Perniagaan Internet: Biar Slow Tapi Steady

Hari ni hari Ahad. Walaupun mungkin tidak ramai yang online, namun saya akan menulis juga sedikit. πŸ™‚

Semalam petang, saya ke pantai Tanjung Balau bersama rakan serumah yang jaraknya dari Kota Tinggi lebih kurang 40km. Semua kawan-kawan satu rumah seramai 7 orang ke pantai tersebut. Huuh, apa lagi, kami mandilah. Dah lama tak mandi pantai sebenarnya. πŸ˜‰

tanjung balau

*Salah satu pandangan ‘sisi’ pantai

tanjung balau 2

*Monyet ni pun nak join mandi pantai juga πŸ˜€

Oklah, itu hanya sekelumit aktiviti mingguan saya bersama kawan-kawan serumah. Apa yang saya ingin kongsikan pada hari ini adalah, jika anda melakukan bisnes di Internet, biarlah perlahan, tapi steady. Maksudnya di sini, walaupun income anda tidaklah sekencang orang lain, namun anda tidak akan risau jika anda mempunyai STRATEGI jangka pendek dan panjang.

Contoh saya sendiri adalah, jika anda perhatikan, saya tidak mengeluarkan apa-apa produk lagi selepas ebook saya yang pertama. Bukan mati akal, bukan malas, bukan tak boleh atau tak dapat, tetapi saya mempunyai strategi bisnes saya sendiri. Saya tak dapat nak kongsi apakah strategi saya kerana ia hanya sesuai untuk saya. Namun di sini secara mudahnya adalah, anda perlu ada perancangan jangka pendek dan panjang.

Tapi macam saya kata, kalau anda nak slow tak apa, TAPI biarlah steady. Salah satunya adalah modal dan duit yang anda perlu gunakan sehari-hari adalah mencukupi. Maksudnya di sini adalah kewangan anda. πŸ™‚ Jika anda ingin belajar mengenai kewangan, saya bukanlah pakar, bahkan saya belajar juga daripada orang lain seperti Shuth dan Pakdi.

Saya tak dapat nak hurai panjang mengenai bab kewangan ni sebab saya sendiri pun masih belajar dan belajar. Cuma secara mudahnya, anda perlu ada perancangan kewangan yang baik dan dari situ, barulah anda boleh pakai pepatah “slow & steady”. πŸ˜‰

Program Affiliate SmartUsaha.com

Satu berita gembira untuk semua, saya akan menggunakan sistem affiliate yang lebih umpph selepas ini. Jika anda bertanya sebelum ini saya ada buat program affiliate atau tak, ya, ada. Tapi saya dah tutup penyertaan sebab saya nak setup dan guna sistem affiliate yang berbayar. Untuk makluman, saya telah membeli sistem IdevAffiliate setelah lama membanding-bandingkan dengan sistem-sistem yang lain. Harganya juga boleh tahan, USD99.99. 😎

Jadi, saya berharap dengan penggunaan sistem tersebut, anda boleh menyertai saya untuk bersama-sama menjana pendapatan di Internet. Untuk pengetahuan anda lagi, sekarang saya mempunyai banyak produk-produk yang akan dilancarkan satu demi satu. Yang free ada, yang percuma pun ada. Macam-macam ada. πŸ˜‰ So di sistem affiliate itu, anda boleh pilih mana-mana produk yang anda nak promote. Maksudnya, di antara produk-produk itu akan dibuka program affiliate sekali dan anda hanya perlu daftar sekali dan boleh pilih apa sahaja produk yang anda ingin promosikan.

Oklah, badan saya ni pun keletihan sebenarnya sebab letih mandi pantai tadi, hehe. πŸ˜† Masa untuk berehat.

Biar slow, janji hati happy…. Jumpa lagi.

-SmartZuL

www.smartzul.com

PS. Tepat jam 11.59 malam ini, harga tawaran ebook BelajarCpanel akan TAMAT. Dapatkan ebook itu sebelum harganya dinaikkan. Klik di sini untuk tindakan dan maklumat selanjutnya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

17 thoughts on “Perniagaan Internet: Biar Slow Tapi Steady

  1. Betul tu Zul biar slow n steady yg penting “kita enjoyyyyyy”. Kalau nak cepat jadi stress buat apa…nanti lama2 berkubur semuanya.

  2. haaa… hambik hang punya cuti… hambik la. wahaha. rehatkan minda setelah berpenat berhempas pulas seminggu dua.

    gembira di hati tidak terkata dengan lafaz syukur setelah berdengkur. wahaha…

    wah! makin gempak dan makin ekzz sekarang yer?

    takper laaa tunggu dan lihat bagaimana perkembangan zul yang akan datang. bukan sekadar untuk dirinya sahaja bahkan membantu orang lain.

    opss… makin ekzz? maksud saya makin ekstrem laaa…

    jutawan ekstrem lagaknya… kalu tak ekstrem dah tentu takkan berada sampai ke saat ini. yer tak? masih bertahan dan mempertahankannya dengan penuh jiwa raga.

    apohal pun perancangan tetap perlu ada untuk membina masa depan yang cerah dengan perniagaan internet.

    selamat maju jaya…

  3. Hehe, Fatah. Ada2 jer yer saudara ni. Kata2 penuh indah sekali. Bagai bulan dan bintang ajer. πŸ˜‰ Moga saudara pun maju juga, sama2 maju.

    Thanks to all.

  4. Saya pun begitu juga. Saya buat slow & steady. Bulan2 tetap ada income walaupun tak sama macam org lain. Kira2 hampir setahun saya dalam perniagaan internet dan alhamdulillah, pendapatan itu ada.

    Untuk tahun ini, saya akan lebih agresif sikit (maklumlah, setahun slow & steady). Ini merupakan strategi saya supaya ramai pelawat mengenali saya seperti mereka mengenali saudara Zul. πŸ™‚

  5. Bagaimanakah cara terbaik untuk mempromosikan web melalui search engine, atau cara lain untuk menambahkan pendapatakan melaui PPC.
    Terima kasih

  6. Berniaga online ibarat mandi laut…..
    Kalau pandai berenang boleh ketengah…
    Kalau baru belajar nak berenang …main kat tepi pantai sedah laaa….

      1. agresif pun ada baik ada buruk…
        kita kena cuba hala ke yang baik…
        jangan sesekali hala keburuk…
        nanti padah dapatnya… πŸ˜€

        han

  7. Berniaga online ibarat mandi laut…..
    Kalau pandai berenang boleh ketengah…
    Kalau baru belajar nak berenang …main kat tepi pantai sudah laaa….

  8. saya memang slow sangat2 kalo bab bisness nih, lagi2 nak kira baki sen-sen dalam perniagaan biasa yang sebelum ini. punya laa terkial2 nak bagi baki kepada costumer…

    dulu kerja ngan orang surat kabau. orang jual pasu bunga dan jugak orang kedai runcit… itu pasal dapat F matematik… miahahahaaa… nak kena hafal sifir semula laaa nampaknya…. adesh.

    1. sudah semestinya slow dan maintain dengan apa yang sedia ada dengan cara yang tersendiri dan bukannya dengan cara yang tergesa-gesa. kalo tergesa-gesa dah tentunya banyak yang rugi sakan…

      1. tak juga abdfatah…
        slow ada cara nya…
        laju pun ada caranya…
        tapi lebih baik laju dan selamat dari slow dan selamat…
        tapi jarang benda yang laju ni selamat…

        han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *