Perniagaan Internet : Rahsia Kejayaan Peringkat Pertama

Mungkin ada yang terus menjawab salah promosi atau tak buat marketing. Sebenarnya ada sebab lain lagi malah boleh dikatakan sebab yang pertama.

Punca kebanyakan seseorang yang baru berkecimpung di dalam perniagaan internet amat sukar untuk mendapat hasil atau merasa sukar dan berat melakukannya adalah salah pilih model perniagaan internet atau tidak merancang untuk memudahkannya.

Baik, sebelum anda terus membaca, artikel ini lebih kepada mereka yang bergerak secara “one man show” (berseorangan) dan tidak menggunakan staf atau rakan kongsi.

Jika masa anda amat terhad, maka model perniagaan produk digital amat sesuai untuk anda. Satu hingga dua jam sehari sudah memadai setelah semua telah ada (laman web, blog dan sistem marketing). Malah model ini boleh diautomasikan sepenuhnya.

Jika masa anda banyak, maka model perniagaan produk fizikal sesuai dilakukan.

Kenalpasti apakah kemampuan dan keupayaan anda. Jangan sesekali ikut kata hati atau terpengaruh dengan kejayaan orang lain dalam sesuatu bidang atau model. Anda boleh melakukan pelbagai model perniagaan internet, tetapi itu kemudian.

Namun begitu, walau apa pun model perniagaan internet yang anda lakukan dan katakan ia memerlukan masa serta tenaga yang banyak, sebenarnya anda masih boleh memudahkannya. Yang penting adalah kreativiti pemikiran.

Anda yang baru pertama kali melakukan perniagaan internet haruslah:

1. Lakukan model perniagaan yang mampu anda lakukan sama ada dari segi masa, tenaga, ruang dan kos (modal)

2. Produk yang dijual berkos / modal rendah

3. Cepat dan mudah untuk melakukannya

Mengapa perlu semua ini? Ia adalah untuk memotivasikan anda, mencari rentak bisnes dan menimba pengalaman tanpa ada cabaran dan halangan yang besar.

Mulakanlah sesuatu yang mudah untuk anda lakukan. Jangan lawan arus, lagi-lagi dalam keadaan ekonomi yang gawat ini.

Saya Tak Ada Masa dan Modal!

Jika anda tak cukup masa, upah atau berpakat dengan orang lain. Tiada duit untuk upah orang? Buat perjanjian dengan mereka, upah adalah berdasarkan kepada jumlah kerja yang dilakukan dan bukan lump sum (bayaran tetap).

Contoh: Mungkin kerja yang dilakukannya adalah membungkus dan menghantar barang ke pejabat pos. Untuk satu bungkusan upahnya RM5.00. Jadi cukup satu bulan, katakan dia berjaya uruskan 50 bungkusan, maka upahnya adalah RM250.00. Jadi lihat, anda tak perlu pun cari modal untuk upah orang sebab anda akan gunakan wang bayaran daripada pembeli produk!

Pendek kata, gunakan masa dan tenaga orang lain. Sekarang ramai orang mencari pendapatan sampingan dan anda boleh tawarkan kerja sampingan untuk mereka.

Tip: Senaraikan kerja-kerja yang boleh anda upah orang lain untuk melakukannya. Contohnya seperti pembinaan laman web, blog, sistem affiliate, pembungkusan barang dan kerja-kerja teknikal yang lain. Cari dan upah pihak yang menawarkan servis berkaitan. Dan senaraikan kerja-kerja yang boleh anda lakukan di kesempatan masa yang anda ada.

Jadi sekarang anda sudah boleh fokus pada perkara tertentu sahaja tanpa rasa berat di bahu dan otak pun tidak sakit untuk memikirkan pelbagai perkara. Inilah dikatakan cara yang akan memudahkan usaha kita.

Kesimpulan

Permudahkan projek perniagaan internet anda yang pertama. Pastikan projek atau model perniagaan internet pertama anda mudah untuk dilakukan. Belajar dari situ dan jangan risau jika ada kesilapan sebab ia berisiko rendah. Bina asas dan tapak yang kukuh dahulu sebelum melangkah ke projek atau model perniagaan internet lain yang lebih besar dan mencabar.

Inilah rahsia kejayaan kebanyakan usahawan internet di sekalian alam. Mereka fokus dan bekerja sekuat mungkin HANYA untuk satu model dahulu. Setelah berjaya, mereka sudah senang untuk melakukan apa saja sebab mereka mempunyai wang untuk digunakan sebagai modal dan perbelanjaan untuk projek perniagaan yang seterusnya!

Start small, finish big!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “Perniagaan Internet : Rahsia Kejayaan Peringkat Pertama

  1. sy suka quote ni “Start small, finish big!”

    mulakan langkah pertama mengikut kemampuan kita. usaha ..usaha..usaha baru berhasil. Bila dah berjaya baru terokai bidang baru.

  2. Saya bersetuju dengan saudara Zul… Terlalu banyak yang kena belajar dulu… kesimpulannya macam ni … takkan lahir2 je terus boleh berlari…mestila merangkak dulu… kemudian berjalan..kemudian dan kemudian dan seterusnya…… ader step by step….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *