Perniagaan Internet : Sila Tanya Pakar Masing-Masing

Perniagaan konvensional ada banyak bidang seperti masakan, pembuatan, komputer, komunikasi, kewangan, khidmat automobil, perubatan, pembinaan dan sebagainya. Setiap bidang tersebut, sudah tentu ada pakar masing-masing. Begitu juga dengan perniagaan Internet, ia juga mempunyai banyak bidang atau model tersendiri seperti google adsense, program affiliate, resell rights, membership site, ebook (digital product), services, produk fizikal, drop ship, text link ads, blogging, adwords (PPC), SEO, web designing, copywriting, email marketing dan banyak lagi…

Amat mustahil jika semua usahawan Internet pakar semua perkara. Hal ini tidak pelik apabila seseorang usahawan Internet yang pakar dalam sesuatu bidang/model atau ilmu mendapatkan bantuan mengenai sesuatu yang mereka tidak tahu mengenai bidang tertentu daripada pakar bidang tersebut. Sebagai contoh, jika seorang usahawan Internet ini pakar dalam bidang ebook, tidak semestinya di tahu bagaimana cara untuk melancarkan produk beliau. Anda perlu tahu, ada beberapa orang di dunia perniagaan Internet ini mempunyai kepakaran untuk melancarkan sesuatu produk seperti Jeff Walker. Ramai internet marketer yang hebat-hebat mendapatkan ‘nasihat’ dan panduan daripada beliau untuk melancarkan produk-produk mereka. Lihat, Jeff Walker menjadi ‘hebat’ kerana beliau fokus kepada kepakarannya itu, sebaliknya tidak bersibuk-sibuk nak buat bidang lain. Pendek kata, dia ada kepakaran tersendiri.

Contoh lain, katakan seorang internet marketer itu pakar dalam bidang tertentu, tetapi tidak semestinya dia tahu bagaimana menggunakan blog dengan sebaiknya sebagai medium pemasaran yang efektif terutama perkara yang berkaitan dengan teknikal dan teknologi yang berkaitan.
Pokok pangkalnya, anda mesti berguru atau bertanya kepada mereka yang pakar. Saya? Bidang saya bukan google adsense, maka saya bertanya kepada Sham RajaAdsense.Com untuk mengetahui perkara yang berkaitan seperti trik dan tips. Saya tidak tahu sangat mengenai produk fizikal dan drop ship, maka saya ‘berguru’ dengan Team SaifulSham untuk mengetahu hal yang berkaitan. Dahulu, saya tidak tahu memulakan ebiz, maka saya mengikut seminar Dr. Irfan Khairi untuk lebih jelas bagaimana untuk bermula. Malah Dr juga pakar dalam bidang motivasi, maka saya akan rujuk beliau termasuklah sahabatnya iaitu Osman Affan. Saya tidak tahu pasal program affiliate, maka saya merujuk kepada mereka yang pakar seperti Tuah Emas dan Sufian. Begitu juga dengan PPC, SEO dan lain-lain yang saya tidak tahu sangat, maka saya merujuk mereka yang ada pengetahuan dan pengalaman. Mudah bukan?

Kita adalah manusia biasa, jika kita hidup seorang diri dan ego, maka kita tidak dapat pergi jauh. Dalam tak sedar termasuk dalam waktu kita ego, kita sudah menggunakan kepakaran orang lain. Masa kita lapar, kita akan ke kedai untuk membeli makanan atau paling kurang tunggu si ibu memasak untuk kita. Itu pakar memasak. Dalam tak sedar, kita guna jalan raya. Yang buat jalan itu adalah jurutera bertauliah. Juga dalam tak sedar, kita duduk dalam keselesaan ‘aircond’. Yang memasang dan membuat aircond itu adalah mereka yang tahu, bukan kita. Jelas, hidup kita saling berkaitan antara satu sama lain secara langsung dan tidak langsung. Usahlah kita ego. Jika kita tak tahu, maka katakan sahaja tidak tahu dan rujuk mereka yang tahu. 🙂

Saya sebagai contoh, hanya menumpu kepada beberapa perkara sahaja dan saya akan bantu orang lain apa yang saya tahu tersebut. Sebagai contoh, saya lebih menumpu kepada blog dan juga produk digital. Jika saya tidak fokus, sudah pasti saya tak dapat bantu orang lain, termasuklah diri saya sendiri. Tahukah anda? Jika saya tidak fokus dan tidak memaksa saya untuk fokus, saya rasa saya tidak akan mencapai tahap seperti sekarang. Ya, sudah tentu juga ini adalah kehendakNya, Rabb Yang Esa, tapi kita juga kena ada usaha. Sebagai realitinya, jika saya tidak membina kredibiliti melalui blog lebih kurang 1 tahun lebih yang lalu, siapa akan kenal saya? Maka, saya mula ber-blog sejak pertengahan 2005 lagi sehinggalah sekarang. Adakah anda sanggup berusaha dalam masa yang lama? Saya mengambil masa 1 tahun lebih untuk mengecapi hasil daripada blog ini. Alhamdulillah, kini matlamat dah tercapai, tetapi misi belum complete. 😉

Saudara dan saudari, di sini saya senaraikan beberapa pakar dalam bidang yang tertentu yang mana saya kenal dan tahu (rujukan dalam BM). Rujuklah mereka kerana mereka lebih tahu, insyaAllah :

1. Pakar Google Adsense :

Sham RajaAdsense : http://blog.rajaadsense.com

Alang : http://szab.net/blog

* Alang juga expert dalam bidang text link ads

2. Cetakan Buku (terbit buku sendiri) & Juga Hosting

Mohd Suhaimy (Shuth) : http://mohdsuhaimy.com

* Shuth juga pakar dalam bidang google adsense

3. Blogging (trafik, teknikal dan teknik)

Robotys : http://robotys.com

RamzWatcher : http://rajablog.info

SmartZuL : http://blog.smartusaha.com –> ehem… 😉

4. Produk Fizikal & Drop Ship

SaifulSham : http://saifulsham.com

5. Motivasi Perniagaan

Dr. Irfan : http://irfankhairi.com

6. Membership Site

Kak Marlina (Galadriel) : http://internetmelayu.com

7. Program Affiliate

Team Tuah Emas : http://tuahemas.com/blog

Mohd Sufian : http://mohdsufian.com

* Tuah Emas dan Sufian juga terlibat aktif dalam Google Adsense.

Lagi? Banyak lagi bidang yang belum terserlah lagi anak-anak bangsa kita yang pakar dalam bidang tersebut. Tak tahulah kot ramai yang senyap-senyap dan tak nak dedahkan diri. 🙂 Mana pakar copywriting? Mana pakar SEO? Mana pakar email marketing? Mana pakar PPC? Mana pakar resell rights? Mana pakar eBay? Mana pakar JV? Mana pakar viral marketing? Mana pakar Internet marketing software? Di mana mereka? 🙂 Mungkin tiada pun… Yang saya tuju adalah pakar, bukan hanya sekadar tahu sikit-sikit.

Saya akan tambah dari semasa ke semasa senarai ini, insyaAllah. Mana yang saya tak tersebut tu, saya minta maaf. Dan, dan… Terbuktilah bahawa, kita masih kekurangan rujukan ebiz dalam bahasa Melayu. 🙂 Saya tak akan letak sebarang link rujukan yang mana tulisannya dalam english, ini ‘polisi’ saya melainkan jika perlu baru saya letak. Bukan apa, kalau nak rujukan dalam BI, berlambak dah kat Internet. Anda mesti tahu, orang kita terutama Melayu, lebih suka baca rujukan dalam bahasa Melayu. Jika anda ingin buat blog mengenai Internet marketing, buatlah topik yang anda pakar (lebih tahu). Sesungguhnya, kita masih kekurangan pakar. Kepada yang tak suka mereka membuat blog ebiz, ketahuilah, banyak lagi ruang-ruang kosong yang perlu kita isi. Masih banyakkkk lagi….. Maka, kepada mereka yang nak jadi pakar tu, pilih satu bidang, dan TUMPU sepenuhnya. Buat kajian, jangan semata-mata statik dengan ilmu sedia-ada. Ilmu yang mantap adalah ilmu yang dinamik, bukan hanya berkata apa yang orang kata, tapi kita cuba sendiri, kaji, selidik, test, track dan ada data tersendiri. Ini baru namanya expert. Bukan hanya copy & paste. 😉

Hidup bersatu, kita maju. 🙂

PS. Sahabat saya dari bijakniaga.com memberitahu saya, mereka akan kenakan yuran sebanyak RM70 kepada yang sudah bekerja dan RM56 untuk yang masih belajar (student) untuk seminar Perniagaan Internet pada 8 April 2007 (Ahad) nanti. Kepada 30 orang pendaftar awal, mereka akan menerima saguhati yang amat bernilai. 🙂 Jumpa di sana noo… Sila hubungi mereka untuk maklumat lanjut. Di seminar nanti, saya akan tunjukkan anda satu cara yang amat mudah untuk anda mencari idea produk! Semua mungkin dah tahu, cuma saya akan bimbing anda lebih jelas dan berperancangan. Satu cara inilah yang paling direkemenkan dan memang telah terbukti daripada pengalaman saya sendiri dan juga beberapa orang kenalan usahawan saya. Nak tahu apa? Jumpa kat sana lah. InsyaAllah. 🙂

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

17 thoughts on “Perniagaan Internet : Sila Tanya Pakar Masing-Masing

  1. Pakar grafik, JV dan fizikal product?.. 😀

    Mereka ada..Cuma menyembunyi kot kerana terikat dgn kontrak atau sebagainya..haha

  2. Yup,
    Nampak masih kekurangan pakar.. tp, mungkin bersembunyi dan bersikap low profile.. Hak masing2..

    Ada yang suka menonjol serta menghasilkan sesuatu yang tetap berfaedah. Ada yang low profile, tapi masih menumbang sesuatu yang berkualiti. X kurang jugak yang menonjol, tetapi ibarat “tong kosong” dan lebih teruk kalau duk diam dan x buat serta hasilkan apapa.

    Saya sangat berminat mencari dan mengetahui pakar SEO. Amat mahal untuk memiliki pengetahuan SEO. Contoh macam video SEO stomper, terlalu mahal bagi saya tetapi tetap “sold out”.

  3. Yup!! kita masih kekurangan banyak pakar.. namun ini menjadikan banyak ruang untuk anda dan saya mengisikan kekosongan itu. 🙂 . Cari bidang tertentu dan bina kepakaran. Ambil masa setahun kalau belum ada keyakinan buat masa nie. Terima kasih kepada zul dan semua yang membantu dalam kepakaran masing-masing. Baik info nie.. 😉

  4. nampaknya banyak lagi ‘kekosongan jawatan’ dlm bidang pakar ebiz ni. saya ni masih baru lagi. Zul pun setahun lebih ambik masa. Saya ni lagi lambat la kot :). Pakar yg sorok kuku pun ramai jugak ek. pilihan masing2 kan. Apa pun kena buat yg terbaik jugak utk ebiz ni. kena lebih seriuslah… nggak bisa enjoy2 bangat dong… 🙂

  5. saya pula, bertekad mahu fokus dan menjadi pakar dalam copywriting, sepakar yang mungkin, supaya saya boleh membantu usahawan lain memasarkan produk atau servis mereka dengan skill yang saya ada.

    Idola utama saya Corey Rudl, Bob Serling, Joe Vitale dan Jay Abraham. Walaupun buat masa sekarang saya kurang menumpu pada copywriting dalam Bahasa melayu, saya berusaha sebaik mungkin dan berlatih menulis dalam BM setiap hari

    ..thanks atas motivasi dari Zul pada hari ini 🙂

  6. Yup, masing banyak ‘kekosongan jawatan’. 🙂 Saper nak isi peluang ini? Be no 1 or among the best ok.

    Yg nak diam tu, itu adalah pilihan mereka, tak salah pun. Lagipun, dah ada yg dedahkan diri untuk menyumbang ilmu, maka kewajiban itu telah gugur untuk semua orang. 🙂 Ilmu ebiz ni fardhu kifayah, syukur dah ada yang muncul untuk membantu mereka yang memerlukan. Cuma, amat rugilah kalau kita tak kongsi2 dan sebar2 kan ilmu kan? Untuk masa depan Agama dan negara juga.

    PS. Kita amat jarang mendengar orang-orang Islam disebut-sebut akan kepakaran mereka dalam ebiz. Bukan nak riak, tapi nak tunjukkan bahawa Islam itu syumul, bukan Agama yang kaku dan beku. Juga nak buktikan, yang Islam ni tak larang nak bekerjasama dengan yang bukan Islam selagi tak bahayakan Agama. Wallahu ‘alam.

  7. Terima kasih kerana info tu. Dalam hal mengubati penyakit pun kita tak nak pi kat doktor biasa, kita mesti pilih pakar sebab pakar ni betul2 tahu dr A sampai Z jadi keyakinan kita tinggi terhadap terhadap kepakaran mereka. Jadi FokuS hanya kpd satu perkara dulu.

  8. Wah zul.. Memang topik yang menarik ni..

    Semua pakar2 di atas tu memang sentiasa menjadi rujukan saya sekiranya saya ada masalah.. Sbb mereka semua pakar dalam niche masing-masing termasuk zul.. Pakar sentiasa kaji sesuatu yang baru untuk niche mereka..

    🙂

    ———————————————-
    Lari topik skit ek..

    Saya mngucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 2x kepada zul.. Semoga panjang umur dan murah rezeki zul disamping cemerlang, gemilang dan terbilang dalam internet bisnes ini.. 😀

    Terima kasih zul 🙂
    ————————————————-

    PS: Huhu.. saya nak pakar dlm bidang ape? Hmm..

  9. Fai, kepakaran anda adalah produk terbaru anda. 🙂

    Fokus pada bidang tersebut, insyaAllah Fai akan jadi pakar.

    Thanks pada ucapan tersebut. Semoga kita semua akan terus berjaya.

  10. Ada tak company yg buat service web traffic & allow people to join as an affiliate partner? Sebagai affiliate, kita bukan saja tolong promote service diaorang, tapi kita diberi tugas untuk monitor client kita punyer web traffic. Ada tak program camtu yg brother pernah jumpa? YM saya kalau ada info. ID=rijjalz

  11. Yelah….ramai yang menceburi tetapi senyap menyendiri…low profile…saya juga baru berjinak-jinak dalam memberi pengalaman dalam blog saya setelah sekian lama aktif berniaga di ebay.com kepada semua saya mengalu-alukan ke blog saya….ebay affiliate power woi…heee…heee promote.

  12. hahaaa… senarai dah ada sebagai rujukan untuk mereka yang pakar. kalo tanya pakar teknikal kereta motor pasal ebiz dan tentu mereka sangat tidak ariff. mereka hanya tahu pasal kereta motor je… kalo tahu ebiz pun sipi2 je sebagai maklumat tambahan.

    kalo tak tanya pakar, siapa lagi yang kita nak tanya…?

    sekian terima kasih… 😎

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *