Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Perniagaan Internet Tanpa Modal?

Salah satu cara perniagaan Internet tanpa modal adalah dengan mempromosikan produk pihak lain (perniagaan, usahawan, peniaga), di mana kita tidak perlu menyimpan sebarang stok produk dan kemudian akan mendapat komisen jika kita berjaya membawa pelanggan kepada mereka.

Seperti yang saya terangkan panjang lebar sebelum (artikel bisnes affiliate), tugas kita hanyalah mempromosikan produk mereka sahaja dengan kaedah-kaedah tertentu. Dengan kemudahan internet, kita mampu mempromosikan dengan hanya memerlukan talian internet dan laptop sahaja.

Tanpa modal di sini ada dua maksud:

  • Langsung tidak perlu keluarkan modal (kos).
  • Perlu keluarkan sedikit kos promosi.

Untuk tidak mahu langsung keluarkan modal, cara-caranya mungkin dengan menggunakan hosting percuma (free hosting), blog percuma, laman web iklan percuma, promosi di Facebook dan juga forum (ada juga forum yang mengenakan sedikit caj pengiklanan).

Manakala jika mahu cara yang berbayar (berkos), ia adalah seperti membeli nama domain, hosting, autoresponder berbayar dan juga kos pengiklanan.

Cara manakah yang lebih berkesan? Menggunakan segala yang percuma atau yang berbayar? Kedua-duanya ada pro dan kontra sendiri. Jika ditanya saya guna yang mana, maka jawab saya adalah saya menggunakan kesemua kaedah. Yang percuma dan juga berbayar.

Setakat ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah seperti:

Salah satu produk affiliate yang telah saya promosikan secara agresif adalah Sistem Mininiaga. Dalam tempoh dua minggu, komisen yang berjaya dikumpul adalah lebih daripada RM1000+. Itu belum termasuk dengan hadiah tambahan.

Selain cara promosi yang agresif, ada juga cara yang ‘slow’ tapi ‘steady’ seperti mana yang saya kongsikan dalam ebook Teknik Mudah Affiliate. Dengan cara ini, komisen yang diperolehi adalah secara berpanjangan dengan kaedah-kaedah tertentu.

Perniagaan internet tanpa modal seperti menjadi ejen ini adalah satu kaedah terbaik untuk mereka yang mahukan masa lebih, ‘kebebasan’ dan tidak mengganggu kerja semasa. Ia adalah satu cara yang amat fleksibel. Tanpa stok, tanpa pening dengan karenah pelanggan dan tanpa perlu buat produk sendiri.

Soalnya, bagaimanakah cara berkesan melakukannya?

ps. Promosikan Panduan Asas Paypal dan dapat komisen sebanyak RM15.00 untuk satu jualan yang terhasil. Daftarkan diri anda di sini. Produk ini adalah paling terkini dan mempunyai permintaan yang tinggi.

-

//Semua artikel di blog ini adalah hakcipta terpelihara (c) Smartusaha.com. Tidak boleh digunakan tanpa kebenaran terlebih dahulu.

Facebook comments:

4 Responses to “Perniagaan Internet Tanpa Modal?”

  1. Hanafi Wawi says:

    Bagi sesiapa yang baru nak memulakan perniagaan internet bolehlah mencuba dulu dengan program affiliate bagi mendapatkan wang pertama anda dan setelah mahir barulah mencuba model bisnes yang lain.

  2. Hadi says:

    Salam sejahtera tuan SZ.

    Terima kasih sbb berkongsikan artikel ini. :-) Saya dapat mengambil beberapa pengajaran drpdnya.

  3. Fazli says:

    saya dengan affiliate ni masih lagi kurang. sedang cuba beberapa teknik yang saudara zul beritahu. terima kasih sebab tulis artikel mengenai affiliate ni.

  4. setria says:

    Kepada mereka yang ingin mempromosikan produk affiliate, lebih belajar dengan menggunakan pemasaran secara email kerana ini adalah antara cara yang efektif. ( saya pun masih belajar lagi ni)

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)