Pasaran Tempatan Vs Pasaran Global

Apa khabar semua.

Pada kali ini, saya tidak mahu menulis artikel. Tetapi saya mahukan pendapat bernas anda terhadap beberapa persoalan berikut:

1. Apakah pandangan anda terhadap perniagaan Internet bagi pasaran Malaysia? Ada kelebihan atau tidak? Menguntungkan atau tidak?

2. Adakah bidang perniagaan internet bagi pasaran Malaysia ini akan berkembang maju di masa akan datang? Jika ya, mengapa?

3. Mengapa ramai usahawan Internet amat kecewa dengan pasaran tempatan? Pada mulanya mereka begitu excited, tetapi kemudian ‘melarikan diri’ ke pasaran luar.

4. Jika anda sudah memiliki perniagaan internet sendiri terutama bagi pasaran Malaysia, adakah pendapatan anda boleh dikira sebagai lumayan? Mungkin soalan ini sedikit sensitif. Saya tidak mahu tahu berapa pendapatan anda sebulan sebab itu adalah hak privasi anda. Cuma, apa pendapat anda jika dibandingkan pendapatan melakukan ebiz di peringkat Malaysia berbanding melakukan pasaran global?

Pendek kata, saya mahukan pandangan anda mengenai industri perniagaan internet khusus untuk pasaran Malaysia. Anda juga boleh bagi pendapat tambahan yang tiada kaitan dengan soalan-soalan di atas jika mahu.

Saya bertanyakan soalan-soalan di atas adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana minat, kefahaman dan prestasi perniagaan internet di peringkat pasaran Malaysia. Saya yakin, 5 daripada 10 pembaca blog ini sudah mempunyai perniagaan internet yang menumpu pada pasaran Malaysia.

Pendapat anda amat saya hargai. Pada kali ni, tak ada hadiah yer. :D

Terima kasih.

ps. Jika anda perasan, kebanyakan penulisan saya adalah lebih kepada pasaran tempatan. Saya tidak menafikannya, malah saya ingin menyatakan bahawa itulah kekuatan dan fokus saya.

pps. Zamri Nanyan ada berkongsikan ‘rahsia’ dan pengalaman beliau untuk pasaran tempatan. Klik di sini untuk mengetahuinya. Sebelum membeli, sila lihat peluang istimewa yang saya buka di forum wangcyber.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

23 thoughts on “Pasaran Tempatan Vs Pasaran Global

  1. 1. Menguntungkan jika produk anda memenuhi kehendak pasaran tak kira apa niche anda. (sudah gaharu cendana pula )

    2. Memang berkembang, sebab ia masih baru . Pengguna internet Malaysia pun semakin ramai hampir 50% dari keseluruhan rakyat Malaysia.

    3. Benda baru , pengguna dan pelanggan perlu dididik. macam zul kata tu. Kena sabar.

    4. no comment :neutral:

  2. Mentor saya pernah cakap, “Di mana ada masalah, Di situlah ada peluang!” :idea:

    Mentor saya cakap gak ” Kalau semua orang lari dan kecewa dengan pasaran di sini, Itulah peluang awak untuk buat bisnes!” :wink:

    Pasaran dan Peluang ada di mana2 sahaja. Yang menentukan kejayaan adalah Kesabaran, kreativiti dan kualiti diri kita sendiri!

    Saya x dapat hasil lagi dalam internet ni, bahkan saya pulak yg kena keluarkan wang untuk beri hadiah kepada pembaca blog saya. Takpe, takpe…ini bukan masanya untuk saya dapat hasil lagi. Sy akn berusaha ke arah itu 1 langkah demi 1 langkah… Post yang bernas Zul!!

  3. Pada pendapat saya kita kena melihat pasaran yang lebih luas dan mempunyai permintaan yang tinggi, tidak kira samada pasaran itu di luar ataupun tempatan..

    Berdasarkan track record jutawan internet yang lahir di Malaysia iaitu Dr Irfan Khairi, beliau bukan memfokuskan pada pasaran tempatan di awal pembabitan beliau tetapi pada pasaran luar yang lebih besar.. Kan internet ni medium untuk kita fokus pd medium lebih besar yg tiada sempadan.

    Untuk mengumpul sejuta lebih mudah jika fokus pd pasaran dunia berbanding Malaysia sahaja…Tingkatkan pengetahuan, tambahkan usaha, perbanyakkan produktiviti. InsyaAllah kita pasti berjaya!! :grin:

  4. Aku jawab ikut soalan ko la zul..

    1. Ada kelebihan dan memang boleh buat untung kalau kene caranya.

    2. Akan berkembang. Kenapa? Permintaan semakin meningkat dan ramai orang dah tau kenal tentang internet berbanding 10 tahun yang lepas.

    3. Kecewa? Sebab diorang tak tahu dan tak berani mencuba.

    4. Lumayan? Idakla. Janji capai target untuk setiap projek.

  5. Kajian kes :

    Soyadiy.com

    Ada customer syorkan bawa biz nih kepasaran luar tapi untuk pasaran luar
    situasi dan keadaaan pasaran luar berbeza dengan pasaran di tempatan

    Kalau di Malaysia permintaan datang dari peniaga dan usahawan kecil (down town) . Kalau diluar permintaan datang dari perseorangan untuk kegunaan rumah sahaja.

    So far , soyadiy.com menghasilkan jualan minimum kerana tiada promosi dan pemasaran dibuat melaikan melalui affiliate dan search engine. But still membanggakan , membuktikan pasaran malaysia masih boleh buat duit.

  6. itu dia soalan yang cukup menarik. pasaran malaysia memang akan berkmbang mengikut prkembangan semasa. bukan secara agresif tetapi secar perlahan2 menuju ke global… bermula tempatan selepas itu ke arena antarabangsa…

  7. Pasaran masih belum matang sebab ,

    Ada perbezaan prospek dalam setiap pasaran. Kalau pasaran mengenai internet marketing, insyaallah diorang boleh bukak email , download ebook , tahu apakah itu ebook , faham autoresponder , email marketing dan sebagainaya. tetapi kalau dapat pasaran yang sy pilih (mungkin yang lain) nak buka file zip pun tak tau, nak masukkan password pun tak tau.

    1. Betul. Dulu masa aku wat kecik2 mutiara dan rantai/gelang dari sabah ke semenanjung. Aku hantar list sebut harga kat email pun, ada yg pakcik tu tak tau camana nak bukak email. Nak tanak, aku kirim by pos ekspress ajela..

      Bukan nak cakap pakcik2 ni buta IT. Tapi itulah hakikatnya. Dulu aku keje lombong. Jangan cakap pasal komputer. Tetikus pun diorang bluer..Tapi aku sonok borak dengan diorang. Macam2 bende aku tau. Tahukah korang lombong terbesar dan kedua besar di Malaysia di mana? Sori..lari topic. Hehe.. :mrgreen:

      Ps: Tapi yang best. Pakcik2 nih tau pulak bukak website uptrend nak tengok bonus. Ai, pelik aku.. :shock:

      1. Namanya pun bonus :p

        Lama kelamaan pasaran makin berubah , kalau 3 tahun dulu , slow jer industri perniagaan internet. Tapi tengok sekarang , dah macam-macam produk ada kat tenet ini.

        Perkembangan perniagaan seiring dengan kefahaman dan keterbukaan masyarakat terhadap perniagaan internet.

  8. Salam untuk semua..

    1. Terpulang apa jenis produk yang dijual :lol:

    2. Potensi pasaran tempatan pada masa depan adalah cerah kerana masyarakat yang celik IT semakin meningkat

    3. Produk yang dijual diinternet kebanyakkannya hampir sama (walaupun kualitinya tak sama) dan mereka yang membeli pula masih kurang mahir menggunakan `ilmu `yang diberi.

    4. Cukup makan jer..jika nak kembangkan keluar pula perlu usaha yang berterusan dan produknya mestilah `power`…

  9. 1. Pertama sekali, saya belum lagi memasuki pasaran Malaysia tetapi saya akan memasuki pasaran Malaysia pada tahun ini. Saya nampak banyak potensi dalam pasaran tempatan ini.

    2. Perniagaan internet di Malaysia akan berkembang maju tetapi memerlukan sedikit masa lagi. Ini adalah kerana produk serta informasi dalam Bahasa Malaysia masih belum mencukupi lagi dalam internet ini. Mungkin negara-negara yang menggunakan Bahasa Malaysia terhad berbanding dengan negara-negara yang menggunakan Bahasa Inggeris. (Kesan penaklukan pada masa dahulu)

    3. Ramai usahawan tempatan yang kecewa dengan pasaran tempatan kerana pasaran tempatan masih lagi belum terdidik tentang penggunaan serta sistem jual beli melalui internet.

    4. Seperti yang dinyatakan di atas, saya masih belum lagi memasuki pasaran tempatan.

  10. Wah (x15)

    Otai tu :D

    Saper yer yang kecewa dengan pasaran tempatan , ni mesti kes jualan gila-gila pastu tiap hari dapat email “kat kedai mana sy boleh dapatkan buku nih” .

  11. 1. pada pendapat saya, kedua-dua ada kelebihan jika dijalankan dengan betul. nak kata untung, bisnes mesti lah nak untung. bagi saya, kalau nak untung besar, mesti pergi global. lagipun, income dalam US dollar. tapi jangan salah faham, pasaran tempatan juga menguntungkan, cuma pasaran agak terhad dan perlu juga menggunakan bahasa malaysia. bahasa inggeris bukan tak boleh, lagi elok kalau fasih bahasa inggeris kenapa tidak target pasaran antarabangsa??

    2. saya percaya dan yakin perniagaan internet di malaysia akan berkembang kerana kesedaran rakyat semakin meningkat dengan pelbagai kos barang semakin meningkat. lagipun. kalau diperhatikan trend masa kini sekolah, kolej dan ipta/ipts turut menawarkan kursus IT dan e-commerce. kerajaan juga menawarkan pelbagai insentif kepada syarikat2 yang menawarkan perkhidmatan berasaskan IT. bahkan kanak-kanak sekolah rendah pun sudah menguasai kemahiran menggunkan komputer. ini tandanya, bisnes internet akan berkembang dan hanya masa akan menentukan.

    3. pada pendapat saya, mereka bukannya kecewa tetapi mungkin ingin mencari pasaran yang lebih luas. sedangkan bisnes konvensional pun pergi global. apalah maknanya bisnes internet kalau target market hanya di malaysia…sama-sama kita fikirkan…

    4. saya belum ada bisnes internet lagi. tapi bulan depan saya akan mula dengan pasaran tempatan untuk menimba ilmu dulu dan akan menembusi pasaran antarabangsa. so, tentang income tu, saya tak ada komen…nanti kalau ada income baru saya bagi tau zul…

  12. Hi Zul,
    1.Pasaran tempatan masih lagi menguntungkan, selagi kita menghasilkan sesuatu produk yang orang mahukan. Kalau kita berniaga dengan orang tempatan lebih selamat, krn jika mereka menipu mereka masih tertakluk dengan undang2 negara.
    2.Bagi saya perniagaan internet kat Malaysia ni masih terbentang luasss. Boleh berkembang, kitakan negara membangun. Tak seperti negara maju yang hampir tepu dari segala segi, sehinggakan mereka sanggup cari pasaran kat negara kita.
    3.Ada usahawan internet Malaysia yang kecewa dgn pasaran tempatan ke? xtau plak, tapi saya rase kekecewaan tu disebabkan matlamat yang di harapkan tidak tercapai. Mungkin jugak usahawan internet tersebut terlalu menumpukan 1 @ 2 jenis modul perniagaan, mungkin juga dia bergerak sendirian…
    4.Tahap ni belum sampai lagi :)

  13. Assalamua’alikum Smart Man…sorry Smart.Zul..tak der..sebab you memang ‘smart’.
    Pasaran tempatan seronok kerana kita terasa seperti sebuah keluarga.Kita dapat menghayati budaya kesemua bangsa jika ada apa-apa urusan bersangkutan. Jika ada tindakbalas negatif pun kita masih boleh menyerapnya kerana ‘ini kampung kita’.

  14. Fokuskan lg target kpd org melayu shj. Kenapa melayu?? sebab org melayu mempunyai kuasa beli yg sgt tinggi. Ramai bukan melayu yg kaya raya disebabkan jual produk2 kpd melayu. (statistik berdasarkan pemerhatian individu). Kenapa kita yg melayu ni x nak ambil peluang nih? So, bg sy, x perlu ke luar berbiz intertenet nih, cukup dlm mesia jer.. cume perlu fokus je dan buat research ckit.. Ramai im yg kecewa dgn pasaran tempatan mungkin kerana mereka tidak fokus, kalo nk pasaran luar, kena fikir juga saingan pun terlalu byk.
    Sama spt kita main boling, main snuker, memanah, menembak, melastik.. semua perlu fokus..fokus..dan FOKUS!!!..

  15. Terima kasih di atas pendapat2 bernas anda semua. Saya amat menghargainya.

    Ini pendapat saya pula, very simple:

    Pasaran tempatan adalah pasaran tempatan. Jangan sesekali membanding dengan pasaran global.

    Pasaran global adalah pasaran global, jangan dibanding dengan pasaran tempatan.

    Mengapa tidak perlu dibanding? Sebab sudah jelas pasaran tempatan itu kecil dan pasaran global itu besar. Umpama membandingkan si gemuk dengan si kurus, perbandingan ini tidak adil sama sekali sebab sudah ternyata gemuk adalah gemuk, kurus adalah kurus.

    Namun tidak kisah gemuk atau kurus, kedua-duanya ada kelebihan masing-masing.

    Mungkin kata-kata saya berlapik, tapi saya mahu anda cuba fahami, hayati dan dalami apa yg saya mahu sampaikan. :)

  16. 1. Pasaran perniagaan internet Malaysia kini sedang berkembang.. Buat masa sekarang saya kata.. Menguntungkan.. Plus, dengan ‘attack’ market Malaysia sahaja kita boleh menyediakan perkhidmatan dengan lebih murah..

    2. Ya.. Pengguna internet Malaysia dah semakin ramai.. And dah semakin tak segan-silu berbelanja melalui internet..

    3. Sebenarnya saya pun ‘bersalah’ tentang perkara ni.. Well, tengok la.. Sekali saya buat sale kat pasaran luar terus dapat $30 USD.. kat malaysia.. Baru RM 15..

    4. Takdela lumayan sangat.. Tapi at least kalau saya nak apa-apa saya boleh beli la.. But still jimat-cermat..

Berikan Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.