Perniagaan Internet : Pasaran Malaysia VS Pasaran Antarabangsa

Apa khabar semua? Terasa tak selesa pula kalau tak menulis. Walaupun sibuk, tapi hati ‘meronta-ronta’ juga untuk menulis. Oklah, saya tulis juga walau ringkas sebagai memenuhi permintaan hati saya yang tak selesa ni.

Direct to the point (biasanya saya suka pusing benda lain dulu baru kupas tajuk, hehe), tajuk kali ini adalah pengalaman saya sendiri setelah bergelumang dalam bidang perniagaan internet ini hampir 2 tahun juga. Baru 2 tahun? Ya, tak sampai pun lagi dua tahun tu. Kenapa, tak percaya? Saudara, jangan tengok dan kira masa dah lama mana, itu tidak penting, ada yang mula sebulan dah dapat beribu USD, so, anda nak kira masa atau nak kira duit? $$$$$$ (tambah lagi $ banyak mana anda nak..). πŸ˜‰

Ok, ikhlas saya katakan, saya banyak menumpu (target market) dalam pasaran Malaysia. Hampir 90% bisnes saya adalah meliputi pasaran Malaysia sahaja. Kalau ada orang luar pun, Indonesia dan juga Brunei yang tahu berbahasa Melayu. Bahkan ada orang Brunei asyik tanya saya, tak nak datang Brunei ke buat seminar? InsyaAllah, sambil makan angin kelak.. πŸ˜€

Jadi, pokok bicara kali ini adalah, jika anda benar-benar nak buat duit dengan lumayan dan memuaskan hati, masuklah pasaran antarabangsa. Walau saya sendiri belum tumpu betul-betul, saya dah rancang beberapa bisnes yang akan dilancarkan awal tahun depan untuk pasaran luar. Apabila saya kaji, perhati dan lihat, begitu ketara pendapatan usahawan internet yang fokus dalam negara semata-mata dengan yang menumpu pasaran global. Amat jauh bezanya. Ya lah, duit bernilai USD1.00, dalam RM adalah RM3.70 begitu. Begitu berbeza bukan antara RM1 dengan RM3.70?? Itu tak kira untuk matawang UK Pound lagi dan lain-lain negara. Jadi nampak kekuatan di sini adalah nilai matawang.

RM100 TAK SAMA DENGAN RM370!

Pendapatan saya? Jika saya dapat RM10, maka RM10 lah. Jika saya dapat dalam USD10, maka RM37!

Ok, itu pengiraan dari segi pertukaran matawang. Antara sebab lain amat-amat digalakkan menumpu kepada pasaran luar adalah kerana orang luar kuasa beli mereka di internet AMAT TINGGI. Manakala kuasa beli rakyat Malaysia di internet, masih di tahap rendah, walau dikatakan ada peningkatan, namun graf peningkatan itu tidak begitu memuaskan. Kebanyakan pengguna internet di Malaysia boleh dikatakan 90% menggunakan internet untuk tujuan mencari kenalan (ehem..), hiburan, berchit-chat kosong dan yang selain daripada aktiviti urusniaga pembelian.

Oh ya, apabila kita berbicara mengenai perniagaan internet, kebanyakan orang hanya melihat pada aspek usahawan dan peniaga semata-mata. Itu tidak tepat kerana proses perniagaan tidak akan lengkap tanpa adanya pembeli. Hmm, mungkin salah satu sebab mengapa perlahannya peningkatan kuasa beli pengguna internet rakyat Malaysia adalah kerana KITA ASYIK FOKUS kepada pendidikan keusahawanan semata-mata tanpa menyentuh secara serius mengenai KEPENGGUNAAN. Setuju? πŸ™‚ Saya setuju.. hehe..

Mungkin usahawan-usahawan internet yang sedia-ada seperti saya selepas ini perlu melakukan sesuatu agar tahap kesedaran pengguna internet di Malaysia meningkat. Kebanyakan orang yang saya jumpa, banyak bersoalkan keselamatan dan penipuan di intenet, yang salah satu sebab mengapa mereka ‘takut’ untuk membeli. Maka, kita yang sedar inilah perlu melakukan sesuatu.

Berbalik kepada kuasa beli, orang luar seperti di US dan UK, adalah menjadi satu ‘budaya’ bagi mereka membeli sesuatu di internet. Walaupun dilihat dari segi statistik pengguna internet, Asia adalah tertinggi, namun sebaliknya, KUASA BELI pengguna internet di barat adalah lebih tinggi. πŸ™‚

Jadi, terdapat dua point di sini. Kuasa matawang dan kuasa beli. Kita di Malaysia ‘kalah’ dalam kedua-dua aspek ini buat masa sekarang. Namun saya amat yakin dan komited, dua hingga lima tahun kelak, satu perubahan drastik akan berlaku dalam aspek pembelian di internet. InsyaAllah.

Persoalan: Habis, bagaimana usahawan internet yang menumpu pasaran Malaysia buat duit? Jawapannya mudah, kalau kena produknya & caranya, hasilnya adalah = RM. πŸ˜‰ TAPI, hanya mereka yang sudah mendapat rentak akan pasaran Malaysia + banyak sabar sahaja yang akan terus mampu bertahan lama seperti Shuth dan juga… saya.. πŸ˜€ Kami dah lali dengan ‘permainan’ pasaran Malaysia ni. Jadi, ini kekuatan kami. Saya juga sudah melihat, beberapa perniagaan internet hidup segan mati tak mahu kerana mereka menumpu pasaran Malaysia. Malah ada juga yang terus berkubur.. TAPI, seperti saya cakap, kalau kena produknya, caranya, tak mustahil untuk anda buat income. Percayalah..

TIP 1: Kupasan saya di atas lebih kepada laman web perniagaan yang menggunakan bahasa Melayu. Jika anda ingin ‘menguasai’ pasaran Malaysia sepenuhnya, wujudkan dua versi laman web dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Sedarlah, rakyat Malaysia bukan sahaja orang Melayu sahaja, cina, india, kadazan, bajau, siam, indonesia (apa lagi?) juga ada. πŸ˜‰

TIP 2: Si A berkata, “Aku tak reti cakap bahasa inggeris lah. Camner nak buat web dalam BI dan berurusan dengan orang luar?”. Si B menjawab ringkas, “habis, kalau customer kau dari Thailand, macam mana pulak? Ingat diaorang 100% pandai cakap BI ker?”. Si B menambah lagi, “Ramai yang dah buat duit, dan mereka tahu BI sikit-sikit jer”. Dalam bisnes internet, biasanya ayat-ayat yang sama sahaja yang akan diulang -gunakan. Tak sama seperti berjumpa dan bersemuka, melalui internet, tak seperti itu, ia hanya simple dan penggunaan bahasa adalah standard dan terhad, tak lebih dan tak kurang.

Wassalam.

PS. Nak tahu bagaimana cara memulakan ebiz? Jom ke seminar, saya akan ajar 4 langkah mudah untuk buat ebiz + teknik-teknik yang ampuh. Klik di sini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. betul zul,

    semalam saya terbaca satu artikel hasil karya irfan khari, 90% pasaran perniagaan beliau adalah drpd eropah dan usa. hanya 10% sahaja pasaran malaysia. tapi, beliau yakin, 3 thn lagi, insyaALLAH, kesedaran pembelian rakyat malaysia di internet akan bertambah. bagi saya pulak, utk permulaan iaitu thn 2007, saya akan tumpukan pasaran di malaysia, ataupun yg negara asia yg faham bm.
    thn 2008, barulah sasarkan ke eropah, usa dan negara arab. ok ka zul?

  2. Saya pun tengah merancang untuk meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa pulak.. antara sebab utama matawang.. bayangkan kalau dapat USD$100 sehari dengan RM100 sehari… bayangkan pulak kalau dapat sebulan USD$1000…banyak tu!! tapi kita jangan fikir $ je… nanti jadi mata duitan pulak.. yang penting jaga kualiti produk yang kita nak jual tu… rasanya salah satu sebab jutawan internet Malaysia jadi jutawan sebab dia main market antarabangsa… memang takde yang mustahil. Gobala pun dapat puluhan ribu RM untuk target market Malaysia sahaja… fikir-fikirkanlah… πŸ™‚

    p/s: lama tak join sini sebab baru dapat cahaya mata kembar πŸ™‚ πŸ™‚

  3. Tak ada masalah nak target mana-mana pasaran pun, cuma produk dan caranya kena betul lah. That why pentingnya kita buat kajian dulu sebelum lakukan sesuatu. πŸ™‚

    Tip: Banyakkan bilangan laman web bisnes anda kalau nak pendapatan yang bervariasi (Multiple Sources of Income).

  4. huhu…

    For me, websites and blogs semua untuk luar negara.
    Tapi satu saya bina (blog) dalam bahasa Melayu, iaitu blog internetmelayu sebab nak timbulkan kesedaran dan kongsi pengalaman dengan orang m’sia.

    Kalo tak fasih English, tak apa. sekarang byk dictionary dan rujukan murah untuk improve kan English.

    Jangan takut nak berniaga dgn orang luar negara, sebab mereka pun macam kita juga. Masing-masing mencari rezeki.

    yang penting kita harus jujur, ikhlas dan jgn menipu pembeli.

  5. Memang betul dari segi penggunaan internet rakyat negara barat lagi advance. Nama pun developed country. Jangan risau, Malaysia ni negara developing country dan lama kelamaan akan menjadi developed country.

    So sekarang memang waktu yang sesuai untuk memulakan perniagaan internet ni. By the time negara kita dah developed kita dah ada pengalaman untuk memenuhi pasaran tempatan.

    Tetapi kalau dari segi berbahasa Inggeris ni sebenarnya tak semua bangsa barat pandai bercakap dan menulis english dengan betul. Kemungkinan bahasa inggeris dan penulisan english kita lagi teratur berbanding dengan diaorang. So jangan risau. Jadikan halangan ini satu cabaran untuk maju ke hadapan.

  6. Zul, lama saya tak singgah. Sibuk sikit.

    Anyway just nak kongsi pengalaman. Ramai marketer Malaysia target pasaran international sebab:

    1- Keuntungan lebih. USD vs RM
    2- Bayaran guna PayPal/kad kredit. Rakyat Malaysia tak ramai yang guna untuk transaksi online
    3- Automation. Segala-galanya… dari pembelian produk, product delivery hinggalah pengurusan affiliate program
    4- Market lebih luas

    Setelah lama saya explore market antarabangsa, baru saya explore market Malaysia. Pasaran ada, tapi kerja kena lebih sikit.

    BTW, ini projek baru saya khas untuk pasaran Malaysia:
    http://www.KandunganWebSegera.com

    Khas untuk mereka yang nak buat website/blog untuk affiliate program & Adsense tapi tak ada content. Keahlian PERCUMA.

  7. Walaupun pasaran US, Canada & Australia lebih luas, namun pesaing di arena antarabangsa juga lebih ramai. Kerana Itulah yang selalu internet marketer tekankan ialah ketahui dan fokuskan ke arah pasaran tertumpu/unik (niche market). Betul tak Zul?

    Namun saya masih berpendapat bahawa pasaran antarabangsa adalah lebih baik kerana pengguna-pengguna internetnya sudah matang dari segi belian secara online.

  8. hurm.. kalo nak buat seminar kat brunei, apa kata buat sekali kat sabah? orang brunei selalu juga bertandang ke sabah untuk membeli belah. πŸ™‚

  9. Terima kasih semua atas semua komen-komen tu.

    Kak galadriel, apa yg diberitahu di hujung komen tu, itulah formula nya. πŸ™‚ Sama-sama mencari rezeki dan jujur.

    Cikgu Fairuz, sibuk buat duit yer.. hehe.. Ya betul, kalau target pasaran Malaysia, kerja tu lebih sikit. πŸ™‚ Yg target luar nak masuk sini, skang saya lak nak ke luar.. πŸ˜‰ Mana2 yg kat luar tu ada masalah dengan pasaran Malaysia, sama2 lah kita berbincang, saya boleh share apa yang saya tahu sikit.

    Misha, no problem nak target mana pun. Janji niche. Pandai pun.. πŸ˜‰

    Mardziah, memang dah membangun, tapi realitinya, pembangunan dari segi material sahaja tak cukup, mindset dan budaya juga perlu seiring. πŸ™‚ Sekarang ni adalah abad K-Economy. Bila sebut knowledge, ia sudah pasti cepat berkembang. So saper yg lambat bertindak dan kurang ilmu, ketinggalan lah. Saper yg kuat usaha, insyaAllah, dia berhak mengecap kejayaan.

    Wawa, insyaAllah. Saya pun nak merasa jugak ke sana. Tengoklah nanti macam mana. πŸ™‚

    • Apakah produk yang dijual? Perlu lihat juga produk apa sebab ada perlu lihat dari sudut undang-undang setiap negara juga.

      Untuk promosi, gunakan saja kaedah Internet Marketing seperti SEO dan masuk ke mana-mana laman web yang sering dilayari oleh orang Brunei.

      Untuk berjaya, banyak cara. Saya banyak menulis artikel berkaitan di blog ini. Boleh lihat senarai artikel di sini: http://blog.smartusaha.com/senarai-artikel/