Jangan Ikut Angin!

Baru-baru ni, web 2.0….

Kemudian, myspace marketing..

Kemudian, membership site…

Lepas tu, timbul pula co-registration..

Tup-tup, keluar rahsia 7 dollar…

Lepas ni, apa lagi??

Inilah punca mengapa usahawan internet tiada fokus. Suka ikut angin walaupun masih belum faham yang sebelumnya atau apa yang sedang dibuat. Dalam asyik mempelajari teknik ini, datang pula teknik ini.. Dok sekejap, datang pula teknik atau cerita lain dalam internet marketing. Boleh dikatakan, niche (bidang) internet marketing sudah tepu untuk menghasilkan apa-apa produk, hanya benda yang sama sahaja diulang-ulang dalam bentuk dan rupa yang berbeza. Umpama roti, walaupun namanya roti, tapi ia diadun agar lain bentuk dan rasa.. 😉

Persoalannya, perlukah kita ikut semua benda-benda ini? TIDAK. Ia sekadar hype (gembar-gembur yang berlebih-lebih)… kebanyakannya..

Saya kurang menyukai akan hal ini terutama kepada usahawan internet yang dianggap guru atau pakar yang sering kali menghantar emel jualan demi emel jualan. Henry Gold kembali menulis akan hal ini yang mana katanya, beliau terpaksa menukar emel sebanyak 10 kali gara-gara usahawan internet yang tidak pandai membina hubungan dengan ‘list’ mereka! Beliau juga mengatakan, begitu ramai usahawan internet yang sentiasa dan sentiasa menghantar emel jualan TANPA membina hubungan yang baik dengan list (subscriber) newsletter mereka. Mereka telah merosakkan kredibiliti mereka! Ketahuilah, asas pertama dalam bisnes internet bukan jual-beli, tetapi perhubungan (relationship). Adanya hubungan dan komunikasi yang baik dengan bakal pembeli, maka berlakulah proses jual-beli kerana terbinanya hubungan yang utuh. Sebaliknya, bukan jual, jual, jual dan jual sahaja..

Tambah beliau lagi, kebanyakan usahawan internet baru atau para newbie, terlalu terikut-ikut dengan berita semasa (trend) sehingga akhirnya mereka gagal. KENAPA? Kerana mereka tidak membina asas bisnes yang kukuh, padahal itulah TAPAK yang perlu diutamakan dahulu. Asas belum kukuh, sudah sibuk-sibuk secara terlampau dengan ‘rahsia’ itu dan ini dengan harapan rahsia itu memberikan hasil sekelip mata kepada mereka.. Itu kepada newbie, bagaimana pula dengan usahawan internet yang sudah senior? Mereka juga lebih kurang sama.. 😉 Kadang-kadang mereka tertipu dengan diri mereka sendiri tanpa sedar, seperti mudah terikut dengan hype yang sedang melanda dan berkongsi kesannya bersama mereka yang newbie…

Contoh hype adalah seperti kononnya dikatakan teknik yang itu sudah tidak relevan, padahal masih ramai yang berjaya dengan menggunakan teknik itu. Inilah hype namanya, cerita besar atau lebih tepat dikatakan sebagai penipuan dengan memanas-manaskan satu-satu perkara, menidak-nidakkan yang lain dan angkat bakul sendiri.. 😉

Sebagai contoh, yang terbaru adalah rahsia 7 dollar. Walau apa harga sekalipun produk anda, ia tetap harga dan selagi ada permintaan, orang akan membeli. Biarlah harga itu 11 dollar ke, 21 dollar, 50 dollar, apa yang pembeli mahu adalah, “APA YANG AKU AKAN DAPAT DENGAN MEMBELI PRODUK INI?”. Itu sahaja asasnya. Mereka mahu apa yang mereka inginkan dan produk yang kita jual boleh membantu atau memberikan apa yang mereka mahu. Lain-lain teknik dalam penetapan harga adalah sebagai tambahan sahaja agar nilai conversion rate jualan lebih tinggi..

Apa yang ingin dikatakan di sini sebagai contoh adalah, BEGITU RAMAI YANG SUKA BUAT HYPE! Kononnya cara lain tidak bagus, dan kononnya yang lain sudah mati… Kononnya strategi lain sudah tidak boleh digunapakai.. Mereka ini tidak bertanggungjawab dan tidak jujur (kebanyakannya laa) dalam menyatakan hal sebenar. Mudah katanya, “ikut sedap hati sahaja…”.

Saya sudah lama dalam senyap memerhatikan trend ini di pasaran Malaysia. Mulanya panas, akhirnya sejuk. Datang benda lain, panas pada benda itu, tapi kemudian sejuk… MENGAPA? Sebab mereka yang terpesona dengan hype ini adalah newbie-newbie yang masih keliru, yang masih tidak kukuh asasnya, lantas dipergunakan oleh mereka yang lebih senior.. Malah yang paling menyedihkan, newbie menipu newbie.. 😉 Inilah salah satu penyakit yang sedang melanda dalam industri perniagaan internet di Malaysia, malah di luar negara sekali-pun. Apa, ingat orang luar semua tahu buat ebiz ke? TIDAK. Mereka masih ada yang tidak tahu apa-apa dan masalah mereka adalah: Bukan tertipu dengan scam, tetapi tertipu dengan hype!

Saya sering perhatikan berita-berita panas yang digembar-gemburkan kononnya dia ni ada atau guna teknik hebat, tapi dalam hati saya berkata, “tak lama lagi sejuk la ni..”. Bukan salah dia yang guna teknik itu dan bukan salah teknik tersebut, tapi mereka yang teruja itu telah termasuk ke dalam perkara itu padahal mereka tidak memerlukannya. Akhirnya mereka hilang fokus dan arah.. Dan kemudian bertanya kepada diri sendiri, “apa yang aku sedang buat ni???”. 😉 Mereka keliru….

Apa yang saya bicarakan ini adalah berkaitan dengan niche ‘internet marketing’, iaitu produk-produk, trend atau teknik-teknik dalam internet marketing yang dipanas-panaskan. Sebagai contoh mengenai co-reg yang didedahkan oleh pipeline-profits baru-baru ini, sebenarnya co-reg sudah lama wujud! Apa yang didedahkan memang betul, co-reg boleh menghasilkan list dengan banyak dan mudah. Tetapi, yang bahaya adalah mereka yang masih lagi di tahap asas, sudah mahu menyibuk-nyibuk dalam teknik ini padahal perkara asas entah di mana.. Tak cukup dengan itu, satu demi satu pihak mengambil kesempatan atas topik yang panas ini dengan membuat hype dan akhirnya ramai yang ‘tertipu’ dengan keadaan yang sedang panas. DAN sekarang, ia sudah mula sejukkk. 😉

Kesimpulan

Matlamat bisnes adalah menjana pendapatan (duit). Dan untuk mendapat hasil itu, maka kita perlu lakukan pelbagai strategi atau teknik tertentu.. Ada yang kata teknik ini sudah mati, teknik itu sudah tidak relevan, bla bla bla.. Sebenarnya, ia hanya hype.. hype… dan hype.. Inilah dikatakan sebagai buzz marketing untuk bisnes dan walaupun ia berkesan, namun hype itu amat bahaya kesannya. Kepada tukang buat hype, hati-hatilah, jika tidak industri internet marketing akan rosak kerana tangan anda.. Kepada yang terdedah dengan hype, juga berhati-hatilah kerana di dunia global ini, maklumat akan datang dengan begitu banyak dan hanya kita boleh menapisnya jika kita sentiasa sedar dan berwaspada. Maka, anda perlu tahu apa yang anda sedang buat atau dapatkan, IA PERLU ATAU TIDAK? Jika tidak perlu, tangguhkan dahulu, UTAMAKAN yang UTAMA.

Saya sebagai usahawan internet senior (ye ker..), tak kisahlah senior ke tak. Apa harapan saya adalah, kita mendidik para newbie dengan jujur dan jangan melakukan hype yang terlampau-lampau. Jika tidak, kesannya akan terpalik kepada diri anda sendiri… Sebagai usahawan yang telah lebih maju, anda perlu jujur dalam penyampaian mengenai bidang ebiz ini. Saya sering mendengar kata-kata sinis daripada orang luar yang tidak buat bidang ini, kata mereka, “orang yang buat bidang ni, ambil kesempatan jer lebih..”. Ia ada benar dan ada salahnya.. Fikir-fikirkanlah. Sekali lagi, apa yang saya bicarakan ini adalah mengenai bidang internet marketing (trend, teknik, etc..), bukan topik niche lain.

Saya bukan mengatakan saya betul, TIDAK! Saya sendiri pun banyak belajar daripada kesilapan dan apa yang saya tulis hanya sebagai pesanan daripada apa yang saya pelajari, lalui dan memerhati. Kasihanilah para newbie, mereka begitu ingin turut sama berjaya dalam bidang perniagaan internet ini dan kita janganlah memberikan maklumat yang bermacam-macam begitu sahaja termasuk melakukan hype.. Kepada newbie, anda juga perlu serius, fokus, sabar dan ada kehendak yang kuat untuk belajar. Kejayaan tidak akan datang melayang atau bergolek, bukan sehari dua.. Di sebalik cerita kejayaan orang lain, ada cerita di sebalik cerita itu.. Kejayaan bukan diperolehi dengan sekelip mata. Elakkan diri terjerumus ke dalam perkara yang dipanas-panaskan, sebaliknya fokus kepada perkara asas dan penting dahulu. Saya selalu memesan, “keep it simple..”, buat apa yang perlu dahulu.. Gunung yang dikejar takkan lari kawan.. Sebab apa? Ya la, gunung mana ada kaki nak lari-lari.. 😉

Saya yakin, jika semua orang bekerjasama, bidang ebiz ini akan dipandang tinggi oleh rakyat Malaysia. Orang akan sibuk bercakap di kedai-kedai kopi mengenai internet business yang sebenar, dan skim-skim karut akan terhapus sedikit demi sedikit.. Inilah masanya untuk anda membina sebuah empayar perniagaan di internet dan buktikan, bidang ini betul-betul memberikan pendapatan yang amat amat lumayan. Cuma, bermulalah dari bawah dan asas…

Saya faham, tulisan saya ini sedikit memberi kesan kepada usahawan internet sedia-ada kerana, “apalah zul ni, jujur sangat!”. Saya bukan jujur, tetapi saya sampaikan apa yang benar kerana sesuatu perkara itu walaupun kita sorok sekali mana pun, ia akan diketahui juga.. Ini zaman maklumat laa… 😉

Pepatah melayu ada mengatakan, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran..”. Adakah anda mengalami masalah ini? Muhasabah diri anda, mungkin inilah punca anda masih tidak bermula dengan baik dalam bidang perniagaan internet ini! Akhir kata daripada saya, “keep it simple..”.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

35 thoughts on “Jangan Ikut Angin!

  1. betul tu…saya setuju 100% dgn pendapat Zul……..lebih baik satu tapi menjadi drpd banyak tp berteraburan ……. yg peningnya Newbie spt saya ni ……tp insya-allah saya akan jd kan Zul sbg SIFU agar tidak teraba-raba nanti ……

      1. buat satu2 lebih baik dari buat banyak yang berserabut…
        tu memeningkan…
        boleh sakit jiwa di buat nya…hehe…

        cuba buat sesuatu dengan cara siap satu buat satu…

        han

  2. Yup info yang melampau juga membuatkan anda over exposed…nasihat yang baik Mr Zul… saya sendiri telah melalui sebagai newbie dan ia tak membawa saya kemana mana….pada newbei bila telampau banyak info yang anda dapat dan anda tak dapat apply…cara yang terbaik berundur (sementara) fahami teknik kemudian baru jalan balik (berundur ok bukan berhenti terus)

      1. idea yang bagus tu…
        berundur dahulu dan buat rancangan baru untuk berperang…
        kalau tak berundur mungkin semua askar2 kita mati…
        jadi kita berundur dan buat strategi baru yang lebih baik…
        siapa yang pernah main game perang tu patut tahu tu…

        han

  3. Post yang berani dari Smartzul!! Tapi memang ada kebenarannya.. Saya juga penah suatu ketika dulu newbie dalam bidang internet ini.. Memang betul ape yang SmartZul cakap tu.. Tak habis satu, satu hype yang akan kuar.. sampai satu masa saya keliru sangat2.. Tujuannya untuk mendapat untung dari newbie sperti saya yang baru nak merangka masa tu.. Pantang ada hype semua nak beli.. tapi hasilnya x nampak setelah mempraktikkan hype tu.. Terasa diri di tipu kerana tujuan pembuat hype tu semata-mata nak dapat untung tanpa memikirkan mutu produk mereka tu.. Telah setahun berlalu la nie saya dah mula faham asam garam perniagaan internet ini 🙂 . Tq Smartzul untuk post ini. Banyak pengajaran sebenarnya 🙂 .

  4. Nasihat yang perlu dipertimbangkan oleh semua newbie’s sedalam-dalamnya. Memang betul, dunia perniagaan internet nie memang penuh dengan hype. Tapi tidak semuanya hype.

    Hype2 nie macam asam garam kehidupan kita. Ia datang dan pergi serta akan berulang setiap masa. 🙂

  5. Thanks Sabri.. 🙂

    Masih ingat apa yg sabri cakap minggu lepas, newbie perlu buat apa yang perlu sahaja dahulu.. 😉 Jangan nak sibuk2 dengan benda yang tak diperlukan lagi.

    Apa yg saya cerita, saya juga dah alami. Persoalan di sini, adakah anda semua nak alami juga benda sebegini? Keep it simple.. Tak perlu gusar, tak perlu risau, take your time..

    Sufian, betul tu, macam lagu lak. “Kau datang dan pergi…”. hehe.. Dan betul, tak semua hype..

    Nota: Buzz marketing adalah satu teknik efektif, tapi ia disalahgunakan oleh mereka yang melakukan hype.. 😉

  6. Saya setuju sesangat..Jangan sampai information overload,semua nak buat..buat apa yang dirasakan mampu terlebih dulu,kemudian upgrade kepada yang lain…bukan semua benda buat dalam satu masa..Yang penting adalah FOKUS

    p/s:saya tak beli 7 dollar report tu,jon leger ada banyak list..kalo saya ada list banyak,saya pun leh buat sebab report percuma kurang dihargai,lebh baik wat berbayar..Kalo sape perasan,dia broadcast ke semua mailing list semua produk yang dia jual sebelum tu..

    p/s/s:zul pun boleh wat untuk ebook percuma zul, kalo nak..

  7. tq for info zul.

    masa inilah kita perlu;
    1.pendirian yg tetap
    2.fokus
    3.buat apa yg telah kita putuskan(ikut matlamat thn 2007)
    4.buat apa yg kita yakin dan tahu mendalam mengenainya
    5. baca ebook percuma zul-(overload information)

    ingatlah walaupun rasa kecil saja tindakan yg kita buat skrg, tapi still ikut langkah/panduan yg telah jutawan/pakar2 IM buat, kelak kita akan berjaya juga.

  8. Yes, i’ve been receiving the 7 dollar ntah apa2 tu dari kebanyakkan newsletter/senior/guru yang I subscribe. As a newbie, memang patut lah kita screen mana yang perlu dan mana yang tak perlu. concentrate on what you like best. Kalau yang tengah buat pun tak berjaya lagi pedulikan ‘hype’ yang baru. Sama seperti Zul katakan dulu – ‘information overload’.

  9. huhu … the next trend tu dah ada pun:
    … Day Job Killer …
    … oleh Chris (orang yang buat project affiliate X tu) …

    Tapi seriously, kalo masih baru pada IM, janganlah nak try semua benda.

    Jangan tamak.
    Jangan kalo tengok orang buat duit dgn adsense, tiba-tiba beli pakej made for adsense (MFA) site lak.
    Tgk orang sibuk hal adwords, tiba2 kita pun jump on the bandwagon …

    …..fokus … fokus … tarik nafas slow-slow… letak balik kad kredit/debit tu … 😉

    … dan saya pun tak suka guru-guru internet yang asyik hantar email promote 4-5 product seminggu….
    asyik review semua produk bagus je…
    semua highly recommended je,
    semua important for your business je,
    semua jenis… your business can’t succeed without this latest YADA YADA YADA ……………………….. buy product XYZ or you will fail …
    .. dan semua kerana nak dapat affiliate commission.

    ps – oh ye, kalo nak beli $7 ebook tu, kena dah ada idea nak tulis $7 report tu. Kalo takde idea nak dijual, tak perlulah belilah.

  10. Thanks bro. Nasihat ‘tajam’ untuk semua.

    Cara paling efektif bagi saya untuk nak elak dari hype semua ni, buat satu emel khas untuk opt-in ‘so called’ IM guru ni. Jangan guna emel peribadi yang kita bukak tiap2 hari, bukak emel khas tu sekali seminggu. Biar kita terlepas semua promosi2, yang penting dapat kumpul emel2 guru yang sememangnya sesuai untuk dijadikan ‘swip file’.

    Cara ni sesuai untuk mengelakkan dari kehilangan fokus dalam kerja .:)

  11. Zul post yang menarik membuka minda IM kita.. Sebenarnya semua ini disebabkan keinginan untuk menjana duit jadi semua cara yg diwar-warkan dengan sales letter yg berapi menjerat diri untuk membeli.. Akhirnya banyak wang dilaburkan mencuba ini dan mencuba itu. Kalau tidak silap saya di dalam laporan mike the death of internet marketing ada menceritakan masalah ini.

    1. semuanya mahu dicuba dan ingin melihat hasilnya berjaya dengan pantas… namun ken terimalah hakikat sebenar yang kita takleh nak kejar semuanya dalam satu masa yang singkat…

  12. Wah… Satu pendedahan sensasi. Terima kasih Zul, saya ni pun newbie. Memang byk saya terima hype mcm ni. Baanyaaaaaaakkk sangat ‘panduan’. Ini mengalihkan tumpuan saya pada biz yg sebenarnya saya nak buat. Bila hilang fokus, habislah. Semoga kami newbie ni taklah terkena ‘angin ahmar hype’ ni. Poning kopalo den ni haaa. Kena banyak hati2. Terima kasih sekali lagi Zul.

  13. Ya Zul, saya pun semakin bosan dengan kebanyakan newsletter guru ni.Tak habis-habis promote produk itu dan ini.Sekarang ni kalau tengok tajuk lain macam jer terus delete.

    Tak kuasa nak layan lagi, asyik terlencong ke sana ke mari.Bila nak sampai kalau macam ni.

  14. Mula-mula dulu nak jual barang,
    Lepas tu rasa nak buat Adsense,
    Tiba-tiba nak buat e-book,
    Kemudian nak buat blog pulak,
    Terpikir lagi lepas tu nak jadi webdesigner,
    Lepas tu nak buat dropship,
    Teringat nak buat Adsense semula,
    Then Membership site,
    Lepas tu.. bla bla bla..

    Huhh.. rasa macam nak buat semua!
    Tapi sampai sekarang habuk pun tarak!!
    Ya betul Zul, yg dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran,
    Satu fenomena yang selalu terjadi kepada orang-orang yang baru
    menceburkan diri didalam bidang ini.
    Fokus.. fokus..

    1. hihiii… macam2 nak buat kalo trkenangkan pada peringkat permulaan jumpa peluang perniagaan dalam internet… semuanya nak kejar. bukan apa… cuma takut ketinggalan. padahal ia boleh dimulakan satu persatu dengan penuh kesabaran dan ketekunan tahap tinggi yang sepatutnya…

      1. betul kata abdfatah ni…
        kalau kejar semua sekali, mungkin hilang semua sekali…
        cuba buat satu2 sampai berjaya baru buat yang lain pula…

        han

  15. haaa… dengar tu guru-guru semua..
    inilah nasihat dari “guru sebenar”…

    lepas ni..saya akan sentiasa fokus ke smartzul..
    sbb satu2 nya guru yg betul2 mengajar..

    bukannye “berbelanja”..

    teringin membaca respon guru-guru yg berkenaan tu di sini..sila lah ye??

  16. Assalammualaikum semua,

    Satu kenyataan yang berani dan ikhlas, terima kasih en. zul kerana menyedarkan saya dan mungkin juga ramai lagi org lain yg telah hanyut dgn hype.

    Memang saya pun ada subscribe beberapa newsletter, tetapi apa yg saya perasan kebanyakkan mereka tidak mementingkan hubungan dengan ‘list’ mereka, sebaliknya asyik menghantar email menggalakkan kita (terutama newbie) utk membeli produk itu dan ini yang konon2nya produk hebat dan menarik.

    berhati2lah dalam dunia IM serta fokus 🙂

  17. Hmmm aku 2/3 bulan pun macam tu gak…tp sekarang aku cuma nak fokus 1 persatu..buat masa sekarang nie aku nak fokus kt Blog and Adsense je … produk tu nantilah dulu … skrg nie baru genap 4 bulan aku mengenali dunia ebiz…aku x nak cepat2…perlahan2 jelah…lagipun aku berkerjaya…terpaksa pandai2 membahagikan masa antara kerjaya dan juga personal task ….

  18. a’kum,
    Thanks zul,honest comment,keep it up, honesty is one of most crutial element to create a succesfull bis this is why lot of us fail to succeed, it’s hard to be honest right!.

  19. berapa banyak teknik mau kaut daaa… kalo semuanya nak tapi hasilnya takder kualiti apa yang kita akan dapat? rugi masa dan tenaga shaja…

    itulah yang dinamakan teknik serbuan karma. semuanya nak kaut. akhirnya hasil menjadi tidak menentu…

  20. ramai orang memang suka ikut angin…
    dia tengok org buat ni dia pun nak buat benda ni…
    bahkan yang tu pun tak jadi apa2 lagi…

    kan rugi tu…
    sepatut kalau dia terus menerus buat benda yang dia buat tu pun dah dpt hasil…

    han

  21. lebih banyak anda fokus kpd angin, maka lebih banyak anda akan bersimpang siur sebagaimana monsun cup terengganu yang akan datang setiap kali musim tengkujuh bermula…. namun kita kena bersedia berdepan dengan cabaran jika mahu ikut angin dalam monsun cup tersebut… itulah dia cabaran ikut angin jika anda nak tahu…

    bukan mudah nak ikut angin dalam perniagaan internet nih..

    1. nak berniaga, ada benda yang kena ikut angin dan ada yang tak patut ikut angin…
      contoh…
      kalau orang jual game, mereka kena jual game semasa…(kena ikut angin) kalau tak takde orang belilah game lama2 tu…
      kalau orang buat adsense, tak patut ikut angin…sebab kalau buat adsense belum berjaya lagi, gi jual produk pula…
      tak jadi lah adsense tu…

      han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *