Perniagaan Internet di Malaysia Sudah Huru Hara!

Ya, perniagaan internet di Malaysia sudah huru-hara!

Sana ada product launch, sini ada, kat mana-mana pun ada.

Post kali ini bukan kritikan, tapi untuk menyatakan kesyukuran sebenarnya. Bagi mereka yang nampak peluang yang ada, mereka melihat ini semua sebagai satu peluang.

Semenjak dua menjak ini, saya banyak menerima undangan JV. Tak larat nak terima semua. Sebab produk sendiri pun dah lari dari timeline projek. Maaflah tak dapat join JV. Takat ulas di blog tu, bolehlah.

Berbalik kepada tajuk, huru-hara yang saya maksudkan adalah kebanjiran produk. Bukan takat niche Internet Marketing, malah kini sudah ada mereka yang sudah mengorak langkah ke hadapan menjual produk-produk terutama ebook mengenai pelbagai topik.

Adakah anda nampak yang saya nampak?

Sesetengah orang melihat ini semua sebagai satu cabaran atau persaingan, tapi bagi sesetengah orang yang berfikiran jauh, mereka melihat ini semua sebagai satu peluang besar.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah, kebanyakan produk-produk itu disediakan sekali dengan peluang program affiliate. Komisen pun boleh tahan. Biasanya dari RM15 hingga RM60. Kerja anda hanya mempromosikan sahaja.

Kalau sebulan anda sertai 4 program affiliate dan setiap satu anda hasilkan RM100, anda sudah dapat RM400.00. Kalau dapat RM200 setiap satu, anda dapat RM800. Saya tahu ia sikit, tapi ok lah tu kan? Itu baru 4 program affiliate, kalau lebih lagi?

Saya kini selain sibuk memikirkan hala tuju perniagaan sendiri, saya juga memikirkan bagaimana saya boleh gunakan masa dan tenaga orang lain dan mereka boleh berikan saya duit? Dengan syarat saya melakukan sedikit kerja dan biarkan ia berjalan secara automatik.

Jika anda berniaga sepenuh masa, pendapatan sampingan dan seeloknya automatik (at least 80-90%) amatlah penting untuk membantu aliran tunai perniagaan anda atau diri anda sendiri. Orang kata ada duit tambahan selain pendapatan utama yang memerlukan usaha kita sepenuhnya.

Setakat ini sejak tahun 2006 lepas, saya telah dapat banyak komisen program affiliate termasuk menjadi top affiliate. Namun saya belum berpuas hati kerana kebanyakan usaha saya adalah secara manual dan mengambil masa. Malah usaha promosi juga sekali sekala sahaja.

Kalau anda faham apa yang ingin saya sampaikan, baguslah. Kalau tak faham, cuba faham-fahamkan. Saya sekarang sedang memikirkan apa yang perlu saya lakukan agar ada ‘sistem’ yang menjalankan kerja untuk saya. Saya hanya perlu setup sekali dan ia akan beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu tanpa ‘sentuhan’ daripada saya.

Banyak program affiliate di pasaran Malaysia sekarang. Ia adalah peluang untuk mereka yang bijak bertindak dan berusaha. Bagi yang usaha, dapatlah rezeki. Bagi yang tak nampak apa-apa, memang tak dapat apa-apalah.

Itu saja lontaran idea saya setakat ini. Kalau anda nampak dan faham idea saya ni, anda tahu apa yang perlu anda lakukan.

Manfaatkan segala peluang yang ada dan jadilah perintis utama!

ps. Saya ke preview Irfan Khairi tempoh hari dan saya dapati masih ramai yang tidak tahu melakukan perniagaan internet. Bermaksud, jika anda mula sekarang, anda boleh jadi perintis atau tiada persaingan yang tinggi.

pps. Salah satu teknik promosi terbaik di internet adalah dengan menggunakan emel. Dapatkan ebook percuma panduan asas mengenai kaedah ini. Sila klik di sini untuk mendapatkannya. Ramai yang tak download. Jangan menyesal kalau ebook ni dah tak ada nanti. ๐Ÿ˜€

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

23 thoughts on “Perniagaan Internet di Malaysia Sudah Huru Hara!

  1. Itu maknanya orang kita dah makin nampak
    dengan potensi yang ada pada ebiz
    yang penting kita kena positif…..
    jadikan persaingan itu sebagai satu perniagaan…
    wa…bgs Zul
    dah ada idea nnt
    kongsi2kan kat sini

  2. Ini satu perkembangan yang positif bagi perniagaan internet di Malaysia dan juga penerimaan masyarakat.

    Cuma saya terfikirkan satu perkara. Sebahagian besar produk2 yang dihasilkan adalah produk yang sangat baik. (saya merujuk kepada ebook) Tetapi tidak dinafikan bahawa terdapat juga ebook yang dihasilkan adalah termasuk dalam kategori ebook sampah.

    Mungkin kita kena sama-sama fikir langkah2 yang perlu diambil untuk jaga nama baik industri ini dari tercemar oleh golongan2 yang tidak bertanggungjawab ini. Sekali dah tercemar, kita punya periuk nasi jugak yang kena.

  3. ada baik dan ada buruknya.
    pada yang sudah lama menceburi bidang IM nampak kelebihan. tapi pada newbie mungkin makin tunggang langgang sbb terlalu byk produk.

  4. saya setuju dengan apa yang smartusaha cakap tu…
    adalah penting kita melihat peluang ada di depan mata..
    lagi2 sekarang perniagaan internet di malaysia
    belum ramai yang betul2 tahu..
    ya, ramai tahu..tapi kurang tahu cara sebenar menjana pendapatan
    melalui internet..

  5. Nasoha : memang xde garis panduan dalam penulisan ebook dan kualitinya….dari segi feedback juga saya sendiri tidak yakin dengan testimonial yang diberikan pada satu2 webjualan tersebut…persoalan kenapa?kerana rata-rata hanya orang yang sama dan dikalangan rakan-rakan sendiri yang membuat review…biasanya untuk mengetahui kualiti sesuatu produk digital saya sendiri akan mencari di forum2…halnya sama juga dengan program coaching2 penjanaan duit secara online….kadang2 apa yang diberikan tidak lebih dari sekadar mengaut keuntungan ini kerana bayaran dengan kualiti coaching tidak sama level…

  6. salam sejahtera, semoga smartzul sihat sll, teringin nak jumpa otai2 IM mcm smartzul nih.. =) insyaalah satu hari nanti la..topik ni membuka hati saya nak baca sampai kehujungnya. Mmg sya tak nafikan affilate antara cabang sumber dlm internet. Cumanya, boleh tak sy nak mintak pendapat, sejak akhir2 ni, penjualan produk ebook berunsurkan hubungan kelamin agak berleluasa, agak tak sedap pulak mata memandang iklan banner yang ada unsur seks tu.. org ingat melayu kuat seks..macam2 panduan suami/isteri skrg muncul.. rata2 'teknik' sama je..Jadi, adakah benda ni sebenarnya baik dalam IM? dan sy akui pendapatan sy dlm affilate mmg lebih ke arah penjualan ebook yang seumpama ni, sbb ramai orang cari, lebih2 lagi org muda kot..Adakah ada garis panduan atau etika dalam produk digital? takut2 mutu pengeluaran yang rendah, akan menjejaskan imej IM..

  7. Salam,

    Zul,
    Niche Internet Marketing akan terus jadi tunjang kepada niche yang lain kerana medium pemasaran yang digunakan adalah internet….

    Tanpa asas & ilmu pengetahuan tentang Internet Marketing mungkin agak sukar produk daripada niche lain nak berkembang…

    Abu Jarir,
    Produk sampah..Hmmm ..saya rasa perkara sebegini perlu diberi perhatian kepada para newbie yang baru memasuki pasaran internet…jangan hanya mengejar keuntungan dan wang semata-mata tetapi NILAI yang dijual tersebut perlu diberi keutamaan..

    Fazli,
    Newbie kena pandai -pandailah pilih produk yang bersesuaian dengan keperluan mereka …sebenarnya apabila banyak pilihan dipasaran …bagi saya ianya satu KELEBIHAN sbb kita boleh pilih dan buat perbandingan….

  8. Jika kita lihat dari sudut yg positif, kebanjiran produk baru membolehkan kita menambah pendapatan melalui program affiliate dan juga menambah ilmu.

    Tetapi, kita sebagai pengguna harus bijak memilih produk mana yg sesuai, berkualiti, dan memberi impak kepada perkembangan diri kita..

    Betul tak saudara smartzul? ๐Ÿ˜€

  9. Saya setuju.. Kebanjiran produk2 ini menunjukkan rakyat Msia mula menunjukkan minat kepada perniagaan internet dan peluang besar dlm perniagaan ini. ๐Ÿ˜€

    Bagi yang dah otai, jgn la offer byk sgt benda2 percuma..kesian kat new bie, overload information.. last2 tak tahu nk bermula.. huhu.

  10. Salam,

    Betul tu. Jika terlalu banyak produk sampah, akan memberi tanggapan negatif kpd pengguna.

    Saya cadangkan. Jadikan produk review dari IM terkenal sebagai syarat untuk meyakinkan pengguna. Produk review hendaklah dibuat sebelum keluaran produk dan dijadikan sebagai testimonial. Bukan calang2 orang juga la yang kasi review.

    Things to ponder.

  11. betoi kata smartzul tu pluang utk IM sangat terbuka luas di malaysia ni,sbb ramai yg x faham & x nampak manfaat IM ni…ramai kengkawan saya yg anggap IM @ internet marketing ni sama dgn pelaburan internet…padahal 2 perkara ni jauh berbeza…so jgn lepaskan pluang utk libatkan diri dgn IM..INSYAALLAH kejayaan akan muncul bagi org yg sabar dan tak mudah putus asa…

  12. Memang tidak dapat di nafikan banyak ebook sampah yang berada di pasaran.

    Yang menghairankan ebook yang di translate dari BI ke BM adalah lebih popular dan diangkat kredibilitinya kerana penghasilan ebook tersebut. Saya mendengar puji2an tersebut menjadi meluat dan menyampah.

    Sepatutnya, mereka yang melakukan kajian dan menghasilkan ebook berdasarkan kajian sendiri yang patut di angkatkan kredibilitinya.

    Seperkara lagi ada IM di Malaysia saya berasa pelik kerana menilai seseorang melalui produk berdasarkan harganya. Dia tidak mengambil tahu berapa ramaikah yang terlibat di dalam penghasilan ebook walaupun 20 muka surat dan dia tidak mahu menilai jika harga ebook tersebut tinggi tetapi ilmu di dalam membolehkan penghasilan pendapatan melalui internet adalah lebih berlipat ganda.

    Apakah IM yang baru meningkat ini kebanyakkan IM sampah? Tahu komen dari sudut luaran sahaja. Tanpa berbincang dengan lebih detail dengan pencipta produk tersebut.

    Hentikanlah perkara2 begini dengan memberi komen yang menjatuhkan maruah seorang usahawan tak tentu pasal di ruangan jualannya. Nilai dari pelbagai aspek terlebih dahulu sebelum memberi kritikan pedas dan mempersoalkan kredibiliti seseorang.

    Mungkin anda berasa anda hebat pada masa sekarang, bila tiba masa anda mengeluarkan produk sendiri dan terkena seperti di nyatakan. Jangan cuba salahkan orang, kerana anda sendiri yang melakukannya terlebih dahulu.

    Pesanan emak saya “jika kita tak suka orang buat kita, kita jangan buat kat orang dulu. kalau orang buat kat kita,kita jangan nak marah”

    Pesanan dan renungan ini adalah untuk mendidik mentaliti IM yang baru muncul. Jangan di sangka awan sentiasa biru. Bila tiba harinya anda akan tahu susah atau senang menjadi IM.

    Terima Kasih.

    1. Thanks Nabieel.

      Saya sendiri pun belum ada tafsiran khusus apa itu ebook / produk sampah. Dan saya tidak tahu siapa yg memulakan istilah tersebut.

      Sebagai seorang IM, kita ada dua sudut fikiran:

      1. Menjual

      2. Amal baik

      Kita memang mahu menjual apa saja produk untuk mendapatkan income, tp dalam masa yg sama kita mesti mengamalkan amalan yg baik seperti beretika, menunaikan janji, tidak menipu dan sebagainya. Malah kandungan produk mestilah BERMANFAAT kepada bakal pembeli.

      Mungkin maksud ‘ebook sampah’ tersebut adalah ebook yg berbeza apa yg dijanjikan. Di laman web cakap A++++, tapi kandungan sebenar ebook amat berbeza, malah amat jauh dari apa yg dijanjikan di laman web. Ini membuatkan pembeli marah dan akhirnya memberi kesan negatif kepada bidang perniagaan internet.

      Yang terbaik adalah kita sentiasa cuba yang terbaik. Sesungguhnya tidak ada sesiapa yg hebat dan sempurna melainkan hanya ALLAH SWT sahaja.

      Tapi bagi mereka yg sengaja buat kerja sambil lewa dan mementingkan diri semata-mata, maka kita tahu kategori mereka tersebut.

      IM yang dah lama atau baru, tiada apa-apa beza melainkan hanya salah satu daripada dua kategori ini: Buat benda/cara baik dan buat benda/cara tak baik. Kita sendirilah yg menentukan kita berada di dalam kategori yang mana satu, baik atau tidak?

  13. Wah! En. Zul. Tajuk post ni betul2 gempaq! Kalau buat title e-book, agaknya berduyun org nak beli :). Memang betul tu, usahawan yang sebenar sentiasa positif dan sentiasa kreatif. Walaupun dlm keadaan kebanjiran produk di pasaran, usahawan sebenar akan fikirkan bagaimana nak hasilkan produk yg unik dan ‘saleable’ dan buat cara terbaik untuk memenangi hati pengguna. Dengan win-win situation, usahawan untung, pengguna pun untung.

  14. walaupun ramai yang ckp ebook itu sampah dan ebook ini sampah saya mempunyai pandangan berbeza..bg saya ilmu bukannya sampah mungkin harga yang diletakkan pada ebook itu tidak berbaloi dengan ilmu yang biasa kita dengar..saya dulu pun suka membezakan ebook ini sampah dan ebook itu sampah sehingga ada rakan yang menegur setiap ilmu tu tak layak digelar sampah..bagi saya ebook sebegini layak digelar ebook yang kurang kualitinya…dan tidak sepadan dengan harga yang dijual…..maaf jika pandangan saya silap

    1. Betullah apa yg saudara katakan. Saya juga bersetuju. Sebenarnya ada di kalangan kita terlalu ikutkan cara orang barat mengkritik sesuatu seperti menggunakan perkataan “rubbish”, “shit” dan macam-macam lagi. Padahal budaya kita mengajar agar tetap beradab walau dengan orang yg bersalah.

      Bagi diri saya, saya suka baca apa saja ebook kerana setiap penulis ada cara dan pengalaman tersendiri.

      Cuma sahaja yang berbeza adalah bagaimana kita melakukan sesuatu. Yang dipertikaikan bukan produk, tapi pada tuan punya produk. Dia lakukan secara jujur, beretika atau tidak?

      1. betul kadang-kadang yang menjadi persoalan adalah kejujuran penulis tersebut….sebagai penulis sepatutnya mereka patut ada rasa tanggungjawab dan bukannya sekadar menulis untuk mendapatkan wang…mereka perlu ambil konsep win-win situation dimana pembeli puas hati dan penjual dapat pendapatan…ini amat penting untuk masa depan perniagaan kita……

  15. Izinkan saya untuk terus menggunakan istilah ebook sampah kerana istilah ini bukan saya yg buat, tetapi telah lama tersebar luas di internet dan tak tahu siapa yang memulakannya.

    Sifat ebook sangat berbeza dengan buku fizikal. Setakat ini tidak pernah ada istilah ‘buku sampah’. Ini adalah kerana biasanya kita berpeluang untuk membelek-belek sesebuah buku itu sepuas hati kita sebelum membuat keputusan untuk membeli. So, secara umumnya, kita akan berpuas hati dengan setiap buku yang kita beli sebab kita ada peluang untuk menilainya sebelum membeli. Sebab tu tidak ada istilah buku sampah.

    Keadaan ini sangat berbeza dengan ebook, kita hanya boleh menilai sesebuah ebook itu cuma melalui beberapa perkara
    1. Sales Letter
    2. 1 bab percuma, jika ada.
    3. Testimoni, jika ada

    Proses penilaian di atas adalah sangat terhad. Bila dah beli, barulah kita dapat menilai sepenuhnya isi kandungan ebook tersebut.

    Maka disinilah terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan di atas kelemahan konsep ebook ini dengan menghasikan ebook yang tidak berkualiti.

    Bila ebook itu tidak berkualiti, orang hanya baca sekali je, lepas tu terbiar didalam hard disk. Kalau ebook percuma takpela sebab kita tidak mengeluarkan sebarang kos.

    Sebaliknya bagi sesuatu ebook yang berkualiti, akan sentiasa menjadi rujukan. Bahkan saya sendiri ambil langkah mencetak/print sesetengah ebook kerana saya sentiasa merujuk kepada ebook tersebut di masa-masa yang lain kerana maklumat didalamnya sangat berguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *