Perniagaan Internet : Konsep 24/7 yang disalah-fahami

Apabila menyebut perniagaan internet, maka ramai yang berpandangan atau meletakkan di dalam minda bahawa perniagaan internet = 24 jam sehari menghadap komputer.

Anggapan ini AMAT salah sama-sekali. Apa yang dimaksudkan dengan 24 jam ialah, laman web jualan yang ‘live’ berterusan 24 jam sehari, 7 hari seminggu dalam masa setahun yang boleh menerima bayaran dan pesanan. Sebaliknya, BUKAN si usahawan internet tadi yang menghadap PC dan internet berjam-jam lamanya atau paling lama 24 jam sehari. Ia satu kerja yang… hmmm… entah. Dalam bahasa sopannya, satu kerja yang amat tidak menyihatkan, satu tanda pengurusan masanya bermasalah dan mungkin dia tidak ada jadual hidup.

Saya menyatakan hal ini kerana, ada mereka yang salah-faham samada yang buat ebiz mahupun pembeli itu sendiri. Pengalaman saya, waktu maghrib pun ada orang (pembeli) call. Bila tak dijawab, dimarahnya pula. Ya Allah, saya pun manusia, nak mandi, solat dan makan. 🙂 Kepada pembeli saya contohnya, selepas anda submit maklumat pembayaran menggunakan order form, saya telah nyatakan bahawa berikan saya masa paling lama 48 jam atau dua hari untuk saya urus pesanan anda. Ketahuilah, pelanggan saya bukan seorang, tapi lebih dari itu. Ikut giliran lah. 🙂 Tetapi, ada mereka yang bertubi-tubi menghantar emel atau SMS atau call tak kira masa bertanyakan bila nak proses order.

Sebagai pembeli, anda jangan risau. Simpan bukti pembayaran anda, dan jika produk anda tak sampai, anda ada bukti untuk tuntut bayaran atau melaporkan kepada penjual bahawa anda sudah bayar, tapi belum menerima produk yang dipesan. Sebaliknya, janganlah menghubungi usahawan tadi di waktu-waktu ‘privasi’ mereka seperti waktu solat, makan, hari minggu atau lebih-lebih lagi waktu tidur.. Mereka juga manusia biasa seperti kita.

Cara saya, saya hanya akan melayan panggilan telefon dari pukul 9 pagi hingga 5 petang sahaja. SMS pula saya balas sehingga jam 11 malam sahaja kecuali jika ada hal penting. Waktu-waktu yang saya sebutkan tersebut saya kecualikan waktu rehat saya (solat, makan, dan lain-lain). Jika saya mengatakan sila lapor masalah di ruang support atau emel, janganlah SMS saya pula jika anda boleh melaporkannya di ruang support. SMS kurang sesuai untuk saya support hal-hal teknikal yang tertentu, lagi-lagi jika perlu ditaip panjang. 🙂

Bagaimana dengan emel pula? Saya hanya akan balas secepat mungkin jika emel tersebut penting dan akan membalas kemudian untuk emel yang tidak begitu penting. Sekali lagi, polisi saya dalam penghantaran produk digital adalah paling lambat 2 hari jika saya tidak outstation. Sebagai pembeli memang saya tahu, kita nak cepat, kita bayar, tapi sebagai pembeli juga kita mesti fahami polisi atau cara usahawan tersebut. Anda akan faham apa yang saya terangkan ini jika anda menjadi usahawan kelak. Anda akan kata, “susah juga jadi usahawan ni yer..”. 😉

Itu hal pembeli. Sebagai usahawan pula, anda perlu ada pengurusan masa dan kadang-kadang anda perlu juga tegas dengan pelanggan. Jika anda kata cara kami begini, pegang betul-betul prinsip atau polisi anda itu. Bagi saya, tidak rugi jika kita hilang pelanggan yang keras kepala dan ada 1001 karenah. Saya rela ada pelanggan yang sedikit berbanding ada ramai, tetapi memeningkan kepala. Itu cara saya, anda mungkin ada cara tersendiri. Selama ini kita disogokkan dengan hak pembeli, tetapi jarang mendengar akan hak-hak usahawan. Kedua-dua pihak perlu ada hak yang seimbang, tidak boleh lebih atau kurang. Adil bukan?

Kesimpulannya:

1. Jika anda menjadi pembeli, tengok masa dulu sebelum menghubungi usahawan internet tadi. Mereka juga ada waktu privasi sendiri seperti anda.

2. Jika anda usahawan, anda perlu membuat satu waktu berurusan dan beritahu kepada para pelanggan anda. Jika mereka tak ikut jadual urusan anda, abaikan mereka jika hal mereka tidak urgent. Tangguh urusan mereka itu kepada keesokkannya atau pada waktu yang lain.

3. Menjadi usahawan perlu ada satu sistem kerja yang terurus walaupun perniagaan melalui internet. Ia bukan 24 jam menghadap komputer, tetapi dalam 24 jam, kita mesti bahagi-bahagikan masa untuk sesuatu kerja dan aktiviti dengan sebaiknya.

“Sesungguhnya, kita adalah manusia, bukan mesin..”.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

6 thoughts on “Perniagaan Internet : Konsep 24/7 yang disalah-fahami

  1. Hidup Zul!

    (Baru boleh post, post yang sebelum ni Zu disable comment ye? Tak sabo2 saya nak tambah ni)

    1) Sebab ramai yang tak nak baca panduan pembeli lah, diorang mula buat hal yang bukan2 ni…

    2) Tahukah Zul, sebelum ni kami guna Pos Ekspres untuk hantar buku RBDDI yang ditempah. Sebenarnya buku RBDDI yang dijual online kami jual pada harga kos. Ada beberapa masalah dari segi penghantaran sehingga ada penerima yang tak dapat, kami tukar guna Pos Daftar.

    RUpa-rupanya 3-5% alamat penerima tak dapat dicari! Buku RBDDI tersangkut di pejabat pos. Nasib baik kami tukar guna Pos Daftar kami tahu berapa rates sebenar yang hilang. Ingatkan Pos Malaysia yang tak cekap, rupanya penerima pun sambil lewa tulis alamat atau selalu outstation atau tiada peti pos (kes pembeli tinggal di flat @ kondominium).

    Ada juga pembeli mcm ni… Yang penjual pulak jadi rugi sebab kena post banyak kali…

    3) Kerana kes macam ni juga kami kena update 2 kali polisi penghantaran kami dan tambah 2 kotak merah dekat page pengesahan bayaran tambah satu perenggan dekat emel selepas pengesahan bayaran.

    4) Oklah tu Zul, diorang sms or call. Zul pernah dapat sms suruh call balik? Ingatkan budak-budak kredit abis, rupanya suara bapak budak! hmm…

    5) Azy ada juga report sejak letak no telefon ofis public ni, disamping orang call dengan genuine intention, tidak kurang juga yang call nak menggatal. “Direct quote”

    6) Pengalaman kami ship barang ke oversea takde pulang mcm ni. Cuma sekali je pernah barang tak sampai. Kat Malaysia ni tiap2 bulan ada. Isy3…
    Saper salah?

    Isy3…

  2. 🙂 .. Zul & Sabri, saya kagum dengan anda berdua masih mampu melayan 1001 kerenah pelanggan 🙂 …

    sebenarnya keyword yang perlu pembeli pegang sebenar ” SABAR”….Pembeli SABAR semua berjalan lancar 🙂

    Untuk pembeli produk Zul, anda diberi 24-48 jam untuk Zul proses segala2nya..Lepas 48 Jam klu x dapat apa2 dari Zul anda baru boleh telepon Zul… Anda boleh gunakan hak pengguna anda sekiranya anda ditipu, apa nak risau anda ada bukti pembayaran..

    Semua nie dibuat secara manual, bukan robot buat. Banyak jalan ceritanya sebelum produk tu sampai pada anda dengan selamat. Klu nak tahu jalan cerita dapat RESELL RIGHT produk Zul. 🙂 .. Anda akan tahu mcm mana Zul bekerja.. 🙂

    “hormati waktu rehat, waktu privasi, waktu solat mereka”.. Mereka manusia, komputer saya pun ada masa rehat.. Nak tahu pasal komputer, lepak blog saya 🙂 ..opsss, sorry terpromote blog lak.. ok..Itu saja nak komen, komen panjang skit sbb post sblm ni komen Zul disable.. he333…

  3. Ermm, Sabri, ni la asam garam usahawan, offline ke online, sama jer. 🙂 Sekali tu ada satu customer, kononnya tahu semua. Sampai marah2 kat saya. Sekali saya pusing, senyap… Nak deal, apa salahnya elok2 kan? Kalau dah kena, baru tahu. hehe..

    Kes lain, ada yg tak bagi emel betul. Kita dah cakap, isi emel baik2, semak dulu, tapi lepas tu mulalah kelam kabut. Nasib la ada contact.. Apa lagi yer.. Xperlah, cukuplah kongsi2 citer tu.

    So kepada yg dalam proses jadi usahawan, siap-sedialah menghadapi macam2 karenah pembeli/pelanggan anda. Online ke tak, sama saja.

    Pak Aen, dalam rekod saya ada beberapa customer jer yg dapat produk saya dalam 2,3 hari. Kebanyakan order saya akan proses paling cepat beberapa minit selepas order sampai atau paling lambat 12 jam. Sebab saya full time, so saya boleh proses order beberapa kali sehari. 24 hingga 48 jam hanya polisi, sebagai panduan kedua2 pihak.

    Dalam kes sabri tadi, salah saper ekk? Pembeli tu kot.. 😉

    PS. Semalam sengaja disable komen. Ada sebabnya. hehehe..

  4. Takpe Zul,daripada kite melayan org yg hanya 1 dalam 1000 tuh,lebih baik tumpu kan pada yg 999 lagi tuh,tul x?Tapi kekadang kewujudan meraka nih boleh jugak menguji kita dalam asam garam perniagaan,tidak kiralah offline ke online.

    Saya pernah dapat pelanggan dari Arab Saudi sekali.Banyak nye die punya hal.Allah saje yang tau.Dah la saya nih baru lagi.Dengan Bi dia yg tunggang langgang,tanya itu dan ini….Uishhh!Penat nak melayan.Tapi itu la,ia akan memberikan pengalaman yang baru untuk kita lebih tabah berjuang dalam dunia perniagaan.

    Semoga kita semua bersabar dan tabah dalam melalui selok belok perniagaan.

  5. hi semua, shueqry di sini. Tentang melayan karenah pelanggan, memang PAYAH, tak cukup tangan dibuatnya apatah lagi di waktu privasi. Ingatkan saya saja seorang yang mengalami prob ni, rupanya Zul juga! Kekadang sampai waktu tidur jam 3 pagi sms masuk tanya offer masih dibuka atau dah tutup. Oh!

    Ni ha sampai bengkak ibu jari balas sms pelanggan. Tapi, berbaloi sebab order berpusu-pusu masuk.

    Cuma kekadang pelanggan ni nak cepat. Kekadang kita minta SMS saja tapi dia call pula. Kalau time gi swimming cemana nak angkat? Takkan pakai bluetooth dalam air kot?? Hmm..kena buat polisi penghantaran macam yang Zul sakap (cakap). Saya juga sokong kata pak_aen, kena magshabal (bersabar) Sory ‘ek saya tertaip ‘slang’ Sabah kat sini. Sebagai usahawan online kena bijak atur waktu. Tapi, saya terpikir cemana Irfan Khairi, handle customernya? Hmm.. mungkin dia bole kongsi caranya..

  6. hmmm.. masa beli produk zul, dapat lebih cepat dari yang saya expect.. produk rajaadsense pun sama.. setakat ni kalau beli online tak pernah lagi ada masalah..

    tapi saya sendiri ada satu habit.. sebelum saya order barang/ service online, saya akan test dulu kecekapan penjual.. caranya: saya hantar e-mel atau lalu contact form (kalau ada) beberapa kali (biasanya 4-5 kali) tanya macam2 soklan dan tengok berapa cepat dia respond.. takdelah expect dia respond dalam 1 minit atau 1 jam lepas e-mel tuh.. tapi kalau kurang 24 jam dapat respond.. insyaAllah OK..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *