Perniagaan Internet : Kesalahan 1 dan Merugikan

Assalamu’alaikum semua, semoga sihat hendaknya.

Kali ini, saya ingin menulis ringkas sahaja. Bukan tak ada idea untuk menulis, tetapi cukuplah sikit-sikit. Nanti banyak-banyak tersedak pula kan?

Apa yang saya ingin bawakan pada kali ini adalah salah satu kesalahan yang banyak dilakukan oleh usahawan internet, dan kesalahan ini begitu merugikan. Amat amat merugikan. Ia berdasarkan juga kepada pengalaman saya. Berharap, agar anda tidak melakukan ‘kesalahan’ ini agar masa yang ada digunakan sebaik mungkin untuk perkara yang memberikan manfaat untuk perniagaan anda.

Kesalahan tersebut adalah: BERCAKAP BANYAK, TINDAKAN KURANG. 🙂

Ya, ramai yang hanya tahu cakap itu dan ini. Orang lain kalah dengan dia dari segi teori, boleh dikatakan dia tahu banyak teknik-teknik pemasaran internet. Paling kurang pun dia tahu asas-asasnya. Tapi, kesian, pendapatannya tidak seimbang dengan penggunaan masanya. Dalam 24 jam, dia banyak habiskan masa untuk membaca dan menulis semata-mata, TAPI tiada tindakan. Pengalaman saya, antara sebab mengapa tiada tindakan atau kurangnya aktiviti yang ‘menguntungkan’ adalah sifat menangguh dan tidak yakin diri serta tiada perancangan yang rapi.

Ada seorang internet marketer Malaysia begitu low profile. Nampak biasa sahaja dan ‘tiada’ kredibiliti. Namun, siapa sangka air yang tenang tiada buaya. Kini dia sudah mula mempunyai peminat tersendiri kerana dia berjaya di dalam perniagaan internet. Pendapatannya di internet mengalahkan gaji bulanan kerja tetapnya. Tip mudah beliau, “Utamakan tindakan dan jangan hanya tahu cakap sahaja..”. Betul sekali apa yang dikatakannya itu. Katakan dalam sehari kita gunakan 8 jam untuk aktiviti perniagaan kita, tetapi 7 jam untuk ‘menghabiskan’ masa di forum atau menumpu pada blog, anda telah menempah kerugian yang amat besar!

Pendek kata di sini, gunakan masa yang ada sebaik mungkin dan jangan sesekali menumpu kepada satu dua perkara sahaja untuk jangka masa yang lama. Saya sendiri telah melakukan kesilapan ini dan melihat, banyak masa ‘terbuang’, dan pendapatan tidak seimbang dengan masa yang dihabiskan. Jika anda sudah ada kredibiliti, sudah dikenali, masa untuk anda terus membina nama sudah boleh dikurangkan. Inilah yang saya lakukan sekarang. Saya akan menumpu kepada penghasilan produk dan juga menambahkan lagi networking dengan usahawan yang lain serta menajamkan lagi skill internet marketing sedia ada. 🙂

Anda pula bagaimana? Hanya mahu bercakap dan menulis sahaja tanpa mahu membuat duit dengan jumlah yang sepatutnya? Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Tip:

1. Untuk membina ‘nama’, anda boleh gunakan blog, forum dan teknik viral marketing seperti artikel dan ebook. Untuk cepat dikenali, pastikan anda ada keunikan tersendiri samada dari segi gaya atau dari segi topik niche anda.

2. Jika anda sudah dikenali, usah buang masa lagi. Create your own product or services and start making money! 🙂

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

24 thoughts on “Perniagaan Internet : Kesalahan 1 dan Merugikan

  1. eriy.. Just do it.. 🙂

    Ramai orang yang bertanya “bagaimana nak mula”. Jawapannya adalah buat apa yang perlu dibuat. Kalau dalam perniagaan internet, antara langkahnya adalah melakukan kajian pasaran, menentukan produk apa berdasarkan kajian itu, membeli domain dan hosting dan lakukan pemasaran. 🙂 Just that..

    Ramai yang takut-takut untuk bermula. Namun, jangan rasa rendah diri dan tertekan sebab ia normal. Ia juga menandakan anda seorang manusia yang hidup. hehe.. Ya lah, manusia ada semua sifat tapi menjadi tugas kita untuk mengawalnya. Mulakan sikit-sikit..

    PS. Banyak cara nak buat duit di internet. Kalau anda tak mampu menjual produk sendiri, malas nak handle pelanggan, maka program affiliate sesuai untuk anda. 🙂 Begitu juga dengan google adsense dan yang seumpama dengannya. Jangan join skim cepat kaya sudah lah…

  2. zul,

    tq for info. for me, time is important because i do ebiz as my part time jobs everyday. morning to evening, i should complete my job as a college manager.

    so, when i have time to do ebiz, i should plan and action it carefully but i’m very like to read your blog and irfan khairi because that’s blog have good knowlegde for me to do ebiz.
    is that ok?

  3. hapisol, pembacaan perlu dilakukan setiap hari. So, tetapkan masa yang sesuai dan apa yang perlu dibaca. Depends kepada individu tertentu, ada yang 30 minit sehari untuk pembacaan dah cukup. Atau bagi yang baru nak mula, pembacaan yang ‘banyak’ amat penting agar dapat kefahaman yang sebenar.

    Orang yang berjaya banyak pembacaannya. Apa yang saya maksudkan “kesalahan” di dalam tulisan saya di atas adalah mereka yang banyak melakukan plan atau membaca atau ‘bercakap’ itu dan ini, tapi tak buat-buat. So, ia amat merugikan. Jadi, tak salah membaca, menulis dan bercakap, jika kita buat apa yang kita katakan.. 🙂 hehe..

    Wasalam.

  4. SOKONG! 🙂

    Ramai orang kita kuat beralasan dengan penuh hikmah, sampai nak nasihat pun susah. Akhirnya terpaksa dibiarkan mereka.

    Bila kita rasa kita dah statik, tanya diri sendiri dengan jujur, “Adakah aku malas?”

    “Adakah masalah aku ni ada penyelesaian?”

    Kalau masalah anda tiada penyelesaian, anda memang malang. Nak buat macam mana lagi.

    Kalau masalah anda ada penyelesaian, tapi anda masih statik, kemungkinan besar anda malas.

    Jangan beralasan lagi… Dan jangan bagi alasan “penuh hikmah” juga, serba salah dan penat orang yang mendengarnya.

    Ambil tindakan macam Zul kata.

    Hopefully, ramai yang akan muhasabah diri dan bertindak lepas baca post ni.

    Good artikel Zul! 🙂

  5. Good kata-kata jujur Zul..

    Walaupun aku masih bergelar pelajar IPT.. Tapi aku tetap berkongsi pengalaman bersama didalam perniagaan internet.. Walaupun masih banyak perlu dipelajari..

  6. tepat sekali. plan your work and work your plan. inilah masa untuk bertindak. tak perlu tunggu orang lain kata “GO” atau “take action”…
    …dah tau cara, buat je. tak perlu termenung dan berfikir panjang.
    byk orang ada angan2 je untuk buat US$1-5K (++) sebulan tapi blog ‘free’ pun takde dan nak belajar IM pun malas.
    …kalo kita asyik tunggu je for the right time to bina website, right time to cari niche, right time to bina list, right time to buat itu, buat ini, then apa2 pun tak jalan.
    NOW is the right time. NOW is the perfect time.

  7. zul,

    tq for info. teringat pula saya kpd satu cerita :

    ada 5 ekor katak yg nak buat keputusan utk menyeberang sungai.
    3 ekor katak membuat keputusan utk menyeberang sungai itu, 2 ekor lagi tak buat keputusan utk menyeberang sungai itu,
    soalannya, berapa ekor katak yg menyeberang sungai itu?

    kalau sudi, cuba teka?

  8. Untuk jawapan hapisol tu.. saya rasa.. takde sekor pun yang menyeberangi sungai tu. Sebab yang 3 ekor tu cuma buat plan sahaja.. tapi tidak bertindak.

    yeah! Dapat 10 markah! ho! ho! ho!

  9. mystic, apa yang dipintasnya.. Keyword “cerita ghairah” ke? Saya rasa, my blog still the top dengan blog lain.. hehehe..

    Hapisol, good story.. Shuth, katak tu tunggu shuth seberang sama-sama kot.. hohoho..

  10. Fai, overload dengan idea2 yang bernas ke? Kalau gitu, pilih yang terbaiklah antara yang terbaik dan yang senang untuk dimulakan. Pilih satu jer dulu.. 😉 Benda ni juga terjadi kepada saya dulu. Amat banyak idea melimpah ruah datang.. Sampai satu masa, naik fade-up sebab bilalah nak mula.. Last2 saya pilih satu: servis laman web. Alhamdulillah, tercapai.

  11. Hehe.. Smua idea bernas tu 😛

    PS: Tak tau mana nak didulukan.. tp yg pasti pjlnan netbiz dah semakin lancar ke medan antarabangsa..

  12. shuth,

    betul, dpt markah penuh.
    harap sahabat2 ebiz kat sini dpt iktibar drpd cerita katak tu.

    zul,

    utk makluman, saya suka baca buku2 humor yg ada pengajarannya dgn kehidupan kita seharian dan mengkaji sifat semulajadi tumbuhan. cthnya pokok durian, kita perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 7 thn utk menjaganya sebaik mungkin, selepas itu, kita dpt memakan buahnya hingga 40 thn.
    so, cubalah “related” dgn kehidupan kita.

    fai,

    tahniah. boleh la kongsi dgn saya bisnes saudara yg sampai ke medan antarabangsa tu, ok?

  13. Pada pandangan saya sebagai org baru dalam dunia biz nih. Semakin lambat kita mulakan biz online nih, semakin bnayak kerugian yang kita tanggung. Terutama dari segi masa. Kerana biz online nih bukan ler boleh di bina dalam sehari dua. kalau pun kita leh buat berpuluh2 blog dan web site sehari untuk biz online. Tak semestinya dalam sehari dua kita leh dapat pulangan.

    Masih bnyak yang perlu dilakukan selepas itu. Jadi lagi lambat kita mulakan biz online yg kita rancang, lagi banyak kita mengelamun dan berfikir tanpa apa2 tindakan.. Kita mungkin tak akan merasa manisnya keuntungan biz online. Mungkin pahit kerana kerugian masa, tenaga, dan wang yang akan kita rasai seumur hidup.. Biar ler mulakan dari kecil dulu dari dok berfikir tapi habuk pun tak der…. 🙂

  14. saya nie baruuuu nak mulakan ebiz ekceli tak tahu apa pun pasal menda nie
    yg saya tahu saya nak jual product
    apamenda alah ebiz nie sebenarnya
    adense tu menda
    e book tu menda

    adehh

    helppp helppp

  15. Assalamualaikum

    Tiada keyakinan diri……dulu saya pun macam tu jugak. Sekarang ni ade le sket sket. Komputer, website, blog, forum…itu lah ayat ayat yang paling saya gerun sebab saya langsung tak tahu ape ape pasal mende tu.

    Selepas saya membeli berapa buah ebook mengenai perniagaan internet, barulah saya confident sket sket. tapi biasalah…asam garam buat business. Kena kuat kan semangat sket.

    Sekarang ni saya dah pun buat website sendiri and baru lancarkan promosi sket sket. Boleh ke saya post website address kat sini?

    Kepada mereka yang ingin membina perniagaan internet tu kena la nekad and buat betul betul…jangan tersalah pilih.
    Kalau tak ade idea atau perkhimatan anda boleh hubungi saya. Saya akan tolong anda.

    Apa kata kita buat gathering ramai ramai…so yang otai otai tu leh ler turun ilmu sket kat kami ni…hehehehhe

    Boleh laa..

  16. cakap dan tulis dan biasalah setiap hari. menulis memang kerja kena buat setiap kali idea datang bertandang… banyak perancangan yang perlu dibuat untuk mengukuhkan lagi usaha membina peniagaan internet nih… bukan sekadar nak berniaga hentan kromo gitu aje…

  17. barcakap dan tindakkan takde nak buat apa…
    cuba lah buat sesuatu utk kerjayaan kita…
    hidup cuma sekali…
    hargai lah betul2…

    han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *