin:

  28. Hamid says:

    Nampaknya Abdfatah sudah salah faham mengenai mencuri idea mereka
    apa yang saya maksudkan ialah belajar daripada mereka.

    untuk maklumat lanjut anda boleh baca artical yang di tulis oleh Zul.

  29. abdfatah says:

    haaa…? takpe laa nanti saya citer kenapa perlu “mencuri…”?

    saya dah faham berkenaan “curi idea dan cara mereka” tersebut adalah belajar dari mereka yang pakar dan juga yang telah berjaya sebagaimana yang diciterkan oleh zul, iaitu semaksud dengan inovasi…

    serupa jugak dengan negara jepun, mereka berinovasi dengan teknologi dan menghasilkan produk yang sedia ada agar menjadi lebih baik dari teknologi yang sedia ada.

    cara tersebut juga diaplikasikan melalui kaedah brainstorming yang mana kita hambik satu-satu produk dan kemudian kita kembangkan lagi idea bagaimana dan bagaimana nak jadikannya lebih mendapat sambutan dari kebiasaan. ada dalam ideabisnesluarbiasa dot com
    ( promote laa pulok..)

    oh sori bebanyaknya kalo tersilap tulis… maaf banyak2 yer…

    • Han says:

      aik…promote free nampak nya abdfatah ni…hehe…
      saya rasa apa yang abdfatah cakapkan tu betul…
      idea boleh dikembangkan lagi…
      cuma kena brainstorming la…
      brainstorm lah yang memeningkan kepala ni…hehe…
      tapi hasilnya memang menarik…

      han

  30. Hamid says:

    InsyaAllah nanti aku akan cuba idea ni :wink:

  31. SyedHafidz says:

    Saya tak pernah lak terfikir psl benda ni…
    pasni leh la inovate produk drpd pesaing…
    eheks..
    :neutral:

  32. abdfatah says:

    bersaing dengan cara yang cukup kreatif. berlumba-lumba dan berinovasi.

    p/s :

    (off topik)hahaaa… ini dia rupanya ebook 7 dollars tu.

    kena lipat jugak oleh skim cepat kaya malaysia ni. rasanya semua ebook dah memang jadi mangsa agaknya? semuanya nak diresellerkan oleh mereka?

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)