Perniagaan Internet Dari Rumah – Satu Gaya Hidup

Setiap orang mempunyai cara gerak kerja sendiri, berdasarkan kepada keperluan dan kemahuan mereka. Ada mereka yang melakukan bisnes online dan juga ‘offline’ sekaligus, dan ada juga yang membahagikan masa di antara keduanya.

Bagi anda yang benar-benar mahu menjadikan bisnes internet sebagai satu gaya hidup, maka beberapa perkara berikut boleh dilakukan:

  • Aktiviti online lebih banyak berbanding aktiviti offline.
  • Sebahagian besar urusan adalah secara online.
  • Komunikasi lebih banyak dilakukan secara online.
  • Jumlah transaksi lebih banyak secara online.
  • Jarang bertemu muka dengan pelanggan.

Gaya hidup bermaksud, dengan memfokus pada bisnes online sepenuhnya tanpa banyak ke dunia offline, anda mempunyai masa untuk keluarga atau melakukan perkara lain selain bisnes seperti hobi, kerja-kerja sosial, belajar, membaca dan sebagainya.

Pendek kata, 80 hingga 90 peratus masa bisnes diluangkan secara online. Aktiviti offline boleh sahaja dilakukan, tetapi apabila ia lebih banyak atau sama banyak dengan aktiviti online, gaya hidup bisnes internet itu sudah sedikit lari dan gagal direalisasikan.

Memang benar sesebuah bisnes perlu dikembangkan ke dunia offline. Tetapi sewajarnya sebuah bisnes yang semakin maju, maka penggunaan teknologi Internet juga perlu selari. Kelebihannya, kos overhead dapat dikurangkan. Staf-staf atau virtual assistant hanya bekerja dari jarak jauh (melalui Internet). Dan kita sebagai pemilik bisnes pula boleh melakukan bisnes dari mana sahaja mengikut keselesaan kita.

Jika ingin menyewa ruang pejabat, boleh sahaja apabila sudah sampai masanya. Namun ia tidak bermakna kita perlu ke pejabat pada setiap hari.

Saya sendiri pernah mencuba perniagaan secara offline, namun saya dapati ia kurang berbaloi dengan tenaga, masa dan wang yang dikeluarkan, selain ia memenatkan. Ia mungkin kurang sesuai dengan diri saya.

Inilah yang saya cuba realisasikan melalui konsep ‘Revolusi SOHO‘ yang bakal saya bawakan nanti, iaitu bekerja dari mana sahaja mengikut keselesaan secara online, terutama dari rumah.

Buat masa ini, saya lebih selesa menggunakan sebahagian besar masa untuk aktiviti bisnes secara online tanpa terlalu kerap berbisnes di dunia offline, kecuali untuk tujuan berkaitan dan perlu.

Kelebihan apabila kita menetapkan masa yang ‘ketat’ untuk bekerja (contoh: 5 jam sehari pada waktu siang, Isnin hingga Jumaat), maka kita akan lebih produktif dan berdisiplin. Namun segalanya bergantung juga pada model bisnes masing-masing.

Disebabkan model bisnes saya adalah lebih kepada digital, maka ia lebih mudah untuk berbisnes beberapa jam sahaja sehari. Selebihnya, saya lakukan perkara lain terutama perkara yang saya suka seperti membaca buku dan menulis.

FB Page Revolusi SOHO: http://facebook.com/RevolusiSOHO

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

5 thoughts on “Perniagaan Internet Dari Rumah – Satu Gaya Hidup

  1. Ya… apabila sudah terlibat dalam bisnes soho ini komitmen diperlukan. Asalkan kita suka apa yang kita lakukan…. 😉 Itulah ‘passion’~!

    Saranan juga bagi yang baru nak bermula, dapatkan panduan atau hadiri seminar untuk penjelasan yang lebih lanjut…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *