Perniagaan Internet : Bagaimana Mengurangkan Beban Persaingan?

Saya ingin kongsikan dua cara bagaimana anda akan terus unggul di dalam bidang perniagaan Internet yang anda lakukan. Tiada pening kepala atau kerisauan akibat wujudnya pesaing yang amat banyak.

Strategi 1: Bina LIST Sendiri

Ya, ramai yang tahu perkara ini termasuk anda. Tapi, adakah anda sudah memulakannya? Jika belum, mulakanlah secepat yang mungkin. Dengan mempunyai senarai prospek dan pelanggan sendiri, anda bila-bila masa boleh menghubungi mereka terutama apabila anda mempunyai produk terbaru.

Kelebihan di sini ialah, anda tidak perlu bersusah payah sangat di dalam mempromosikan produk kerana sudah ada mereka yang bersiap-sedia untuk membeli produk anda. Dengan mempunyai senarai prospek sendiri, maka usaha penjualan produk (terutama produk baru) akan lebih mudah untuk dilakukan.

Seorang sahabat saya yang melakukan ebiz secara part time dalam tidak sedar sejak 1 tahun yang lepas telah berjaya mengumpulkan seramai hampir 1000 orang subscribers. Mungkin bagi anda ia sedikit, tapi anda perlu tahu sahabat saya ini tidaklah mempromosikan sangat blog dan ‘squeeze page‘ beliau.

Beliau sendiri pun pelik dengan hasil tersebut. Tapi saya memberitahunya, ia adalah hasil pengoptimasasian kata-kunci (SEO) untuk laman web dan blog tersebut. Memang beliau ada juga membuat iklan, tetapi tidaklah begitu kerap sangat.

Katakan beliau mempromosikan sebuah produk yang berharga RM20.00 kepada subscribers beliau itu dan seramai 20 orang membeli, maka beliau akan mendapat RM400.00 dengan begitu mudah. Kenapa mudah? Kerana beliau hanya perlu menulis satu emel dan send dengan sekali klik sahaja.

Saya berikan contoh sahabat saya itu untuk menyatakan bahawa, jikalau anda bermula mengumpul senarai prospek (bakal pelanggan) sejak setahun yang lepas, alangkah mudahnya kerja promosi produk anda. Tapi soalnya, adakah anda sudah bermula? Atau asyik menangguh? πŸ™‚

Strategi 2: Ada Kepakaran Tersendiri

Apakah kepakaran anda? Ramai yang memandang remeh perkara ini. Anda perlu fahami bahawa, dengan kepakaran yang anda ada, selain anda mudah diingati di minda orang ramai, ia juga memberikan manfaat jangka panjang kepada usaha perniagaan anda.

Sebagai contohnya, anda pakar web design. Disebabkan kepakaran anda itu, ramai yang mengenali anda dan dengan itu anda juga mempunyai senarai pelanggan yang ramai.

expert!Kemudian, anda pun mengeluarkan pelbagai produk yang berkaitan atau tidak berkaitan dan anda tawarkan kepada bekas pelanggan anda tadi. Mereka beli atau tidak? Ya atau tidak, itu lain cerita. Tapi hakikatnya mereka telah mengenali dan meyakini diri anda. Mengapa? Kerana kepakaran web design anda itulah yang telah “mencangkuk” mereka agar kekal dan mengenali anda.

Cuba anda lihat usahawan-usahawan Internet yang berjaya. Ada yang pakar Viral Marketing, ada yang pakar Email Marketing dan sebagainya. Tapi itu hanya permulaan usaha perniagaan mereka. Kemudian mereka mula mengeluarkan pelbagai produk untuk dijual. Orang ramai beli atau tidak itu bukan persoalan besar, kerana apa yang mahu dinyatakan di sini ialah, mereka telah yakin, percaya dan kenal dengan usahawan tadi.

Bagaimana pula dengan anda? Apakah kepakaran anda? Pilih satu dan fokus. InsyaAllah anda akan terus kekal walaupun sehebat mana persaingan yang wujud. Kepakaran anda adalah kekuatan anda. Namun, pakar sahaja tidak cukup. Anda perlu berusaha “memasarkan” kepakaran anda tersebut sehingga diketahui ramai orang.

Saya tidak akan mengulas panjang mengenai aspek kepakaran ini kerana saya telah menulis mengenai hal ini di artikel “Perniagaan Internet: Menjual Kepakaran Anda“.

Kesimpulan

Banyak lagi strategi atau kaedah yang lain. Saya akan kongsikan di lain kali pula. Cuma untuk kali ini, sila tanya diri anda sendiri dua soalan berikut:

1. Adakah aku tahu apa kepakaran aku?

2. Adakah aku telah mula membina senarai prospek aku sendiri (LIST)?

Soal dan jawab untuk diri anda sendiri. πŸ™‚

Jumpa lagi.

p/s: Saya sekarang sedang ‘sibuk’ menyiapkan produk-produk yang terbaru. Nantikan kemunculannya satu persatu.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

12 thoughts on “Perniagaan Internet : Bagaimana Mengurangkan Beban Persaingan?

  1. betul kata zul tu…
    setiap org ade kelebihan masing2…
    tapi saya lebih suka guna mail list utk buat promosi…
    bagi saya mail list lah paling berkuasa…hehe

    han

  2. 1000 subscribers dalam masa setahun memang tidak mustahil sebab saya ada ramai kawan IM yang membina list mereka sebanyak 1000 dalam masa 2 bulan sahaja. (berserta dengan usaha)

  3. Bagi newbie seperti saya jenuh juga nak buat mail listing ini. Tapi bila dah buat ok juga. Cuma kena belajar lagi macamana nak kasi 1000 list tu. Klau ada tip-tip tu diberikan bagus juga.

  4. mailing list?? sebenarnya agak susah nak bina kalau tak cuba. Perlukan usaha untuk dapatkan mailing list. Dan Alhamdulillah, saya dah mulakan. Harap2 mailing list akan bertambah dan harap2 jugak dapat subscriber yg berkualiti.

  5. yaya…list tu yang paling penting bagi saya dalam ebiz. Bila list dah banyak, dah boleh goyang kaki la jawabnya. Tp nk create listlah perkara yg paling mencabar sbb memerlukan kesabaran dan teknik yg berkesan.

    Kepakaran tu saya rasa kita boleh asah dan “pinjam” dari orang lebih hebat.

  6. dah berjaya….. saya ni lemah dalam script ni…. nak upload kat hosting pun tak pdai….. 2 3 kali buat x dapt2….

    saya belajar guna produk monakas…cara setup senang tapi saya yang x padai… MUjurlah saudara monakas bagi support…. x rugi beli produk beliau…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *