Mudahkan Rakan JV. Berikan Lebih…

Saya jarang menulis tip atau teknik di blog ini kerana cara saya, saya tidak mahu hari-hari hanya bincang pasal teknik. Logiknya mudah, kalau sehari saya bincang dua tiga teknik, dan esok teknik lain dan lusa teknik lain pula, saya yakin, tak semua pembaca sempat mengamalkan dan cuba memahami apa yang saya tulis. Setuju? πŸ™‚ Maka dari itu, saya hanya menulis sekali-sekala sahaja teknik perniagaan Internet agar anda sebagai pembaca ada masa untuk memahami dan mempraktikkannya.

Joint Venture (JV) atau dalam bahasa Melayunya kerjasama, adalah salah satu teknik yang amat-amat rugi jika anda tidak menggunakannya dengan baik. Jika anda ingin tahu, JV adalah satu teknik ‘rahsia’ pakar-pakar internet marketer, cuma mereka tidak bising sahaja, malah tidak mendedahkan ‘how to do it’.

InsyaAllah, sampai masa saya kongsi sedikit pengetahuan yang saya ada (sikit jer ilmu yang saya ada). Tapi, yang sedikit dikongsi itu ia lebih baik daripada tahu banyak tapi tak dikongsi bersama. πŸ™‚ Jika ada orang mengatakan, “kau ni dah jutawan Internet ke nak ngajar-ngajar orang buat duit?”. Maka katakan, “kalau dah jadi jutawan tapi tak kongsi ilmu, tak guna juga. Yang sedikit tu kalau dikongsi, ia lebih baik daripada tak kongsi langsung!”.

Seorang sahabat saya menjana hampir RM3000 dalam masa 5 hari sahaja dengan menggunakan satu teknik JV sahaja. Market sasaran? Malaysia. πŸ™‚ Saya yakin, apabila produknya itu dibawa ke pasaran global dengan kaedah JV, saya yakin, insyaAllah, dia akan mendapat lebih banyak jualan! Saya akan dedahkan nanti siapa si dia itu. Malah saya akan dedahkan ‘rahsia-rahsia’ di sebalik JV yang ramai tak nampak.

Apa yang ingin saya nyatakan kali ini adalah, jika anda inginkan bantuan seseorang, lebih-lebih lagi orang itu seorang usahawan Internet yang sibuk, tapi bersetuju ber-JV dengan anda, maka anda jangan sama-sekali melakukan kesilapan besar iaitu menyusahkan mereka.

Jika anda ada ebook baru untuk dikeluarkan, berikan terus ebook tersebut melalui emel atau berikan link download. Kemudian, lakukan follow up kepada mereka dengan bertanya khabar dan tanya juga dapat ke tak ebook yang dihantar sebelum ini? Sebaliknya, jangan suruh mereka daftar itu dan ini. Ketahuilah, mereka tak akan daftar sebab mereka sibuk. Begitu juga selepas tamat tempoh JV, hubungilah mereka untuk mengucapkan terima kasih.

Tidak kisah apa produk anda, ebook ke, software ke, apa ker, beri dan beri kepada rakan JV anda itu sepenuhnya. Jangan simpan walau secebis. Berikan info dan maklumat yang boleh memberi kefahaman kepada mereka. Dalam kes ini contohnya adalah seperti Saudara Hafiz dan Irwan Dahnil yang menghantar emel secara ‘bersiri’ kepada rakan JVnya (saya salah seorang rakan JV mereka). Semua bahan seperti ebook, link, contoh, step yang perlu dilakukan, atau apa sahaja, semuanya terus diberi TANPA menyusahkan sedikitpun rakan JVnya.

*Irwan dan saya ada satu projek yang sedang dilakukan sekarang, bersama juga dengan beberapa Internet marketer yang lain.

Contohnya agar anda jelas, Hafiz telah memberikan segalanya apa yang perlu kepada rakan JVnya untuk projek InternetMuda beliau. Emel perkembangan projek pula dihantar setiap kali ada berita terbaru. Ebooknya diberi setiap kali ada kemaskini sebelum projek dilancar. Penerangan beliau pula bagaimana modus operandi JV akan dilakukan juga jelas dan terang seperti bagaimana melakukannya dan apakah yang rakan JV akan dapat. Tiada maklumat yang terselindung. Rakan JV pula diberikan beberapa faedah dan kelebihan. Sehinggalah projek itu akan dilancarkan, beliau sekali lagi menghantar emel kepada semua rakan JV agar bersedia dan sekali lagi memberikan panduan.

Anda pula bagaimana? Contoh mudah adalah, anda ingin mendapatkan testimoni daripada mana-mana usahawan Internet, maka anda perlu terangkan dari A sampai Z, apa produk anda, siapa sasaran anda, matlamat produk anda, dan apa sahaja yang berkaitan. Ketahuilah, usahawan Internet, lagi-lagi yang ‘otai’ tak ada banyak masa sangat nak baca satu demi satu muka-surat, lagi-lagi kalau anda memaksa mereka memberikan komen atau testimoni dengan cepat. πŸ˜‰ Kalau kena dengan otai yang kuat egonya, anda langsung tak akan dilayan! Jadi, jika anda dah explain secara jelas produk anda, mereka bolehlah membaca ebook anda tanpa perlu terlalu detail membacanya.

Mudah sahaja, berikan, berikan, berikan apa sahaja yang memudahkan rakan JV anda. Itu sahaja. Jika anda memudahkan, tak kisah dia tu otai ke tidak, mereka dengan hati terbuka mahu menerima tawaran anda. Tapi kalau anda menyusahkan dan hanya lebih meminta-minta, sorry to say, ia adalah satu perkara yang akan menjatuhkan reputasi anda dan mengurangkan kepercayaan rakan JV kepada anda. Paling teruk, mereka tidak mahu lagi bekerjasama dengan anda sampai bila-bila.

Oh ya, rakan JV di sini adalah bermaksud, usahawan Internet lain yang mana anda meminta kerjasama daripada mereka untuk sama-sama mempromosikan produk anda. Lain dengan rakan niaga, itu adalah kawan atau team perniagaan anda. Rakan JV adalah satu entiti luar usaha perniagaan anda yang anda ‘bawa masuk’ untuk tujuan long term atau short term. Ia bergantung kepada perancangan anda.

Rakan JV ini bukan hanya newbie dengan otai, malah dengan sesiapa sahaja. Jangan menyempitkan pemikiran anda mengenai JV. Newbie dengan newbie, otai dengan otai, otai dengan newbie dan newbie dengan otai. Malah JV bukan hanya one to one, malah dengan company yang besar atau kecil. B2B, B2C, anda kena faham istilah sebegini dalam bisnes. Ia tiada batasan. Sebaliknya, titik utama JV adalah apakah faedah untuk rakan JV anda dan mudahkan mereka. Ini ‘rahsia’nya.

Sesungguhnya, ilmu JV ini amat luas dan ia juga memerlukan kreativiti anda. Ia tidak statik. Maka, belajar dan berinovasilah. Jangan hanya meminta itu dan ini, malah menyusahkan orang yang anda minta kerjasama itu. Satu lagi, faedah kepada rakan JV bukan hanya wang seperti komisen, tapi ia lebih daripada itu. Malah, anda mesti memberi sesuatu kepada mereka walaupun mereka tidak melakukan sesuatu untuk anda lebih-lebih lagi selepas projek JV telah selesai.

Contohnya, apalah salahnya menulis serba sedikit mengenai mereka di blog anda. Tak susah bukan? Atau, selitkan apa-apa link blog atau web mereka di dalam penulisan anda. Atau sebut-sebutkan nama mereka kepada sahabat atau sasaran anda… Ingat, jangan pentingkan diri sendiri dan JANGAN hanya tahu memberi selepas menerima. Nampak sangat hanya tahu memberi selepas mendapat sesuatu. Nanti kalau orang cop anda tak ikhlas jangan salahkan merekalah. πŸ˜‰ Sebab apa anda perlu memberi? Mudah sahaja jawapannya, SEBAB anda yang meminta, bukan mereka. Yang diminta, sudah tentu akan memikirkan, apa yang akan aku dapat?

Seperkara lagi, jika anda mahukan sesuatu yang besar, maka anda perlu fikir, “apakah yang aku perlu bagi kepada rakan JV aku ni dulu sebelum aku meminta-minta?”. Sebaliknya bukan terus meminta, “zul, tolong promote produk saya ni yer. Saya nak manfaatkan list dan pelawat blog yang zul ada tu”. Mudahnya kerja. Macam tu nak bekerjasama yer. Itu bukan skill bisnes, tapi itu skill meminta-minta namanya. Nampak benar anda akan lari selepas mendapat sesuatu. Saya sama sekali tidak akan bekerjasama dengan orang sebegitu. Berat sebelah dan pentingkan diri.

Anda tidak boleh menyalahkan usahawan Internet tersebut jika mereka tidak melayan permintaan anda. Yang salahnya adalah anda. Sebab, anda hanya tahu meminta dan tidak memudahkan mereka. Mereka sombong? Agaknya, apakah yang menyebabkan mereka ‘sombong’? Sebabnya anda tak pandai nak ‘approach’ atau tak tahu nak menarik minat mereka untuk bekerjasama. Maka, jangan salahkan mereka.

Jadi, sebelum anda menghubungi seseorang usahawan Internet untuk apa-apa kerjasama projek, pastikan:

1. Anda berikan kelebihan dan faedah kepada mereka sama ada dalam bentuk perkongsian keuntungan seperti perkongsian keuntungan (wang), promosikan diri mereka di blog anda, berikan sesuatu peluang secara percuma tanpa dikenakan bayaran atau sebagainya. Di sini, anda perlu kreatif, jangan statik.

2. Pastikan anda sudah menyediakan apa sahaja bahan untuk rakan JV anda sama ada emel secara bersiri untuk membantu rakan JV. Berikan produk anda kepada mereka secara percuma secara terus dan yang penting, anda mesti menyediakan A hingga Z agar mereka mempromosikan produk anda dengan mudah. Jangan hanya meminta dan biarkan mereka buat sendiri. JANGAN SESEKALI.

3. Pastikan anda pegang konsep “beri dahulu, terima kemudian”. Jika boleh, anda kenali dahulu rakan JV anda itu lagi-lagi mereka ni orang yang dah lama berkecimpung dalam ebiz. Bagaimana? Sila rujuk tulisan saya yang lepas mengenai tip JV dengan otai. Apakah perasaan anda, jika datang seorang yang tak dikenali, tiba-tiba meminta-minta sesuatu dengan anda? Bahkan 100% menyuruh anda melakukannya sendiri dan beliau hanya mahukan hasil? Apakah perasaan anda? Saya yakin, anda tak mahu melayan mereka bukan? Itulah perasaan rakan JV jika anda hanya meminta-minta.

Pendek kata, jika anda mahu menggunakan teknik JV ini, anda perlu ada:

1. ILMU mengenai JV. Susah? Dah tak membaca dan belajar, macam mana nak tahu. πŸ˜‰

2. Ada PERANCANGAN agar proses kerjasama berlaku dengan lancar.

Akhir kata, joint venture bukan hanya sekali seumur hidup, sebaliknya anda perlu berhubung dengan rakan-rakan JV itu sampai bila-bila. Sebab apa? Kerana mereka adalah rakan anda. Jangan hanya bila mahukan bantuan, barulah nampak batang hidung. Itu penting diri sendiri namanya! Contoh lain, jika ada masa, jumpalah mereka dengan belanja sekurang-kurangnya secawan teh o panas. πŸ˜‰

Dan perkara penting yang perlu anda tahu kenapalah perlu jaga sangat hati rakan JV ni, macam lah mereka ni raja. Anda perlu tahu… Kita berhubungan dengan manusia yang mempunyai perasaan dan sifat fitrah yang tertentu. Jangan melawan arus, tapi ikutlah arus fitrah manusia tersebut. Manusia sukakan pujian. Manusia sukakan pemberian secara percuma. Manusia sukakan sesuatu yang mudah. Jalinkan hubungan yang baik dengan mereka dan layanlah mereka sebaik-baiknya, sebab mereka adalah manusia yang berperasaan.

Wassalam.

PS. Jika anda mahukan kerjasama saya untuk apa-apa projek, saya sudah mula ketatkan polisi. Mudah sahaja. Jika anda tak mudahkan kerja saya untuk membantu anda, saya tidak dapat membantu. Masa saya amat terhad, maka mudahkanlah kerja saya. Biasanya, dari emel pertama atau kedua, saya sudah dapat ‘menghidu’ seseorang itu ada perancangan JV atau tidak. πŸ˜‰

PPS. Kepada newbie, JV adalah satu kaedah yang terbaik untuk anda jika anda mahu melancarkan produk pertama. Tapi, PASTIKAN lakukan teknik JV dengan sebaik yang mungkin. Beri, mudahkan dan jangan pentingkan diri-sendiri. Berikan lebih, anda juga akan dapat lebih.

PPPS. Teknik JV perlukan percubaan yang pertama. Pengalaman akan mengajar anda segalanya. Kalau setakat membaca, ia tidak cukup.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

5 thoughts on “Mudahkan Rakan JV. Berikan Lebih…

  1. Bagusnya.. Saya pun ada perancangan nak buat JV untuk produk saya yang sedang dalam proses ni.. Sebab saya seorang, tak mungkin tahu nak buat semua benda.. Buang masa jer kalau nak melakukan benda yang kita tak berapa mahir sedangkan kita boleh minta orang lain buat.. 😈 Tapi macam Zul kata, bila minta biarlah bertempat, dan juga ada budi bicaranya..

    P.S.: Saya nak cari illustrator untuk JV projek e-book saya.. Sesiapa ada kemahiran dan berminat boleh dapatkan details kat Forum KelasEnglish.com.

  2. menarik topic ni…
    sblm ni sy langsung tak tahu ttg JV…pernah baca tapi tak tahu apa itu JV…hehe
    skrg ni dah tahu…terima kasih zul…

    bt masa ni saya ada rancang juga bt satu projek…tp belum cukup modal lagi utk launch…

    dan hrp ada lah JV yg boleh tolong…
    thanks 4 the tips…zul..

  3. JV ni banyak bentuk. Salah satunya mcm yg cikgu nak tu. Fikirkan apakah yg boleh ‘diberikan’ kepada rakan JV tersebut. Bagi lebih, lagi baik. Tak rugi. πŸ™‚

  4. Memang benar, teknik JV adalah salah satu pendekatan berkesan dalam usaha melancar dan mempromosikan sesuatu produk terbaru. Bukan setakat pemasaran sahaja, bahkan boleh juga JV dari segi kepakaran dan kemahiran teknikal seperti yg Cikgu Azleen mahukan.

    Akhir-akhir ini saya lihat banyak aktiviti JV di kalangan IM tempatan. Bagus juga, banyak sungguh yang telah saya pelajari dari mereka ini.

    Insyaallah, bila siap produk baru nanti saya juga akan dapatkan khidmat professional rakan-rakan kita semua ini… terutamanya Zul!

  5. Satu perkara yang amat menarik dan sangat membantu terutamanya kepada newbie. Diharap Encik Zul dapat menyusun topic mengenai JV ini menjadi sebuah ebook atau modul di dalam Bengkel Asas Perniagaan Internet anda.
    Barulah newbie seperti saya ini tahu bagaimana protokol untuk berJV secara lebih profesional. Terima kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *