Bagaimana?

Soalan “bagaimana untuk memulakan perniagaan internet” adalah soalan yang akan berterusan dipersoalkan. Malah saya juga selalu mendapat soalan sebegini. Ini membuktikan bahawa setiap masa mesti ada sahaja mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan internet.

Perkara ini pernah saya tulis beberapa kali di blog ini, tapi saya suka untuk mengulanginya lagi.

Persoalan bagaimana itu tidaklah salah, tapi yang salahnya ialah cara ia ditanya. Kebanyakan yang mahu memulakan perniagaan internet akan bertanya sesiapa sahaja dan apabila tidak mendapat jawapan, akhirnya mereka kecewa.

Kekecewaan ini bukan sahaja untuk persoalan bagaimana tersebut, malah untuk soalan-soalan lain pun. Lantas, mereka mulalah mengatakan orang lain kedekut ilmu, tak mahu bantu bangsa sendiri dan sebagainya.

Padahal, mereka yang silap. Soalan itu sudah betul, tapi cara mereka bertanya itu yang salah. Maksud saya ialah, kebarangkalian soalan mereka akan dijawab adalah 1% sahaja melalui saluran pertanyaan yang kurang berkesan itu. Kalau dijawab pun, belum tentu mereka faham dengan jawapan yang diberikan.

Bagaimana cara bertanya yang betul?

Tidak lain dan tidak bukan ialah menggunakan saluran dan cara yang tepat. Dalam dunia sekarang, amat sukar untuk kita pelajari sesuatu secara percuma. Kalau ada pun, biasanya tidak lengkap dan tergantung.

Umpama anda sakit, maka adakah anda akan dapat konsultasi percuma daripada doktor (terutama swasta)? Sudah semestinya tidak. Hatta tok bomoh pun kenakan caj, inikan pula para profesional seperti doktor.

Begitu juga dengan perniagaan internet. Jika anda betul-betul mahu belajar dan serius, maka bayarlah mereka yang berkaitan dan belajar dengan mereka sampai pandai.

Antara caranya ialah beli ebook atau buku mereka, sertai seminar, kelas dan juga bengkel. Inilah cara yang betul. Inilah yang kita lalui sejak tadika, sekolah dan IPT, iaitu belajar.

“Hmm, nak belajar tu mesti kena keluar duit…”

Ini satu lagi mentaliti kebanyakan orang. Mereka nak RM100,000 katakan, tapi nak keluarkan RM10 pun berfikir sejuta kali. Dalam bisnes, sudah pasti perlukan modal. Salah satu modalnya ialah modal untuk belajar.

Nak buat bisnes, bukan main hentam sahaja. Kena tahu beberapa aspek penting agar perniagaan yang dibina itu tidaklah tamat di tengah jalan. Jadi ilmu perniagaan amatlah penting. Untuk memiliki ilmu, sudah semestinya kena belajar.

“Tapi saya takder duit”

Mudah sahaja. Kalau tak ada, usahalah cari. Nak mulakan perniagaan internet ni, tak perlu tunggu ada beribu-ribu ringgit. Paling sikit pun RM100 dah cukup (bagi sesetengah model Ebiz).

Saya teringat seorang anak muda ni 2 tahun lepas. Dia hanya ada duit cukup-cukup sahaja di akaun banknya. Tapi atas dasar untuk belajar ebiz, dia gunakan juga duit tersebut untuk sertai satu workshop ebiz.

Kini, hasil pengorbanan itu, beliau sudah semakin berjaya sekarang. Bagaimana jika dia berdolak-dalik sampai sekarang? Sudah semestinya dia tak akan mencapai tahap yang memuaskan yang dia capai sekarang.

“Mereka Tak Bantu Aku!”

Adalah satu perkara yang amat memelikkan dan melucukan jika kita marah-marah dan kecewa jika tiada orang yang membantu kita. Sikap ini salah satu sebabnya ialah wujudnya mindset percuma tadilah. Semuanya mahu disuap-suap dan penuh dengan sikap bergantung harap.

Bahkan di dalam Al-Qur’an pun telah mengingatkan bahawa kita tak akan berubah ke arah kejayaan jika kita sendiri yang tidak berusaha ke arah itu.

Apabila kita suka menyalahkan orang (dalam bab tak membantu ini), biasanya kita semakin buta terhadap kekurangan diri kita. Sebaliknya, orang semakin nampak begitu rendahnya emosi dan tahap pemikiran kita. Akibatnya, orang bertambah bencikan kita.

“Bagaimana nak usaha kalau saya tak tahu??”

Sebab itulah di dalam Al-Qur’an pun juga berpesan, kalau tak tahu, tanyalah mereka yang berilmu. Pergi jumpa mereka dan belajar dengan mereka.

Kembalikan semula semangat orang dulu-dulu yang berjalan beribu-ribu batu untuk dapatkan secebis ilmu. Tapi kita sekarang ni tak perlu jalan kaki dah, sebab kita sekarang zaman IT dan serba maju. Internet ada, telefon ada. Lebuhraya pun ada. Termasuk tol. 😀

Kesimpulannya, semuanya perlu bermula dari diri sendiri dahulu. Ada keinginan, ada daya usaha, tidak bergantung harap, mesti berdikari dan sebagainya. Kemudian barulah orang lain dapat membantu dengan mudah.

Bertuahnya Anda…

Sebenarnya anda yang baru nak mula ebiz ni amat bertuah. Sekarang ni macam-macam sumber rujukan ada. Blog, buku, ebook, personal training, seminar, bengkel… Fuuh, banyak betul. Masa saya nak start dulu, punyalah susah.

Jadi, manfaatkan baik-baik kemudahan yang ada sekarang. Semuanya bergantung kepada anda mahu atau tidak. Itu sahaja.

Kesimpulan

Anda boleh buat salah satu perkara berikut, tapi kalau semua lagi bagus:

1. Beli buku atau ebook berkaitan perniagaan internet

2. Sertai seminar, kelas atau bengkel perniagaan internet

3. 1-to-1 personal training (amat digalakkan)

Tip saya, dalami dulu asas ebiz. Apa itu ebiz dan bagaimana konsep asasnya. Kemudian fahami model-model ebiz yang ada. Kemudian pilih satu yang sesuai dengan diri dan masa anda. Selepas itu, carilah buku atau ebook khas yang berkaitan dengan model tersebut.

Kemudian sertai seminar atau jumpa seseorang yang boleh bimbing anda melakukan model perniagaan internet tersebut.

Dah ada ilmu dan dah faham, apa lagi, buat dan fokuslah sampai berjaya.

Ingat, jangan lompat-lompat bidang / model ebiz jika belum berjaya sepenuhnya.

Oh ya, sebelum terlupa, jauhi mereka yang menjanjikan kejayaan dalam masa yang singkat. Mereka adalah penipu besar!

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

15 thoughts on “Bagaimana?

  1. hehehehe….dulu saya pun selalu tertipu dengan org yang menjanjikan kekayaan dalam masa yang singkat. kalau saya fikirkan balik dan gunakan duit dan usaha pada masa itu utk apa yang saya tahu sekarang mgkn saya akan mengalami nasib yang lain.

    thanks to Din Beramboi dan Dauz. Mata saya pun terbuka kepada perniagaan sebenar dan pencarian duit dalam internet.

  2. bagus…setiap persoalan oleh orang yang sentiasa suka cari alasan telah disediakan jawapan oleh anda. nak dapat ganjaran, kena la usaha. kebiasaannya, hasil yang kita dapat dari usaha itu lebih kita hargai dari dapat secara mudah. bila kita lebih hargai, maka kita akan belanjakannya dengan penuh berkhemah,tak lah berlaku pembaziran 🙂

  3. Salam semua,
    memang betul kata En.Zul tu. Set kan minda anda untuk mencapai apa yang diimpikan. Cerita-cerita pasal mind set ni,saya ada post kat blog saya semalam pasal “business owner mind-set”.Bolehlah berkunjung ke blog saya ye! Bolehlah bagi komen skit 😉

    1. Buat masa ni, saya belum bersedia untuk memberikan personal coaching. Tapi ada dalam perancangan. Tunggu sajalah yer. 🙂 Atau boleh ke wangcyber.com/forum dan hubungi mereka yang dirasakan dapat membantu. Di sana ramai yang dah berjaya dan boleh ajar ebiz atau perkara berkaitan.

      1. macam mana dengan perkhidmatan membangunkan laman web? bro ada menyediakan perkhidmatan nie kan? saya perlukan perkhidmatan ini. saya berada di Taman Universiti Skudai.

  4. satu perkara yang saya rasa paling penting adalah ,,semangat..ramai yg berangapan internet ni boleh jadi jutawan segera……baru mula dah nak kaya……step by step ler…btul tak ?

  5. Salam…

    Yup, saya setuju soalan ni takkan habis sampailah bila-bila. Tapi ianya menunjukkan satu petanda yang baik, makin ramai orang berminat dengan ebiz ni dan ianya membuka peluang untuk para usahawan memenuhi permintaan mereka.

    Saya juga ada terima beberapa soalan yang sama macam zul. Jenuh juga nak jawab, kalau saya boleh jawab, saya akan jawab, kalau tak boleh saya akan berikan mereka url blog sahabat IM yang lain 🙂

    Bagi saya, ilmu adalah ‘tiang’ sebelum memulakan perniagaan ni. Ada yang percuma yang berbayar. Namun yang berbayar yang payah sekali kita nak laburkan.

    Bila sudah beli, sudah ikuti bengkel, masih tidak berjaya, mereka akan salahkan orang lain. Tidak membantu mereka. Ianya berbalik kepada diri kita. Kita yang menentukan jatuh bangun diri kita. Panduan, tips hanyalah faktor sampingan sahaja, faktor terbesar adalah KESUNGGUHAN kita itu.

    Usaha..usaha..dan usahalah sampai berjaya. Jangan selalu berputus asa. Jangan diharapkan pertama kali kita membina perniagaan internet, WAJIB kita berjaya. Tidak. Selalunya ia akan gagal atau kurang sambutan. Ia kerana kita dalam proses belajar.

    Saya sendiri tidak berjaya untuk kali pertama, tapi saya ‘berjaya’ kerana ilmu yang saya perolehi itu sangat-sangat menguntungkan. Ia akan menjadi panduan untuk projek-projek yang akan datang 🙂

    Saya ada bertanya kepada mereka yang mahu memulakan perniagaan internet, ‘adakah anda telah dapatkan panduan sekian..sekian?”. Mereka menjawab TIDAK. So, salah siapa?

    wassalam

    1. Saya ambil masa hampir 2 tahun sebelum betul-betul merasa hasil yang memuaskan. 🙂

      Tapi orang sekarang amat bertuah, nak belajar ebiz ni ‘petik jari’ jer. Nak dapat hasil dalam beberapa bulan tu tak mustahil. Macam2 sumber ada skrg. Cuma nak tak nak jer + kesanggupan.

  6. Nak mula ebiz memang tidak memerlukan modal besar sehingga ribu2. Jika taknak keluar modal 1 sen pun…memang susahlah sikit. Tiada yang PERCUMA dalam dunia ni kecuali pemberian dari Tuhan. Tapi kadang2 kita seringkali melupakan Tuhan…renungkan.

  7. Zul,

    Bagus artikel ni… Memang masalah ni la yang selalu dihadapi. Macam yang dikatakan, soalan yang ditanyapun kadang kala sekerat aja serta terlalu umum.

    Nanti saya akan buat satu artikel follow up untuk artikel zul ni.

  8. Memang betul tu. Tapi lain hal plak dengan saya. Dah terbalik plak, apabila saya nak beli Ilmu tu, ada plak orang tak nak jual.

    Sampai sekarang saya masih mencari orang yang sesuai dan saya akan tangkap apa yang saya mahukan walaupun dengan bayaran.

    Sememangnya Ilmu ebiz nie mesti dipenuhi walaupun terpaksa mengeluarkan bayaran. Bagi saya tentang bayaran tak de masalah. Ini hal kecil jer. Sebab saya pernah baca satu buku motivasi yang berbunyi begini.

    Berapa harga sekalipun itu tak penting, tapi yang lebih penting kita perlukan barang itu kerana ia adalah barang yang perlu kita gunakan.

    Betul tak…!!!

  9. assalamualaikum…

    saya tertarik dengan artikel sdr Zul ni. sekarang ni ramai orang nak mudah sahaja. kalau boleh nasik tu mintak disuapkan ke dalam mulut terus. dia hanya kunyah sahaja. sebenarnya persoalan BAGAIMANA akan menjadi mudah sekiranya kita membesarkan KENAPA.

    orang yang selalu bertanya soalan BAGAIMANA perlu mengetahui KENAPA dia perlu melakukan perniagaan ini. apabila dia sudah mengetahui KENAPA dia perlu melakukan perniagaan ini, persoalan BAGAIMANA akan menjadi mudah.

    betul kata sdr Zul. sekarang ni bertuah (termasuk saya) sebab dah ramai otai IM yang sudi berkongsi teknik dan cara melakukan perniagaan internet ini. cuma kita kena ingat, ilmu yang diberi itu cukup berharga. jika kena gaya akan mampu ubah hidup dan kehidupan. anggaplah modal yang kita keluarkan itu sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang memerah keringat dan minda untuk menghasilkan panduan bagi memudahkan perjalanan kita.

    wassalam.

  10. serius. INi antara soalan paling bosan yang aku dapat di YM atau email. Soalan yang ditanya merupakan soalan dalam skop yang sangat luas. bagaimana mahu buat duit dengan cepat? So, janganla tanya sokan camtu sebab aku pun strugle 3-4 tahun barula tahu nak wat duit macam mana.

    Susah woo..tapi orang kita plak fikir. sebulan je nak ribu-ribu. Ai. belajar bersabar dan jangan putus asa..3-4 tahun dulu. Mana ada ebook2 yg banyak macam skrg. Dulu..ebook english je berlambak. Itupun kekadang tak faham baca..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *