Perniagaan Internet: Jual Kepakaran Anda

Sebelum saya terus menulis artikel kali ini, ingin saya nyatakan bahawa, artikel ini seboleh mungkin mahu mengelakkan daripada memberikan contoh mengenai kepakaran Internet Marketing semata-mata, tetapi adalah selain daripada itu.

Kebanyakan kita mempunyai kelulusan tertentu seperti IT, komputer, kesihatan, kecergasan dan sebagainya. Namun, tidak semua lulusan seperti graduan daripada IPT mampu mendapat kerja yang mereka idam-idamkan. Tunggu punya tunggu, tawaran kerja tak kunjung tiba.

Mengapa tidak melakukan perniagaan? Tidak minat? Takut rugi? Tak sesuai? Ketahuilah, tiada lagi alasan di zaman ini untuk berniaga jika anda masih menganggur. Alasan-alasan sebegitu sudah lapuk dan tidak diterima lagi. Mahu tidak mahu, perlu beranilah melakukan sesuatu yang kurang kita ‘selesa’.

Anda Ada Kepakaran..

Gunakan sahaja kepakaran dan pengetahuan yang anda ada. Untuk lebih memahami, saya akan memberikan satu contoh terbaik pada kali ini iaitu Kevin Zahri. Beliau adalah pakar kesihatan dan kecergasan (health & fitness).

Selain melakukan ‘perniagaan’ secara Offline, beliau juga mempunyai perniagaan internet sendiri iaitu http://www.maxtrition.com.my yang menjual produk-produk kesihatan khas untuk body builder.

Beliau amat fokus kepada kepakarannya. Lihat sahaja produk dan servis beliau, dari produk, buku, training dan lain-lain lagi, semuanya berkaitan dengan kepakaran beliau.

Dengan fokus kepada kepakaran anda, anda akan mudah dikenali dan mudah diingati. Berbanding dengan melakukan itu dan ini, anda tiada keistimewaan sangat sebab tiada keunikan tersendiri (orang tak nampak). Anda boleh buat macam-macam, tapi seboleh mungkin fokuslah satu kepakaran yang boleh menjadikan anda seorang yang unik.

Saya amat menggalakkan anda ‘memasarkan’ (menjual) kepakaran yang anda ada untuk keperluan manusia selagi ia sesuai untuk ‘diniagakan’. Fikirkan apa-apa idea yang boleh menjadikan pengetahuan dan kepakaran anda sebagai satu produk, servis atau bisnes.

Bukanlah menjadi satu kesalahan jika anda bukan orang IT tetapi menjual produk IT, namun secara adatnya, manusia lebih mudah percayakan seseorang yang betul-betul tahu dan pakar atau mempunyai kelulusan tertentu dalam bidang tersebut. Bukanlah juga bermaksud yang tidak belajar tinggi-tinggi tidak boleh ‘menjual’ kepakaran, tetapi apa yang ditekankan di sini ialah KEPAKARAN.

Dalami diri anda dan ketahui apakah kepakaran anda yang boleh digunakan untuk keperluan orang lain. Dalam kes Kevin Zahri tadi, kepakarannya amat diperlukan oleh orang ramai yang mahu menjaga tubuh badan agar sihat dan cergas. Manusia perlu sihat, kuat dan bertenaga. Maka di sinilah peranan beliau untuk membantu mereka yang memerlukan. Duit akan datang secara ‘automatik’ apabila kita benar-benar fokus pada kepakaran yang ada.

Tiada Kepakaran?

Katakan anda mahu berkecimpung dalam sesuatu bidang. Contohnya bidang kesihatan katakan. Mungkin anda tiada kelulusan tertentu yang berkaitan dengan bidang tersebut. Jangan jadikan ia alasan untuk anda tidak melakukan sesuatu yang anda mahu tadi. Segalanya boleh diusahakan iaitu membina kepakaran.

Sertailah ‘training’ atau apa-apa program yang membolehkan anda memiliki ‘sijil’ atau pengiktirafan. Pengiktirafan ini adalah satu lesen yang penting agar orang tidak mempersoalkan kepakaran anda. Ini sudah adat di dalam fikiran manusia.

Contoh mudah adalah seorang Doktor. Anda mesti mempersoalkan adakah Doktor itu ada kelulusan? Jika tiada kelulusan, mungkin agak sukar untuk anda mahu mendapatkan rawatan daripadanya. Bagi contoh Kevin Zahri, beliau mempunyai pengiktirafan daripada American Fitness Training of Athlethics (AFTA). Itu tidak dikira lagi dengan pengalaman yang dimiliki oleh beliau.

Dalam keadaan tertentu, kita mungkin perlu ‘mengalah’ dengan sikap dan normal manusia ini. Jika sesuatu itu sudah menjadi adat, pegangan atau kepercayaan kuat bagi mereka, maka kita perlu ‘mengalah’. Rasanya tiada apa yang rugi jika kita mengalah di sini sebab ia akan memberikan ‘keuntungan’ jangka panjang untuk kita.

Apakah Kepakaran Anda?

Katakan tidak jika anda mahu menjadi pakar perniagaan internet. Ramai yang salah dan silap faham mengenai perniagaan internet. Kononnya perlu menjadi pakar dalam bidang ini jika mahu berjaya. Ini sama sekali satu pemahaman yang amat silap. Yang sebetulnya ialah anda mesti mempunyai kepakaran anda tersendiri dan pasarkannya melalui internet.

Namun begitu tidak salah jika anda mahu menjadi pakar perniagaan internet sebab ia juga satu kerjaya. Tetapi persoalan di sini ialah, mampukah anda bersaing dengan pakar-pakar lain yang begitu ramai di luar sana? Bidang Internet Marketing terlalu sukar untuk anda tembusi dengan begitu mudah. Jangan mahu jadi pakar dalam bidang ini sebab hanya mahu nama, tetapi jadilah pakar yang sebetul-betulnya untuk jangka masa yang panjang.

Perkara lain pula ialah, “jangan membina sebuah rumah dan kemudian merobohkan rumah itu gara-gara mahu membina rumah yang lain..”. Maksudnya, sekali anda telah meluangkan masa yang panjang untuk mempromosikan satu kepakaran anda, jangan sesekali berundur untuk membina diri bagi kepakaran yang lain pula.

Kekal dan fokus pada satu kepakaran. Jika mahu masuk ke bidang yang lain, gunakan sahaja ‘lesen’ utama kepakaran anda yang satu itu. Jangan lompat dari satu kepakaran kepada kepakaran yang lain. Walhasilnya, tiada apa yang anda akan dapat..

Mahu contoh? Cuba ‘kaji’ cara Dr. Irfan Khairi. Bagaimana daripada seorang usahawan Internet dan sehingga kini tetap menggunakan ‘title’ Jutawan Internet, tetapi sekarang beliau berjaya dalam beberapa cabang bidang yang jauh ‘tersasar’ dari bidang asalnya. Kenapa? Sebab beliau berjaya menggunakan ‘lesen utama’ yang beliau ada sebaik-baiknya. Fokus pada satu untuk kejayaan yang pelbagai.

Kevin Zahri juga begitu. Beliau boleh ‘jadi’ apa sahaja seperti pelakon iklan, duta produk, penceramah motivasi, pelakon filem, pengacara TV dan lain-lain lagi. Inilah orang yang berjaya. Macam-macam boleh buat dan duit akan ‘mengalir’ masuk dengan begitu mudah. Ini semua gara-gara FOKUS kepada satu kepakaran yang ada di dalam diri mereka.

Anda juga boleh begitu jika anda benar-benar fokus kepada kepakaran anda. Itu pun jika anda ada keinginan yang kuat.

Bersedia untuk menjadi seorang yang berjaya!

ps. Disebabkan Kevin Zahri memang TERBUKTI seorang yang pakar, saya dengan tanpa berfikir panjang telah mengeluarkan sedikit duit untuk membeli produk beliau. 😉 Sebenarnya, beliau juga ada lagi perniagaan internet yang lain seperti http://www.maxhosting.com.my yang menyediakan khidmat web design, SEO, domain name dan hosting.

pps. Kepakaran hanyalah salah satu unsur sahaja. Banyak lagi sebab musabab lain untuk kita berjaya di dalam bidang perniagaan internet ini. Jadi, jangan sedih-sedih jika anda masih belum tahu apa kepakaran anda.

Sumber imej: http://kevinzahri.blogspot.com

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

12 thoughts on “Perniagaan Internet: Jual Kepakaran Anda

  1. betul tu, menjual kepakaran boleh buat lebih banyak untung. Kepakaran bukan saja boleh dijadikan dlm bentuk ebook, ia boleh juga dibuat dlm bentuk khidmat konsulting.

  2. MAsing-masing ada kepakaran, bezanya mereka takut untuk menunjukkan kepakaran mereka denga menganggap kepakaran yang mereka ada tidak ada siapa yang mahu..

    Contoh kepakaran buat nasi ayam.. memang semua orang boleh buat nasi ayam tetapi tahu tak cara macam mana nak buat nasi ayam yang sedap, “melekat” dan membuatkan orang igt nasi ayam kita?

    Kat tempat saya, shah alam.. orang kenal dengan nasi ayam pak mal.. semua orang datang nak mkn nasi ayam pak mal, walaupun ada menu lain tapi nasi ayam juga yang di cari.. 😛

  3. Aku masih tercari2 apakah kelebihan aku… 🙄

    Aku tau, bile aku dah jumpa kelebihan aku 2 mesti da boom! 😛

    Macam Kevin Zahri jugak agaknye… 😉

    InsyaAllah tahun ni kuar la satu ebook dari aku… 😛

    1. Take one step at a time. 😛

      Ambil langkah pertama dulu. Lepas tu anda akan nampak langkah kedua. Ambil langkah kedua dan anda akan nampak langkah ketiga dan seterusnya.

      Waiting for perfection is a great waste of time.

    2. pyan,
      kalau ada kepakaran, tak semestinya kita perlu buat sendiri…
      contoh pyan tahu ttg photoshop yang power, pyan boleh menulis buku dan hantar kat syarikat azizi ali tu…
      tunggu makan royalti je lah…hehe

      contoh je tu…

  4. slmt mlm zul,
    nak cari kepakaran sendiri tu susah juga tu…hehe
    biasanya kita tak nampak kepakaran kita…
    saya sendiri pun tak tahu apa yang saya mahir…
    cuma tahu buat je…
    tapi dalam otak ni selalu berfikir, mcm mana nak berjaya…
    bila terfikir je terus catat…(cuba cari kepakaran konon nya…hehe)
    harap cepat2 lah jumpa kepakaran saya ni…

    han

  5. Kepakaran kena belajar dan mengkaji.Tak datang dengan bergolek.Kalau nk lebih pakar kena guna kepakaran dan buktikan kemampuan kita menggunakan kepakaran tu.Bukti tu penting sebab tambah keyakinan pengguna.

    Baru dapat dikomersialkan.

  6. Saya buat banner sahaja.Alhamdulillah…on the right way!Akan tiba nanti site banner design dari saya.Sebab hanya itu sahaja yang saya boleh klasifikasikan “saya pakar”.Tak kiralah ada org lagi pakar pon.Tapi,im on the right track!!hehe..

  7. Kemahiran saya adalah melukis dan masih belajar untuk menjadi pakar! Insyaallah, jika tidak ada aral melintang, saya akan ‘menjual’ kemahiran saya itu melalui internet. Tq Smartzul!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *