Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Pengenalan Lelongan Online

Artikel kali ini disediakan oleh penulis buku Rahsia Raja Lelong, iaitu saudara Eruwan Gerry Norsen mengenai perniagaan lelongan Online.

Semoga bermanfaat.

—————————————————————

Terdapat pelbagai model perniagaan internet pada masa kini. Di antara yang utama adalah seperti berikut:

  • Blog
  • Adsense
  • Lelongan online
  • Pemasaran email
  • Laman web keahlian (membership)
  • Laman web penjualan (menjual barangan atau perkhidmatan)
  • MLM
  • Program Affiliate

Setiap model perniagaan internet mempunyai kelebihan dan kekurangannya masing-masing.

Di dalam kesempatan yang diberikan oleh sahabat saya Zul di dalam blog beliau, saya ingin berkongsi mengenai model perniagaan internet lelongan online.

Ramai rakyat Malaysia yang masih kurang mendapat pendedahan terhadap model perniagaan internet ini. Cuma semenjak akhir-akhir ini ia semakin mendapat perhatian ramai.

Saya sendiri sudah berada di dalam bidang ini selama hampir 5 tahun. Oleh itu, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit sebanyak pengalaman dan pengetahuan yang saya miliki.

Apabila kita bercakap mengenai lelongan online, portal lelongan online #1 di Malaysia pada masa kini adalah www.Lelong.com.my. Manakala portal lelongan online #1 di dunia adalah www.eBay.com. Saya mempunyai kedai online di kedua-dua Lelong.com.my dan eBay.com.

Walaupun terdapat laman web eBay untuk negara Malaysia iaitu di www.eBay.com.my, ia tidak dapat menandingi jumlah trafik (pengunjung) yang diterima Lelong.com.my.

Berdasarkan ranking yang dibuat oleh Alexa.com, portal Lelong.com.my terletak di ranking ke-30 untuk 100 laman web paling ramai pengunjung di Malaysia. Ia merupakan laman web perniagaan yang mendapat kedudukan paling tinggi berbanding kesemua laman web perniagaan lain di Malaysia.

Berikut merupakan beberapa sebab mengapa portal lelongan online semakin mendapat perhatian:

Tidak perlu mereka laman web

Berbanding model perniagaan internet yang lain, lelongan online tidak memerlukan anda mereka laman web sendiri. Ini seterusnya akan menjimatkan masa dan wang anda untuk memulakan perniagaan internet.

Tidak perlu mencari pembeli

Portal Lelong.com.my menerima purata pengunjung seramai 1 juta orang pada setiap bulan manakala portal eBay.com menerima purata pengunjung melebihi 2 juta orang pada setiap hari!

Apabila anda memulakan perniagaan di dalam portal tersebut, anda sudah boleh menjimatkan masa dan wang untuk mendapatkan trafik kerana pembeli memang sudah berada di situ dengan tujuan untuk membeli barangan yang dijual oleh penjual.

Berbanding memulakan laman web sendiri yang memerlukan anda untuk meluangkan masa dan wang untuk mendapatkan trafik, dengan menggunakan portal lelongan online ternyata ianya adalah lebih mudah.

Tidak memerlukan pengalaman penjualan internet

Walaupun menjalankan perniagaan internet lebih mudah berbanding menjalankan perniagaan konvensional. Namun demikian, anda masih memerlukan pengalaman untuk mengendalikan perniagaan internet yang berjaya.

Kelebihan lelongan online adalah anda tidak perlu terlalu mengetahui perkara-perkara teknikal berkenaan perniagaan internet seperti hosting, mereka laman web dan mendapatkan kedudukan carian yang lebih baik. Portal lelongan online telah memudahkan sesiapa sahaja untuk memulakan perniagaan internet yang berjaya.

Kos permulaan yang rendah

Portal lelongan online cuma memerlukan anda untuk menjadi ahli untuk membolehkan anda menjual di dalam portal tersebut. Sebagai seorang ahli, anda boleh terus menjual barangan tanpa dikenakan sebarang bayaran. Bayaran cuma dikenakan apabila anda ingin melakukan promosi tambahan untuk lelongan anda.

Namun demikian, bayaran tersebut masih dianggap lebih murah jika dibandingkan dengan kos yang perlu dikeluarkan untuk perniagaan internet konvensional.

Di samping memiliki kedai lelongan online di portal Lelong.com.my dan eBay.com, saya juga memiliki laman web sendiri. Saya telah mendapati bahawa portal lelongan online dan laman web mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Namun demikian, kepada mereka yang baru sahaja ingin menceburi dunia perniagaan internet, ternyata portal lelongan online boleh membantu untuk mempercepatkan perjalanan ke arah mencapai impian kewangan anda.

Kita berjumpa lagi di kesempatan yang lain.

Salam kejayaan!

Eruwan Gerry Norsen,
Pakar Lelongan OnlineTM
www.RahsiaRajaLelong.com

************************************************************
Dapatkan newsletter bulanan PERCUMA yang mengandungi
tip-tip terkini mengenai lelongan online dengan mendaftar
di laman web www.RahsiaRajaLelong.com

************************************************************

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

16 Responses to “Pengenalan Lelongan Online”

  1. olie says:

    Menarik juga perniagaan lelong ni yer. Tapi kena fikir juga apa yang nak dilelong tu.

    • smartzul says:

      InsyaAllah, nanti saya minta Eruwan (penulis buku ni) kongsikan sedikit tips menentukan produk yg sesuai dijual terutama di lelong.com.my.

  2. titan says:

    hehe. aku beli terus buku rajalelong. memang pening baca memula. sekarng dah faham..:)

  3. matzis says:

    saya memang bersetuju dengan apa yang ditulis oleh saudara Eruwan Gerry Norsen. Kesimpulan, membuka akaun lelongan memang mudah tetapi bukan senang pula untuk melakukannya jika tidak komited dengan panduan dan teknik bisnes ini.

  4. zool says:

    Hm.. betul ke tak yah bayar yuran nie??
    Saya ada buku lama nak jual ni.. Boleh ker??

    • smartzul says:

      Ada dua cara:

      1) Just jual tanpa buka store

      2) Jual dengan buka store

      Kedua-dua cara akan dikenakan fee. Tapi kalau buka store, fee akan dapat lebih murah.

  5. bagaimana jika ingin promosikan affiliate pula, adakah ia sesuai?

  6. zool says:

    Penah daftar kat lelong.com.my
    n penah beli satu barang. tapi dah lama tinggal..
    tiba2 terpikir nak jual buku2 lama dan dalam masa yang sama Zul pula cerita pasal lelong ni.. Memanglah mengujakan..
    Lepaih tu ada gak budak2 opis nak jual barang..
    Idea dah ada pelaksanaan je..
    Hm lelong nak bil uliti nasib baik bil air pakai nama saya..
    Okaylah nak scan bil kasi lelong..
    Harap2 berjaya

    • smartzul says:

      Selamat mencuba. Dalam lelong.com.my ni saya perhatikan, ramai yg jual barangan elektronik, gadget dan yg berkaitan. Test lah dgn apa-apa produk, dan dari situ kita boleh tahu produk apa yg sesuai.

      Kelebihan pusat lelongan ni, trafik dah sedia ada.

      • zool says:

        Tgk product dulu..
        Dah semak fee untuk buat store..
        Dalam RM18+.++
        Nantilah baja cacing dah siap nanti try jual kat lelong..
        Agak2 boleh !!!

  7. smartzul says:

    Artikel di atas hanya asas sahaja. InsyaAllah lepas ni ada artikel lain yg akan menyusul.

  8. ZUL says:

    Apa pendapat kawan2 tentang model perniagaan saya. http://www.kontraktor.net

  9. wan wma says:

    Memang satu lubuk mencari wang yang baik!

  10. sufian jc says:

    Terima kasih kepada saudara Eruwan kerana berkongsi serba sedikit maklumat sungguhpun agak ringkas dan asas tetapi berguna kepada sesiapa jua yang mungkin baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti ‘melelong’ (suatu perniagaan juga ni…)

    Mengapa portal lelongan online semakin mendapat tempat dan perhatian pengguna internet, saudara Eruwan juga dah nyatakan. Saya setuju bahawa laman lelong ‘lelong.com.my’ lebih popular dan meriah berbanding ‘ebay.com.my’ dan alternatif lain pastinya di ebay.com atau ebay.co.uk yer tak?

    Apa2pun kita sama2la sokong laman lelong M’sia ni dan menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk menambah pendapatan. Mesti best dpt jual barang-barang yang kita dah tak perlukan (tetapi mungkin diperlukan oleh orang lain) dan kita dapat juga duit tidak kira la banyak atau sikit. Jika kena pada gaya dan produk, bole naik bid lelongan kita tu :-)

    Saya suka jg membeli di lelong.com.my kerana agak mudah urusan pembayarannya. Kalau ebay, paling tidak pun kena ada duit/balance dalam paypal tu utk pembayaran huhu… Apa pendapat pengguna yang lain yerk?

    Ada sesetengah pendapat mengatakan transaksi di ebay lebih secure berbanding di lelong.com.my dan jg dari segi perkara2 yg berkaitan dengan pemulangan produk, refund dan jg kepuasan pelanggan-penjual. Apa kata kawan2 yg lain?

  11. Raymond Chua says:

    Buat masa ini, saya belum bersedia untuk memberi tumpuan kepada model perniagaan ini walaupun saya percaya ianya menguntungkan (sekiranya dilakukan dengan betul).

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)